
“Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di Putrajaya hari ini.

“Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di Putrajaya hari ini.
Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;
2. Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan
3. Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:
Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya hari ini.
"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat. - mStar
“Jika sebelum projek dimulakan, pendapatan kami agak lumayan dan boleh menjamin keluarga dan perbelanjaan harian namun selepas projek ini dimulakan, pendapatan kami merosot.Beliau juga kesal kerana sepatutnya nelayan boleh mencari rezeki di kawasan yang selamat namun selepas ternakan kerang tersebut diusahakan, nelayan menanggung risiko apabila terpaksa ke tengah laut dengan bot yang kecil.
“Dalam masa sama kami terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi untuk membeli peralatan yang rosak akibat daripada projek ini dan sudah tentunya kami tidak mampu,” katanya.
“Mana tidaknya, kebanyakan pengusaha bukan orang tempatan dan kewujudannya seakan menolak ke tepi hak nelayan untuk mencari rezeki. Betapa terhimpit dan tersepitnya nelayan persisiran pantai. Kami tidak kisah dan tidak menjadi masalah jika projek hendak dibuat di sepanjang pantai asalkan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan.Beliau berharap, dengan adanya siasatan daripada Jabatan Perikanan pada kali ini dapat membantu menyelesaikan masalah itu selain mengharapkan kerjasama daripada semua pihak.
“Tapi sekarang, apa yang kami pedulikan, pengusaha kebun kerang mendapat keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli benih kerang sedangkan nelayan menanggung kerugian,” katanya.
"Kenapa perlu halang saya, saya masih ADUN.Semalam Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.
"Saya ada hak sebagai ADUN Behrang, tiada siapa boleh halang saya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
"Saya nak berkhidmat sebagai wakil rakyat Behrang," katanya.Dalam pada itu Jamaluddin berkata beliau juga telah dihubungi oleh Mohd Osman (ADUN Changkat Jering) bagi memaklumkan bahawa beliau juga telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"ADUN Changkat Jering baru hubungi saya dan beliau kata beliau telahpun keluar dari PKR.Bagaimanapun Jamaluddin berkata beliau tidak merancang untuk menanggalkan papan tanda PKR di premis pusat khidmatnya.
"Kami telah dihalau oleh pemimpin-pemimpin PKR dan buat apa kami tunggu lagi," katanya.
"Saya tak akan tanggalkannya, PKR menolak saya tetapi saya tidak akan menolak PKR.
"Isteri dan anak-anak saya masih anggota PKR," katanya. - mStar
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||