Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, September 15, 2008

BUAT BEGINI SALAH, BEGITU SALAH. JADI SEMUA SERBA SALAH - Malaysiakini

Dulu kita sibuk pasal peralihan kuasa. Bila Pak Lah sudah tetapkan pada Jun 2010, ada orang kata terlalu lama pula. Begitulah juga dengan tindakan ISA. Heboh juga orang kata dulu kenapa tak simpan saja mereka yang sibuk mengusik sentiment perkauman. Bila tindakan ISA diambil, ramai pula mengatakan tidak patut sampai ke tahap ISA.

Begitulah seterusnya nanti bila kita buat ini, orang kata kenapa tak buat begitu. Bila kita buat begitu, ada pula orang yang mengatakan itu tak betul, baik buat yang ini. Ini semualah yang menjadikan suasana fikiran dan hati kita tak pernah damai.

Sama dengan tindakan Tun Mahathir yang sikit-sikit merajuk. Terakhir dia merajuk sampai keluar dari UMNO. Sekarang sibuk nak masuk balik. Kata dulu selagi Pak Lah ada, dia tak akan masuk balik UMNO. Anaknya pun sama. Dulu kata akan keluar dari UMNO kalau Pak Lah tak berhenti sampai bulan Julai. Sekarang dah bulan September. Dia masih dalam UMNO.

Datuk Adnan Yaakub pun satu hal. Awal-awal lagi dia kata memang tidak minat apa-apa jawatan di pusat. Dia akan tumpukan perhatian di peringkat negeri dan maintain jawatan menteri besar bagi memastikan Negeri Pahang sentiasa makmur. Hasrat beliau untuk jadi calon Naib Presdiden UMNO pun dibatalkan.

Tak lama selepas itu, dia umum pula mahu bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Pun tak jadi juga. Katanya, biarlah orang muda bertanding jawatan itu. Datuk Seri Hishamuddin bagus, dia umum sekali sahaja untuk bertanding naib presiden. Yang lain seperti Datuk Mukhriz sudah dua kali umum. Sekali ini dengan slogan ‘Berani Berubah’ lagi. Begitu juga dengan Datuk Zahidi Zainal Abdin sudah dua kali umum. Mohd Khir Toyo memang sentiasa umum pada siapa saja dia jumpa atau yang beliau panggil. Khairy pula baru nak umum. Selepas dia umum, entah-entah ada lagi muka baru akan umum.

Yang betulnya ramai pendirian ahli politik kita ni tak teguh. Kata orang Cina, ‘hati tak ting tak tung’. Macam Tan Sri Muhyiddin pula masih nak pertahan jawatan naib presiden. Dalam pada itu sibuk pula kata peralihan kuasa terlalu lama. Najib tak kata begitu. Malah dia menadah tangan bersyukur kerana Pak Lah sudah menamakan dia.

Datang Muhyiddin pula pergi goncang bahu Najib bertanyakan tahan ke tunggu lama-lama tu. Dah Najib pun pening lalat dibuatnya. Dicadang pula balik ke akar umbi. Kalau akar umbi kata lawan, apakah Najib akan lawan? Dulu dah kata sabar tunggu. Atau Muhyiddin dah berbisik kata lawan supaya dia boleh lawan timbalan presiden.

Bila Tengku Ahmad Rethauddin kata kuota pencalonan menyebabkan timbulnya politik wang, semua orang setuju supaya sistem kuota dimansuhkan. Wa……. Untung la Tun Mahathir tak perlu dilawan dapat memerintah 22 tahun. Mana aci macam tu. Kalau nak mansuh pun bukan la sekarang kerana faham-faham sajalah orang Melayu ni, kalau buka saja pintu, mereka akan terpa ramai-ramai. Yang dapat dua pencalonan sudah cukup mereka akan tetap lawan.

Bayangkanlah kalau buka saja kuota itu, tak kurang 20 orang akan lawan presiden dan 50 orang akan lawan timbalan presiden. Naib presiden pula, ramai betul akan lawan. Itu kalau silap-silap, Datuk Yusof Haslam, Tan Sri Jin Shamsuddin, Siti Nurhaliza dan Mawi pun tentulah dapat pencalonan kerana mereka tu ramai peminat.

Kalau ini berlaku, lagi caca marbalah politik kita jadinya. Tengoklah dek kerana Anwar Ibrahim seorang pun kita dah kelam kabut. Mereka senang-senang saja sebut nak ambil alih kerajaan pada 16 September ini. Bila dah tak jadi, dialih pula ke tarikh lain. Jadi orang BN tak kerja lain asyik berjaga-jaga dan terlalai kerja lain yang patut dibuat untuk rakyat.

Akhirnya rakyat tengok, balai raya tak repair, jalan berlubang tak bertampal, rumah terbakar pun tiada muka wakil rakyat datang jenguk. Pakai hulur melalui bank akaun saja. Buku bank pula dah habis kena sambar api ketika itu. Tersadai lagi.

Buat kerja la. Menteri-menteri pergi la lawat jabatan-jabatan di bawah mereka tu tengok budak-budak tu buat kerja. Ada kaki tangan yang tak tahu had umur warga emas pun ada. Ada yang kata 60 tahun, ada yang kata 65 tahun, ada yang pergi mengaku warga emas walaupun baru 50 tahun pun lepas.

Mereka tak pasti yang mana warga emas, yang mana warga emas putih, yang mana warga suasa, yang mana warga perak dan yang mana warga tali tangsi. Main ikut suka mereka saja. Samalah dengan meletakkan tanda next counter. Suka hati mereka.

Kes tolak menolak dari satu kaunter ke satu kaunter, turun naik lif, panjat tangga dan terpaksa letak kenderaan sampai dua kilometer jauhnya masih berlaku lagi di sekitar jabatan kerajaan. Semua ini menyumbang kepada marah rakyat yang berurusan dengan jabatan kerajaan.

Yang DBKL pun dilihat, bukan main lagak lagi bulan puasa ni dengan buku saman masing-masing.. Gertak orang sana sini, samannya tidak juga. Hendak-hendak di jalan Tunku Abdul Rahman di bulan puasa ini, mereka siap dengan trak nak angkut barang peniaga. Tapi ada juga orang berniaga curi-curi. Boleh lepas pula.

Tempat letak kereta pun letaklah mana-mana. Mereka ikut mood. Ada masa di saman. Ada masanya tidak. Semua ini kan kerja yang menyakitkan hati orang semuanya. Kalau mahu tegas, tegaslah betul-betul. Kalau tidak, jangan tunjuk muka di situ.

Sekarang ni semua dah jadi tak betul. Orang awam pun turut jadi tak betul bila penguatkuasa tidak menentu. Kejap bukan main tegas, kejap lagi longgar balik. Begitulah jadinya pada hal ulat di perhentian bas di mana-mana. Tangkap seorang, 10 orang lagi masih licik.

Peminta sedekah pun cukup ramai muncul masa bulan puasa ni. Yang dari Myanmar pun entah dari mana-mana datangnya, dah merebak ke taman-taman ketuk gate rumah orang minta duit. Kalau pasangan buta celik memang sudah lumrah. Kadang-kadang mereka macam boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat.

Jumpa di restoran mamak Kompleks Damai jam 9.00 malam. Pukul 10.30 sudah berada di Taman Melawati. Pukul 12.00 datang lagi. Macam mana ni? Apa yang kita buat dengan keadaan macam ini? Senang sangat ‘tauke’ mereka cari duit menggunakan tenaga orang buta. Itu pun tidak siapa ambil peduli. Menteri pun kena tahu akan hal ini supaya dapat dibendung cepat.

Satu renungan : dihargaikah pengorbanan Melayu ? - Malaysiakini

Oleh : MohdRafi
MUNGKIN bagi generasi muda yang telah lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu diperturunkan semula kenyataan dua pemimpin kaum Cina dan India pada zaman awal kemerdekaan.

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:

"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."


Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara.

Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain. | - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.



UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories?

In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."

Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika jika lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini." | - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60.

Apakah natijah daripada kenyataan ini? Ini menunjukkan bahawa orang Melayu melakukan pengorbanan yang terbesar dengan memberi kerakyatan kepada lebih sejuta kaum imigran yang datang ke sini.

Kesannya kaum Cina dan India menerima hak pendidikan, keselamatan, peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan yang paling penting peluang untuk mengundi dan menentukan arus kepimpinan negara ini bersama-sama orang Melayu.

Mari bersama kita fikirkannya..