Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, June 16, 2009

Luahan Hati Penulis Yahudi: " Kita telah Kalah" - Malaysiakini

Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:

Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah Hamas.

Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya "Siapa yang menakutkan siapa?" Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas. "Siapa yang menakutkan siapa ?"

Sumber dari - ismaukraine.blogspot.com

Yahudi Boleh Membunuh Laki-Laki, Perempuan, Anak-Anak dan Ternak Orang Arab - Malaysiakini

Seperti kebanyakan rabi Chabad-Lubavitch lainnya, Manis Friedman sangat membenci orang Arab. Chabad-Lubavitch adalah sebuah aliran dalam ajaranYahudi yang berpusat di AS. Setiap waktu Friedman berkelana dari satu tempat ke tempat lainnya di seantero AS untuk menyampaikan kuliahnya tentang Yahudi. Ia adalah juru bicara Chabad, yang sangat terkenal di AS.

Friedman yang banyak membantu artis-arti Hollywood meyakini Yahudi, seperti Bob Dylan, seringkali membicarakan tentang kasih sayang dan Tuhan di kalangan Yahudi dan Kristen AS, namun tanpa malu menganjurkan sebaliknya terhadap bangsa arab.
”Satu-satunya cara untuk menghancurkan moral musuh bagi Yahudi adalah dengan menghancurkan tempat suci mereka, bunuh semua orang, lelaki, perempuan, anak-anak dan juga ternak mereka.” demikian Friedman.

Friedman berargumen bahwa Israel berkeyakinan jika “tak ada korban sipil, tak ada anak kecil yang tertembak, tak ada kesalahan yang disengaja, dan kenyataannya, tak ada perang sama sekali.”
Rabi Friedman dengan terang-terangan suatu kali mengaku bahwa ia sama sekali tidak memercayai moral bangsa Barat. Nadine Epstein, editor Moment, mengatakan bahwa ia menerima banyak surat yang berisi cacian kepada sang rabi karena komentarnya itu. Komentar Friedman yang seharusnya bersifat tertutup ini, kontan membuat Chabad-Lubavitch kebakaran jenggot. Mereka berusaha untuk menutupinya.

Gerakan Chabad Yahudi memang dikenal sebagai sebuah gerakan garis keras terhadap rakyat Palestina. Salah seorang rabi yang lain, Menachem Mendel Chneerson, menolak berdamai dengan Palestina.

Rabi Moshe Feller, berasal dari Minnesota, mengatakan bahwa Yahudi mempunyai kewajiban untuk membela diri, termasuk membunuh musuhnya untuk semua alasan. Steve Hunegs, ketua Komunitas Yahudi di Minnesota dan Dakotas mengatakan bahwa pandangan Friedman merupakan pandangan umum dari orang-orang Yahudi, namun tak sebenarnya tak boleh dikatakan di depan publik.

Sumber dari - tenteradajjal.blogspot.com

Tiada ‘Pinjaman Secara Islam’ di Bank Islam - Malaysiakini

Ramai yang terkeliru apabila menyebut ‘pinjaman secara Islam’ apabila merujuk kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Hakikatnya, mereka semua silap, kerana produk bank Islam yang berasaskan pinjaman hampir tiada. Ini adalah kerana sesebuah ‘pinjaman’ Islam tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai medium untuk meraih sebarang keuntungan. Pinjaman tidak lain hanya satu jenis kontrak belas ihsan, untuk menolong mereka yang susah secara percuma sahaja. Hasil dari itu, Allah swt menjanjikan mereka yang memberikan pinjaman tanpa sebarang caj dengan gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda.

Terlalu sedikit produk bank-bank Islam yang didasari oleh aqad pinjaman, contoh seperti kad Caj oleh Ar-Rajhi Bank dan beberapa lain, yang lain semuanya bukan atas aqad pinjaman. Hasil dari itu, bank-bank Islam berusaha mencari pelbagai konsep lain yang lebih sesuai. Ternyata keuntungan secara halal boleh diperolehi tiga kaedah iaitu:-

1) melalui aqad jual beli, termasuk sewaan

2) melibatkan diri dalam sistem perkongsian pelaburan dari jenis Mudharabah atau Musharakah.

3) Melalui konsep ujrah atau upah hasil sesuatu perkhidmatan yang diberi.

Namun begitu, menurut kebiasaanya ketiga-tiga konsep ini digunapakai oleh individu atau syarikat-syarikat persendirian atau biasa bagi memperolehi untung. Ia ternyata amat sesuai dan tepat untuk digunakan oleh industri tersebut.

Oleh kerana sifat dan fungsi sebuah bank berbeza dengan sebuah syarikat jualan biasa, sambil menyedari ketiga-tiga konsep sahaja yang ada bagi membolehkan sesebuah bank untuk memperolehi keuntungan, pihak bank cuba mengadaptasikan konsep-konsep tersebut bagi menyesuaikannya dengan sifat sebuah bank di zaman moden ini. Sebuah bank pada asasnya berfungsi sebagai pemberi pinjaman, itu adalah dalam konteks sebuah bank riba, maka fungsi itu terpaksa ditukar kepada bank Islam sebagai pembiaya yang juga bersifat sebagai ‘trader’, iaitu penjual dan pembeli.

Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada pembiaya dan penjual serta pembeli, bank-bank Islam banyak menghadapi cabaran undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.

CARA BANK ISLAM

Dalam tulisan ini, saya akan cuba mendedahkan dengan ringkas salah satu cara yang cuba digunapakai oleh sebuah bank Islam bagi menjalankan fungsinya sebagai pembiaya dan juga trader.

Caranya adalah dengan memperkenalkan konsep jualan secara Murabahah. Bagi mengadun kontrak Murabahah agar ia dapat disesuaikan dengan peranan asas sebuah bank iaitu sebagai pembiaya, financier atau orang tengah (intermediaries) yang pada hakikatnya tetapi ingin bertransaksi seperti syarikat peniaga (trader), beberapa jenis pengadunan kontrak Murabahah telah dibuat bagi tujuan itu. Ia seperti berikut :-

· Produk pembiyaan aset atau modal (Financing): Murabahah antara tiga pihak (Tri-partied Murabahah )

· Produk Perbendaharaan (treasury) : Komoditi Murabahah

· Produk pasaran modal (capital market) : Terbitan Sukuk Murabahah

Demikian tadi tiga contoh produk utama yang menggunakan konsep Murabahah dalam tiga sektor utama perbankan. Namun dalam tulisan ini, saya hanya akan menyebut satu sahaja dari tiga produk tadi.

MURABAHAH DENGAN PIHAK YANG PINTA BELI (MURABAHAH LIL AMIR BISHIRA)

Murabahah Lil Amir Bishira didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang mempunyai wang (biasanya bank) untuk membeli satu satu aset yang diingi pelanggan dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal (bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. (Al-Murabahah kama Tujrihi Al-masarif Al-Islamiah, Al-Qaradhawi)

Produk ini mempunyai bentuk idealnya dan mempunyai bentuk praktikal yang diamalkan oleh beberapa buah bank Islam di Malaysia. Kebiasaannya konsep ini digunakan untuk produk-produk runcit di bank-bank Islam (retail banking products).

Produk yang menggunakan asas Murabahah biasanya boleh digunakan untuk pembiayaan aset seperti :

· kereta, rumah, kapalterbang, kapal

· alatan mesin untuk kegunaan kilang,

· bangunan

· tanah

· hak cipta

· hak pemilikan saham

dan lain-lain aset yang bersifat tangible dan intangible.

HUKUM

Majoriti ulama mengharuskan pembelian secara dalam bentuk ini dengan beberapa syarat yang mesti dijaga. Selain syarat-syarat Murabahah yang biasa, kontrak Murabahah antara tiga pihak ini punyai beberapa syarat tambahan, tanpanya jual beli ini dikira batal dan haram.

Keharusan jual beli ini telah lama disebut, khususnya oleh Imam As-Syafie :-

إذا أَرى الرجلُ الرجلَ سلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل، فالشراء جائز, والذي قال أربحك فيها بالخيار , إن شاء أحدث فيها بيعا وإن شاء تركه

Ertinya : Apabila seorang lelaki menunjukkan kepada seorang yang lain satu barang lalu berkata : Engkau belilah ia, dan aku akan beli dari kamu dengan tambahan beberapa jumlah untung buatmu, maka lelaki (pertama) itu membelinya, jual beli ini adalah harus, manakala lelaki yang berkata akau akan membeli darimu dengan untung( yang berjanji), adalah terbuka kepada pilihan, sama ada untuk membelinya atau menolaknya . (Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, 3/33)

Proses jual beli sebegini juga turut difatwakan oleh majoriti ulama semasa sebagai harus, termasuk majlis Syariah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) [1], Fatwa muktamar Perbankan Islam kedua di Kuwait tahun 1983 dan juga Akademi Fiqh OIC dalam sidang mereka yang kelima pada tahun 1988.

Antara syarat bagi menjadikannya halal sebagaimana yang dijelaskan secara ringkas dalam resolusi akademi Fiqh OIC adalah ( rujuk Qararat wa tawsiat, Akademi Fiqh OIC, Dar al-Qalam):-

أولاً : أن بيع المرابحة للآمر بالشراء إذا وقع على سلعة بعد دخولها في ملك المأمور ، وحصول القبض المطلوب شرعاً ، هو بيع جائز ، طالما كانت تقع على المأمور مسؤولية التلف قبل التسليم ، وتبعة الرد بالعيب الخفي ونحوه من موجبات الرد بعد التسليم ، وتوافرت شروط البيع وانتفت موانعه .

ثانياً : الوعد - وهو الذي يصدر من الآمر أو المأمور على وجه الانفراد - يكون ملزماً للواعد ديانة إلا لعذر

ثالثا : المواعدة - وهي التي تصدر من الطرفين - تجوز في بيع المرابحة بشرط الخيار للمتواعدين ، كليهما أو أحدهما ، فإذا لم يكن هناك خيار فإنها لا تجوز ، لأن المواعدة الملزمة في بيع المرابحة تشبه البيع نفسه ، حيث يشترط عندئذ أن يكون البائع مالكاً للمبيع حتى لا تكون هناك مخالفة لنهي النبي عن بيع الإنسان ما ليس عنده

Ertinya :

Pertama : Jualan ini apabila berlaku ke atas satu asset, diwajibkan pihak pembeli (bank) untuk memiliknya dengan pemilikan sah menurut hukum syara, maka tatakala itu ia jualbeli yang sah. Iaitu selagi mana pihak yang diminta (biasanya bank) menanggung tanggungjawab dan risiko jika aset rosak sebelum dijual (serahan) kepada pelanggan, dan juga bertanggung jawab untuk menerimanya jika dipulangkan kerana terdapat ‘aib yang tersembunyi pada asset dan sebab-sebab yang mewajibkan pengembalian semula setelah diserah kepada pembeli.

Kedua : Janji : iaitu yang diberikan oleh peminta (pelanggan) kepada yang diminta ( bank), janji ini bersifat mengikat (mulzim) ke atas yang member janji dari sudut agama kecuali jika terdapat keuzuran sebenar

Ketiga : Kedua pihak saling berjanji : Iaitu janji yang diberikan oleh kedau-dua belah pihak (pihak peminta janji akan beli dan yang diminta janji akan jual), ia adalah harus dengan syarat kedua pihak bebas dan boleh memilih (sama ada untuk meneruskan atau membatalkan), jika kedua belah pihak terikat dan tidak boleh membatalkan janji mereka, tatkala itu janji kedua belah pihak menjadi tidak harus (kontrak batal dan haram), kerana saling berjanji untuk membeli dan menjual adalah sama seperti kontrak jual beli, yang ketika itu memerlukan penjual telah memiliki aset, agar mereka tidak jatuh ke dalam larangan menjual sesuatu sebelum memilikinya.

Kesimpulannya, jual beli secara murabahah ini boleh dan halal dilaksanakan oleh bank-bank Islam dengan syarat-syarat khusus yang disebutkan di dalam resolusi fatwa di atas ringkasannya :-

* Bank mestilah telah membeli aset dan memilikinya sebelum dijual kepada pelanggan.

* Aset yang dijual oleh bank mestilah berada dalam jaminan pihak bank selaku penjual sekiranya terdapat kerosakan dan aib tersembunyi, justeru pihak pelanggan boleh memulangkannya kepada bank jika terdapat rosak.

* Janji dari satu pihak adalah bersifat mengikat.

* Janji dari dua pihak tidak boleh bersifat mengikat, kerana ia akan jatuh dalam jualan hutang dengan hutang dan jualan aset yang belum dimiliki.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
-www.zaharuddin.net