Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, July 19, 2008

EDISI 1 - Isu Kontraktor Kelas F

video

Dato' Sri Shahrizat Abd Jalil di Bengkel Usahawan Wanita

Bayi DiTanam..nasib baik Hidup..ALLAH SYG DIA...

Click here!

Dunia Glamour Punya Cerita

GAMBAR MODEL2 MSIA

“OK…anytime”

Mungkinkah itu kata Khalid Samad,Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam kepada abangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Detik candid ini dirakamkan di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas selesai debat antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam.

Teknologi campuran air mampu jimat minyak

LANGKAH BIJAK: Abdullah mengisi Hydrofuel pada
pelancaran projek pemasangan alat penjimatan
itu pada teksi dan kereta sewa di
Dataran Putra di Putrajaya, semalam.
Oleh : Wan Hazmir Bakar
PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat memanfaatkan teknologi penjimatan petrol seperti 'Hydrofuel' yang mampu menjimatkan petrol sehingga 50 peratus bagi mengurangkan beban kenaikan harganya.

Perdana Menteri berkata, teknologi yang dibangunkan syarikat Bumiputera itu sudah teruji dan diguna pakai sebilangan kenderaan di negara ini, selain mendapat tempahan luar negara.

Beliau berkata, selain menjimatkan kos petrol, teknologi itu juga mesra alam dan dapat mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida.

"Bila petrol naik RM2.70 seliter, semua orang marah, maki hamun. Kerajaan cari apa juga kaedah dan teknologi supaya bil minyak dikurangkan.

"Sekarang minyak petrol RM2.70 seliter, maka jimat 50 peratus bermakna bayar RM1.35 untuk seliter petrol. Ia lebih murah lagi daripada RM1.92 sebelum kerajaan naik harga minyak sampai orang marah," katanya berucap pada pelancaran projek pemasangan peralatan penjimatan petrol Hydrofuel teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dan Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd, Dr Halim Ali.

Menerusi projek itu, 100 teksi dan kereta sewa dipasang dengan alat Hydrofuel, iaitu sistem separa hibrid campuran hidrogen dan petrol yang menggunakan air paip sebagai bahan api tambahan.

Ia teknologi penjimatan bahan bakar automotif yang berasaskan air, membabitkan balang kanister di bahagian enjin dan bekas air lima liter di bonet dengan campuran minyak dan air pada nisbah 98.2 peratus: 1.8 peratus.
Click here!

'Serah DNA jika benar'

Pak Lah cabar Anwar
jika tidak terbabit dalam kes liwat

Oleh : Wan Hazmir Bakar PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan sampel DNA untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan meliwat, jika benar beliau tidak melakukan perbuatan itu. Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau dia betul-betul tak terbabit, bagi sampel, buat (ujian DNA) sekarang. Kalau dia kata memang tak buat apa-apa, tengok hasilnya nanti... itulah caranya, bukan susah sangat," katanya selepas melancarkan projek pemasangan alat penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang semalam. Abdullah diminta mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan selepas ditahan polis Rabu lalu untuk membantu siasatan. Anwar pada sidang media kelmarin berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian DNA kerana bimbang ia akan dimanipulasikan pihak tertentu, selain mendakwa polis sudah memiliki sampel DNA beliau yang diambil ketika siasatan kes liwat pada 1998. Mengenai reaksi Amerika Syarikat dan negara lain yang menyatakan kebimbangan berhubung siasatan kes terbaru Anwar, Abdullah menegaskan tiada sebarang konspirasi atau tindakan untuk menganiayai penasihat PKR itu.

"Tak ada... tak ada sebarang konspirasi untuk menganiayai beliau. Tak ada, tak usah percaya," katanya. Anwar sebelum ini mendakwa tuduhan terbaru itu dibuat pihak tertentu untuk menghalang beliau daripada kembali aktif dalam politik. Beliau yang mendakwa akan bertanding kerusi Parlimen yang akan dikosongkan Ahli Parlimen PKR, turut mengumumkan sudah berjaya memujuk sejumlah Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Abdullah dan membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah. Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya ada konspirasi menghalang Anwar hanyalah persepsi mereka, sama seperti ketika kes pada 1998 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan berikutan dakwaan meliwat. Mengenai kebimbangan terhadap keselamatan Anwar, Abdullah berkata perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sudah memberi jaminan keselamatan kepada beliau dan keluarganya, malah pihak berkuasa sentiasa menjalankan siasatan mengikut garis panduan dan lunas undang-undang.

"Tak ada masalah, hari itu isteri dia (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) datang... Azmin (Ali) pun datang, saya bagi jaminan dia akan selamat dan dilindungi undang-undang. Kita mesti patuh kepada undang-undang dan pihak berkuasa pun patuh kepada undang-undang," katanya. Ditanya bila kes Anwar akan berakhir, Abdullah berkata kerajaan memang mahu ia diselesaikan seberapa segera yang boleh.

"Kalau boleh kita nak selesaikan semalam tapi tak boleh lagi," katanya merujuk keengganan Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu siasatan polis turut melewatkan lagi proses berkenaan.