Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, July 27, 2008

Gambar 'lucah' di siaran Astro?

Oleh : Eina Reina

26/7/2008 - DUA hari lepas saya terserempak dengan satu cerita channel astro yang memaparkan kisah orang asli di luar negara. Apa yang mengejutkan saya siaran itu memaparkan wanita tanpa baju secara terang dan jelas.

Siaran tu rasanya dalam satu jam. Memang tak ada tapis-tapis langsung. Amat memalukan dan lebih sakit hati, org-orang lelaki dirumah sampai tak berkelip mata tengok. Suruh tukar channel lain baru tukar.

Kenapa tak ada orang bising-bising pasal ni? Tak ada ke orang tapis siaran macam tu? Selama sejam seolah-olah penonton dihidangkan dengan filem lucah secara percuma.

Kalau artis pakai seksi ramai orang bising tapi ini bukan seksi tapi dah kira tahap bogel. Tolonglah siapa-siapa yang prihatin buatlah sesuatu. - mStar

Guru antara ratu pondan ditahan

AMBIL KETERANGAN - Dua antara 16 peserta ratu cantik pondan yang ditahan di sebuah resort terkemuka di Telong, Bachok, malam kelmarin.
Oleh : Haspaizi Mohd Zain
BACHOK Seorang guru antara 16 peserta ratu cantik pondan ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), di sebuah resort terkemuka di Telong, di sini, malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pondan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika sedang beraksi dengan pakaian wanita seperti gaun malam, kebaya dan pakaian mandi di sebuah dewan di resort itu.

"Tiga lagi peserta berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Bharu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini.

"Guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini itu dibawa ke pejabat JHEAIK di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu bersama 15 pondan lain untuk diambil keterangan," katanya.

Mohd Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dilakukan, semua pondan itu berpakaian wanita seperti gaun malam, kebaya, kasual dan pakaian mandi.

"Ketika serbuan dilakukan, ada kira-kira 300 tetamu menyaksikan pertandingan itu dan difahamkan mereka yang ingin menyertai pertandingan itu dikenakan bayaran RM38," katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 50 pondan menyertai pertandingan itu tetapi sebahagiannya berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa agama itu.
Click here!

Dunia Glamour Punya Cerita

Datin Ezurin
Dia dulu model and pernah juga la berlakon dalam satu drama with Faizal Yusof tapi tak ingat la tajuk apa.Antara iklan yg pernah dia jadi model is MAA insuranse.

Hubby dia Tengku Yaccob owner of MAA insuranse and antara 10 orang terkaya dia Malaysia tahun lepas.Tengku Yaccob ni anak kepada Tengku Abdullah-Melewar Group big boss.

NAmer die Datin Ezurin

Monday, July 21, 2008

RAJA PETRA AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN JENAYAH FITNAH

Raja blog yang tersohor dengan segala perlakuan penyebaran fitnah dan cerita palsu melalui laman maya (website), Raja Petra Kamaruddin akan didakwa dibawah jenayah fitnah dan telah diberikan arahan untuk menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), esok pada jam 10 pagi.

Menurut isteri beliau, Marina Lee Abdullah, Raja Petra telah menerima waran tangkap melalui peguam mereka pagi ini dan pengesahan berkenaan waran tersebut telah dibuat dan ianya benar sepertimana yang ternyata dalam waran tersebut.

Raja Petra akan didakwa di bawah jenayah fitnah yang mana dalam akuan sumpahnya sebelum ini, Raja Petra menuduh Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Raja Petra yang juga berkata, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom ‘C4′ dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau turut mendapat maklumat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, “seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.”

Pusat siber belia di setiap Parlimen

MELAKA - Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan pusat siber di semua kawasan Parlimen di negara ini untuk kemudahan golongan belia melayari Internet.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata bagi memastikan golongan belia memanfaatkan pusat siber itu, kementeriannya akan melantik sukarelawan daripada kalangan belia untuk memantau dan mengendalikan pusat siber itu.
“Suka saya maklumkan dalam perancangan pusat siber dan blog, kita akan wujudkan pusat siber di setiap Parlimen di seluruh negara,” katanya semasa berucap pada majlis penutup sambutan dan Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat Negeri Melaka oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Mohd Khalil menyampaikan anugerah Bintang Khidmat Cemerlang iaitu anugerah bintang tertinggi daripada Majlis Gabungan Belia Melaka kepada Ismail Sabri.
Click here!

Thursday, July 17, 2008

Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Monday, July 7, 2008

LANGKAH TUA SEMBAH BERADAT

Oleh : Wak Semar
Ketika saya menonton TV malam tadi, saya rasa hendak pecah dada kerana kegembiraan sangat. Rasa seronok itu terpancar secara tiba-tiba apabila dengan terang dan jelas UMNO Bahagian Pulau Pinang telah mengistiharkan pencalonan mereka itu.Tidak syak lagi, mereka memilih Pak Lah bagi jawatan presiden parti, manakala Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk calon Timbalan Presidennya. Pengumuman begini, memang sudah lama dinanti-nantikan. Sudah lama saya tunggu-tunggu berita baik mahupunpun rencana yang menyuarakan begitu. Tapi tak ada muncul-muncul juga.

Yang banyak saya lihat orang-orang tertentu meminta PM berundur, atau mendesak PM serahkan kuasa kepada TPM. Lain benar pula bunyinya. Nah, tiba-tiba pada malam tadi barulah berita UMNO Pulau Pinang dengan berani mengwar-warkan nama kedua-dua pemimpin itu untuk mencabar sesiapa sahaja yang teringin menandinginya.

Berita begini, bukan main lega hati dan juga fikiran semua pihak dalam UMNO khususnya dan di dalam Barisan Nasional amnya. Taat setia yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Pulau Pinang ini, ibarat sudah terang lagi bersuluh. Kata sepakat mereka untuk mencalonkan Pak Lah sebagai No.1 dan Najib sebagai No. 2 kini termaktub sudah!

Syabas orang Tanjung, hangpa semua memang berani no? Pandai hangpa berfikir dan teguh pendirian hangpa, serta berani depa semua bertindak! Jikalau dahulu, baik UMNO cawangan mahu pun Bahagian di Pulau Pinang nampak benar tidak sepakat, tidak sekata dan sependapat. Perkara itu telah membuatkan Pak Lah haru-biru lalu kelihatan moyok, lesu dan tak bermaya sahaja.

Sebenarnya, hangpa semua bukan tak tau, akar umbi Pak Lah ialah di negeri Pulau Pinang. Walaupun Pulau Pinang ditawan Pakatan Alternatif, namun UMNO Pulau Pinang tetap segar bugar lagi. Apa nak takut, apa nak gaduh? Tetapi, jikalau Pulau Pinang asyik berkecamuk sesama sendiri, dan pakatan pun nampak berselerak sekali, bagaimana Pak Lah berani hendak bersuara. Beliau tak ada dasar, tak ada platform untuk berdiri, apa lagi untuk berjuang dan mengangkat senjata? Hanya depa semua yang sanggup bersama-sama beliau sahaja barulah beliau berani mencabar lawan untuk mengajak berperang?

Sekarang, apabila UMNO Bahagian Pulau Pinang dengan lantangnya telah bersuara, barulah Pak Lah boleh lelap tidur dan dapat mimpi indah serta istiqarah tentang pentadbiran negara seterusnya. Barulah Pak Lah berani hendak bersuara. Barulah Pak Lah berani mengangkat senjata dan mengistiharkan ‘peperangan!’ Selagi hangpa di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian di Tanjung tak beri kata putus, macam sekarang ini, selagi itulah beliau menyepi dan tunduk mengalah sahaja.

Sesungguhnya, keberanian UMNO Pulau Pinang isya’Allah akan menjadi batu geliga penawar kepada UMNO bahagian dan cawangan-cawangan lain di seluruh negara bagi menunjukkan ketaatan dan kesetiaannya kepada pucuk pimpinan parti! Yakinilah!

Oleh yang demikian, maka orang-orang Pahang khasnya, dan orang-orang lain yang menyokong Datuk Seri Najib dari Pahang amnya, kenalah ikut sama berasa lega dengan pengumuman ini. Bukan setakat lega fikiran, tetapi, sepatutnya UMNO Pahang sudah lebih berani tampil mengumumkan sokongan padunya terhadap pencalonan Pulau Pinang itu.

Kalau boleh, terus membuat pencalonan seumpama itu juga, biar Datuk Seri Najib berasa yakin dan tawakal kepada sokongannya! Namun begitu, walaupun UMNO Pahang belum mengistiharkan sokongan padunya, Datuk Seri secara optimis dan pro-aktifnya, sudah nampak dengan jelas dan nyata apabila beliau begitu lantang bersuara dan berucap di Pekan, Pahang semalam.

Dengan lagak yang begitu berani di samping perasaan tulus ikhlas beliau telah mencabar lawannya yang kini dianggapnya sengaja cuba menggugat kedudukannya serta mengeruhkan kedaulatan negara ini sekali. Beliau begitu yakin kepada Allah bahawa beliau sentiasa berada di pihak yang benar. Justeru itu, patutlah beliau berani kerana benar! Hebat! Sunggguh hebat sekali ucapannya.

Tak rugi saya orang Pahang pertaruhkan nasib pada kuda yang seekor ini. Beliau berani sekali dan tindakannya tegas, sasarannya tepat mengena! Inilah langkah anak orang tua-tua. “Langkah tua, sembah beradat”.

Kalau dulu, beliau kelihatan macam tertunggu-tunggu! Beliau menantikan suara dari pemimpin ulung berbunyi terlebih dahulu. Oleh kerana beliau diajar beradab sopan, sebab itulah kali ini sembahnya sembah beradat! Beliau tidak lagi gentar dan takut kepada bayang-bayang dirinya sendiri. Beliau tidak mahu onak duri membeliti kakinya ketika melangkah maju.

Kalau tidak, dulu beliau sama seperti mana PM juga asyik terpeleot macam ayam makan berak kapur sahaja. Langsung tidak berani mengangkat muka. Langsung takut hendak berkokok kerana taji belum diikat kemas-kemas ke kakinya lagi.

Dan sekarang, baru nampak jelas sejelas-jelasnya ke mana condong, ke mana arahnya, ke mana hala sokongan padu Datuk Seri itu. Jikalau dulu masih ramai yang samar-samar lalu membuat telahan, andaian dan tekaan konon Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak masih menunggu masa hendak jadi ‘katak lompat’ sahaja! Sebenarnya tindakan Datuk Seri Najib, Orang Besar Berempat Pahang itu memang bijak. Memang layak beliau digelar anak orang besar-besar. Segala tindakannya harus dikawal selia dan dikaji rapi agar tidak bakal memusnahkan diri sendiri kalau sudah sampai terlajak perbuatan dan tindakan.

Justeru itu, beliau lebih banyak bersikap amati dan teliti terlebih dahulu. Tunggu sehingga sampai waktu dan saat ketikanya yang benar-benar mengizinkannya bertindak! Sekaranglah masa yang dinanti-nantikan itu! Perahu sudah di air dan pengayuh sudah di tangan, apa lagi kayuhlah semahu-mahunya! Justeru itu, apa lagi orang Pahang? Ayuhlah, rapatkan saf mari kita berdiri teguh di belakang TPM ini, moga-moga tak tumbang kalau pun beliau disondol dari mana-mana penjuru.

Tapi, ingat! Jangan pula ada di antara kita yang musang berbulu ayam, lalu menyondol dari belakang.

Saturday, July 5, 2008

Dunia Glamour Punya Cerita

erin dari kumpulan res-2(penari)
ingat lagi tak... erin dari kumpulan res-2.. aku rasa dia ni penari kot... seksi siot...!!!

Thursday, July 3, 2008

Najib dituduh bersama Altantuya

Malaysiakini - [..] Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya itu.