Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, August 8, 2008

Polis minta semua pihak patuhi peraturan pada pilihan raya Permatang Pauh

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Beliau berkata, polis yang telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu, tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.
“Perlu patuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. Jika patuhi undang-undang, tidak akan timbul sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2007/2008 di sini hari ini.
Musa berkata, kekuatan pasukan keselamatan itu akan ditambah dengan pengambilan anggota tambahan dari kontijen negeri-negeri.
“Kami memang merancang untuk menambah anggota (sepanjang pilihan raya), tapi pada masa ini kami tidak pasti lagi berapa ramai yang akan diletakkan di sana. Kami juga masih melihat perancangan dan masalah serta ancaman yang mungkin berlaku di sana,” katanya.

Dari Email Pengunjung - Sekadar renungan...

Gadis melampau menerima padah

Assalamualaikum. ......

Baca dulu… kejap jer …
Sekadar renungan.... ......... ..
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
JanaWangRapid.com

Manusia , Malaikat , Syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Click here!

Tsu Koon selar Guan Eng kerana enggan beri akses untuk melihat fail

PULAU PINANG - Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana enggan membenarkannya merujuk fail dan dokumen melibatkan isu tanah bagi mendapatkan fakta yang tepat untuk program debat antara kedua-duanya.

Tindakan Guan Eng itu katanya, adalah tidak munasabah dan jelas menunjukkan bahawa DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempraktikkan prinsip yang diguna pakai kerajaan negeri iaitu Competency, Accountability and Transperancy (CAT).

Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan Guan Eng cuba menafikan haknya untuk mendapatkan fakta dan maklumat membabitkan isu tanah itu sebagai persediaan untuk perdebatan itu.
"Selaku bekas Ketua Menteri saya perlu merujuk kepada fail dan dokumen yang relevan bagi mendapatkan maklumat supaya saya dapat memberikan fakta yang betul mengenai kes itu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Debat antara kedua-dua pemimpin itu yang dianjurkan portal berita Agenda Daily akan diadakan pada 20 Ogos ini di Shah Alam dan tempatnya akan diumumkan kemudian.

Ia akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen milik Kumpulan Media Prima dan akan menyentuh mengenai pelbagai isu semasa termasuk di Pulau Pinang melibatkan isu kontroversi penipuan tanah yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Click here!

Tidak mustahil BN tawan Kubu Anwar

Dari blog - raksasabn
Kalah atau menang adalah perkara yang kedua dan yang penting BN perlu memberikan tentangan kepada Awar Ibrahim dan BN perlu mengambil kesempatan ini untuk turun padang dan menerangkan kepada pengundi Permatang Pauh bahawa pilihanraya bukanlah satu-satunya gelanggang untuk mencari kepopulariti mahu pun bukanlah tempat untuk agenda politik peribadi sesebuah keluarga. Bn juga perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada hard core Anwar ini bahawa politik juga bukanlah perisai untuk melepaskan diri dari kasalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin agak sukar untuk melakukan di Kubu kuat PKR ini tetapi ianya tidak pula mustahil untuk dilakukan kerana dengan usaha dan keihklasan mungkin usaha ini akan berjaya. Jika ianya tidak berjaya sepenuhnya , ianya dapat merubahkan sedikit hati hard core Anwar inisudah mencukupi. BN adalah under dog di Permatang pauh dan BN juga tidak tertekan jika kalah di Permatang Pauh , Namun jika BN dapat mengurangkan pengaruh Anwar di Permatang Pauh ini sudah merupakan satu kejayaan kepada kerajaan BN.

Tidak mustahil juga BN akan dapat mengalahkan Anwar di Permatang Pauh ini dengan mendedahkan semua penipuan dan tingkah laku Anwar kepada penyokong beliau dan inilah masa yang paling baik untuk menekan Anwar dan PKR untuk membuktikan dan menafikan segala penipuan mereka kepada rakyat. Kesempatan ini perlu digunakan oleh BN dengan baik kerana inilah merupakan satu hikmah kepada Kerajaan BN kerana berpeluang bersekemuka dengan penyokong kuat Anwar Ibrahim.

BN perlu bersatu dalam menghadapi pilihanraya kecil ini kerana itu adalah asas yang kuat BN selama ini dan pemipin-pemimpin BN perlu melaksanakan tanggungajwab dengan penuh komitment kerana dengan komitment kepimpinan UMNO pasti Anwar dan PKR dapat di tumbangkan diKubu beliau sendiri dan kemenangan ini tentulah amat manis sekali untuk dikenang dan merupakan hadiah yang istimewa buat penyokong yang setia kepada BN.

BN hanya perlu mencari calon yang lebih baik keperibadiannya dari Anwar Ibrahim dan setiap ahli BN perlu memberikan sokongan padu kepada calon berkenaan. Sokongan bekas ahli PKR juga diperlukan untuk membantu BN untuk merobekkan kubu kuat Anwar ini, sekiranya ini berjalan dengan lancar. Insyaalah Permatang Pauh akan kembali ketangan BN. Selamat bertanding .......

Polis siasat ketulenan akuan bersumpah doktor

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap akuan bersumpah seorang doktor dari Hospital Pusrawi yang mempertahankan laporan perubatannya bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan itu termasuk menentukan ketulenan akuan bersumpah yang dibuat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid bertarikh 1 Ogos itu dan disiarkan dalam portal berita, Malaysia Today.
"Polis sepenuhnya percaya artikel mengenai akuan bersumpah itu semata-mata berniat mengelirukan persepsi orang ramai dan memperlekehkan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Bakri berkata, polis tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu kerana doktor berkenaan adalah saksi pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak lama lagi.