Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, January 5, 2009

Menanti menjelang PRK P.36 - Malaysiakini

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) bersama Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Md Razali Kassim (kiri) dan Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik semasa melawat tempat penamaan calon P36 Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, di Kuala Terengganu, hari ini.

PETUGAS bilik gerakan wanita Barisan Nasional (BN), Noorzaitul Ashikin Abd Gapar (depan) dan Karta Kaur melekatkan angka 12 pada papan notis kiraan hari pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu di bilik gerakan Jalan Sultan Mohamad.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melekatkan bendera Barisan Nasional pada kenderaan milik Pemuda Umno Marang.

PRESIDEN Parti Islam Semalaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) bersama Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) sama-sama mengangkat tangan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut selepas diumumkan calon parti itu pada pilihan raya kecil P36 kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri.

PARTI Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu iaitu Naib Presiden 1 Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahim Mohamad (lima dari kiri).

TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menjulang tangan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika mengumumkannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (P.036) Parlimen Kuala Terengganui. Turut sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan).

AWAS! Perangkap Murtad - Malaysiakini

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Pilihan raya kecil KT selamat - Malaysiakini

Kehadiran lebih 6,000 anggota polis di sekitar bandar raya ini bukan bermakna mungkin wujud keadaan tidak selamat semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kehadiran ramai anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sepanjang proses pilihan raya kecil itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kita tak nak ambil sebarang risiko, kita nak orang berasa selamat nak pergi sana sini dan tidak berasa terancam. Jangan khuatir mengenai pihak polis, anggap sahaja dia (polis) tidak ada walaupun dia ada.

"Kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku, orang akan salahkan polis dan cakap kita tak buat persediaan awal, jadi persediaan awal ini merujuk bahawa kita memahami proses demokrasi dan bukan satu tanda bahawa negeri ini tidak selamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Kuala Terengganu.
Syed Hamid turut menyampaikan pakaian seragam kepada lebih 700 anggota Rela pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni dan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin.

Syed Hamid berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kelancaran proses pilihan raya kecil itu.

Profil Calon P.36 (Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh) - Malaysiakini

BIODATA

Nama: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Tarikh lahir: 13 November 1962
Umur: 46 tahun
Isteri: Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, 40
Anak:

* Wan Syafiqah Iryani, 19;
* Wan Anis Majida, 15;
* Wan Syazana Fasihah, 11;
* Wan Deena Masyitah, 8;
* Wan Nureen Sofia, 5;
* Wan Khaireen Dunnyana, setahun.

Jawatan dalam parti: Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu
Pendidikan: Berkelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London
Rumah: Suasana Sentral Kondominium, KL Sentral, Kuala Lumpur
Emel: wanfarid@yahoo.com


SENATOR Wan Ahmad Farid, dilahirkan di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu pada 13 November 1962 dan pernah bertugas sebagai Peguam bela dan Peguam cara mulai 1987. Beliau menang jawatan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu selepas menewaskan Datuk Roslan Awang Chik pada 2004.

Berusia 46 tahun, beliau kini menjadi Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu yang disandangnya sejak dua penggal.

Beliau dilantik Senator pada 2006 dan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 1 Januari 2004 hingga 18 Mac 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, mulai 19 Mac lalu.

Beliau yang gemar membaca, memiliki kelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London.

Selain itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu mempunyai pengalaman dan pembentangan kertas kerja dan menghadiri seminar di beberapa negara.

Antaranya, persidangan Regional Ethics In Leadership di Vietnam pada 2000; pemerhati pilihan raya Presiden Amerika Syarikat atas jemputan Jabatan Negara AS (2000), membentang kertas kerja Ancaman Keganasan Di Asia Tenggara, CSIS, Jakarta (2002).

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bengkel Penubuhan Komuniti Asean di Manila di Asean People's Assembly (2002) dan berucap di Institut Rantau Asia dan Pasifik, University of Sydney semasa menjadi tetamu kerajaan Australia pada 2003.