Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, June 27, 2008

JAC TERGOLEK

Dunia Glamour Punya Cerita

Sengal Tahap Maksima.!

Pesawat Ringan Terhempas Depan Rumah

ANGGOTA polis memeriksa bangkai pesawat yang terhempas di halaman rumah dua tingkat di Persiaran Cempaka Sari 7, Taman Cempaka, di Ipoh, semalam. Pesawat ringan Eagle 150B milik akademi penerbangan Integrated Training & Services Sdn Bhd (IT&S) dipercayai hilang kawalan sebelum terhempas. Jurulatih akademi itu, Mohamad Faizal Kamarudin dan pelatih, Ahmad Tarmezee Ahmad Lotpi cedera parah dalam kejadian itu.

Tapak Kaki Raksasa

TANDA TANYA: Tapak kaki yang didakwa milik raksasa yang ditemui berhampiran sebuah dusun di Sibu.

Kapal selam diguna seludup kokain

DUA pegawai berjalan berhampiran kapal selam digunakan pengedar dadah untuk menyeludup kokain melalui dasar Lautan Pasifik bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa dalam kejadian didedahkan di Buenaventura 13 Jun lalu.

Rakyat Colombia yang menyangka sudah menyaksikan semua taktik diguna pengedar dadah terkejut dengan penemuan baru itu iaitu penyeludupan kokain menggunakan kapal selam.

KES BUNUH WANITA MONGOLIA

PAK LAH: NAJIB DAN ISTERI TIDAK TERLIBAT
Tindakan akan diambil terhadap blogger Raja Petra
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata semalam timbalan beliau, Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, tidak terlibat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia di negara itu pada 2006.

Beliau berkata tindakan akan dikenakan ke atas blogger dan pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang membuat dakwaan itu melalui satu akuan berkanun.
"Saya tidak percaya bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam kes ini," kata Datuk Seri Abdullah kepada pemberita.

"Peguam Negara telah memberitahu saya bahawa satu siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap dia," kata Datuk Abdullah, merujuk kepada Raja Petra.
Raja Petra telah menandatangani satu akuan berkanun awal bulan ini, mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Datin Rosmah turut memainkan peranan dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu, 28 tahun.

Sebelum ini, beliau menghadapi tuduhan menghasut kerana mengaitkan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan itu.

Seorang pengamat politik, Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Datuk Seri Najib, sedang dibicarakan atas dakwaan bersubahat dalam pembunuhan mendiang Altantuya. Dua pegawai polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, yang pernah bertugas sebagai pengawal peribadi Datuk Abdullah dan Datuk Seri Najib, menghadapi tuduhan membunuh mendiang.

Datuk Seri Najib telah berulang kali menafikan sebarang pelibatan dalam pembunuhan mendiang, yang mayatnya telah diletupkan dengan alat letupan.

Datuk Seri Abdullah berkata tindakan Raja Petra 'tidak dapat diterima', dan menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau pernah melihat satu laporan risikan tentera berhubung pembunuhan itu.
"Tidak, saya tidak ingat ada menerima apa-apa. Dia boleh kata apa saja tapi saya tidak melihatnya," kata Datuk Seri Abdullah.
Datuk Seri Najib menyifatkan dakwaan beliau terlibat sebagai satu 'penipuan' yang bertujuan mencemari namanya.

Sunday, June 22, 2008

Kemalangan - Ragut Dua Nyawa, Ibu dan Anak Cedera

Gambar - Anggota Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut. Kelihatan salah seorang penumpang hadapan yang turut maut dalam kemalangan yang berlaku.
TANJONG KARANG - Satu kemalangan maut telah berlaku pada jam 3:00 petang di kilometer 71 Klang-Teluk Intan melibatkan sebuah kereta yang terbabas, dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit.

Menurut sumber yang diperolehi, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang menghala ke Tanjong Karang Selangor tiba-tiba terbabas lalu menjunam ke dalam parit bersebelahan. Menurut waris mangsa yang datang di tempat kejadian, mangsa berasal dari Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Dua mangsa yang cedera seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai anak kepada wanita tersebut telah diselamatkan oleh penduduk setempat, manakala dua lelaki yang maut tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dengan dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa yang terkorban di bawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer, walaubagaimanapun dapat dikawal oleh pihak polis yang tiba ke tempat kejadian bagi mengawal kesesakan lalu lintas.
Kasih Anak - Dua mangsa yang cedera dalam kemalangan yang berlaku sebelum Ambulan tiba untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan lanjut.
Maut - Anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha untuk membawa keluar pemandu yang maut dalam kemalangan tersebut.

Harga saham dijangka turun

Harga saham dijangka terus mengalami penurunan minggu depan kerana para pelabur bimbang dengan ketidakstabilan senario politik semasa, kata para penganalisis.

Selain kemelut politik dalam negara, keadaan diburuk lagi dengan kejatuhan beberapa pasaran saham serantau berikutan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi dalam ekonomi negara utama dunia.

IKKL menjunam lagi sebanyak 16.2 mata atau 1.34 peratus kepada 1,196.39, kejatuhan untuk hari kedua berturut-turut selepas Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul berkenaan ke Parlimen Isnin ini.

Penganalisis MIMB Invesment Bank, Pong Teng Siew berkata, selain kesan daripada kejatuhan pasaran saham Asia yang lain, keadaan politik semasa negara yang tidak stabil kini telah memburukkan lagi keadaan.
''Walaupun keadaan ini bersifat sementara tetapi persoalannya di sini, berapa lamakah tempoh tersebut kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan keyakinan pelabur tempatan dan asing,'' katanya kelmarin.
Beliau berkata, bursa saham di Amerika Syarikat (AS) juga mengalami kejatuhan dua hari berturut-turut adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kumpulan perbankan di rantau berkenaan.
''Kenaikan harga minyak yang melampau juga telah meninggalkan kesan negatif bagi pasaran AS,'' jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli berkata, pasaran saham dijangka terus menurun pada minggu hadapan kerana pasaran masih dihantui oleh pelbagai berita buruk.
''Indeks kini tiada paras sokongan baru dan kami menjangkakan ia mungkin akan mencecah ke paras 1,180 tidak lama lagi,'' kata beliau.
Bagaimanapun, penurunan harga saham dijangkakan pada esok kerana kegiatan pengambilan untung biasanya berlaku pada hari terakhir urus niaga pada hujung minggu.

Penganalisis lain, Shahril Anas pula berkeyakinan bahawa ketidakstabilan pasaran mungkin akan kembali reda sekiranya ada berita baru yang baik untuk memulihkan semula pasaran saham tempatan.

Katanya, senario pelaburan minggu depan dijangka ditumpukan kepada sektor perladangan dan komoditi.

Saturday, June 21, 2008

Pokok Yang Mengeluarkan Air Di Bukit Besar!

Pokok pait keluar ‘air mata’
Oleh : Ahmad Rabiul Zulkifli
KUALA TERENGGANU - Bunyinya pelik, tetapi benar apabila sepohon pokok yang dipanggil pokok pait dikalangan penduduk tempatan dekat tanah perkuburan Masjid Bukit Besar, di sini, mengeluarkan air seperti ‘air mata’ sehingga penduduk kampung berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.

Selain itu, pokok yang sudah lima hari mengeluarkan cecair putih berbuih dan manis seakan-akan rasa buah itu turut menarik minat penduduk dari kampung lain untuk merasainya.

Seorang warga emas, Zahara Mohamad, 67, dari Kampung Bukit Besar berkata, pokok itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu lalu, tetapi ketika itu air yang dikeluarkan pahit dan berbau masam.
“Namun kini air itu sudah manis seakan-akan air nira dan berbau seperti santan.

“Kebiasaannya daun pokok itu dijadikan ubat oleh penduduk kampung, namun khasiat air pokok berkenaan belum diketahui,”katanya.
Azaz Abdul Rahman, 53, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia cuba mengambil air itu dan meletakkannya diatas jari sebelum kira-kira sepuluh minit kemudiannya, urat-urat kecil di jarinya timbul.
“Kemungkinan air daripada pokok itu mempunyai khasiatnya tersendiri kerana jika diikutkan, daun pokok itu digunakan penduduk kampung untuk membuat ubat.

Wednesday, June 18, 2008

ASKAR BRITISH KAWAL ISTANA NEGARA

Oleh : MUNSYHI ABDULLAH, London

BERITA Batalion Pertama Askar Melayu mengawal Istana Buckingham di London telah diberikan siaran yang meluas oleh akhbar dan telivisyen Britain yang dengan sekali gus menggambarkan betapa hubungan Britain-Malaysia sedang melalui proses pemulihan setelah mengalami episod-episod yang menyakitkan orang-orang British terutama kerana dasar Buy British Last.

Sebelumnya pihak Kerajaan British juga telah mengambil kesempatan sempena perayaan 50 tahun Malaysia merdeka untuk menghidupkan kembali kenangan tentang sumbangan veteran perang British ketika Malaya menghadapi ancaman pengganas komunis.Mereka telah dihantar menyertai perbarisan hari ulang tahun kemerdekaan itu.

Usaha memperbaiki hubungan itu mestilah diteruskan di atas fahaman bahawa walaupun Malaysia adalah bekas tanah jajahan British tetapi pihak British mestilah senantiasa mengelakan perbuatan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia sebagai bangsa dan negara yang merdeka.

Kerajaan Malaysia juga seharusnya lebih berhati-hati dalam keghairahan untuk meningkatkan lagi hubungan dengan pihak kerajaan British supaya tidak terasa oleh rakyat bahawa Malaysia masih sebagai tanah jajahan British atau Malaysia sebagai negara yang pro-Britain dan mendewa-dewakan British. Sebarang langkah kerajaan British mestilah dapat dibaca yang tersirat dan tidak hanya yang tersurat.Demikian juga dalam soal Askar Melayu mengawal Istana Buckingham. Tidak seluruh rakyat melihat ini dengan perasaan bangga sebaliknya pejuang-pejuang kemerdekaan dan rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai nilai diri merasa terhina. Ia telah mengembalikan kenangan pahit betapa anggota polis dan tentera kita mengawal rumah rumah `tuan putih' dan ladang-ladang British pada zaman penjajahan British dahulu.

Jika kerajaan British ikhlas dalam hal ini maka mereka sewajarnya membalas budi baik dan perasaan hormat kerajaan Malaysia terhadap Buckingham Palace itu dengan menghantar tentera British atau anggota pasukan pengawal Istana Buckingham (Royal Palace Guard) yang terdiri daripada orang British untuk mengawal pula Istana Negara di Kuala Lumpur sebagai tanda saling hormat menghormati.

Kerajaan British harus menunjukan kesanggupan untuk melakukan ini dan kerajaan Malaysia pula harus memberikan keizinan.Ini akan menjadi satu titik tolak kearah membuka era baru dalam hubungan Malaysia Britain.

Wednesday, June 11, 2008

Minyak naik, tapi kita jangan naik minyak

Oleh : Dr. Kahartor Aron, Kuala Lumpur
DAKWAAN banyak pihak bahawa kenaikan harga barangan adalah disebabkan oleh kelemahan kepimpinan. Terbaru ialah mengenai kenaikan harga minyak kerana tidak pandai menguruskan ekonomi negara.

Benarkah kerana pemimpinlah punca kenaikan harga barang dan minyak? Jika benarlah dakwaan itu, tidak salah kalau kita sama-sama naik minyak menyalahkan pemimpin. Tetapi jika di sebaliknya, bolehkah kita memberikan minyak kepada mereka yang mendakwanya supaya membakar diri sendiri agar tidak membuat tuduhan melulu?

Siapa yang menentukan harga barangan atau minyak? Kalau kita mengetahui sedikit teori ekonomi, secara asasnya harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Secara umumnya mengetahui jika penawaran melebihi permintaan, harga akan menjadi rendah. Jika terlalu banyak penawaran akan mengakibatkan lambakan, harganya menjadi sesuatu yang boleh dijadikan sorong tarik.

Misalnya jika terlalu banyak ayam di pasaran, menyebabkan pengusaha atau penternak ayam mengalami kerugian. Suatu ketika dahulu penternak ayam sanggup membakar anak ayam hidup-hidup bagi menstabilkan harga. Begitu juga dengan musim durian, akibat buahnya terlalu menjadi (jenuh), penanam durian tidak sanggup mengutip buahnya yang gugur. Durian dibiarkan busuk.

Ketika itu banyak pihak meminta supaya Kerajaan campur tangan. FAMA dipersalahkan kerana tidak mengambil inisiatif membelinya. Maka pelbagai cadangan dibuat kononnya FAMA dapat menyelesaikan lambakan tersebut. Begitulah gambaran di sebalik kekurangan bekalan beras baru-baru ini. Bila beras Super Tempatan 15% (yang dikawal) kekurangan di pasaran, maka BERNAS dikambinghitamkan kerana gagal menyediakan stok yang mencukupi.Tidak ada pihak yang cuba menyalahkan pembekal dan pengilang swasta. Mereka mengawal hampir tiga perempat bekalan Negara, BERNAS hanya sekadar 30 peratus.

Sikap pengilang swasta yang tidak mahu mengeluarkan beras ST 15 kerana margin keuntungannya kecil berbanding ST 10 atau ST 5 yang tidak dikawal oleh Kerajaan. Malah ada di antara mereka mengambil kesempatan membeli ST 15 yang dipasarkan oleh BERNAS dan dibungkus kembali menggunakan gred ST 10 atau ST 5 bagi meraih keuntungan lebih. Maka jadinya ketika itu ST 10 dan ST 5 dijual dengan harga mahal sehingga mencapai RM 32 setiap pek 10 kg.

Apabila berlaku kenaikan harga minyak di pasaran global, PETRONAS pula dikambinghitamkan atas dakwaan tidak menggunakan keuntungannya bagi merendahkan harga minyak. Orang yang bercakap dan naik minyak itu sebenarnya belum sedar bahawa keuntungan Petronas bukan kesemuanya disumbangkan oleh keuntungan jualan minyak. Lebih 70 % keuntungan Petronas adalah dari pelaburannya di luar negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hasan Merican sejak penubuhannya pada tahun 1974, keuntungannya ialah RM 570 bilion dan sebanyak RM 335.7 bilion diberikan kepada kerajaan. Selebihnya digunakan untuk membuat pelaburan semua sebanyak RM 178.9 bilion.

Apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub membangkitkan bahawa keuntungan Petronas perlu digunakan sepenuhnya untuk mensubsidikan minyak, ia membawa tanggapan bahawa akan memberikan faedah kepada rakyat. Pendekatan popular itu ternyata kurang berkesan kerana rakyat juga bekalan makanan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan. Sumbangan Petronas membantu merendahkan harga makanan, memperkasakan pendidikan, meningkatkan tahap kesihatan dan sebagainya tidak diberikan ulasan oleh Ketua Pemuda PAS itu.

Apa yang menjadi persoalannya apabila beliau turut keliru antara pendapatan dan keuntungan yang diperoleh PETRONAS. Berdasarkan rujukan dan ulasannya beliau bersetuju bahawa setiap kenaikan bagi US$ 1 boleh memberikan sumbangan RM 200 hingga RM 300 juta setahun. Tetapi beliau lupa, bila harga minyak dunia naik, maka kerajaan turut meningkatkan subsidi bagi membolehkan rakyat membeli dengan harga yang ditetapkan.

Itulah sebabnya pada Februari 2007 bila harga minyak ditetapkan sebanyak RM 1.92 seliter, kerajaan berhasrat menggunakan pengurangan subsidi sebanyak RM 4 bilion untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam. Ketika itu harga minyak dunia ialah di bawah US$ 80 setong. Sejak bulan Januari 2008, harga minyak melonjak kepada US$ 96.74 hinggalah pada hari pengumuman struktur baru subsidi meningkat kepada US$135 setong.

Bagi mengstabilkan harga pada tahun 2007, kerajaan terpaksa meningkatkan lagi jumlah subsidi termasuk menggunakan RM 4 bilion yang dijanjikan itu. Inilah hakikat yang harus difahami dan bukanlah menambahkan minyak agar lebih ramai orang naik minyak.

Hatta penasihat Petronas sendiri pun membuat andaian bahawa hasil minyak 650,000 tong sehari, penggunaan domestik ialah 400,00 tong dan bakinya dieksport sebanyak 250,000 tong sehari. Angka itu memang mengasyikkan jika dikira bahawa setiap tong harganya ialah RM 400 maka ia akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM100 juta sehari (berasaskan 250,000 tong). Maka setahun ialah RM 36.5 bilion.

Jika menjual semua 650,000 tong akan dapat RM 260 juta sehari. Setahun boleh mencecah hampir RM 95 bilion. Congak berdasarkan ilmu hisab yang dipelajari dalam tahun 1970-an, kita menjadi takjub. Bila dikirakan kos yang terpaksa ditanggung oleh PETRONAS bagi menggerudi, memproses, mengangkut dan sebagainya (tidak termasuk membayar cukai, royalti, operasi pengurusan dan penyetoran) untungnya tentulah lebih rendah.

Menurut sumber PETRONAS memperoleh keuntungan hasil pelaburannya di luar negara dalam sektor cari gali, industri hiliran dan sebagainya. Untung jualan minyak hanyak sekitar 30 peratus sahaja. Wajarkah keuntungan yang diraih kesemuanya digunakan untuk memimbangi kenaikan harga minyak?

Kalau yang mendakwa itu naik minyak, jawabnya wajar. Ini kerana PETRONAS mampu melakukannya. Naik minyak lagi apabila meminta PETRONAS membiayai projek-projek pembangunan yang lain termasuk meneruskan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sebagainya.

Itulah kita dengar ada orang naik minyak dengan memberikan harapan bahawa jika mentadbir negara, harga minyak akan diturunkan serta merta. Jika gagal, ia akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Itulah retorik yang diuar-uarkan dan sesekali berdesing juga kita dengarnya, maka saya pun hampir naik minyak mencadangkan “jika gagal menurunkan harga minyak, meletakkan jawatan tidak akan menyelesaikan masalah. Perlu membuat harakiri sebagaimana diamalkan oleh orang Jepun.”

Ada juga pihak yang menyindir bila Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju memotong 10 peratus elaun bulanan untuk membutkikan komitmen terhadap keresahan rakyat, ia dianggap sebagai “mengabui mata”. Mata siapa yang kelabu. Saya yang hampir naik minyak mengandaikan orang itulah yang mengelabui matanya sendiri.

Memang tidak cukup kalau Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur (si penyindir) sendiri pun pergi ke rumah orang kenduri sekadar memberikan “sumbangan RM 200 masih tidak mampu untuk membayar semua kos yang ditanggung oleh tuan rumah mengadakan majlis tersebut. Begitulah juga dengan potongan 10 peratus, walaupun tak mampu mengatasinya ia membuktikan “sedikit pengorbanan” dan “tanda simpati” bagi membantu.

Kalau Datuk Ghafur ingat ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998, ramai pihak yang menyumbang untuk memulihkan keadaan. Kakitangan awam dipotong elaun bulanan (kalau tidak salah RM 1 seorang) hanya mampu memberikan sumbangan sebanyak lebih RM 1 juta. Nilai duit kita turun melebihi 34%, tidak mampu ditampong dengan kutipan bulanan tersebut. Tapi ia memberikan semangat dan sokongan bersama membantu, menguatkan iltizam mengatasi kesukaran.

Janganlah kerana itu kita akan naik minyak lagi. Kita harus menggunakan akal budi dan minda yang jernih mencari kaedah menyelesaikan masalah. Naik minyak dengan menghimpun dan “menghayunkan minda” orang ramai untuk berdemontrasi akan menambahkan lagi beban. Peniaga sekitar Pasar Pudu turut marah apabila DAP mengadakan demontrasi kenaikan harga minya pada 5 Jun lalu.

Kata peniaga tersebut, “ jangan jadi burung kakak tua. Melontarkan kembali apa yang didengarnya. Jadilah manusia yang waras. Fikirkan masa depan. Bagaimana kita boleh mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.”

Sambung seorang lagi peniaga telefon bimbit “… dan bukannya mengeluh seperti P. Ramle . Mengikut hati dan perasaan sehingga menjadi buta menangis menyesal. Sanggup membutakan matanya kembali kerana mengetahui Sabariah telah berkahwin dengan Dr. Asmadi. Walhal melalui simpati Sabariahlah P. Ramle kembali dapat melihat. Sanggup menukarkan identiti dirinya sebagai Kassim Selamat.”

Tuesday, June 10, 2008

Monday, June 2, 2008

Keretapi berinternet

Utusan - Penumpang kereta api di negara ini buat pertama kali akan berpeluang mendapat akses kemudahan internet apabila lima kereta api baru yang dilengkapi kemudahan itu diterima dari Korea Selatan dua tahun lagi.

Pengurus Besar Perkhidmatan Antarabandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)Sarbini Tijan berkata kesemua lima kereta api itu berharga RM240 juta dan akan beroperasi di laluan berkembar Kuala Lumpur-Ipoh mulai 2010.

Katanya kemudahan internet dalam kereta api seperti ini telah wujud di negara maju seperti di Eropah dan Jepun dan kini rakyat negara ini juga akan menikmati kemudahan yang sama. -->>lanjut
"Jadi kalau tuan-tuan (dan) puan-puan lihat apa yang berlaku di negara-negara Eropah sekarang ataupun di Jepun, kita juga akan mempunyai perkhidmatan yang sama (kemudahan internet) dalam sedikit masa lagi,”

"KTMB sentiasa melengkapkan kemudahan kereta api yang ada sekarang secara berperingkat. Perbincangan juga sedang kita adakan untuk melengkapkan (kemudahan internet) pada kereta api kita yang ada sekarang secara berperingkat,”

"Ada orang kata cepat ni seronok kan, tapi sebenarnya cepat ke lambat ini bukannya faktor. Yang paling penting ialah apakah pengisian yang kita boleh adakan dalam kereta api,”

Wanita dibogel ah long


Michael melihat gambar-gambar tangan Tan (kanan) yang dicucuh colok oleh ah long kerana berhutang di Wisma MCA Jalan Ampang semalam.
Kosmo - Gara-gara gemar membuat hutang dengan ah long, seorang wanita dibogel dan dicabul sekumpulan ah long yang angin selepas mangsa gagal melangsaikan hutangnya.
"Tiga lelaki bertopi keledar bertutup penuh telah menariknya ke tepi tangga di bangunan kedai itu sebelum membaringkan dia lalu dilucutkan pakaiannya hingga tinggal seluar dalam.

"Pakaiannya kemudian dibakar manakala kedua-dua belah tangan saya dicucuh dengan colok,"
[..] seksaan itu tidak berakhir di situ apabila mereka juga mahu membakar bahagian kemaluannya tetapi nasib baik selepas dia merayu kumpulan ah long itu membatalkan niat mereka.

Sebelum melepaskannya, Tan memberitahu, ketiga-tiga suspek itu kemudiannya bergilir-gilir mencabul sambil ketiga-tiga mereka bergelak ketawa yang amat memalukannya. -->>lanjut

Sunday, June 1, 2008

Seks rakan sekolah

Utusan - Pengakuan remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Andy ketika menceritakan pengalamannya mengamalkan seks bebas dengan beberapa rakan sekolah.
“Saya cuma beri dia RM5 untuk satu ‘game’ (melakukan hubungan seks). Kami lakukannya di dalam bilik, sama ada di rumah saya atau rumahnya. Ibu bapa tak tahu kerana ingat kami belajar.”
Andy membuat pengakuan itu ketika sesi kaunseling program Kem Smart Remaja khusus untuk membimbing pelajar bermasalah berusia 13 hingga 15 tahun dari sekolah menengah di Selangor di sebuah kawasan perkhemahan di pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Andy berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya ketika berusia 13 tahun, manakala pasangannya setahun lebih tua daripadanya tetapi memang dikenali sebagai ‘bohsia’.
“Dia sanggup terima bayaran serendah RM5 untuk sekali ‘main’. Bukan semua pelajar tahu kegiatan ini melainkan kenalan rapat gadis itu,”
Andy mengakui mengamalkan hubungan seks bebas sejak mengenali seniornya hujung tahun lalu dan melakukannya di rumahnya atau senior berkenaan. -->>lanjut

Perarakan Kebebasan Media

Para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin hari ini menyertai satu perarakan spontan menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.

Perarakan tersebut - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - berlangsungnya selepas selesai majlis antara pihak media dan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi.

Kira-kira 150 orang menyertai perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka dekat situ.

Pada mulanya, kumpulan reform media- Benar - merancang untuk mengadakan perarakan dari Dataran Merdeka kepada NPC sebagai tanda perpaduan wartawan dalam memperjuangkan kebebasan media.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Benar mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan tersebut, kerana tidak dibenarkan oleh pihak polis atas alasan ia boleh mengganggu kelancaran lalulintas di kawasan tersebut.

Benar berkata, beberapa wartawan dan editor juga bimbang perarakan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.