Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, July 19, 2009

Anak kucing bermata satu - Malaysiakini

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati keesokannya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

Wang RM50 baru - Malaysiakini

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru dengan ciri keselamatan dipertingkatkan, termasuk benang keselamatan dengan warna berubah-ubahtertanampada kertas dan unsur cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) terbakar - Malaysiakini

Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) yang terletak di Guar Chempedak ,Kedah telah terbakar pada jam 10.00 pagi tadi kerana disyaki berlaku lintar pintas.

Pihak sekolah merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan segera bagi membeli kelengkapan bilik darjah yang musnah supaya pembelajaran dapat ditersuakn seperti biasa. Sebanyak 65 buah unit meja murid diperlukan , 2 unit white board diperlukan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.

Peluang cari pahala ni..