Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, August 1, 2008

Anak juruhebah radio NegeriFM mati lemas

SEREMBAN - Anak juruhebah radio NegeriFM Kamaruddin Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan ’Papa Din’ ditemui lemas dalam takungan air di sebuah projek terbengkalai di sini malam tadi.

Mayat Mohd Khalil, 21, ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10,45 malam, selepas membuat selaman di dalam takungan air yang mempunyai kedalaman tiga tingkat bangunan itu.
“Unit skuba menemui mayat mangsa di tingkat dua iaitu pada kedalaman kira-kira lapan meter. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat,” kata Pegawai operasi pasukan bomba dan penyelamat Adzhar Cheon.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan 14 anggota bomba dan penyelamat serta empat anggota unit scuba sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.26 malam.

Beliau berkata Mohd Khalil dilapor terjatuh di projek terbengkalai itu yang dipenuhi takungan air, bersebelahan Dataran Seremban di sini.

100 TAHUN KEPENGAKAPAN DUNIA

Presiden Agong Kehormat
Persekutuan Pengakap Malaysia


Kepada semua ahli pengakap Kumpulan 38 Hulu Langat khasnya serta ahli pengakap Daerah Hulu Langat, ahli pengakap Negeri Selangor & ahli pengakap Malaysia amnya ... SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PENGAKAP SEDUNIA KE 100 yang jatuh pada hari ini, 1 Ogos 2008!

Bersempena dengan sambutan 100 tahun kepengakapan ini di Malaysia, satu majlis pelancaran "Setem 100 Tahun Kepengakapan Malaysia" akan dilancarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.