Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 11, 2014

Kementerian Pendidikan nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - BERNAMA

No comments: