Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, July 30, 2009

DBKL vs Askar - Durian punya pasal


p/s - Utk link asal boleh check kat [sini]

Imam Mahadi Dari Pandangan Ibnu Khaldun

Mungkin ramai yang mengenali nama ini. Ibnu Khaldun, seorang cendekiawan Islam yang merintis namanya di antara sarjana-sarjana dunia Islam, mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam memperkatakan tentang Imam Mahadi.

Beliau dilahirkan di Tunisia, seorang penghafaz al-Quran dan arif dalam bidang astronomi, sosiologi, neurologi, kimia, politik dan pelbagai lagi bidang yang berkaitan dengan sosial dan sains

Dalam buku beliau yang agak terkenal juga, iaitu Al-Muqaddimah, beliau menolak persoalan tentang Imam Mahadi dan mempertikaikan kewujudan Imam tersebut.

Beliau berpendapat bahawa, kebanyakan hadis-hadis yang diriwayatkan adalah hadis yang tidak boleh dipercayai dan ditolak kebenarannya oleh sebilangan perawi hadis.
“Kebanyakan hadis yang ditemui, yang menyatakan tentang pemimpin agama itu memang sudah tersebar luas. Mereka telah membincangkannya secara terperinci sekali, (cuma sayangnya mereka) mengambilnya melalui rawi-rawi yang tidak dapat dipertanggungjawabkan dan ditolak periwayatannya dalam kebanyakan hadis.”
Selain itu beliau juga menolak dan mempertikaikan kewujudan Imam Mahadi berdasarkan alasan bahawa di dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim tidak pernah pun menyebut nama Imam Mahadi atau laian-lain jenis nama yang boleh dikaitkan dengan imam ini.

Dalam buku beliau, iaitu Al-Muqaddimah, beliau juga ada menyatakan bahawa Imam Mahadi ini cuma satu propaganda sebilangan optimis yang sudah kehilangan pengaruh.
“Kebenaran yang mesti diketahui oleh seseorang ialah tiada tokoh agama atau politik yang boleh benar-benar berjaya, melainkan tokoh dan kumpulan itu merasakan wujudnya sokongan kepada cita-cita agama dan politik, dan mempertahankannya daripada orang-orang yang menolaknya. Kami telah menyebutkannya sebelum ini dengan bukti-bukti yang tepat.”

Sambungnya lagi, “Kumpulan yang merasakan sedemikian adalah dari kalangan anak-anak Fatimah dan Bani Abu Talib, iaitu dari kalangan kaum Quraisy, yang sudah tiada lagi di mana-mana pun. Pengecualian cuma diberikan kepada sisa-sia keturunan Abu Talib - Hassani, Hussaini dan Jaafariah - di Hijjaz, di Makkah, al-Yanbu’ dan Madinah. Mereka sekarang sudah berpecah ke serata kawasan dan cuba menguasainya.”
Menurut beliau lagi, kebanyakan mereka ini telah menjadi Arab Badwi dan mereka sekarang sudah mula berpecah, hingga ada di antara mereka telah mendiami beberapa kawasan kecil dan terpencil.
“Mereka mendiami dan memerintah di tempat-tempat terpencil dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang jauh menyeleweng. Bilangan mereka cuma mencecah beberapa ribu orang sahaja.”
Beliau kemudiannya membuat kesimpulan, bahawa semua ini, iaitu isu mengenai Imam Mahadi, adalah suatu usaha sebilangan pihak yang mahu mencetuskan propaganda demi kepentingan kumpulannya.
“Jika benarlah yang Mahadi itu akan zahir, inilah satu-satunya cara propaganda untuki membuatkannya benar-benar zahir. Dia mestilah salah seorang dari mereka, dan Allah mestilah menyatukan mereka untuk menjadi pengikutnya, sehingga dia mempunyai cukup kekuatan dan kumpulan pengikut untuk menambahkan kejayaannya, sekali gus menggerakkan rakyat menyokongnya.”
Ibnu Khaldun mengakhiri kembara hidupnya di pejabat beliau sendiri di ketika beliau memegang jawatan sebagai hakim di Mesir. Beliau telah melalui pengalaman hidup yang beraneka warna, suka dan duka. Mengembara dari tempat lahirnya Tunisia, hingga ke Granada di Andalusia.

Sumbangan beliau dalam bidang sains dan sosial serta agama kepada umat Islam amatlah tidak ternilai. Dan bukunya Al-Muqaddimah adalah salah satu dari sumbangannya dalam pembangunan-pembangunan tersebut.

*Pertama kali tersiar di arahKiri Online edisi Ogos 2003 dengan menggunakan nama Ibnu Umar, kemudian disiarkan pula di Majalah Al-Islam pada tahun yang sama.

Sumber dari - PerakExpress