Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, May 31, 2012

VIDEO.!!! Amy (Search) Mus & Ibnor Riza Sertai Umno.

Penyanyi Mus (May) (paling kiri) , Amy (Search) (dua, kiri) dan Ibnor Reza (paling kanan) menyerahkan borang penyertaan keahlian parti Umno kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (tengah) di pejabat Umno di sini, petang Selasa. Turut kelihatan penyanyi Jamal Abdillah yang sudah bergelar ahli sejak setahun yang lalu.- Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR 29/5/2012 - Legenda rock tanah air, Amy (Search) atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,” kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno di ibu pejabat Umno di sini Selasa.

Turut sama menyertai parti itu Mus (May) atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim.


Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, Amy berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mus, 44, memberitahu beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

“Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.


Borang keahlian mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh. Ketiga-tiga artis terbabit akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta parti itu.

“Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

Jom hadir beramai-ramai ke karnival mini maha 2012 tg karang bermula dari 31 mei hingga 3 jun 2012.

MINI MAHA
PARLIMEN TANJUNG KARANG
Dirasmikan Oleh :
YB DATUK SERI NOH BIN HJ. OMAR
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

Bertempat di Padang Astaka, Tanjung Karang.
Bermula 31hb. Mei sehingga 3hb. Jun 2012 Jam 3:00 Petang

'KISAH BENAR' bersama Sdra. Lokman Nor Adam di Kg. Permatang, Tanjung Karang.

TANJUNG KARANG - Hampir 500 orang yang hadir bagi mendengar ceramah "KISAH BENAR" yang disampaikan oleh Sdra. Lokman Nor Adam pada 24 Mei 2012 (Khamis malam) yang lalu di perkarangan bilik gerakan Barisan Nasional PDM Permatang, Tanjung Karang.

Wednesday, May 30, 2012

Noh Omar - Analogi Masalah Air Umpama Padi dan Beras

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.

Oleh itu, Noh berkata beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Noh berkata buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.


Beliau berkata Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas tanah kerajaan negeri.

Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya di buat. Ini menunjukan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air," katanya.

Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.

Beliau berkata walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor.

Monday, May 28, 2012

Video kemalangan "Drag Race" 3 parah, 19 cedera ringan.

27/5/2012 (SHAH ALAM) - Tiga cedera parah manakala 19 cedera ringan apabila sebuah kereta merempuh penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan drag sempena karnival Himpunan Jutaan Belia di sini, malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ketika sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula, di tapak perlumbaan drag di Presint 19 di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer hilang kawalan lalu merempuh penonton yang sedang berdiri.

"Pemandu kereta telah ditahan dan diikat jamin. Kereta ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Putrajaya."Ketika kejadian, perlumbaan baru bermula, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi tempat penonton berdiri," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) di sini semalam. - utusan

Sunday, May 27, 2012

Ruang Khas Untuk Belia Pada MAHA 2012

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperuntukkan ruang khas untuk belia pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012, November ini.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata langkah itu bagi menggalakkan lebih ramai belia negara ini menceburi bidang pertanian yang boleh memberi pendapatan lumayan kepada mereka.

Justeru diharapkan MAHA Youth 2012 yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, dapat memberi pendedahan kepada golongan itu mengenai peluang yang disediakan kerajaan bagi belia melibatkan diri dalam pertanian, katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas peramsian MAHA Youth 2012 itu hari ini, berkata program tersebut mengumpulkan belia yang terbabit dalam sektor pertanian termasuk program asas tani yang ditubuhkan di pusat pengajian tinggi seperti My Agrosis dan Siswazah Tani.

Pada majlis itu, Noh turut memperkenalkan Batik Agro, iaitu batik yang bermotifkan buah-buahan tempatan sebagai kaedah baru dalam mendekatkan golongan muda kepada bidang pertanian.

Produk batik itu yang direka khusus oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di bawah program My Agrosis, bakal menjadi lambang sektor pertanian dan muncul sebagai duta tekstil untuk memperkenalkan budaya negara, katanya.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Usahawan Belia 2012 kepada sembilan usahawan belia yang aktif dalam mengusahakan projek-projek pertanian sehingga berjaya di bawah bimbingan agensi di bawah kementerian itu.

Friday, May 25, 2012

MB Selangor tak faham isu air - Noh Omar

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.

Oleh itu, Noh berkata beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Noh berkata buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.

Beliau berkata Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas tanah kerajaan negeri.

Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya dibuat.

Ini menunjukan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air," katanya.

Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.

Beliau berkata walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor.

Selangor bawah PKR seperti 'kerajaan papan tanda'

TANJONG KARANG 22 Mei - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) menyifatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'.

Beliau berkata, gelaran itu diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Katanya, papan tanda yang dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yang dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.

"Saya ambil contoh di kawasan Kuala Selangor dan Permatang, kerajaan negeri menaikkan papan tanda yang mengatakan dua kawasan itu sebagai kawasan ikan segar sedangkan orang ramai sudah mengetahui perkara itu.

"Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan kerajaan negeri untuk papan tanda itu? Kalau setakat papan tanda, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat, lebih baik gunakan peruntukan itu untuk membantu rakyat seperti golongan nelayan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup berjumlah RM200 kepada seramai 676 nelayan di kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Pada majlis sama, Noh menyampaikan bantuan perumahan rakyat kepada 102 nelayan di kawasan itu bagi membaiki rumah melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM900,000.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbeza dengan pembangkang dalam usaha membela rakyat di negeri ini.

Katanya, walaupun tidak memerlukan sebarang papan tanda atau membuat janji kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan agenda membela rakyat di negara ini termasuk di Selangor.

"Misalnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan nelayan seperti memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan selain peruntukan berjumlah RM74.3 juta untuk membaiki rumah kepada 7,638 nelayan di seluruh negara," katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan turut menyediakan skim perlindungan insurans kepada seramai 47,635 nelayan di negara ini bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Sunday, May 13, 2012

Konvoi Ulang Tahun UMNO KE-66 Gabungan Kelab Warisan Tanjong Karang Dan Pemuda UMNO Tanjung Karang.

Konvoi bermotorsikal sempena Ulang Tahun UMNO yang Ke-66 dari Tanjung Karang ke Templer Park anjuran gabungan Kelab Warisan Tanjong Karang bersama Pemuda UMNO Tanjung Karang, disertai ramai kalangan anak muda dan kelab motorsikal berkuasa tinggi.

Saudara Maruwan Ahmad, Pengerusi Kelab Warisan Tanjong Karang,  memberi taklimat kepada peserta-peserta konvoi.

Manakala Tuan Hj Mohammad Khir Bin Hj Ramli, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang,  membacakan doa sebelum peserta konvoi berlepas ke templer park, pada pagi tadi.

Program SERANG di Parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang.

13/05/2012 - Program SERANG Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, menerima sambutan daripada golongan muda serta penduduk sekitar Kampung parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang.

Saudara Budiman, selaku Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor, turut hadir bagi menyampaikan ceramah berkaitan salah guna kuasa kerajaan negeri selangor dalam Program SERANG di sini, malam tadi.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan itu, turut sama hadir dan duduk bersama dengan orang ramai yang hadir di Program SERANG ini untuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Isu Kuil & Tanah Kubur - Penduduk Ijok Berdemo Bantah Khalid Ibrahim.

IJOK 13 Mei - Lebih 100 penduduk Ijok hari ini berhimpun membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampas kemudahan penduduk Simpang Ijok seperti Kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola.

Wakil mereka, Tee Bok Wong berkata kerajaan negeri telah melanggar janji mereka yang sebelum ini berjanji untuk memelihara kemudahan-kemudahan penduduk.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia Ijok berkata, kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan pemaju daripada masyarakat di situ.

"Hari ini kami berhimpun menuntut Khalid untuk menunaikan janji yang dibuat Pakatan Rakyat. Kami hanya mahu supaya kemudahan kami tidak dirampas. Itu sahaja," katanya.

Perkara itu dipersetujui oleh Penasihat Kuil Pekan Ijok, Ratnam Subramaniam.

Katanya, di dalam kempen pilihanraya umum yang ke-12, Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa padang bola dan kemudahan lain tidak akan dirampas.

Pembangkang ketika itu katanya, turut menghasut pengundi-pengundi di kawasan itu kononnya Barisan Nasional yang akan merosakkan kemudahan-kemudahan tersebut dan meminta mereka jangan mengundi Barisan Nasional.

"Mereka (Pakatan Rakyat) minta jangan sokong BN dan berjanji sekiranya menang mereka akan memastikan pengambilan bola, kuil dan sebagainya tidak akan berlaku. Tapi janji hanya tinggal janji. Janji tidak ditepati sebaliknya Menteri Besar memberi sokongan kepada pemaju untuk teruskan buat pembangunan.

"Kuil Sri Subramaniam yang dibina pada tahun 1978 juga mahu dirobohkan.

"Malah kami difahamkan Khalid telah meluluskan tanah yang berhampiran tanah pembangunan tersebut, di mana sepatutnya tanah itu adalah tanah wakaf bagi pembesaran tanah perkuburan Kampung Ijok sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor," katanya.

Hal itu disokong oleh bekas nazir Masjid Nurul Iman, Haji Affandi Dahalan.

"Oleh itu kami meminta Menteri Besar jangan pindahkan padang bola tersebut, jangan robohkan tempat rehat komuniti, jangan robohkan kuil dan serahkan semula tanah yang sepatutnya diwakafkan untuk kegunaan masjid Kampung Ijok bagi pembesaran tanah perkuburan," kata Affandi.

"Sekarang ini kami amat dukacita serta bercampur marah kerana pembangunan tetap dijalankan juga," tambah beliau.

Menurutnya, satu memorandum akan dihantar ke pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat.

Saturday, May 12, 2012

Gambar 2:Ulang Tahun Umno Ke 66,Perhimpunan Aman Orang Umno Tak Ganggu Rakyat!

UMNO seluruh negara berjaya mengumpul ahli2 dan penyokong umno lebih 100 ribu di dalam dan luar stadium bukit jalil.

Friday, May 11, 2012

VIDEO - Datuk Seri Noh Omar Dapat Sambutan Kaum Cina Di Program Mesra Rakyat Kampung Tiram Setia, Tanjung Karang.

Kehadiran yang begitu ramai daripada masyarakat kaum Cina di Program Mesra Rakyat Kg. Tiram Setia, Tanjung Karang, menunjukkan betapa masyarakat kaum Cina masih menyokong dan setia terhadap kepimpinan YB Datuk Seri (Dr) Hj. Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Ini menjadi satu petanda bahawa Barisan Nasional akan menang besar pada PRU13 nanti, serta betapa masyarakat Cina terutama di Kg. Tiram Setia ini menolak pakatan rakyat daripada terus memerintah di negeri Selangor ini.

Datuk Seri Noh Omar turut menyampaikan sumbangan RM3000 setiap seorang kepada bekas-bekas "Home Guard" yang menjaga keselamatan di kampung ini semasa di zaman kekejaman komunis, ketika di Program Mesra Rakyat Kg. Tiram Setia Tanjung Karang, disini, pada 24/4/2012 hari selasa malam yang lalu.


66 Tahun Perjuangan UMNO Limpahkan Nikmat Kepada Seluruh Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selama 66 tahun penubuhannya, UMNO telah membuktikan bahawa perjuangan parti itu telah memanfaatkan semua rakyat Malaysia, ia telah melimpahkan nikmat kepada semua tanpa mengira kaum, anutan agama mahupun fahaman ideologi.

Sambil menyifatkan UMNO adalah satu pertubuhan massa yang bersifat kebangsaan dan demokratik, beliau berkata keunikan UMNO ialah ia parti yang sentiasa terhubung dengan denyut nadi serta menggarap aspirasi rakyat.

Justeru tegasnya tuduhan liar pihak tertentu bahawa UMNO ialah parti rasis, anti demokrasi mahupun parti elitis tidak benar sama-sekali.

“Hari ini genap 66 tahun usia UMNO. Alhamdullilah 55 tahun daripada kewujudan tersebut telah menyaksikan UMNO menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang semenjak merdeka terus diberi kepercayaan melalui pilihan raya yang adil dan bebas oleh majoriti rakyat untuk memimpin negara.

“Sepanjang tempoh tersebut juga menyaksikan bagaimana UMNO dan rakan-rakannya di dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme, menjadi bidan kepada pembentukan Malaysia, membawa pembangunan kepada kawasan luar bandar, melancarkan perang terhadap kemiskinan dan buta huruf, merencana kejuruteraan sosial yang menyaksikan pembentukan kelas menengah yang besar, melaksanakan prakarsa pembaharuan tanah melalui FELDA, melakukan pelaburan besar di dalam bidang pendidikan dan prasarana asas negara dan merubah status negara dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi”, katanya dalam satu perutusan sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 di sini, hari ini.

Namun katanya lagi kejayaan yang telah dicapai tidak boleh menjadikan UMNO alpa terhadap keperluan untuk terus memugar semangat yang mendasari penubuhan UMNO itu sendiri iaitu untuk memartabatkan agama, bangsa dan bumi tercinta.

“Masa berlalu persekitaran berubah cabaran parti era pasca merdeka sudah tentu berbeza dengan cabaran parti pra merdeka dan ketika awal merdeka tetapi di atas segalanya ia demi agama, bangsa dan negara.

“Kita tidak mahu semangat asas yang menjadi teras kekuatan UMNO ini tinggal di dalam lipatan sejarah semata-mata dikenang dan dinostalgiakan”, ujarnya.

Hari ini UMNO kata beliau mempunyai tugas yang amat berat untuk memastikan bukan sahaja sokongan dan dukungan padu massa terhadap Dasar Transformasi Nasional (DTN) berserta semua komponennya ke arah merealisasikan Wawasan 2020 tetapi juga untuk menentukan semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan kaum Bumiputera mendapat peluang yang adil dan saksama daripada usaha menjayakannya.

Ucapan Presiden Umno sempena Hari Umno Ke - 66

Tambahnya tanpa sokongan serta dukungan rakyat DTN akan menemui kegagalan. Kegagalan bukanlah satu opsyen, kegagalan DTN bermakna negara akan menjadi statik dan regresif.

“Saya percaya bahawa segala proses introspeksi, perubahan dan pembaharuan yang telah kita sama-sama rencana dan laksanakan sepanjang lebih tiga tahun yang lalu akan menjadikan UMNO sebuah parti yang relevan dan mendapat tempat di hati rakyat.

“Ayuh kukuhkan saf perjuangan, satukan hati-hati kita dalam perpaduan, yakinlah bahawa perjuangan kita ialah perjuangan yang benar dan mulia. Inilah masanya untuk kita mengukuhkan barisan yang ada demi memastikan masa depan bangsa dan negara.

“Perjuangan ini sama sekali tidak boleh berhenti. Ahli-ahli UMNO mesti beriltizam untuk memastikan kejayaan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang menjadi medan penentu relevan atau tidaknya parti keramat ini. Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam serta tekad untuk terus berjuang ke arah Malaysia yang sejahtera, maju dan makmur”, katanya.

Isu Air di Selangor - Noh Omar Kecam Khalid Ibrahim amal Sentimen Politik.

SHAH ALAM 10 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar mengecam sikap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang melakukan serangan politik berkaitan isu penstrukturan semula bekalan air di Negeri tersebut.

Beliau berkata, Khalid Ibrahim sewajarnya menerima perjanjian Projek Pembinaan Logi Langat 2 yang sehingga kini masih tertangguh akibat sikap egois pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan itu.

Katanya, projek yang juga membabitkan pembinaan terowong dari Negeri Pahang sepatutnya mula beroperasi pada 2010 yang lalu bagi menjamin kekurangan bekalan air buat masyarakat Negeri Selangor di masa akan datang. Akan tetapi, ianya tertangguh sehingga hari ini kerana sekatan pembinaan Logi Langat 2 dari pihak Kerajaan Negeri tersebut.

"Jika Logi Langat 2 masih tidak siap, bagaimana isu air ini dapat diselesaikan? Menteri Besar (Khalid Ibrahim) mesti akur dan setuju dengan perjanjian tersebut terlebih dahulu kerana masalah kekurangan air di Negeri ini akan semakin kritikal di masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Perniagaan Kecil dan Sederhana di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut berkata, projek yang menelan belanja berjumlah RM3.6 Billion ini bukan sahaja mampu memberi bekalan air yang mencukupi di Negeri tersebut, malah penambahan peluang pekerjaan dapat dikecapi golongan muda dan penganggur di Negeri tersebut. Akan tetapi kesan sebaliknya akan berlaku malah segala aktiviti ekonomi di Selangor bakal terbantut akibat kekurangan bekalan air yang didakwa semakin membimbangkan.

Noh Omar menyarankan agar Khalid Ibrahim menghentikan seketika sebarang percaturan politik dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam membenarkan projek rakyat ini diteruskan.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula industri air di negeri tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar itu susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyeru agar isu air diselesaikan segera dan tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri tersebut.
Ucapan YB Datuk Seri Noh Omar Sempena Ulangtahun Ke-66 Parti

PM Gesa Pimpinan BN Cari Kaedah Kreatif Selesai Masalah Rakyat.

SHAH ALAM 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah kreatif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam era moden ini.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, berkata Pusat Khidmat Rakyat (Pakar), pusat panggilan yang diinisiatifkan BN Selangor, merupakan antara contoh terbaik pendekatan kreatif untuk menangani aduan rakyat. “Mungkin pendekatan ini kita boleh bawa untuk dipertimbangkan ke kerajaan negeri lain. Dalam era moden ini, kita kena fikir cara kreatif dan novel (baru) dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika diwawancara juruhebah SelangorFM, Dassky Shah Ewas, sempena pelancaran Pakar dan lawatan sehari ke Selangor di sini pada Khamis.

Terdahulu, Najib turut menjawab dua panggilan rakyat ke Pakar yang mengutarakan masalah mengenai badan pengurusan bersama (JMB) sebuah kondominium dan permohonan penubuhan Klinik 1Malaysia.

Panggilan itu turut disiarkan secara langsung di SelangorFM.

Menjawab aduan mengenai JMB yang didakwa tertangguh lebih 12 tahun berikutan karenah birokrasi pemaju kondominium oleh pemanggil yang mengenalkan dirinya sebagai Edmund, Najib berkata masalah itu tertakluk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kerajaan negeri.

“Buat masa sekarang kerajaan negeri di bawah pembangkang tetapi kalau Edmund (pemanggil) boleh bantu BN untuk mengambil alih negeri ini, mungkin kita dapat selesaikan masalah ini dengan cepat,” kata Najib, yang turut berjanji akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengenai permohonan daripada penduduk pangsapuri Seri Kemuning di Kota Kemuning di sini yang memperkenalkan diri sebagai Mohd Nazri untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia, Najib berkata beliau akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Kesihatan untuk dipertimbangkan.

Pakar, yang mula beroperasi pada 9 April lepas, setakat ini menerima 1,963 aduan rakyat yang mana 1,437 atau 73 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.

Antara panggilan yang diterima adalah berkaitan kebajikan membabitkan orang kelainan upaya, warga emas, ibu tunggal, Bantuan Rakyat 1Malaysia, pencen, pinjaman pendidikan, infrastruktur dan projek terbengkalai.

Najib turut merasmikan tiga acara anjuran BN Selangor iaitu pelancaran lagu ‘Sayangi Selangor Yakini BN’, penubuhan Persatuan Barisan Artis Nasional (BRAN) peringkat nasional dan melepaskan konvoi anggota Persatuan Pemandu Teksi Selangor yang memasang bendera BN pada teksi masing-masing.

Thursday, May 10, 2012

Geram rugi masa Bersih 3.0...peniaga pacak gerai burger depan rumah Ambiga

Jangan ingat awak seorang saja boleh suka hati buat demo menyusah dan jejaskan periuk nasi orang lain.

Sebagai tanda protes seorang peniaga burger yang terjejas pendapatan masa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu pacak gerai burger di depan rumah bos Bersih,Datuk s Ambiga di Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

Peniaga itu adalah salah seorang dari empat wakil peniaga sekitar kawasan terlibat demo Bersih yang menyertai protes selama hampir sejam di situ mulai jam 2 petang Khamis.

Protes itu dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IKLHAS yang hendak menyampaikan memorendum kepada Ambiga bagi menuntut ganti rugi dan minta maaf darinya atas kerugian dialami oleh para peniaga kerana demo anjuranya.
Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.

Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Presiden IKHLAS memberitahu gerai burger itu dipacak di depan rumah Ambiga sebagai lambang untuk membela nasib peniaga sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat demo Bersih.

Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.

Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.

Boleh percaya ke?...Namun ini yang dikata oleh Ambiga sendiri pasal protes itu.Beliau anggap ia tindakan tidak matang kerana ganggu ketenteraman beliau dan jirannya.

Cantik sekali ayat dari penganjur himpunan yang cetuskan kekecohan dan gugat keamanan sekitar Dataran Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya.

Sebelum itu keadaan agak tegang sikit bila ada wanita geng Ambiga nak tunjuk marah pada tindakan protes itu.

Semasa protes itu burger yang dimasak telah diedarkan kepada sebahagian mereka yang hadir termasuk wartawan.

Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.

30% Atas Pagar - UMCEDEL Kenalpasti hampir 50% Pengundi Pro BN.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengenalpasti seramai 49% rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi bakal memilih Barisan Nasional (BN) untuk kekal mentadbir Kerajaan Pusat di Negara ini.

Keputusan hasil analisis ini juga menggambarkan peluang Pakatan hasil kerjasama DAP, PKR dan PAS dalam merampas Kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) agak tipis dengan jumlah sokongan pengundi sekadar 21% sahaja.

Manakala tinjauan UMCEDEL juga telah mendapati sejumlah 30% pengundi masih tidak pasti untuk memilih parti pilihan di kawasan masing-masing seterusnya memimpin Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum akan datang. Sebelum ini, Merdeka Center turut membuat analisis hasil tinjauan yang dilihat memihak kepada BN pada PRU13 kelak. Hasil kajian mendapati kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi faktor pendorong peningkatan sokongan berbanding PRU12 yang lalu.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.

Wednesday, May 9, 2012

Raikan Sambutan Hari UMNO Dengan Semangat Perjuangan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3.3 juta orang agar menghayati perjuangannya sempena ulang tahun yang ke 66 pada 11 Mei ini.

Katanya, UMNO telah lahir pada 11 Mei 1946 dan dengan usianya yang ke-66 tahun maka sewajarnya ahli-ahli UMNO akan terus memberikan semangat dan jiwa telus supaya memahami perjuangan UMNO yang sebenarnya.

“Kita telah pun berjaya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dan juga dapat membantu rakyat dalam segala keperluan-keperluan rakyat selama ini,” katanya.

Jelasnya, sambutan Hari UMNO yang telah pun bermula dengan Larian Bendera di tiap-tiap bahagian dan cawangan perlu dimeriahkan dengan kibaran bendera parti disemua kawasan.

“Saya menyeru semua bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan untuk mengibarkan bendera UMNO sepanjang bulan Mei ini.”

Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli-ahli UMNO termasuklah masyarakat pelbagai kaum agar dapat bersama-sama memeriahkan Stadium Bukit Jalil dengan acara kemuncak sambutan akan diadakan pada 11 Mei ini.

“Marilah kita sama-sama menghayati perjuangan UMNO dan kita perlu bersyukur kehadrat Allah SWT kerana parti kita telah pun menjangkau 66 tahun dengan terus gagah dan kukuh.”

Monday, May 7, 2012

Bukti Pihak Bersih 3.0 Tidak Pernah Hormati Hak Asasi Manusia !

Bersih 3.0 sudah hampir 2 minggu berlalu namun masih lagi hangat diperkatakan.

Ianya bukan kerana kejayaan Bersih dalam menuntut keadilan pilihanraya tetapi kerana etika mereka dan juga kerana Bersih yang tidak pernah menghormati undang-undang.

Isu Bersih 3.0 ini turut mendapat perhatian Dato' Sri Noh Omar. Beliau turut membidas kewajaran Bersih 3.0 ini diadakan dan niat sebenar Bersih 3.0 itu sendiri.

Jom kita dengar apa kata Noh Omar...

Dalam pada Kerajaan Malaysia dan BN untuk mewujudkan pemuafakatan antara rakyat yang berbilang bangsa dan kaum dan untuk menjadikan rakyat Malaysia kearah rakyat yang bertanggungjawab, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan kekecohan dan memecah belahkan rakyat.

Noh Omar menegaskan betapa bahayanya negara jika tercetusnya kekacauan dan huru hara perkauman.

Pakatan sering didengar sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Hak Asasi Manusia, tetapi apa yang kita lihat melalui Bersih 3.0 adalah Kerajaan Malaysia yang hormati Hak Asasi Manusia jika ingin dibandingkan dengan Pakatan.

Bila mereka mahu berhimpun dan demonstrasi pada Bersih 3.0 Kerajaan tidak pernah nafikan hak mereka untuk berhimpun malah membenarkan dan siap mengizinkan mereka untuk menggunakan mana-mana Stadium dan dewan yang mereka suka.

Kerana Kerajaan Malaysia juga menghormati Hak Asasi Manusia, maka Bersih 3.0 dilarang dilakukan di jalanan dan tempat awam.

Bersih 3.0 telah membuktikan bahawa mereka tidak langsung menghormati Hak Asasi Manusia terhadap rakyat awam majoriti dan peniaga-peniaga.

Kadang-kadang kita pun pelik dengan Malaysia pada hari ini. Golongan minoriti pula dah macam majoriti pula lagaknya.

Bersih yang kononnya menuntut pilihanraya adil dan bersih seolah seperti satu pertubuhan yang buta, pekak dan tuli. Mungkin mereka tak ikuti perkembangan semasa.

Parlimen telah pun bersidang dan segala usul dari Bersih telah pun dibahaskan. Keputusan telah dibuat malah laporan khas juga telah dikeluarkan. Malah bermacam-macam usaha telah dibuat oleh Kerajaan bagi memuaskan hati semua pihak.

Jika mengikut logik akal, sekiranya pilihanraya di Malaysia tidak adil, macam mana pula pada PRU 12 yang lepas Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh kepada pembangkang.

Jika pilihanraya di Malaysia ini tidak adil, macam mana pula Kelantan kini telah hampir 22 tahun dibawah PAS iaitu salah satu parti pembangkang dalam Malaysia ni.

Ini adalah bukti jelas dan kukuh bahawa pilihanraya yang diamalkan di Malaysia adalah sangat adil dan bersih.

Jelas, Bersih memang berniat untuk menimbulkan kekecohan dan huru hara yang mungkinkah didalangi Yahudi dan kuasa luar.

Noh Omar turut memberikan contoh-contoh budaya negatif demonstrasi dari negara bergolak seperti Mesir, Libya, Yaman dan Syria.

Di Mesir, 846 orang terkorban dek kerana demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.

Libya pula, dalam usaha para demonstran jalanan untuk menjatuhkan Muammar Ghadafi, 35 ribu rakyat Libya yang terbunuh.

Di Yaman pula lebih 2 ribu kematian dicatatkan kerana demonstrasi jalanan dan 13 ribu di Syria.

Apa yang dapat kita pastikan, demonstrasi jalanan adalah satu upacara untuk mengorbankan nyawa para demonstras dan impak dari demonstrasi jalanan yang kita lihat pada hari ini bukanlah membawa ke arah kebaikan malah negara menjadi lebih teruk dan mundur !

Budaya dan pengaruh begini yang cuba dibawa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kedalam negara kita yang aman makmur dan harmoni.

Pelajar Lepasan SPM Boleh Semak Keputusan Ke IPTA Hari Ini.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kemasukan pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf telah dikeluarkan hari ini.

Ini telah disahkan Unit Pusat Universiti (UPU) menerusi laman web berkaitan dan pelajar yang membuat permohonan boleh mula menyemak keputusan mulai jam 12 tengah hari.

Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.

Pelajar juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS dengan menghantar UPU RESULT [No kad pengenalan] ke 15888 atau hubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03-55692840 untuk sebarang pertanyaan.

Barisan Nasional sedia tawan Selangor PRU 13

SHAH ALAM - Pelbagai persiapan dan strategi terperinci telah disusun parti Barisan Nasional (BN) Selangor sebagai persedian menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Yang Dipertua Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor, Tan Sri Datuk Dr Abu Hasan Omar berkata pihaknya akan bekerjasama dengan jentera parti BN mengempur negeri itu yang kini diperintah Pakatan Rakyat. “Dari segi jentera sudah pun disusun dan mereka telah bersedia. Sekarang ini menjalankan kerja sebab itu yang penting. Jangan buang masa lagi.

“Sekarang tunjukkan persediaan itu memang benar-benar sudah bersedia bukan nak sedapkan hati masing-masing. Maka kalau pilihan raya dijalankan sebulan dua ini sudah cukup masa,” tegas beliau.

Abu Hasan berkata selain mengumpul jentera, kekuatan lain untuk merampas Selangor adalah memenangi kepercayaan rakyat kepada BN semula.

“Pada masa sekarang banyak masalah rakyat hadapi sepanjang tempoh 3 tahun pimpinan PKR di Selangor. Mereka tidak pentingkan masalah pembangunan, tapi politik. Banyak janji-janji mereka dalam raih sokongan dulu, janji tidak dilaksanakan sehingga sekarang,” ujarnya lagi.

Malah menurutnya perkara itu merupakan cabaran yang besar untuk Mubarak bersama-sama membantu jentera parti bagi memenangi semula hati rakyat demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.

Mubarak merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berperanan membimbing dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Seramai 40 anggota Mubarak dilantik sebagai fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu memperkukuh jentera pilihan raya BN untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum nanti.