Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, December 28, 2010

Lori hilang kawalan bertembung kereta menyebabkan pemandu kereta seorang jururawat maut di Tanjong Karang

TANJONG KARANG : Kemalangan membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori di Batu 9 Tanjung Karang jam 2:30 petang tadi, menyebabkan seorang jururawat meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah dikepala dan badan, manakala mangsa-mangsa lain termasuk pemandu lori yang cedera juga telah dibawa ke Hopital Tanjong Karang dengan menggunakan kenderaan orang ramai dan kenderaan pacuan 4 roda anggota tentera yang kebetulan melalui kawasan kemalangan terbabit..

Menurut maklumat orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku ketika hujan lebat apabila sebuah lori yang datang dari arah Sekinchan menghala ke Kuala Selangor hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah proton iswara yang dipandu oleh jururawat terbabit, turut berada di dalam kereta suami dan anak mangsa berusia lingkungan 4 tahun turut mengalami kecederaan. Manakala sebuah lagi kereta jenis toyota altis yang berada dibelakang proton iswara terbabit juga gagal mengelak menyebabkan ianya terbabas ke bahu jalan,, walau bagaimanapun pemandu Toyota terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah jentera Bomba juga dikejarkan ke tempat kemalangan bagi membersihkan serpihan-serpihan kaca yang bertabur di kawasan kemalangan terbabit. Kemalangan yang berlaku turut menyebabkan keadaan perjalanan trafik dari arah Kuala Selangor menghala ke arah Sekinchan terhenti dan berlaku kesesakan hampir 1 jam. Walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh polis trafik yang mengawal keadaan lalulintas di tempat kemalangan terbabit.




















Monday, December 20, 2010

Yahudi Menipu Kita

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

sumber artikel - tmnjawiindah.blogspot.com

Mazhab Kristian Yang 'Mirip' Islam

Oleh: zharifjenn

"Posted ImageSeumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum

Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Posted ImageSelain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as. (clik sini untuk mengetahui apa yang diamalakn nabi Isa nebgikut bible)

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.

sumber: http://zharifalimin....irip-islam.html "

Wednesday, September 22, 2010

Kemalangan maut, kereta rempuh sisi belakang lori

Bahagian Hadapan Remuk - Beginilah keadaan kereta proton wira setelah merumpuh bahagian sisi belakang lori dan menyebabkan pemandunya mati di tempat kejadian.
SEKINCHAN - Kemalangan yang berlaku petang tadi di Parit 5, Sekinchan, membabitkan sebuah kerata proton wira dan sebuah lori menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia ditempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber orang ramai yang berada ditempat kejadian, kemalangan berlaku disebabkan kereta yang datang dari Tanjong Karang menghala ke Sekinchan gagal mengelak sebuah lori yang datang dari arah Sekinchan yang melintas menyebabkan kereta merumpuh bahagian sisi belakang lori terbabit.

Difahamkan pemandu kereta terbabit yang berasal dari Jalan Jepun, Batu 10, Tanjong Karang sedang dalam perjalanan untuk mengambil isterinya balik bekerja, manakala lori terbabit yang mempunyai pandaftaran alamat Teluk Intan sedang dalam perjalanan menghantar barang ke kedai yang berada diseberang jalan.

Keadaan ditempat kejadian agak sesak dengan orang ramai yang datang untuk melihat kemalangan yang berlaku itu secara lebih dekat, keadaan trafik ditempat kejadian juga agak perlahan kerana pemandu-pemandu kenderaan yang melalui tempat kejadian memperlahankan kenderaan mereka bagi melihat keadaan kemalangan yang berlaku. Walaubagaimanapun keadaan dapat dikawal oleh anggota polis trafik yang menggawal lalulintas disitu.

Suasana menjadi lebih hiba apabila ibu bapa, isteri dan saudara mara mangsa yang meninggal dunia datang ke tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan kemalangan tersebut.

Keadaan lori yang dirempuh - keadaan sebelah tayar lori pancit akibat dirempuh ketika melintas.

Keadaan tempat kejadian dipenuhi orang ramai bagi melihat kemalangan yang telah berlaku.

Keadaan lalulintas di jalan utama Sekinchan - Tanjong Karang yang sesak di kawasan kemalangan yang berlaku.

Tuesday, August 3, 2010

Gambar-Gambar Di Tempat Kejadian Bekas Adun Permatang dan Pembantunya Mati Kena Tembakan

KM455-7
Lebuhraya Plus arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010 11 pagi