Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 10, 2008

Permohonan Tun Dr Mahathir Untuk Sertai Semula UMNO Akan Diputuskan MT

mahathir kimma new office event 150708 03Permohonan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyertai semula Umno, akan diputuskan Majlis Tertinggi parti itu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tun Dr Mahathir menyatakan persetujuannya untuk kembali kepada Umno, pada satu mesyuarat Sabtu lepas, ekoran kebimbangan beliau, dengan perkembangan yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu, tidak menyatakan bila beliau akan menghantar permohonannya.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau sudahpun menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu, tetapi belum berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata parti itu akan menunggu keputusan Majlis Tertinggi Umno mengenai bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera itu, sebelum membuat sebarang pendirian mengenai hubungannya, dengan Umno Pulau Pinang.

Chua Jui Meng sah tanding jawatan presiden MCA

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengesahkan akan bertanding jawatan presiden MCA pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Ia merupakan cubaan kedua Jui Meng selepas gagal merebut jawatan tersebut pada pemilihan tahun 2005 apabila tewas kepada Datuk Ong Ka Ting.

Pengumuman itu menjadikan pertandingan untuk jawatan presiden MCA setakat hari ini sebagai pertarungan satu lawan satu antara Jui Meng dan Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat.
Click here!

Kes Anwar tangguh 24 September

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim, S.N. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Sesyen dengan alasan kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Click here!

BILA PEMERINTAH GAGAL TARIK GOLONGAN MUDA

MENARIK minat golongan muda menyokong pemerintah adalah satu tugas yang jika tidak dijalankan secara serius dan berterusan akan memberi kesan negatif kepada negara.

Ini kerana penglibatan golongan muda dalam arena politik dilihat boleh menyumbang kepada jatuh bangunnya sesebuah parti pemerintah.

Di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Nepal dan Kenya, golongan muda berperanan besar mewarnai senario politik negara.

Di Kenya, golongan muda terlibat dalam parti Madaraka, sebuah parti politik yang memperjuang hak-hak kesamarataan dan kebebasan bersuara rakyat Kenya. Objektif utama parti Madaraka ialah mewujudkan transformasi sosioekonomi dan keamanan berterusan di Kenya.

Di Nepal pula, peranan golongan muda dalam arena politik negara itu telah bermula seawal 1951.

Pergerakan prodemokrasi yang dilancarkan terhadap Raja Gyanendra adalah contoh di mana kuasa golongan muda boleh membantu menumbangkan sebuah kuasa beraja. Jelas sekali, kuasa golongan muda dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti pemerintahan tidak dapat dinafikan.

Dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, peratus golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun yang dilaporkan mengundi adalah lebih tinggi pada 2004 berbanding pada 1996 atau 2000.

Sebanyak 42 peratus golongan muda dilaporkan mengundi berbanding dengan 32 peratus pada 1996.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peratus mengundi di kalangan golongan muda merosot pada pilihan raya presiden Amerika 1996 dan 2000. Antaranya ialah mereka merasakan diri mereka tidak dilibatkan dalam proses politik negara.

Satu kajian oleh agensi Kajian Kebangsaan mengenai Perkembangan Pendidikan (NAEP) mendapati bahawa satu pertiga daripada pelajar sekolah tinggi di Amerika kurang pengetahuan asas tentang cara sistem pentadbiran pemerintah Amerika beroperasi.

Kajian The New Millennium Report yang dikeluarkan National Association of Secretary of State juga mendapati golongan muda percaya bahawa kerajaan dan pilihan raya adalah tidak bersangkut paut dengan perkara-perkara yang mereka suka.

Oleh itu, mereka lebih berminat melibatkan diri dalam kerja-kerja masyarakat.

Di Malaysia, corak pemikiran golongan muda sudah semakin berubah akibat kesan faktor seperti kemajuan teknologi, perubahan gaya hidup, perubahan sistem nilai dan persekitaran.

Golongan selepas merdeka Malaysia kini berjuang atas landasan dan ideologi yang berbeza daripada generasi sebelum itu.

Generasi muda termasuk orang Melayu yang lahir selepas merdeka kini dilihat kurang lagi berminat dengan perjuangan berasaskan perkauman dan sebaliknya mahu dilayan sama rata sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang diinginkan ialah mereka diberikan kebebasan bersuara dan sokongan kewangan serta kemudahan secara sama rata untuk membangunkan potensi diri dalam segenap bidang.

Mereka juga inginkan sistem pentadbiran yang lebih telus, beramanah, adil, bersih dan kompeten. Pemimpin parti politik yang jauh daripada rakyat bukanlah pilihan mereka.

Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika ingin menarik minat golongan muda menyokong mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa golongan muda boleh mencorakkan dan menentukan siapakah tampuk pemerintahan sesebuah negara.

Anwar hadir di Mahkamah Sesyen KL - Malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 9.30 ini untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.

Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini dan kemungkinan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar itu.

Ulasan Pasaran : Pelabur enggan masuk pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam ekoran jualan saham berwajaran tinggi utama.

Peniaga berkata, pelabur enggan memasuki pasaran susulan keadaan politik dalam negara serta harga komoditi yang rendah yang menjejaskan pasaran.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 7.38 mata atau 0.69 peratus kepada 1,068.55, diseret turut oleh saham perladangan seperti Sime Darby, IOI Corp dan Kuala Lumpur Kepong.

KLCI dibuka 1.23 mata tinggi pada 1,077.16 dan bergerak antara 1,078.0 dan 1,066.64 sepanjang hari.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata aliran harga menurun itu juga berlaku di pasaran lain di rantau ini.

"Keadaan politik di sini mungkin memainkan peranan dalam menentukan prestasi pasaran, namun ia bukan faktor penting penurunan pasaran," katanya.

Pong berkata pasaran tempatan juga terjejas akibat harga komoditi yang rendah, menyusuli kejatuhan harga minyak mentah.
"Kami berharap harga minyak sawit mentah yang rendah yang kini terlebih bekalan, bersifat sementara," katanya.
Indeks Perusahaan susut 22.21 mata kepada 2,225.62, Indeks Kewangan turun 43.41 mata kepada 8,719.73 manakala Indeks Perladangan susut 115.94 mata kepada 5,378.12.

FBMEmas turun 71.79 mata kepada 7,120.47, FBM30 susut 73.31 mata kepada 6,913.51, FBM2BRD turun 80.46 mata kepaa 5,086.93 dan FBMMesdaq 37.89 mata lebih rendah pada 4,196.73.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 383 berbanding 177, dengan 239 kaunter tidak berubah, 543 tidak diniagakan manakala 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 325.251 juta saham bernilai RM650.067 juta berbanding 274.373 juta saham bernilai RM752.777 juta, kelmarin.

Antara saham aktif, KNM susut lapan sen kepada RM1.38, TA-WB turun setengah sen kepada 11 sen manakala Iris menokok satu sen kepada 13 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah pada RM7.70 dan RM10.20, Sime Darby turun 20 sen kepada RM6.25, IOI Corp ssut enam sen kepada RM4.80 manakala Kuala Lumpur Kepong turun 60 sen kepada RM10.50.

Tenaga Nasional dan Bumiputra-Commerce masing-masing susut 10 sen kepada RM8.00 dan RM8.30.

Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 264.859 juta saham bernilai RM636.85 juta berbanding 274.373 juta saham bernilai RM744.24 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 13.774 juta unit bernilai RM6.921 juta berbanding 8.88 juta unit bernilai RM3.513 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 29.517 juta saham bernilai RM5.803 juta berbanding 15.054 juta saham bernilai RM4.262 juta kelmarin.

Waran Opsyen beli meningkat kepada 17.099 juta unit bernilai RM492,342 berbanding 16.199 juta unit bernilai RM760,760 sebelumnya.

Urus niaga langsung susut kepada 35.685 juta saham bernilai RM48.028 juta berbanding 94.578 juta saham bernilai RM203.291 juta.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 11.429 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 45.706 juta, pembinaan 25.102 juta, perkhidmatan dan perdagangan 70.914 juta, teknologi 4.552 juta, infrastruktur 8.635 juta, kewangan 19.7 juta, hotel 1.377 juta, hartanah 26.184 juta, perladangan 24.617 juta, perlombongan 57,000, REIT 625,100, dana tertutup 21,500, ETF 38,300 dan pinjaman 25.897 juta.

BN tetap utuh - PM tolak tanggapan komponen parti pemerintah itu berpecah

SEMANGAT SETIAKAWAN... Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Koh Tsu Koon selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
utusan | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) kini berpecah-belah dan berada di ambang kehancuran.

Sebaliknya, beliau menegaskan, BN tetap utuh dan akan meneruskan tanggungjawab serta amanah untuk memerintah negara ini seperti mana mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas. -->>lanjut
Click here!

Mampukah kumpulan Gergasi tumbangkan gandingan Pak Lah- Najib

 tepakbersulam | Kata mereka Tun akan kembali kepangkuan Umno. Alahamdulillah jika Tun mahu kembali ke pangkuan UMNO kerana tidak siapa yang bersetuju dan menggangap keputusan Tun keluar dari UMNO salah satu tindakan yang bijak walaupun ada yang menggangap Tun sebagai duri dalam daging dan duri itu telah terkeluar. Namun ada yang tidak peduli dengan duri dalam daging itu yang kadangkala terasa sakitnya pada daging apabila tersentuh di bahagian yang tercucuk itu. Tak apalah kata mereka…… Walaupun mereka tahu jika dibiarkan lama-lama akan menjadi barah. “Just bare with it”. Dengar boleh, di pakai jangan. Itulah sebab tindakan Tun keluar parti tidak menjadi ikutan pemimpin UMNO yang lain walaupun itu harapan Tun.

Ibarat Quran buruk, nak dibuang tak boleh nak dibaca dah tak nampak ayat nya.simpan saja dan ada kala ada juga ayat-ayat yang boleh dibaca. Sekurang-kurangnya Tun tahu keputusan yang dibuatmya dahulu bukan dari fikirannya yang waras. kerana mengikut perasaan tercabar oleh seorang ahli yang dajal mencabar Tun meninggalkan parti dahulu. Siapa tah si dajal ini.

Apa juga alasan Tun itu hak dia kerana UMNO tentu tidak keberatan menerima Tun kembali , lagi pun dia ahli UMNO Nombor satu dalam UMNO baru. UMNO yang ada sekarang. Pengasas UMNO yang lalu juga sudah tidak ada dalam UMNO baru. sebab UMNO sebenar telah di “erase” dan di gantikan dengan UMNO baru dan kemudian perkataan baru di “erase” kembali jadi lah UMNO kembali demgan Tun sebagai ahli Pertama dalam UMNO sekarang.. Inilah kelebihan Tun dan kualiti yang tidak ada pada pemimpin lain.

Katanya kembali untuk memberikan sokongan kepada Ku Li untuk menyelamatkan UMNO setelah rundingan Najib gagal untuk gandingkan dengan Muhyiddin. Muhyiddin pula sememangnya mencari gandingan bagi memastikan beliau menjawat kerusi tertinggi UMNO tercapai secepat yang mungkin. Kalau boleh esok lagi baik.

Muhiyuddin sebenarnya tiada pilihan lain

Muhyiddin tidak ada pilihan lain lagi selain dari merampas kerusi pertama atau kedua dalam UMNO pada tahun ini. Kegagalan mengakibat beliau akan terkeluar terus dari perbutan kerusi it buat selama - lama nya. Kesabaran sudah tiada dalam kamus Muhyiddin kerana beliau telah terjun terlalu awal apabila melihat ada jalan yang terbuka luas untuk beliau merampas takhta tertinggi itu ketika UMNO menghadapi kemelut dan krisis kepimpinan selepas PRU2 dahulu. Sangkanya dengan menangguk di air yang keruh ini beliau dapat membuat gelombang perubahan yang besar dalam UMNO. Malangnya segala sangkaan beliau meleset tidak sama seperti yang beliau jangkakan. Tiada gelombang yang berlaku malahan beliau pula yang lemas dalam gelombang yang beliau kocak bersama beberapa kerat sahaja pemimpin UMNO yang lain . Sedangkan gelombang yang cuba di kocak di tanah kiubu kuat UMNO dan tempat asal beliau di Johor juga tidak sedikit pun tidak beralun.

Gelombang itu memakan diri mereka kembali apabila beliau dicop oleh ahli UMNO sebagai penderhaka parti, penderhaka kepada pemimpin dan penderhaka kepada perpaduan UMNO.Lebih teruk sebagai pemimpin yang gila kuasa dan menagguk di air yang keruh. Selaku Naib Presiden dan sebagai “front liner” beliau sepatutnya mempertahankan kepimpianan UNNO tetapi ianya berlaku disebaliknya apabila beliau yang mengecam dan menjadi dalang kepada pemulihan UMNO ketika UMNO mengalami kemelut krisis kepimpinan ketika itu. Kumpulan pendesak ini dianggap sebagai perosak pada peoses pemulihan UMNO dan cuba menangguk di air yang keruh.

Keadaan menjadi agak reda setelah pengumuman barisan kabinet Kerajaan dan beliau di lantik mengantikan tempat Rafidah Aziz sebagai menteri penuh. Isu-isu lain mengambil alih. UMNO bernafas kembali tetapi kumpulan ini pula yang sesak nafas setelah menyedari tidak mendapat sokongan dalam usul mesyarat tergempar yang dilakukan oleh Ku Li. Tanpa segan silu mereka terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk kembali ke saf kerajaan dan terpaksa berkemaah bersama kepimpinan yang ada. Muhyiddin yang pada mula enggan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam pemilihan UMNO menyatakan bahawa beliau akan mengumukan pada bulan Oktober kerana pada masa itu mesyuarat bahagian diadakan kerana beliau menginding dua jawatan tertinggi atau mahu mempertahankan jawatan yang di sandang sekarang. Senario politik tidak mengizinkan Muhyiddin menunggu lama lama takut yang dikejar tidak dapat yang dikendung pula berciciran memaksa Muhyiddin mengumunkan pada bulan Julai yang lalu bahawa beliau mahu mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Dalam pada itu Muhyiddin memainkan peranan sebagai duri dalam daging mengkritik kepimpinan Pak Lah dan tidak mustahil beliau ada berunding dengan DSAI untuk “survival” politik beliau. Kemelut politik berterusan dengan peminpin kerajaan menyelesaikan satu demi satu dalam satu masa dengan baik. “One at a time”. UMNO masih boleh bertahan dan ada menampakkan kemajuan dan tidak memberikan ruang untuk mereka meneruskan desakan kerana setiap desakan dapat ditangani sehingga mereka menjadi bosan.

Namun mereka tetap mengintai peluang yanbg terbuka. Setelah lama berdiam kerana tiada ruang yang diberikan mereka akhirnya dihidangkan dengan piliharaya kecil Permatang Pauh. Sedang UMNO bersedia utuk bertembug di Permatang Pauh yang telah membawa wakil rakyat dari Sabah turun menunjukan satu komitment kepada parti dengan bertanggungjawab sekali sedangkan kumpulan ini bersedia untuk bertepuk tangan dengan mengharapkan UMNO kalah teruk pada pilihanraya kecil ini dan mereka telah bersiap sedia untuk meletakan kekalahan ini ketengkuk Perdana Menteri dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Perdana Menteri.

‘Khairy Jamaluddin sudah bersedia menerima apa juga tomahan demi tanggungjawab kepada Pemuda UMNO khususnya UMNO.

Khairy Jamaluddin tahu bahawa beliau akan dipersalahkan dan dikatakan liabiliti bila UMNO tewas atau tewas teruk di Permatang Pauh. Beliau tahu beliau akan di jadikan kambing hitam atas kekalahan tersebut seperti mana nereka menuduh beliau ketika kekalahan PRU12 yang lalu. Apakah beliau perlu mengangkat tangan dan mengaku kalah kerana takut pada tohmahan. Jangan berumah ditepi pantai jika takut di landa ombak. Jangan berpolitik jika takut pada tohmahan. Itu lah falsafah Khairy.Tanggungjawab sebagai naib ketua pemuda UMNO perlu dilaksanakan dengan ikhlas kerana itu tanggungjawab dan amanah rakyat khusus nya pemuda dan juga UMNO.

Apakah Khairy tidak jantan untuk takut berhadapan degan keyataan, Jika Khairy takut, apa guna dia menjawat jawatan sebagai Naib Ketuia Pemuda UMNO lebih baik bagi saja jawatan kepada orang lain. Ramai yang menyangkakan Khairy tidak akan berani turun di Permatang Pauh. Namun Khairy telah membuktikan bahawa mereka salah ,sebagai naib Pemuda Umno Malayisia .dia memikul tanggungjawab yang besar , beliau juga bukannya pondan dan takut menghadapi semua ini.Lebih pada ini beliau telah menghadapinya, apa saja yang tidak dihadapinya lagi ketika meniti perjuangan dalam UMNO.

Allhamdulillah beliau di terima baik di sana. Apa yang dilakukan oleh Khairy sebenarbya lebih mulia dari Mukhriz yang turut hadir di Permatang Pauh tetapi berkempen untuk jawatan ketua pemuda UMNO. Selurang-kurangnya Khairy melakasanakan tanggungjawab nya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNIO dan beliau adalah antara orang yang terawal datang bersama ketuanya untuk mengaturkan stratagi Pemuda.pada plihanraya dan turut berkempan .Ini adalah fata yang benar tanf dukar kita mahu nafikan. namun adat pilihanraya pasti ada yang menang dan yang kalah. Anwar menang kerana sememangnya kubu kuat beliau di sana. Obama atau Bish sekalipun bertanding di sana pasti mereka akan kalah kerama pengindi di Permatang Pauh sukar lagi diubah pemikiran mereka dalam masa hanya sepuluh hari. Selurang-kurangnya Khairy melaksanakan tanggunbgjawab beliau dan bukan hanya memenuhi kerusi sebagai naib ketia Pemuda UMNO hanya pada nama.

Kumpulan gergasi

Kata mereka Tun kembali kerana mahu menyelamatkan UMNO dan akan menerajui kumpulan yang di gelar kumpulan gergasi menentang Pak Lah dan Najib. Kalau mengikut haraki Najib adalah yang layak dan akan mengambil alih jawatan Presiden dan Perdana Mwnteri pada tahun 2010 . Bererti Tun dan kumpulan gergasi menafikan hak Najib sebagai Oresiden parti dan Perdana Menteri , bukan sangat hak Pak Lah. Some how or rather Pak Lah akan mengudurkan dirii. Pertarungan ini lebih bermirip kepada rampasan kuasa Najib dan bukannya Pak Lah kerana Pak Lah hanya tinggal dua tahun sahaja lagi . Najib yang terlibat secara terus dan perlu mempertahankan hak beliau ,mampujah ahli akar umbi Ku Li dan Muhyiddin Yassin menentang dan bertembung penyokong akar umbi Pak Lah dan penokong “the prime minister in making”.

Apakah orang Najib sanggup melihat Najib tewas setelah sekian lama bersabar “and follow the book acordingly” serta setia kepada UMNO dan puxuk kepimpinan :. Mampu kah mereka yang digelar sebagai gergasi ini menggoyangkan sebatang pokok yang begitu teguh yang mahu menghampiri kekuiasaan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Sukar untuk dibayangkan penyokong Najib mahu membiarkan begitu saja .

Bagi mereka ini adalah pertembungan antara Ku Li dan Najib. Apa kah istimewanya Ku Li jika dibandimgkan dengan Najib. Kemenangan Ku Li bererti hilangnya tempat dan hak Najib. bagi Najib Muhiyuddin bukan tentangan hebat untuk beliau.Muhiyuddin akan dijadikan kambing hitam dalam kumpulan Gergasi dan Najib mungkin tidak ada kesabaran lagi untuk menunggu.beberapa lama lagi untuk membenarkan Ku Li menjamah kerusi yang sepatut jadi miliknya [ada 2010. Penyokong Najib juga pasti tidak akian membenarkan perkara ini berlaku.. Apa sangat “track record Ku Li selain pernah menentang Tun dan pernah keluar parti dan menjadi Presiden Semangat 46 yang pernah bertandibg menentang UMNO sebelum ini. Setidak-tidaknya ahli UMNO tahu bahawa Ku Li pernah mengkhianati UMNO dan ini tidak pernah berlaku pada Najib yang sentiasa berdarah dan berjiwa UMNO. Apakah Hishamuddin . Kj akan membawa Pemuda belot pada Najib. (:Hisham sepupu Najib) apa kah Noriani Ahmad akan belot pada Najib. Apakah Rafidah akan belot pada Najib. Apakah ahli MT akan belot pada Najib melainkan dua atau tiga orang yang bercita-cita tinggi.Najib adalah pilihan terbaik untuk menjawat kerusi Presiden dan Perdana Menteri setakat ini.

Gelanggang telah terbuka luas. Demokrasi dalam UMNO belum luntur. Selamat berjuang.

Pemuda Gerakan letak jawatan dalam BN negeri - Malaysiakini

Tiga pemimpin Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah meletak jawatan dalam jawatankuasa Barisan Nasional (BN) negeri sebagai membantah tindakan beberapa pemimpin Umno mengoyak gambar pemangku presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Mereka ialah ketua Pemuda, Huan Cheng Guan; naib ketua, Yew Khean Siang; setiausaha, Oh Teong Keong dan penolong setiausaha, Heng Thee Wey.

Huan meletak jawatan sebagai ketua Pemuda BN negeri, manakala Yew, Oh dan Heng melepas jawatan dalam jawatankuasa Pemuda BN Pulau Pinang. -->>lanjut

Kilang proses tauhu kering terletak berhampiran kandang ternakan babi


INILAH kilang memproses tauhu kering di Cheras yang terletak berhampiran kandang ternakan babi.
kosmo | Percaya atau tidak, anda mungkin pernah terbeli tauhu kering yang diproses dalam satu kawasan ladang menternak babi di kawasan Cheras yang sejak sekian lama berada di pasaran.

Memang mengejutkan, tetapi tidak siapa yang akan mengambil peduli lebih-lebih lagi jika terdapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pek bungkusan itu.

Difahamkan, tauhu kering itu telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan telah mendapat sambutan ramai terutama daripada pengguna beragama Islam. -->>lanjut
Click here!

MT Umno putuskan nasib Ahmad hari ini - Malaysiakini

Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap orang Cina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusinya mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang semalam. Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dijemput menghadiri mesyuarat semalam.

pak lah and bn leaders meeting on ahmad ismail racial slur umno bukit bendera penang 090908 05Abdullah berkata, semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.

Sehubungan itu, katanya, mereka mahu satu tindakan yang tegas diambil.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, BN tidak boleh mengambil tindakan ke atas Ahmad kerana beliau merupakan ahli Umno.
"Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini melahirkan perasaan yang tegas, kecewa dan marah tentang apa yang berlaku," kata Abdullah, semalam.
Mesyuarat semalam turut dihadiri semua ketua parti komponen BN serta naib-naib presiden Umno dan ketua pergerakan wanita BN.

Ahmad Ismail pejuang yang tewas -Malaysiahariini

ImageENTAH `syaitan’ mana yang merasuk Datuk Ahmad Ismail dan sekumpulan kecil penyokongnya hingga ada yang bertindak mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ahmad Ismail yang pada mulanya begitu hebat berhujah membentangkan fakta dan sejarah akhirnya membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang matang dan tidak sesuai berada di dalam politik UMNO apabila membiarkan emosi menguasai segala tindakannya.

Ahmad Ismail yang pada mulanya boleh dilihat sebagai jaguh kepada orang-orang Melayu melakukan tindakan yang paling bodoh dalam sejarah politik tanah air dan kebodohan tersebut bukan sahaja terpaksa ditanggung oleh beliau tetapi tempiasnya turut mengena UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini begitu agam dengan semangat perkongsian kuasa mereka.

Ternyata Ahmad yang mahu dilihat seolah-olah dia seorang sahaja yang berani menentang Gerakan akhirnya tewas dengan ledakan nafsu yang terlalu sukar untuk beliau kawal dan akhirnya Ahmad harus menanggung segala tindakan di atas kebodohan serta kerakusan untuk dilihat sebagai pembela orang-orang Melayu dan UMNO.

Sebagai orang Melayu, mereka akan menganggap tindakan Ahmad mengkritik dengan mendedahkan fakta dan hujah sejarah adalah sebagai suatu tindakan yang patut dipuji tetapi tindakan terakhir Ahmad tersebut yang mengoyak gambar Koh Tsu Koon sudah menjadi satu pertembungan peribadi antara Ahmad dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan akhirnya UMNO menjadi mangsa di atas segala keceloparan dan kebodohan Ketua UMNO Bukit Bendera ini.

Kita tidak tahu apakah sebenarnya agenda Ahmad menyerang Gerakan dengan begitu sekali? Adakah Ahmad membawa suara orang lain yang mahu merobek semangat setia kawan UMNO ataupun Ahmad mempunyai perancangan untuk memusnahkan gagasan Barisan Nasional yang selama ini terpateri dengan begitu kukuh dan bertiket jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian, timbul pertanyaan, apakah Ahmad adalah sebahagian daripada musang berbulu ayam ataupun gunting dalam lipatan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia boleh menerima segala pertentangan hujah kerana kita dibenarkan untuk bebas bersuara tetapi dalam beberapa keadaan, dalam mengkritik, seseorang tersebut perlu ada batas dan sempadan kerana Malaysia adalah Negara yang berbilang kaum, keturunan dan agama. Kita ada Akta Rahsia Rasmi, kita juga ada Akta Hasutan dan tindakan Ahmad sekiranya terus dibenarkan tanpa sebarang tindakan susulan, kebimbangan akan bermula sekali lagi Peristiwa 13 Mei dan sekali gus meletakan rakyat dan Negara dalam keadaan yang tidak tenteram.

Kita tahu dan sedar, ada kalangan bangsa lain sering mengkritik dan mengecam orang-orang Melayu tetapi dalam masa yang sama, orang-orang Melayu menggunakan pendekatan yang begitu berhemah untuk menangkis hujah dan menggunakan platform yang betul bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak mahu sesuatu yang buruk tercetus hingga terjadi perbalahan kaum/

Tindakan Ahmad mengkritik orang Cina ataupun India tidak salah kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan yang berbeza-beza walaupun sejarah telah mencatatkan segala bentuk peristiwa tetapi sebagai seorang ahli parti yang mendukung semangat perpaduan, kita tidak boleh menerima tindakan Ahmad yang mahu mempopularkan diri tetapi menjadikan UMNO dipandang serong dan bermasalah oleh rakan-rakan dalam BN.

Meskipun ada yang berpendapat dan mengesyaki bahawa Ahmad sebenarnya dipergunakan oleh individu tertentu untuk memecahbelahkan Barisan Nasional menjelang 16 September ini namun tidak kurang juga yang meyakini bahawa Ahmad sebenarnya seorang pemimpin yang ego sehinggakan sanggup menjadikan orang-orang Cina sebagai sasaran bagi kepentingan yang beliau sahaja yang tahu.

Dan dengan menganggap semua tindakan beliau betul membuktikan bahawa Ahmad Ismail tidak tahu membezakan antar kritikan membina dengan serangan peribadi. Krtikan Ahmad dilihat menterjemahkan kebencian peribadi beliau kepada Koh Tsu Koon dan bukannya berusaha mahu mencari titik noktah supaya isu itu tidak terus dibahaskan.

Kita menerima hubungan baik Ahmad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini tetapi kita tidak mempercayai seandainya Ahmad sanggup menjadi alat kepada sahabat baiknya itu demi memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana Ahmad dilihat seperti orang Melayu tulen yang mahu mempertahankan bangsanya daripada terus dicerca serta dihina.

Tetapi dalam politik, hanya kerana diumpan seringgit dua, ada yang boleh bertukar daripada ustaz kepada paderi kerana dalam politik tidak ada yang mustahil.

Ahmad sepatutnya mengambil tindakan bijak dengan tidak mengusutkan lagi keadaan. Ahmad juga tidak perlu menuding jari kepada sesiapa dan sebagai pemimpin besar dalam UMNO, Ahmad harus berlapang dada bahawa kekalahan BN di Pulau Pinang bukan kerana Koh Tsu Koon seorang tetapi kerana beliau juga dan kerana 13 Ketua Bahagian UMNO dalam Pualau Pinang itu juga.

Tindakan menuding jari dan mencari salah orang lain adalah sikap kebudak-budakan dan sepatutnya semua pemimpin BN di Pulau Pinang mencerminkan diri bagi mencari kesilapan apalah sehinggakan Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.

Tindakan Ahmad yang enggan mengakui kesilapannya mengoyak gamabr Koh Tsu Koon itu boleh diibaratkan sebagai menyiram minyak ke dalam api. Dalam masa BN sedang bertungkus lumus mencari formula untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN, Ahmad menongkah arus dan bertindak mencalarkan permuafakatan BN yang erat selama ini.

Kita juga tidak tahu apakah 13 Bahagian yang ada sewaktu Ahmad mengadakan siding akhbar keduanya tidak memberikan nasihat ataupun menegur tindakan Ahmad tersebut dan ketololan mereka ini akhirnya mengheret UMNO dan Gerakan bertempur secara terbuka dan akan ada yang rugi dan akan ada yang bakal meraih untung.

Apa sekalipun justifikasi terhadap tindakan Ahmad, MT Umno harus memikirkan satu tindakan yang khusus di atas kesilapan Ahmad ini dan Ahmad selagi kekal dengan sikap bodoh sombongnya itu, beliau tidak layak untuk memimpin sebuah parti yang ahlinya berbagai kaum. Kita setuju dengan tindakan Ahmad mempertahankan orang Melayu tetapi kita tidak boleh menerima dalam masa kita mempertahankan hak orang Melayu, kita menjadi kurang ajar kepada bangsa lain.

Apa sekalipun alasan Ahmad, tindakan beliau membuktikan Koh Tsu Koon lebih matang berpolitik daripada Ahmad Ismail. Atas semangat BN, pemimpin seperti Ahmad tidak layak berada bersama di bawah bumbung perpaduan dan setia kawan. Dan UMNO sekiranya terus menyimpan Ahmad,kita bimbang Ahmad akan menjadi parasit ataupun dedalu yang akan merosakkan parti.