Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, December 31, 2008

Ada lagi blog yang menghina.?

Setakat ini kita sudah berjaya mengwar warkan isu blog hina nabi iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/ hingga terpaksa ditutup..

Sekarang kita juga diberitahu oleh sahabat sahabat BPN kita tentang blog yang dianggap sesat seperti di list bawah ini.

1. http://sufitauhidwahdat.blogspot.com/
2. http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

sumber dari - penembaktepat

Penerbitan kandungan ganas dan tidak sopan akan diambil tindakan - Malaysiakini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menerbitkan kandungan ganas dan tidak sopan mengenai kaum dan agama.

Mana-mana perlakuan yang melanggari undang-undang Malaysia secara dunia offline juga mengandungi kesalahan dalam dunia online, termasuk Internet.

Suruhanjaya itu juga menggesa ibu bapa dan penjaga memantau penggunaan Internet oleh budak-budak dan remaja agar mereka tidak dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MCMC juga mengingatkan pengguna tapak rangkaian sosial Internet berhati-hati mengenai jenis maklumat mereka pilih untuk disiar atau diterbitkan secara dalam talian kerana individu mungkin menggunakan maklumat ini terhadap mereka pada masa akan datang.
“MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika,” katanya.
Ia menyatakan MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam penyiasatan.

Tolong cari gadis hilang lagi - Malaysiakini

Kepada kawan-kawan yang prihatin, saya minta tolong hantarkan (forward) email ini bagi membantu Pn Siti Hawa mencari anak perempuannya.

FATIN NORREHAN BINTI AHMAD , 15 Tahun

KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT REMAJA DIATAS SILA HUBUNGI PN SITI HAWA BT MOHD NOOR [H/P : 017 - 6844 503]

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu, 17/12/2008.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan sekelian.

Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd
sumber dari - isuhangat

Sunday, December 28, 2008

Terbaru.!!! blog hina Nabi berjaya ditutup - Malaysiakini

Blog hina Nabi (adibahahmad.blogspot.com) telah diremove oleh pihak blogspot kerana atas usaha perang Flag yang diwar-warkan oleh kebanyakan blogger, portal dan forum Muslim.Alhamdulillah.

Blog tersebut bukannya didelete oleh pemiliknya kerana kalau blog tersebut didelete, nama domain blog tersebut masih available dan boleh didaftar oleh blogger lain.

Di harap pihak yang berwajib dapat menyiasat dan mengesan penulis blog tersebut supaya dapat diambil tindakan kerana menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan Umat Islam supaya penulisnya tidak membuat lagi kerja ini.

Seperti yang diketahui, penulis celaka ini sebelum ini bermula dengan friendster dan kemudian ke blogger. Diharap blogger-blogger Muslim akan bersatu lagi menyebarkan isu-isu hangat yang sensitif seperti ini supaya kita sama-sama menggembeleng idea cara menetang melalui perang cyber. Nasib baik , blogger adibahahmad.blogspot ini adalah blogger baru yang tiada pengalaman, kalau otai memang tahu cara nak hilangkan navbar blogspot.

Wanita laman blog hina Nabi jumpa Shabery - Malaysiakini

Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini semalam.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

“Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya.

Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.
“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise di Alor Gajah, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.
Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.

Friday, December 26, 2008

KENYATAAN MEDIA BPN TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA
BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )
TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/, http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..


Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com


Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com

Calon mahu larangan jelas guna blog berkempen - Malaysiakini

mStar | Ketika tinggal hanya tiga bulan menjelang pemilihan parti, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, salah seorang calon yang bakal menyaingi kerusi Timbalan Presiden, mahu Lembaga Disiplin menjelaskan tatacara kempen menerusi blog.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, "empat hari lepas Lembaga Disiplin Umno memberi amaran kepada bekas Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana berkempen menggunakan blog semasa pemilihan bahagian yang lalu."

"Amaran Lembaga Disiplin ini perlukan penjelasan lanjut apakah pemilihan di peringkat Umno pusat yang akan diadakan Mac tahun depan juga tertakluk kepada larangan menggunakan blog atau laman web," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden dalam blognya hari ini.
Tegas beliau, larangan menggunakan blog sebagai kaedah untuk berkempen perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan pemilik blog terutama di kalangan ahli dan pemimpin Umno agak ramai pada masa ini.

Muhammad memulakan blognya selepas pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam juga mempunyai blog sendiri.

Antara calon lain yang mempunyai blog ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo yang turut merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Seorang lagi calon kerusi itu iaitu Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga mempunyai blog sendiri.
"Perkara itu perlu dinyatakan dengan jelas kerana blog ada kalanya menjadi wadah terbaik bagi meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat di samping membolehkan rakyat mengikuti tindak tanduk dan aktiviti pemimpin mereka," kata Muhammad, yang juga bekas Menteri Besar Selangor.
Tambah Muhammad, apabila diadakan sidang akhbar, ramai pemimpin yang memberikan maklum balas terhadap isu semasa, contohnya berkaitan naik turun harga barangan dan keesokan harinya komen mereka akan disiarkan dalam media.
"Jika pemimpin terbabit menulis perkara yang sama dalam blog pula, adakah itu dilihat sebagai berkempen dan boleh dijatuhkan hukuman," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau menjelaskan bahawa jika perkara-perkara yang dipaparkan dalam blog semuanya boleh ditafsirkan sebagai berkempen, pengurusan Umno perlu mengeluarkan surat meminta semua pemilik blog dalam kalangan ahli dan pemimpin parti menutup blog masing-masing.
"Saya pun akan menutup blog saya jika ia memang bertentangan dengan apa yang terkandung dalam tata etika ahli Umno," katanya.
Pada Isnin lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Ahmad Kuris diberi amaran kerana didapati bersalah berkempen untuk mendapatkan jawatan menerusi blog miliknya yang melanggar Tataetika Ahli Umno di bawah Perkara 5.3, Perkara 7.1 dan Perkara 8.1.

Blog Menghina Nabi Junjungan ....Laknatullah - Malaysiakini

lagi blog sampah menghina Rasulullah sila click dan FLAGkan: http://adibahahmad.blogspot.com/


Penulis blog tersebut mungkin mengguna identiti orang lain...namun walau apapun blog tersebut kita tutupkan dulu.

Sumber Dari - penjagaketuananmelayu

Thursday, December 25, 2008

Tolong cari gadis hilang - Malaysiakini

Assalamualaikum.. .

Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maz nah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan anda.

Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah

07-55556562(office)

Sumber - ISUHANGAT

Artis Pakai Songkok Nampak Pusat - Malaysiakini

Songkok sinonim dengan masyarakat melayu,tetapi adakah ianya sinonim dengan Radhi OAG dalam persembahan beliau di konsert Rock The World 8 di’lihat sebagai tidak wajar kerana dalam masa yang sama menunjukkan pusat yang mana adalah aurat bagi lelaki.

sumber dari - Alalalan

Thursday, December 18, 2008

Norman ceraikan Abby talak satu - Malaysiakini

Pelakon, Norman Hakim sah bercerai talak satu dengan isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan penceraian itu antara Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, dengan Arbaeyah Abdul Manan, 31.

Norman menangis sewaktu hendak melafazkan cerai berkenaan dan terpaksa menenangkan diri selama 40 minit.

Polis tembak mati empat penjenayah - Malaysiakini

PERMATANG PAUH: Polis menembak mati empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang bergerak aktif di negeri ini dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu di sini kira-kira pukul 5 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata dua daripada empat lelaki berusia lingkungan 30 dan 40 tahun yang ditembak itu adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi adalah rakyat tempatan.
"Pihak polis telah menerima maklumat yang mana ada satu kumpulan penjenayah sedang berlegar-legar di kawasan Guar Perahu dan dipercayai akan melakukan jenayah.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan tujuh anggota polis telah dihantar untuk menyiasat dan mengesan kumpulan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak polis berjaya mengesan sebuah Pajero berwarna biru gelap di persimpangan tiga ke Taman Guar Perahu di sini yang dalam keadaan mencurigakan dan anggota polis itu bertindak mengekori kereta berkenaan .
"Apabila menyedari diekori pihak polis, mereka terus memecut kenderaan dan pihak polis mengekori dari belakang yang mana dalam masa yang sama salah seorang lelaki di dalam kereta itu bertindak mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis," katanya.
Salleh berkata, berlaku tembak-menembak antara pihak polis dan geng pecah rumah dan samun itu dan kesemua penjenayah itu ditembak mati.
"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol dan beberapa senjata tajam termasuk peralatan pecah rumah (di dalam Pajero itu) dan polis percaya dengan tertumpasnya kumpulan ini dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati dua lelaki tempatan yang ditembak itu mempunyai rekod jenayah yang mana salah seorang daripadanya memang dikehendaki polis.
"Sementara dua warga asing itu tiada pengenalan diri dan tidak memiliki dokumen perjalanan dan siasatan juga mendapati kenderaan kumpulan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Polis sedang menyiasat sama ada Pajero itu dicuri atau tidak," katanya
.Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah dengan memecah masuk rumah mangsa dan mengikat mangsa sebelum menyamun serta mengambil barang-barang berharga dalam rumah mangsa. - mStar

BEBERAPA anggota polis mengangkat mayat seorang daripada empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang terbunuh dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, polis menembak empat penjenayah yang berusia lingkungan 30 dan 40 tahun, dua adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi merupakan rakyat tempatan.

Thursday, December 11, 2008

Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah - Malaysiakini

"DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU....SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR KE 63.....SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN"

Monday, December 8, 2008

Operasi kesan 1 lagi mangsa tragedi tanah runtuh diterus - Malaysiakini

Pusat pendaftaran sementara masuk keluar yang disediakan di kawasan tragedi ketika usaha digerakkan untuk memindahkan penduduk kawasan sekitar.

Laluan sementara yang disediakan oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Seorang warga Sri Lanka, yang merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr N Yogeswari, dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang kenalan Dr Yogeswari pada malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang diberhentikan pada pukul 6.30 petang semalam dimulakan semula pada 9.30 malam tadi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Friday, November 28, 2008

Wanita rakyat Malaysia masih hilang di Mumbai - Malaysiakini


Seorang wanita rakyat Malaysia yang berada di sini atas urusan perniagaan masih hilang dikhuatiri terperangkap di hotel peniganapannya iaitu Taj Mahal Palace Hotel.

Wanita itu, dikenali sebagai Hema Kassipillay, 51, yang bekerja dengan syarikat insurans Jerman berpangkalan di Kuala Lumpur dipercayai ke sini untuk urusan kerja bersama dua lagi rakannya iaitu rakyat Jerman.
“Semalam kami mencarinya di dua hospital dan hospital persendirian tetapi tidak menemuinya. Adalah sukar untuk pihak konsulat kerana kami tidak mempunyai akses kepada hotel itu pada masa ini,” kata Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah.
Lebih 30 orang dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel mewah itu, bersama tiga pengganas, sejak serangan pengganas pada Rabu malam.

Pasukan keselamatan dijangka mengambil tindakan pada bila-bila masa hari ini untuk menumpaskan pengganas yang berlindung di dalam hotel itu.

Menurut kementerian dalam negeri India, 125 orang terbunuh manakala 327 cedera dalam keganasan di Mumbai sejak dua hari lepas. Enam daripadanya adalah rakyat asing.

Thursday, November 27, 2008

Hari Raya Haji disambut pada 8 Disember - Malaysiakini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Tuesday, November 25, 2008

Kuala Selangor Bandar Bersejarah - Malaysiakini

PENGINAPAN jimat dan selesa, makanan menyelerakan dan destinasi yang berdekatan kota antara jawapan 'orang kita' apabila diajukan soalan mengenai percutian hujung minggu PENGINAPAN jimat dan selesa, makanan menyelerakan dan destinasi yang berdekatan kota antara jawapan 'orang kita' apabila diajukan soalan mengenai percutian hujung minggu mereka.

Jika anda termasuk dalam golongan yang dimaksudkan, apa kata luangkan masa mengunjungi Kuala Selangor, bandar bersejarah yang pernah ditawan Belanda ketika usaha peluasan empayar oleh kuasa penjajah asing itu pada 1784.

Selain nilai sejarah, bandar kecil ini turut memiliki tarikan pelancongan antarabangsa seperti Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan hidangan makanan laut yang murah.

Destinasi ini hanya terletak 40 kilometer perjalanan dari ibu kota.
Taman Alam Kuala Selangor

Rata-rata pengunjung yang pertama kali sampai ke bandar kecil ini pasti mahu terus mengunjungi Bukit Melawati yang menjadi antara mercu tanda utama di bandar Kuala Selangor.

Bagaimanapun, sebelum meneroka tarikan di atas puncak, apa kata terlebih dulu singgah di Taman Alam Kuala Selangor yang pintu masuknya terletak bersebelahan stesen trem Bukit Melawati.

Taman Hutan seluas 296 hektar ini bukan saja memainkan fungsi penting dalam mengekalkan ekosistem, malah menjadi kediaman semula jadi kepada pelbagai spesies flora dan fauna.

Landskap hutan hujan tropika dan hutan paya bakau turut menarik kehadiran 156 burung.

Daripada angka itu, 57 adalah spesies penghijrah dari Russia dan Siberia, yang singgah sebentar di taman ini antara September hingga April, setiap tahun.

Antara spesies burung tempatan yang menjadi penghuni tetap taman termasuk Burung Bakau, Bangau, Ketitir, Pekaka, Raja Udang, Pucong, Serandau dan Helang Bahu Hitam.

Burung yang datang berhijrah pula ialah daripada jenis Purple Herow, Great Eagle, Tiger Shrike, Brown Shrike, Arctic Shrike, Warbler dan Purple Swamphen.

Pengunjung boleh meneroka keindahan taman ini dengan mengikuti laluan pelantar konkrit di samping meneliti fungsi dan kegunaan tumbuhan hutan dengan bantuan pemandu pelancong.

Di tengah taman, anda akan dihidangkan dengan pemandangan tasik buatan yang menjadi tumpuan siput sedut, siput roman dan siput beliung.

Selain itu, ada menara tinjau untuk menyaksikan kehadiran burung, biawak dan haiwan pemangsa lain yang berkunjung ke tasik ini bagi mendapatkan sumber air.

Pengunjung yang gemarkan cabaran juga boleh memilih sama ada untuk bermalam di chalet atau berkhemah di tapak disediakan oleh pengurusan.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran ratusan kera daripada spesies Makonka dan Long Tail Silver Leaf yang menjadi penghuni setia taman.

Ini kerana ada kalanya, hidupan yang menjadikan pucuk kayu dan buah hutan ini gemar merebut makanan atau barangan peribadi pengunjung dalam sekelip mata.


Warisan sejarah Bukit Melawati

Bukit Melawati yang berdepan pemandangan indah Kuala Selangor dan Selat Melaka ini memiliki sejarah yang panjang dan amat rapat dengan kesultanan Melayu Melaka.

Mengikut sejarah, kota ini pernah ditakluki Belanda pada 1784 selepas kuasa penjajah itu menewaskan Portugis di Melaka.

Belanda kemudian memusnahkan kota lama dan menggantikannya dengan istana Eropah sebelum memberi nama baru, Fort Atlingsburg, sempena nama komander mereka, Gabenor Jeneral Alting.

Lokasi strategik menjadikan kota ini sering kali digempur oleh beberapa kuasa besar utama termasuk British dan Kesultanan Selangor yang mahu menguasai bukit ini.

Pengunjung boleh memilih sama ada untuk memandu ke atas bukit atau trem berdekatan Masjid Lama Kuala Selangor untuk ke puncak dengan harga RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak).

Dalam perjalanan menuju ke puncak, anda boleh melihat tiga makam Sultan Selangor, runtuhan kota lama dan batu hampar yang menjadi tempat pesalah menjalani hukuman pancung.

Bagaimanapun, jangan terkejut apabila disambut dengan ratusan lotong apabila sampai ke puncak. Pengunjung boleh memberikan kacang panjang kepada haiwan ini yang boleh dibeli daripada penjual.

Luangkan masa untuk menikmati pemandangan indah di puncak yang turut menempatkan rumah pegawai daerah British dan rumah api yang masih berfungsi sebagai panduan kepada kapal.

Ada juga menara tinjau yang digunakan pihak berkuasa agama untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh mula puasa, hari raya dan permulaan awal Zulhijjah.


Kelip-kelip Kampung Kuantan

Tarikan pelancongan utama Kuala Selangor ini sudah lama menarik kunjungan pelancong asing terutama dari Asia Barat, Taiwan, Jepun dan China.

Menjadi satu daripada dua taman kelip-kelip yang ada di dunia, kunjungan anda ke pekan ini tidak lengkap jika tidak meluangkan masa mengunjunginya.

Istimewanya, sebahagian besar kelip-kelip yang boleh dijumpai di Kuala Selangor daripada spesies Pteroptyxtener yang mengeluarkan kerlipan cahaya tiga kali sesaat.

Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya lebih terang berbanding kelip-kelip betina untuk menarik perhatian pasangannya.

Tidak sukar untuk menyaksikan keajaiban alam ini. Anda boleh memandu terus dari tengah bandar dengan mengikuti papan tanda Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan.


Makanan laut dan kraftangan

Ada banyak restoran makanan laut di perkampungan nelayan di Pasir Penampang, terletak berhampiran kawasan jambatan yang merentangi Sungai Selangor.

Selain menawarkan masakan kampung dengan harga amat berpatutan, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai produk makanan laut dan makanan segar di jeti berhampiran.

Jika tidak pun, anda boleh menikmati makanan Barat di rumah rehat atau restoran di kaki Bukit Melawati yang menyediakan selera Melayu seperti nasi campur, ikan bakar dan nasi ayam.

Sebelum pulang, pastikan anda singgah di kedai kraftangan di Kampung Permatang Kuala Selangor.

Pelbagai cenderahati diperbuat daripada jut yang cantik boleh dibawa pulang sebagai buah tangan.

Selain produk kraftangan, orang ramai yang mahu mendapatkan bekalan ikan segar boleh berkunjung ke Pasar Basah Pasir Penambang berhampiran.

Terlanjur ke sini, jangan lupa mencari sagun beras tradisional Kuala Selangor, makanan tradisional yang tidak terdapat di tempat lain.

Penginapan

De Palma Inn Kuala Selangor

Tel: 03-32897070

http://depalmahotel.com



Firefly Park Resort

Tel: 03-3289-1208

Faks: 603-3289-1234

http://www.fireflypark.com/



Rujukan percutian

Tourism Malaysia

Tel: 03-2615 8188/ Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207

Talian pelancongan: 1-300-88-5050

Emel: enquiries@tourism.gov.my

www.tourism.gov.my


Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor

Tel: 03 - 5511 1122 / Faks: 03 - 5513 1199

www.tourismselangor.gov.my

S'pura potong gaji k'tangan awam - Malaysiakini

Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.

Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.

Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu semalam. -->>lanjut

Pingat untuk Shah Rukh...suspen macam filem Hindustan juga - Malaysiakini

Jadi datang akhirnya… Babak suspen mengenai penganugerahan darjah Datuk kepada pelakon popular Bollywood Shah Rukh Khan, kini terlerai.

Macam juga filem Hindustan, majlis yang dirancang sering diselitkan dengan unsur suspen dan akhirnya terlerai dengan ‘happy ending’.

Walaupun sebelum ini dilaporkan Shah Rukh tidak dapat hadir untuk menerima darjah itu kerana sibuk dengan penggambaran, hari Isnin disahkan pelakon itu akan hadir menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) pada 6 Disember depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh berkata, Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.

Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataanyang dikeluarkan.

Sunday, November 23, 2008

Majlis Fatwa haram yoga - Malaysiakini

Abdul Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di Putrajaya semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.
"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.
Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.

Thursday, November 6, 2008

Penunggang Basikal Maut dalam kemalangan - Malaysiakini


Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan penunggang basikal menyebabkan penunggangnya seorang warga emas meninggal dunia ditempat kejadian. [Gambar Atas]
Kemalangan maut di Taliair Tiga Sungai Burong (Jalan Utama Kuala Selangor – Sabak Bernam) membabitkan sebuah kereta dan penunggang basikal . Kejadian berlaku pada pukul 3:30 petang tadi dipercayai apabila pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Tanjong Karang menghala ke Sekinchan gagal mengelak ketika mangsa yang menaiki basikal melantas jalan dan telah menyebabkan mangsa merupakan seorang warga emas meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Kesesakan kecil lalulintas di tempat kejadian juga berlaku seketika, bagaimanapun dapat dikawal semula oleh pihak polis dari Balai Polis Tanjong Karang yang tiba ditempat kejadian tidak lama selepas menerima laporan daripada orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Menurut sumber yang diterima daripada penduduk tempatan mangsa yang dikenali dengan panggilan Pak Ali Misai adalah bapa saudara kepada Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

MEMEY DAN ABBY - Malaysiakini



CUBA TENGOK BETUL-BETUL GAMBAR KAT ATAS TU. MUKA MEMEY SEIRAS MUKA ABBY.

CIDB akan latih 100,000 pekerja tempatan dalam sektor binaan - Malaysiakini

Kementerian Kerja Raya mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysian (CIDB) melatih 100,000 tenaga mahir dalam tempoh setahun selaras usaha mengurangkan buruh asing dalam sektor binaan.

Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata kementerian akan menyediakan peruntukan RM100 juta kepada CIDB untuk tujuan itu.

Lagi gambar hangat Abby dan Norman - Malaysiakini




Menjiwai kehendak remaja kini, saya tahu ramai yang mengikuti kisah rumah tangga Abby dan Norman dari dekat. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua mereka di lokasi pengambaran Gerak Khas beberapa hari lepas untuk tatapan semua. Mari kita doakan masalah kedua mereka dapat mencapai penyelesaian yang baik.

Garis panduan bersumpah cara Islam digubal - Malaysiakini

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan satu garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.
"Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 hari ini.
Soal sumpah menurut hukum Islam menimbulkan kekeliruan apabila bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 16 Ogos bersumpah atas nama alQuran di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun sumpah yang dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri.

Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam dan beranggapan sumpah yang ada dalam Islam ialah hanya li'an membabitkan suami isteri.

Ahmad Zahid berkata, apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas.

Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam.

Terdahulu seramai 139 pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan wang tunai, sijil dan plak daripada Zahid.

Monday, November 3, 2008

Raja Petra boleh dibenar jadi saksi kes Altantuya - Malaysiakini

Oleh : ARIFUDDIN ISHAK
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tidak ada sebarang sekatan bagi mana-mana tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk Raja Petra Raja Kamaruddin untuk menghadiri sebarang prosedur mahkamah.
"Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang dikemukakan Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan wanita Moggolia, Altantuya Shaariibuu yang ingin mendapatkan Raja Petra sebagai saksi pihak pembelaan.

Raja Petra yang kini ditahan di bawah ISA pernah mengeluarkan Akuan Bersumpah berhubung kes berprofil tinggi itu.

Syed Hamid berkata jika ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan keterangan Raja Petra sebagai saksi, pihak kementerian boleh memberikan kebenaran.
"Kalau ada (permohonan), boleh dapat kebenaran... boleh," katanya.
Bagaimanapun menurutnya, sehingga semalam beliau masih belum menerima sebarang permohonan berhubung perkara tersebut.
"Belum ada lagi, saya belum dapat apa-apa maklumat. Mungkin sebab hujung minggu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Raja Petra akan dibebaskan daripada tahanan ISA.

Namun beliau menafikan mengenai perkara tersebut.
"Tak ada... saya tak tahu pula khabar angin beliau akan dibebaskan," katanya.

Sunday, November 2, 2008

Kisah Si Pengemis Yahudi Buta - Malaysiakini

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab, Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,

Siapakah kamu?

Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).

Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. AbuBakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
**Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Saturday, November 1, 2008

Ayah Razak Baginda: "Kehidupan bermula semula" - Malaysiakini

Abdul Razak Abdullah Baginda (kiri) turun dari kenderaan selepas keluar bersama anak dan isterinya petang tadi.
mStar | Selepas sehari dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan berprofil tinggi, penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda terus 'diburu' media bagi mendapatkan kenyataan penuh beliau.

Wartawan mula menunggu di hadapan rumahnya hari ini di Bukit Damansara sejak pukul 9.30 pagi.

Sekali lagi Razak terus mengambil pendirian 'membisu'.

Semalam wartawan turut sehingga petang tetapi beliau hanya memberikan beberapa kenyataan ringkas, antara bersyukur dan "berpuasa di penjara selama 22 bulan."

Razak dilihat keluar bersama isterinya Mazlinda Makhzan kira-kira pukul 12.20 tengah hari dan beberapa minit kemudian anaknya, Rowena juga keluar dengan menaiki kereta berasingan.

Rowena pulang kira-kira pukul 3.05 petang dan dilihat membawa barangan keperluan harian.

Melihat kumpulan wartawan yang menunggu di hadapan rumah mereka sejak pagi, bapa Razak, Datuk Abdullah Malim Baginda keluar menegur kumpulan wartawan yang menunggu kira-kira pukul 4 petang.
"Tahu tak Razak tak ada (di rumah)? Razak tak mahu bagi kenyataan lagi... nanti bila dia nak bagi kenyataan, dia akan beritahu media," katanya.
Abdullah juga memberitahu bahawa Razak keluar kerana mempunyai urusan.

Beliau kemudiannya memberikan minuman kepada kumpulan wartawan yang menunggu.

Ditanya tentang perasaannya apabila anaknya itu kini telah pulang kerumah kerana ditahan sejak 22 bulan yang lalu, beliau enggan mengulas lanjut.
"Biasalah, jangan tanya saya apa-apa... tanya Razak nanti," katanya.
Diajukan lagi sama ada beliau berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kepulangan Razak, beliau menjawab dengan ringkas sambil masuk semula ke dalam rumah: "Kehidupan bermula semula."

Lima minit kemudian, Razak pulang bersama isterinya.

Wartawan cuba menegur Razak bagi mendapatkan komennya, namun beliau sekadar menjawab ucapan salam yang diberikan dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Razak daripada pertuduhan bersubahat dengan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Azilah dan Sirul membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Friday, October 31, 2008

Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai esok - Malaysiakini

Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan kali keempat bagi harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Harga minyak turun antara 15-20 sen hari ini? - Malaysiakini

Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat - dijangka di antara 15 dan 20 sen akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Difahamkan jika penurunan diputuskan ia akan berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya mendapat persetujuan daripada kalangan Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini.
"Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya.

"Jadi saya tidak tahu apa keputusannya.

"Memang kerajaan berhasrat menurunkan harga minyak. Tetapi ia (umum) mungkin esok, lusa atau dua minggu lagi," katanya pada pemberita selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasar raya Tesco di Kuala Lumpur semalam.
Kali terakhir kerajaan menurunkan harga minyak adalah pada 15 Oktober lepas dengan harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter sementara harga petrol RON92 diturunkan 10 sen menjadi RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kirakira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Mengenai andaian bahawa harga minyak akan turun mulai esok (Jumaat), Shahrir berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu.

Terdahulu, Shahrir yang dipetik Bernama mengucapkan tahniah kepada pasar raya Tesco kerana turut menjayakan Kempen Penurunan Harga Barang anjuran kementerian. Kempen itu turut disokong oleh pasar raya Mydin dan Carrefour yang masingmasing akan mengadakan potongan harga barangan mulai esok.

Menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan harga minyak, Tesco hari ini memberikan potongan harga selama tiga bulan mulai hari ini bagi 50 produk makanan segar tempatan selain mengadakan promosi barangan keperluan lain dengan potongan harga selama dua minggu.

Ketua Pegawai Operasi Tesco Malaysia, David Hobbs berkata, potongan harga barangan Tesco merupakan komitmen pasar raya itu kepada pengguna untuk jimat berbelanja.
"Pengguna kini menghadapi beban perbelanjaan bahan api dan tenaga elektrik yang tinggi. Mereka kini mengurangkan perbelanjaan makan di luar, membeli barangan bukan makanan dan berhemah dalam perbelanjaan bukan barangan keperluan.

"Meskipun demikian mereka tidak bersedia untuk berkompromi dalam barangan segar.

"Mereka mahukan penurunan harga bagi barangan perlu dan bukan pada barangan yang kurang digunakan. Potongan harga sehingga 47 peratus barangan segar hari ini merupakan satu contoh bagaimana kami mendengar pengguna dan membantu mereka menambah kuasa beli mereka," katanya.

Razak Baginda dibebaskan - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu diperintah membela diri.

Tuesday, October 28, 2008

Ahli Pekida bertindak jika hak Melayu, Islam cuba diganggu - Malaysiakini

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mengingatkan semua pihak supaya menjauhi isu-isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

Pengerusi Majlis Penasihat Ayahanda Pekida Selangor, Azmi Mad Said berkata, perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak keistimewaan Melayu dan agama Islam tidak harus sesekali cuba diubah.

Katanya, ini kerana orang Melayu merupakan kaum asal dan terbesar di negara ini sementara Islam adalah agama mereka yang mesti dihormati oleh semua kaum di negara ini.
''Saya yakin lebih 60,000 ahli Pekida akan bertindak jika perkara berkaitan hak istimewa orang Melayu dan Islam cuba diganggu-gugat," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pekida Selangor di Kuala Lumpur malam semalam.
Hadir sama, Presiden Pekida Malaysia, Jamaluddin Yusoff.

Azmi bagaimanapun berkata, tindakan yang akan diambil oleh Pekida jika hak istimewa orang Melayu dan Islam diganggu-gugat bukannya menjurus kepada perkelahian.

Kata beliau, pihaknya akan bertindak mengikut keperluan seperti menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu serta beberapa cara lain.

Dalam perkembangan lain menurutnya, Pekida membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim supaya sebahagian peruntukan zakat disalurkan kepada masyarakat bukan Islam di Selangor.
''Hanya ada lapan kategori asnaf mengikut Islam tetapi golongan yang bukan daripada agama ini tidak layak menerimanya," tegas beliau.

Pasaraya mula turunkan harga barang - Malaysiakini

Pasaraya-pasaraya utama di negara ini sudah menurunkan harga barangan keperluan mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebagai contoh, katanya pasaraya Giant, antara yang pertama menurunkan harga barang-barang keperluan asas sehingga 30 peratus melibatkan 1,200 barang, dan langkah ini diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain.
“Kita telah berunding dengan wakil semua pasaraya dan mereka sudah bersetuju untuk menurunkan harga barang di pasaraya masing-masing,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang di Kinrara hari ini.
Beliau berkata pemantauan kerajaan terhadap harga barang terhad kepada barang-barang kawalan seperti beras, tepung dan minyak masak sahaja.

Shahrir berkata pihak pembekal dan pengeluar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen itu dengan menurunkan harga hasil keluaran mereka.
“Kita akan panggil persatuan pengguna untuk berbincang dengan persatuan-persatuan pengeluar seperti penternak ayam, dan pengeluar-pengeluar yang lain untuk mendapatkan persetujuan mereka (menurunkan harga),” katanya.

Harga minyak mentah menjunam - Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia menjunam semalam, terentah dalam masa 17 bulan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan permintaan terhadap bahan api itu menurun.

Di New York harga minyak light sweet bagi Disember menjunam 93 sen untuk ditutup kepada AS$63.22 setong.

Pada satu ketika, harga bahan api itu berada pada kedudukan terendah iaitu AS$61.30, paras sama pada Mei 2007.

Di London, minyak mentah Brent North Sea bgi Disember merosot kepada AS$59.02 setong, paras terendah sejak Februari 2007, sebelum ditutup AS$61.41 setong, menurun 64 sen.

Kemerosotan harga minyak itu membawa kesan dramatik kepada penurunan harga saham di Asia semalam, termasuk indeks Nikkei di Tokyo yang menyaksikan penurunan terendah sejak 1982.

Monday, October 27, 2008

RENUNGAN BERSAMA... - Malaysiakini

  1. Sejak kebelakangan ini tepikan slogan membela bangsa kedengaran hebat sekali. Soal warisan bangsa, semangat dulu kala dan cerita datuk nenek lama dibangkitkan semula. Keris yang disimpan mungkin ada yang ingin kembali menciumnya, sirih pinang mungkin ada yang ingin kembali mengunyahnya, zapin dan joget mungkin ada yang ingin kembali ditarikannya.

  2. Terpulanglah, namun apa yang perlu diingat, perjuangan bangsa itu jauh lebih sempit dari perjuangan membela prinsip Islam yang bersifat sejagat lagi adil untuk semua. Tidak salah perjuangan ingin menolang bangsa sendiri. Namun adalah salah jika ia bertukar menjadi semangat perkauman yang boleh membawa kepada dizalimi pihak yang lain.

  3. Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

  4. Namun baginda juga memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

  5. Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.

  6. Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.

  7. Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.

  8. Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukang azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.

  9. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

  10. Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama.

  11. Umpamanya, perjuangan untuk membela fakir miskin bangsa tertentu tidak dikongsi kebaikannya oleh bangsa yang lain, sekalipun kemiskinan mereka itu sama. Bahkan kadang-kala ia boleh bertukar menjadi perkauman yang amat sempit dan mengorbankan berbagai pihak atas sentimen kepuakan.

  12. Namun jika kemiskinan cuba dilangsaikan atas nama prinsip Islam, sesiapa saja yang miskin ada hak yang boleh diperolehi sedekah Islam –temasuk dari zakat wajib dan wang baitul mal- walau siapapun keturunannya, bahkan walaupun berbeza agama, selagi dia seorang miskin.

  13. Di sudut ikatan nasab pula, seorang cina atau melayu atau india tidak boleh menjadi arab, tetapi mereka boleh menjadi Islam. Apatah lagi, prinsip-prinsip Islam itu mementingkan keadilan tanpa pernah mengenal batasan warna kulit, rupa dan kedudukan.

  14. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

  15. Maka, orang melayu jika mereka hendak mulia, bukanlah dengan inang dan zapin, atau mak yong dan joket, tidak juga institusi raja atau adat, tetapi menegakkan prinsip-prinsip Islam yang tulen.

  16. Bukan bererti saya menyeru agar dihapuskan identiti kaum, adat dan budaya mereka. Tidak! Sama sekali tidak! Jika adat dan budaya tidak bertentangan dengan Islam boleh diteruskan. Namun, kemuliaan insan yang hakiki tidak dapat dicapai hanya di atas semangat puak atau bangsa, sebaliknya dengan menjunjung prinsip-prinsip Islam.

  17. Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

  18. Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih seribu tiga ratus yang lalu kepada orang arab: “Dahulunya bangsa arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rum.

  19. Demi Allah! Tiada di tanahair arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan.

  20. Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang arab!). Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia.

  21. Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmatNya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”. ( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari –tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).

  22. Sebelum itu, saya selalu ulangi apa yang ‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

  23. Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.

  24. Orang lain berpolitik secara seni yang akhir mengaut untung untuk dibahagi sesama mereka. Sementara kita bertarung bermati-matian sesama sendiri sekalipun sehingga tergadai negeri dan kota. Kedengkian sesama sendiri, melebihi cemburu kita kepada ‘orang lain’.

  25. Ada pula yang diberi amanah, negara dijadikan modal untuk kocek sendiri, anak menantu dan juga segala macam kroni. Sementara yang hendak membaiki, ada pula yang sanggup menanggalkan prinsip perjuangan kerana melihat ‘kerusi idaman’.

  26. Begitulah kita seadanya. Silap hari bulan, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Mungkin kita mempunyai kejayaan menjadi bangsa yang memliki ‘penagih dadah yang teramai’, ‘pengidap HIV AIDS yang terbanyak, berjaya memenuhi semua jawatan mat rempit dan mat lepak dan segala macam kedudukan yang bangsa lain dalam negara ini kosongkan agar dapat kita penuhi tanpa persaingan. Itulah realitinya, suka atau tidak!

  27. Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.

  28. Mereka juga kadang-kala yang menindas sesama bangsa kerana kepentingan kocek sendiri, kemudian apabila datang muncul berkempen mereka berlagak menjadi pejuang bangsa, bahkan agama. Siapa yang menjadi “ali baba?”, ”siapa yang menjual tanah melayu?” siapa yang mendiskriminasi sesama melayu? Sebahagiannya, mereka inilah.

  29. Sementara melayu yang menggunakan nama Islam pula, ada yang hanya menjadikannya modal kempen. Hari ini prinsip-prinsipnya pun sudah mula luntur. Dulu ada yang bukan main ekstrim sehingga saya pun diserang dan dituduh longgar. Hari ini ada di kalangan penceramah yang sedemikian yang kelihatan bukan sahaja longgar, tapi mungkin boleh terlondeh. Ada juga di kalangan semua itu yang benar-benar jujur, saya tidak nafikan.

  30. Saya katakan; masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.

  31. Penafsiran terhadap Islam ini hendaklah bebas dari kepentingan kerusi, parti, bangsa, puak, mazhab, aliran dan segalanya. Hanya Islam yang tulen, seperti mana hari ia diturunkan oleh Allah. Itulah penyelamat arab zaman dahulu, dan itulah penyelamat melayu!

  32. Bukan Islam ala melayu yang mewajibkan Marwan bin Ah Seng mengubah nama bapa kerana bapanya cina dan Ah Seng bukan nama arab. Tetapi dapat pula menerima Marwan bin Awang, kerana Awang bangsa melayu sekalipun Awang bukan nama arab.

  33. Bukan yang sibuk dengan orang lain hendak menggunakan nama Allah –pada hal Allah mengizinkan-, tetapi tidak pula sibuk membaiki penerangan akidah. Bukan yang hanya meletakkan nama Islam untuk politik, tetapi gagal mengislamkan lidah ketika berkempen politik. Bukan hanya yang menggunakan nama Islam untuk mengutip zakat, tetapi melupai amanah Islam dalam membahagikan zakat.

  34. Begitulah seterusnya. Islam tulen, seperti zaman salaf dalam akidah dan ibadah, dan melihat keluasan agama dalam urusan umum kehidupan. Islam yang akan menjadikan kita umat dakwah dan pembawa risalah keagungan agama, bukan yang hanya memikir pembinaan bangunan tetapi membiarkan keruntuhan akidah dan akhlak.

  35. Seperti kata al-Nadwi yang selalu saya ulangi: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

  36. Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah.
Sumber artikel dari - Pemuda Umno Taman Ehsan