Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, May 22, 2008

Mesin judi ‘berhantu’

Perbuatan memuja mesin judi menjadi amalan pengusaha pusat perjudian haram yang dikesan sanggup mengadakan ritual pemujaan khas mesin kuda semata-mata mahu ‘mengikat’ pelanggan yang berkunjung ke pusat berkenaan untuk bertaruh seterusnya menjadikan mereka ketagih mesin itu.

Difahamkan, mesin kuda yang dipuja itu antara saki baki mesin judi yang masih tinggal dan jarang digunakan selepas mesin slot judi diperkenalkan dan boleh dianggap antik di kalangan kaki judi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan orang lama.

Ibarat mempunyai khadamnya sendiri, mesin keramat itu juga dikatakan sangat dirindui dan digilai kaki judi veteran sehingga menjadikan mereka umpama lelaki tergilakan wanita cantik.

Terkenal dengan nama panggilan mesin kuda atau mesin itik di kalangan kaki judi kerana menggunakan imej kedua-dua haiwan terbabit yang sedang berlumba sebagai bahan pertaruhan dan ia amat diminati kaki judi.
(sumber - hmetro)