
"Mengemaskini perlembagaan atau peraturan adalah jalan terbaik untuk mengurangkan masalah tersebut, dan bukan menyalahkan sayap Umno sebagai punca utama politik wang berlelulasa," kata Ketua Pemuda Umno bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat.Pada masa ini, setiap bahagian menghantar 13 perwakilan, iaitu tujuh perwakilan dari G7 - yang dipilih dalam mesyuarat bahagian - dan enam perwakilan daripada Kumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada pemegang jawatan utama di peringkat bahagian.
"Langkah itu wajar untuk mengurang masalah politik wang yang berlaku dan mengelakkan percakaran sesama ahli mereka untuk yang berebut untuk menjadi perwakilan," katanya.
Manakala bagi sayap parti - Pemuda, Wanita dan Puteri - ketua dan naib ketua masing-masing secara automatik menjadi perwakilan (G2) dan dua lagi dipilih dalam mesyuarat perwakilan mereka. [..selanjutnya]
