Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, October 31, 2013

AL-FATIHAH - Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Tengi Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Mayat mangsa lemas di Sungai Tengi, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, ditemui kira-kira jam 7 pagi tadi oleh penduduk kampung selepas hampir dua hari usaha mencari dilakukan.

Mangsa ditemui tersangkut di jaring Tali Air 1, di sini, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, kata jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, pagi tadi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat, sebelum jenazanya disembahyangkan di Masjid Tanjong Karang dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Lorong 7, Parit 1 Sungai Sireh pada jam 2 petang tadi.

Wednesday, October 30, 2013

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Tanjong Karang

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang, dekat sini dikhuatiri lemas selepas dia dilaporkan tidak ditemui ketika mandi di Ban Canal, Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Izuddin Sanusi, 15, mandi bersama-sama dua lagi rakannya namun dia tidak kelihatan sehingga malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba, Azmi Abas ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 5.22 petang semalam.

"Kita telah menggerakkan anggota untuk melakukan operasi mencari mangsa di kawasan terusan tersebut. Setakat ini (kira-kira pukul 9.30 malam), mangsa masih belum ditemui.

"Operasi mencari masih lagi diteruskan," katanya.