Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, December 3, 2014

GEMPAR.!!! JUMPA MAYAT DALAM SUNGAI DI PARIT 9 TIMUR

Penemuan mayat di Parit 9 Timur, Sungai Besar. Mayat sudah 2 hari.. Laporan polis juga telah dibuat.

Sumber Viral FB - www.facebook.com/ILoveSgBesar

Saturday, November 29, 2014

TANJONG KARANG - TAFIK SESAK DARI KUALA SELANGOR MENGHALA KE SABAK BERNAM

Keadaan trafik agak sesak sekitar jam 5:30 petang tadi di kawasan Pekan Tanjong Karang dari arah Kuala Selangor menghala ke Sabak Bernam.

p/s - hati2 ketika memandu dan selamat sampai ke destinasi percutian atau kampung.. JANGAN LUPA JEMPUTAN KENDURI..

Tuesday, November 11, 2014

GEMPAR..!!! Jumpa mayat di Jeti Teluk Piah Kuala Selangor


Viral berita dari sumber - https://www.facebook.com/kalai.rajee/posts/859912617400940?pnref=story

Dihantar dari NOKIA 3310

Friday, November 7, 2014

TANJONG KARANG - Pemandu Iswara Nyaris Maut Kereta Dirempuh Lori

TANJONG KARANG, 7 Nov - Pemandu sebuah proton iswara nyaris maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah trelar dan sebuah kereta di hadapan Gerai Keropok Losong Batu 6, Tanjong Karang, sekitar jam 12:00 tengahari tadi.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa bekalan ayam yang bergesel dengan sebuah lagi lori tangki kedua-duanya dari arah Kuala Selangor menuju ke Sekinchan sebelum hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta Proton Iswara sehingga diseret beberepa meter hingga menyebabkan kereta terbabit remuk teruk.

Walaubagaimanapun tiada mangsa yang terkorban, pemandu kereta dan lori membawa bekalan ayam hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

P/S - Hari-hari.. Hari hujan.. Hati-hati di jalan... Sekian melaporkan..

Monday, September 22, 2014

TERKINI.!!! KERTAS UPSR MATHEMATICS, BAHASA TAMIL DIBATALKAN, TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN 9 OKT

Putrajaya  - Kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).

"Peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya dalam sidang media.

Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam. ─ Berita RTM

Dihantar dari tablet Samsung

TERKINI.!!! Kertas UPSR Bahasa Tamil dan Matematik pula bocor?

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Selepas kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bocor, kini Lembaga Peperiksaan (LPM) mengesan dua lagi mata pelajaran yang turut mengalami perkara sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang hadir membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di sebuah balai polis di Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, pihak Lembaga Peperiksaan khuatir kedua-dua kertas peperiksaan tersebut turut bocor dan meminta pihak polis membuat siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md, Isa ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu dan memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan rapi berdasarkan laporan polis yang diterima.

"Kami terima laporan yang dibuat di Putrajaya itu dan setakat ini, perkara itu adalah maklumat terbaharu yang diberikan untuk melengkapkan siasatan.

"Siasatan berhubung perkara ini turut dilaksanakan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dihantar dari tablet Samsung

Sunday, September 21, 2014

Empat premis judi lumpuh di Sekinchan

SEKINCHAN, 19 Sept : Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam melumpuhkan empat premis judi internet di Sekinchan dalam serbuan berasingan di sini, malam kelmarin.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Azman Abdul Rahman berkata, sebanyak 80 komputer termasuk peranti komputer judi internet bernilai kira-kira RM18,000 dirampas dalam serbuan terbabit.

Menurutnya, operasi  disertai empat pegawai dan 20 anggota itu juga menahan empat lelaki dipercayai penjaga premis berasingan yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan lanjut.

"Mereka ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam," katanya.

Azman memberitahu, serbuan itu dibuat berdasarkan hasil risikan polis dan maklumat orang awam yang memaklumkan terdapat kegiatan perjudian internet yang semakin berleluasa di kawasan tersebut sejak akhir-akhir ini.

"Ketika serbuan itu, terdapat beberapa pelanggan di empat premis terbabit sedang leka bermain judi internet dan bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak polis di premis terbabit," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 setiap mesin yang dirampas dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun.

Dalam pada itu, katanya, beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mengunjungi premis perjudian bagi mengelakkan mereka dicekup polis ketika serbuan dijalankan di premis perjudian yang disyaki beroperasi di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu di daerah ini seperti beberapa serbuan yang dijalankan pasukan keselamatan itu.

"Kita tak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak sama ada pengusaha atau mereka yang terlibat dengan judi internet dan akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan mengikut undang-undang," katanya. - SINAR

Wednesday, September 17, 2014

GEMPAR.!!! ..Tindakan ala gengster - Bestari Jaya

BESTARI JAYA, 16 Sept : Bukan sahaja trauma bas yang dipandu terlibat dalam kemalangan, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila sekumpulan lelaki dengan gaya gengster memecah cermin tingkap bas secara tiba-tiba.

Sebelum kejadian, bas yang dipandu cuba dipotong seorang penunggang motosikal bersama seorang pembonceng yang datang dari arah Bestari Jaya menghala ke Kuala Selangor di garisan berkembar bagaimanapun gagal.

Akibatnya, motosikal dikatakan bergesel di bahagian kiri belakang bas sebelum penunggang terbabas dan tercampak bersama pembonceng di atas jalan di Kilometer 18.6 Jalan Kuala Selangor-Rawang, di sini.

Motosikal Yamaha LC terseret sejauh lima meter manakala pembonceng, S Vasanthakumar, 20, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber polis berkata, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala berikutan disahkan tidak memakai topi keledar dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya kesal tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang mengambil tindakan sendiri menggunakan kekerasan sehingga sanggup memecah cermin bas ketika kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 1.30 petang, 13 September lalu.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sehingga kini penunggang motosikal masih belum tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit supaya dapat tampil ke balai polis berhampiran atau terus menemui Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohammad Hanis Ismail untuk membantu siasatan,” katanya. - SINAR

Sunday, September 14, 2014

UPSR - Batal hasrat bercuti

Puchong, 14 Sept : "Sepatutnya, cuti sekolah seminggu bermula hari ini (semalam), ayah dan ibu bercadang untuk membawa kami lapan beradik bercuti sambil memancing di Perak sebelum pulang ke kampung nenek di Klang, tetapi segala-galanya musnah "Semua gara-gara kertas soalan peperiksaan dua mata pelajaran bocor membuatkan saya terpaksa memanfaatkan cuti sekolah untuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini."

Begitu kata calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1 Bandar Kinrara, Nurzulaikha Azlan yang kecewa apabila hasratnya bercuti bersama keluarga terbantut pada musim cuti persekolahan kali ini. 

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, kekecewaannya berganda apabila kertas soalan Bahasa Inggeris yang sudah siap dijawab pada hari peperiksaan Khamis lalu juga disahkan batal dan perlu diduduki semula 30 September ini bersama-sama subjek Sains yang awal dikesan bocor. 

"Saya langsung tidak tahu mengenai kertas soalan yang bocor dan gembira kerana soalan UPSR kali ini lebih senang berbanding soalan percubaan kedua yang diambil sebelum ini.


"Tapi bila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa tidak bersemangat untuk mengulang kaji kerana sepatutnya pada masa ini saya bercuti setelah penat membuat latihan," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah keluarganya di Bandar Kinrara, semalam. - myMetro

UPSR BOCOR - Siti Naziatul Iffah tetap ke Makkah

Georgetown, 13 Sept : "Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.

"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang." 

Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling, Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kebocoran soalan. 

Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.


"Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.


"Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah," katanya. 

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya. 

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR. 

Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka. 

"Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan. 

"Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah," katanya. - myMetro 

Saturday, September 13, 2014

Kisah Tiga Pemuda Kampung

Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Hamran dan sorang lagi bernama Budin. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.

Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.

Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Hamran panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang. Hamran pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Hamran ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Hamran. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Budin jadi imam. Si Budin pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Budin niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Budin ni... dengan bongkaknye si Budin berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana...

Thursday, September 11, 2014

Kementerian Pendidikan nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - BERNAMA

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula

PUTRAJAYA, 11 Sept : Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.

Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini. - bharian

DALANG BOCOR UPSR DICARI

Kuala Lumpur, 11 Sept : Cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum.

Begitulah reaksi spontan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) apabila mendapat tahu mengenai kebocoran kertas Sains UPSR sehingga peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini.  - bharian

Dihantar dari tablet Samsung

Wednesday, September 10, 2014

Kertas soalan Sains UPSR bocor ditunda 30 September ini

TUMPAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor sehingga peperiksaan ditangguh kepada 30 September.

"Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi," ujar Menteri Pendidikan itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian kertas peperiksaan bocor itu adalah sesuatu yang malang.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

Monday, September 8, 2014

BERITA PENUH - Semua mayat mangsa bot pemancing karam telah ditemui.

KUALA SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Selangor hari ini dihentikan setelah ketiga-tiga mayat kejadian kejadian bot pemancing karam itu ditemui.

Dalam operasi yang dijalankan sejak tengahari semalam, pihak penyelamat berjaya menemui 2 mayat mangsa.

Menurut Penguasa Bomba, PgB Jasni Yusof, Ketua Zon 7 Selangor, kedua-dua mayat tersebut dijumpai jam 8 pagi tadi kira-kira 500 meter dari lokasi bot karam manakala jarak antara dua mayat itu dipisahkan 20 meter.

Mayat ketiga pula baru dijumpai pada jam 2 petang tadi setelah pihak penyelamat bertarung dengan arus deras Sungai Selangor.

Semalam, sekumpulan pemancing seramai kirra-kira 29 orang dari Puchong, Selangor telah menyewa 9 buah bot memancing di Jeti Pengkalan Kudud, Tanjung Siam, kampung Kuantan dalam Daerah Kuala Selangor untuk beriadah.

Namun nasib malang menimpa mereka apabila sebuah bot yang dinaiki bersama tiga orang rakan telah terbalik dan mangsa telah dihanyutkan arus deras Sungai Selangor.

Menurut saksi, sejurus mereka melihat kejadian tersebut, mereka terus menghubungi orang kampung berdekatan untuk meminta bantuan namun gagal apabila arus deras terlebih dahulu menghanyutkan mangsa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi dan begegas ke tempat kejadian bersama anggota Polis dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) Kuala Selangor.

SUPT. Mohd Taib Bin Haji Ahmad, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor mengetuai Operasi Mencari dan Menyelamat tersebut bersama Pasukan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Trajedi bot memancing terbalik - Mayat mangsa ketiga ditemui

Mayat mangsa ketiga kejadian bot pemancing terbalik berhampiran jeti Tanjung Siam, Bestari Jaya yang menyebabkan tiga pemancing dikhuatiri lemas pada pagi semalam telah berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat pada petang ini.

Manakala dua lagi mayat mangsa terbabit telah ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat sebelah pagi tadi.

Dua mayat pemancing daripada tiga mangsa yang dikuatiri lemas di Tanjung Siam Bestari Jaya, ditemui.

Dua mayat pemancing mangsa bot terbalik di Tanjung Siam, Bestari Jaya, ditemui oleh pasukan pencari pagi tadi manakala seorang lagi mangsa sehingga kini masih belum ditemui.


Sebelum itu, dilaporkan tiga pengail dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik berdekatan Jeti Tanjung Siam, Bestari Jaya, di sini, pagi semalam.

TERKINI.!!!Tiga pemancing dikhuatiri lemas bot terbalik di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 7 Sept : Tiga pengail dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik berdekatan Jeti Tanjung Siam, Bestari Jaya, di sini, pagi tadi.
Ketiga-tiga mangsa, Jamaludin Abu, 55, Md Noor Hassan, 32 dan seorang lagi yang dikenali sebagai Hakimi, 36, kesemuanya berasal dari Puchong, dipercayai keluar ke sungai berdekatan untuk memancing ketika bot yang dinaiki terbalik.
Sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dan Kuala Selangor serta Unit Skuba sudah dikerahkan untuk mencari ketiga-tiga mangsa, selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Sunday, September 7, 2014

Lawak Politik - "Ayah, politik itu ape eh..?"

Ada sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang anak lelaki berusia 10 tahun dan seorang perempuan berusia 2 tahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 10 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, politik itu ape eh?" Tersedak si ayah yang sedang minum bila mendengar persoalan anaknya itu.

Lalu si ayah pun menjawab, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?".

Terkedip-kedip mata si anak pejam celik kerana tidak memahami maksud si ayah. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba fahamkan ye."

Jadi semalaman si anak berusia 10 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang maksud si ayah tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan keesokan paginya, si ayah bertanya, "Dah faham ke apa tu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Terkini.!!! Senarai Harga Rokok Naik 8 September 2014 ..?

Maklumat awal mengenai British American Tobacco (BAT) Malaysia dilaporkan akan menaikkan harga rokoknya berikutan peningkatan peratus duti eksais kini mula tersebar di laman sosial.

Menerusi lampiran senarai harga rokok yang tersebar itu menunjukkan setiap harga satu pek rokok 20 batang telah meningkat sebanyak RM1.00 kepada RM13 bagi sesetengah jenama dan dipercayai berkuatkuasa mulai Isnin 8 September 2014 Pada 30 September tahun lalu, menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan ia merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam tahun lalu

Jika perkhabaran itu benar, berikut adalah senarai harga baru rokok yang akan berkuatkuasa mulai tarikh seperti dinyatakan.

Jenama/RangkaianHarga/Sekotak
DUNHILL RM13
KENT RM13
PETER STUYVESANTRM11.50
PALL MALL | PALL MALL PlainRM11.50 | RM13.50
BENSON & HEDGESRM13
LUCKY STRIKE PLAINRM13.50
ROTHMANS INTERNATIONALRM13.50

Saturday, September 6, 2014

Daun ketum bakal diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya.??

JITRA, 5 Sept : Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952. - hmetro

Friday, July 18, 2014

TERKINI!!! dilaporkan pesawat Boeing 777 MAS MH17 bersama 295 penumpang terhempas di Ukraine, dipercayai telah ditembak jatuh !..?

#PRAYFORMH17 Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine.

Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.

Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang, serpihan pesawat itu gagal ditemui.

Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan mengarahkan siasatan segera dijalankan."

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan tragedi itu.

MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17.

"Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang," kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.

Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu situasi di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang.

"Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera upahan Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman web itu.

Friday, June 20, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN - Tarikh melihat anak bulan Ramadan 27 Jun

Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERKINI.!!! Letupan Di The Store Klang

Kejadian letupan di the store klang, dikatakan berpunca dari gas sylinder. Walaubagaimanapun tiada laporan ada mangsa yang tercedera setakat ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 27, 2014

Mayat Penyelia Kilang Terjatuh Dari Sampan Dijumpai

TANJONG KARANG, 27 Mei - Mayat penyelia kilang yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sampannya ketika memancing di pesisir pantai Sungai Kajang di sini kelmarin, ditemui pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata mayat Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, ditemui terapung oleh nelayan pada pukul 9.20 pagi, kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

"Mangsa dijumpai oleh nelayan tempatan yang turun ke laut seawal pukul 6.30 pagi ini untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

"Mayatnya berjaya dinaikkan pada pukul 10 pagi dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Hasan dikhuatiri lemas selepas sampannya ditemui tanpa dikemudi sesiapa, kira-kira lima kilometer dari pesisir pantai Sungai Kajang petang kelmarin.

Mangsa dipercayai keluar sendirian untuk memancing di laut sebelum sampannya bersama peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit, ditemui pemancing lain.

Bomba yang menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 2.15 petang kelmarin melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan mangsa dipercayai terjatuh dengan bantuan pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bomba sukarela dan nelayan tempatan.

Monday, May 26, 2014

PEMUDA HILANG KETIKA MEMANCING DI TANJONG KARANG

Mangsa lelaki Melayu berumur 39 tahun, dipercayai terjatuh dan lemas ketika memancing di laut 5KM dari Jeti Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Bomba diketuai Ketua Balai PPgB Azmi Abbas, dari Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang sebaik menerima panggilan sekitar jam 2:51 petang semalam.

Operasi yang masuk hari kedua setakat petang tadi, mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 4, 2014

KEBAKARAN DI TAMAN SAHABAT, TANJONG KARANG

TANJONG KARANG - Sebuah rumah teres satu tingkat musnah hampir 80 peratus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan Taman Sabahat, Tanjong Karang, petang kelmarin.

Jentera Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Tanjong Karang dan Pasukan Bomba Sukarela Pasir Penambang telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3:49 petang itu, telah berjaya memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kemalangan jiwa, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui setakat ini.

Thursday, May 1, 2014

SERI TIRAM JAYA - PEMANDU MYVI MAUT REMPUH JENTERA PENUAI PADI

Myvi merempuh hadapan jentera penuai padi menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu jentera tidak menggalami sebarang kecederaan, kemalangan berlaku di jalan Kg. Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang, sekitar jam 9:30 pagi tadi.

Menurut sumber orang ramai, kemalangan berpuca apabila mangsa yang memandu kereta Myvi gagal mengelak dan merempuh bahagian hadapan jentera penuai padi yang sedang keluar dari kawasan sawah padi.

p/s AL-FATIHAH... Takziah kepada keluarga mangsa..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 30, 2014

Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam Selangor (Paysa) di Parit Empat - Tidur di dewan makan, surau

TANJONG KARANG - Gara-gara kemudahan yang tidak mencukupi, ruang dewan makan dan surau dibahagikan menjadi tempar tidur, menelaah pelajaran serta tempat berehat bagi penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam Selangor (Paysa) di Parit Empat, di sini.

Difahamkan, pembinaan bangunan asrama bagi penghuni perempuan dan lelaki sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan berikutan kekangan modal dan dana yang hanya diperoleh melalui sumbangan.

Sebelum ini, Pengurus Paysanya, Fadilatul Saadiah Siraj menjelaskan, pelbagai usaha dilaksanakan Allahyarham suaminya untuk mendapatkan dana tambahan bagi  pembinaan asrama lima bilik termasuk menerima batu bata terpakai yang masih elok hasil sumbangan individu prihatin.

Menurutnya, atas dasar minat, tanggungjawab dan prihatin dengan nasib anak yatim mendorong Allahyarham suaminya tekad merancang sekali gus menubuhkan pertubuhan ini di atas tanah miliknya bagi membantu merubah hidup golongan kurang bernasib baik.

"Tanah yang masih kosong sudah diperuntukkan untuk membina asrama memandangkan kemudahan lain seperti dewan makan dan surau sudah ada meskipun tidak sempurna, namun kami bersyukur dengan segala yang ada yang juga hasil bantuan orang ramai dan agensi berkaitan.

"Saya memohon keprihatinan orang ramai, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat supaya dapat tampil membantu penghuni di sini," katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi  Fadilatul Saadiah di talian 0194103479 untuk membantu penghuni Paysa yang terdiri dari anak yatim dan miskin.

BERITA TERTUNDA... Kafe Siber berhampiran Masjid Ar Raudhah, Pekan Tanjong Karang, musnah terbakar

Lari bertempiaran selamatkan diriTANJONG KARANG (26/04/2014) - Sebuah kafe siber berhampiran Masjid Ar Raudhah, Pekan Tanjong Karang, di sini mengalami kerugian hampir RM70,000 setelah musnah terbakar dalam satu kebakaran dalam kejadiran jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, bunyi letupan kuat mengejutkan beberapa remaja yang leka bermain permainan video di kafe siber itu sebelum lari menyelamatkan diri.

Difahamkan, bunyi letupan itu dipercayai berpunca dari litar pintas di bahagian belakang berhampiran tandas yang cukup kuat sebelum disusuli kepulan asap memenuhi ruang kafe siber terbabit.

Pekerja kafe siber, Faizal Johari, 28, berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang tiba-tiba dan ketika kejadian, ada beberapa remaja leka menggunakan komputer.

"Tak fikir panjang, kami semua terus keluar selamatkan diri dan sempat hubungi pihak bomba serta pengurus kedai untuk beritahu kedai terbakar.

"Nasib baik tak ada siapa yang cedera. Semua peralatan rosak dan kerugian mungkin hampir RM70,000," katanya.

Manakala seorang pekerja kedai makan, Hasmah Mohd Said, 47, berkata, jeritan rakannya yang ketika itu berada di bahagian dapur mengejutkannya yang sedang mengemas ruang depan kedai.

"Saya terkejut bila dengar kawan jerit ada asap tebal keluar dari bahagian atas kedai kafe siber sebelah kedai makan itu. Saya pun cepat-cepat jenguk belakang kedai.

"Waktu itu kami panik dan tak tahu nak buat apa-apa. Tapi cepat-cepat keluarkan tong gas dari dapur sebab takut api merebak sehingga ke kedai makan. Tapi Alhamdulillah, tindakan pantas pihak bomba yang datang tak lama selepas itu berjaya padamkan api," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi yang juga Penyelia Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Mohammad Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 5.38 petang.

Menurutnya, jentera bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang tiba ke lokasi kejadian tiga minit selepas panggilan manakala jentera di Sekinchan tiba 10 minit selepas itu.

"Seramai 17 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan siasatan awal mendapati, kebakaran itu berpunca dari lihat pintas serta pendawaian komputer.

"Kita berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 10 minit dan memandangkan kawasan kebakaran di deretan kedai tepi jalan, kedai berhampiran turut disiram di bahagian tertentu bagi menggelakkan api merebak," katanya.

Monday, April 28, 2014

LIPUTAN MEDIA... #Presiden Barack Obama melawat Masjid Negara Kuala Lumpur

Presiden Barack Obama meluangkan masa melawat ke Masjid Negara Kuala Lumpur. Beliau turut melawat ke Makam Pahlawan yang terletak di Masjid Negara, pada Ahad, 27 April 2014.

YBhg. Tan Sri Syeikh Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara turut mengiring Presiden Amerika Syarikat sepanjang sesi lawatan selama 20 minit itu. - JAKIM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 17, 2014

KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN

IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.