Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 6, 2014

Daun ketum bakal diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya.??

JITRA, 5 Sept : Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952. - hmetro