Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, July 13, 2009

Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam - Malaysiakini

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
  1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
  2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
  3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
  4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Video murid perempuan diserang tersiar dalam YouTube - Malaysiakini

CEMBURU... Seorang gadis berumur 13 tahun membuat laporan polis mendakwa beliau telah diserang oleh seorang rakannya kerana cemburu dengan kecantikannya.
Seorang gadis berumur 13 tahun membuat laporan polis mendakwa beliau telah diserang oleh seorang rakannya kerana cemburu dengan kecantikannya.

Raknnya itu dikatakan telah mencalarkan mukanya di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun kira-kira pukul 2.30 petang pada 18 Jun lalu.

Kejadian itu telah direkodkan oleh rakan sekelasnya menggunakan telefon bimbit.

Rakaman tersebut kemudiannya telah dimuatkan dalam laman popular YouTube dengan tajuk 'Gadis Dungun dipukul oleh kawan karib' baru-baru ini.

Difahamkan bahawa kawan baik kepada Azani Juasharmiela Mohd Jaaffar mencalarkan mukanya dengan kuku kerana tidak berpuas hati dengan pujian yang diterima Azani.

Video tersebut kemudiannya ditemui oleh kakak Azani yang yang berumur 23 tahun ketika melayari internet di kampung mereka di Dungun Sabtu lalu.

Azani Juhaiza yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur terkejut melihat video adiknya yang dimuatkan dalam laman web berkenaan.

"Saya terkejut melihat adik saya menjadi mangsa oleh rakannya, kemudian saya menunjukkan video berkenaan kepadanya dan beliau mengakui wujud satu pergaduhan dengan kawan baik dia itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu semalam. - mStar