Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 21, 2011

Maut ketika ingin melihat isteri di hospital kerana kemalangan

Tanjong Karang - Dua buah kereta bertembung menyebabkan seorang pemandu tersepit dan maut di tempat kemalangan, manakala seorang lagi pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Sebelum kemalangan pemandu yang maut itu dipercayai dalam perjalanan untuk melihat isterinya yang berada Hospital Tanjong Karang akibat kemalangan di Parit 7 Sekinchan dan mengalami cedera parah.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Toyota yang dipandu laju dari arah Sekinchan ke Tanjong Karang gagal dikawal oleh pemandunya sehingga memasuki laluan yang bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah Tanjong Karang ke Sekinchan. Kemalangan berlaku di Parit 3 Sungai Burong pada pukul 2:00 petang tadi.

Jentera Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan maut itu sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kemalangan turut menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas hampir 2 kilometer di kedua-dua arah, walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.