Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, November 2, 2008

Najib bakal Presiden Umno Ke-7 - Malaysiakini

Sah! Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (gambar) yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno dan sebagaimana telah dijangkakan banyak pihak, memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi, sekali gus bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno ketujuh dan membuka laluan untuk menjadi Perdana Menteri yang baru tahun depan.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Jumaat lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan kuasa ketua kerajaan sebaik sahaja berakhirnya perhimpunan agung parti tahun depan.

Kisah Si Pengemis Yahudi Buta - Malaysiakini

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab, Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,

Siapakah kamu?

Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).

Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. AbuBakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
**Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Jangan Sangka Boleh Jadi “Wira” Dengan Bangkit Isu Perkauman - Malaysiakini

Pemuda UMNO membidas sangkaan pihak tertentu bahawa mereka boleh menjadi ‘wira’ dengan membangkitkan isu perkauman kerana majoriti rakyat sudah bosan dengan cerita politik atau perbincangan sedemikian.

Sambil melahirkan kebimbangan berhubung tindakan MCA dan MIC yang memainkan isu berbaur perkauman termasuk cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat awam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebaliknya mahu pemimpin membuat kerja, bergerak dan menyatupadukan masyarakat.

Tindakan membangkitkan isu perkauman tegasnya hanya akan menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
"Dalam konteks ekonomi, jika peratusan menjadi pertimbangan, apalah gunanya kita bercakap mengenai menghapuskan 30 peratus kerana dalam kedudukan ekonomi dunia sekarang yang merudum, ia ia hanya satu angka dan peratusan kepada kek ekonomi yang mengecil tidak bermakna langsung.

"Lebih penting sekarang ialah kita tidak berpolemik dan berkisar kepada isu perkauman tetapi melihat ke hadapan bagaimana berhadapan dengan kegawatan ekonomi negara, apa rancangan dan juga cadangan daripada pihak MCA serta MIC untuk membantu memperkukuh ekonomi kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di Kuala Lumpur, Khamis.

Jelas beliau lagi sudah tiba masa untuk semua pihak bertanggungjawab melihat cabaran yang terpaksa negara hadapi, sebagai satu bangsa tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Ini kerana katanya masa akan datang ini cukup mencabar kerana ekonomi dunia menuntut semua pihak melihat penyelesaian dan bagaimana untuk kekal bertahan.

Media baru-baru ini melaporkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senarai awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Ini disusuli kenyataan Pemuda MIC yang turut membuat desakan sama dengan Ketuanya, T Mohan, menegaskan sudah tiba masa untuk kerajaan berbuat demikian demi kepentingan bersama seluruh rakyat negara ini.

Mengulas lanjut perkara itu Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan Liow bahawa kenyataan awal Menteri Kesihatan berkenaan mengenai isu penghapusan ekuiti Bumiputera itu disalah tafsir oleh media tertentu.
"Kita (BN) ada saluran untuk saling berbincang dan berinteraksi. Hakikatnya adalah tidak sesuai bagi pemimpin muda yang ingin mengorak langkah jauh ke hadapan mencetuskan isu berbaur perkauman.

"Proses pemilihan kepimpinan dalam parti BN akan menjadi ujian pemimpin bagaimana yang akan kita tonjolkan. Saya percaya hanya mereka yang beraspirasi nasional, mampu menyahut dan memikul perjuangan BN, akhirnya akan diterima rakyat," ujarnya.

Timbalan Presiden: Debaran makin terasa…. - Malaysiakini

Agendadaily | Tumpuan kini hanya pada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Mampukah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ketua Menteri Melaka itu menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Tandatanya ini semakin mendebarkan apabila Muhammad Sabtu mendapat lima lagi pencalonan menjadikan jumlah yang diperolehinya 22 manakala Ali pula tiga yang meningkatkan kedudukannya pada 26.

Lima bahagian yang calonkan Muhammad ialah Bera,Jerantut,Pasir Mas,Rantau Panjang dan Kuala Krau.

Manakala Ali mendapat pencalonan dari Keningau,Padang Serai dan Batu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula setakat ini dapat 69 pencalonan. Beliau menambah empat pencalonan yang diterima dari Bagan, Tambun, Kota Bahru dan Kubang Pasu.

Ahad selain kemungkinan pencalonan dari bahagian-bahagian lain Muhammad dilihat boleh bergantung harap pada enam bahagian dalam negeri Selangor yang akan berbesyuarat iaitu Hulu Selangor,Puchong,Kapar,Pandan,Kota Raja dan Kelang.

UMNO Selangor ada 22 bahagian.Dari bahagian-bahagian yang sudah bermesyuarat bekas Menteri Besar Selangor itu setakat ini cuma miss pencalonan dari UMNO Bahagian Shah Alam.

Ali pula sekalipun turun dengan backing enam bahagian di Melaka telah membuktikan beliau mampu menarik pencalonan dari bahagian-bahagian di negeri lain.

Kuota kelayakan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah 39. -->>lanjut

Najib hampir muncul menang tanpa cabaran - Malaysiakini

Oleh : G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan yang diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, dilihat akan muncul "menang tanpa bertanding" menjelang petang ini.

Setelah 117 bahagian selesai mengadakan persidangan perwakilan sehingga malam tadi, hari ini 24 lagi bahagian melangsungkan pertemuan masing-masing.

Pekan yang diketuai Najib juga mengadakan mesyuarat hari ini.

Jumlah itu menjadikan 141 bahagian akan selesai bersidang menjelang tengah malam ini.

Keseluruhan bahagian Umno ialah 191. Persidangan perwakilan perlu berakhir menjelang 9 November.

Jika Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berjaya memperoleh 16 daripada 24 bahagian yang bersidang hari ini bermakna beliau boleh dianggap sebagai memenangi tanpa cabaran pada pemilihan kali ini.

Setakat tengah hari ini dua lagi bahagian telah menamakan Najib iaitu Silam dan Telok Kemang.

Jika Najib berjaya menguasai 134 bahagian bermakna beliau sudah melangkah dengan selamat untuk memenangi jawatan tersebut yang tidak dipertahankan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemilihan berlangsung sempena Perhimpunan Agung Tahunan diadakan mulai 24 hingga 28 Mac depan.

Semalam Najib menyapu bersih kesemua pencalonan kecuali Gua Musang yang diterima oleh Tengku Razaleih Hamzah.

Razaleigh yang turut menawarkan diri merebut jawatan Presiden Umno, memperoleh pencalonan tunggalnya daripada bahagian yang diketuainya, Gua Musang.

Bahagian-bahagian yang mencalonkan Najib semalam ialah Padang Serai, Tambun, Bagan, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bahru, Kuala Krau, Jerantut, Bera , Kubang Pasu dan Batu.

Seseorang calon yang layak bertanding jawatan itu perlu memperoleh minimum 58 pencalonan.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendahului bagi jawatan Timbalan Presiden dengan mendapat 69 pencalonan apabila menokok empat lagi pencalonan daripada bahagian Bagan, Tambun, Kota Baharu dan Kubang Pasu manakala Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menambah dua pencalonan daripada bahagian Padang Serai dan Batu menjadikan 25 pencalonan setakat semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib juga pencalonan, daripada bahagian Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krau, Jerantut dan Bera, menjadikan 20 pencalonan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menerima pencalonan sulungnya bagi jawatan Timbalan Presiden menerusi bahagian Gua Musang.

Selain jawatan Presiden, persidangan hari ini juga akan mampu memutamadkan calon-calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Jawatan itu memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 39.

KJ Ejen CIA? - Malaysiakini

prokhairy | Serangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall (hyperlink), di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.

Saya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.

Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.

Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai “negro” walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.

Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?

Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.

Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat ‘research’ dan ‘homework’ sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.