Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, August 30, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI DS NOH OMAR DI KELANA JAYA MERIAH DENGAN RAMAI TETAMU YANG HADIR

PETALING JAYA, 29 OGOS - Ramai tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, yang berlangsung di Dewan PKNS Jalan SS7/20 bersebelahan Padang PKNS Kelana Jaya, di sini hari ini.

Majlis yang bermula pada jam 5:00 petang sehingga jam 11:00 malam itu, turut dihadiri YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib serta beberapa selebriti tempatan antaranya Lan Pet Pet dan Jamal Abdillah.

Tuesday, August 28, 2012

Rakyat S'gor berhak dapat tunggakan air percuma - Noh Omar

SHAH ALAM, 28 OGOS - Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyatnya yang menggunakan meter pukal serta tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan mereka itu munasabah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan tersebut kerana itu janji Pakatan Rakyat kepada setiap rakyat di negeri itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.

"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.

Ahad lalu, sekumpulan penduduk di Pangsapuri Mentari Court telah mengadakan satu demonstrasi secara aman sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Demonstrasi itu dibuat selepas empat tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. - Antarapos

Monday, August 27, 2012

Kerajaan negeri Pakatan Khalid ‘ibarat tikus membaiki labu’ dan hanya merugikan rakyat - Noh Omar

TANJUNG KARANG, 25 OGOS - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dilihat tidak membuat sebarang usaha yang memanfaatkan kebajikan rakyat di negeri itu.

Menurut beliau, dalam apa jua isu sekalipun yang timbul di Selangor, jelas sumbangan dan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Parti Keadilan Rakyat ini sentiasa mengundang perasaan tidak puas hati rakyat.

“Dalam isu apa jua sekalipun, sumbangan dan pentadbiran kerajaan PKR memang sentiasa dalam keadaan yang tidak mendapat sokongan dan juga tidak puas hati rakyat.

“Contohnya pendidikan, apa sumbangan PKR dalam membangunkan pendidikan di Selangor? Dulu kita (BN) tubuh Yayasan Selangor, sekarang ia tak seperti dulu. Pinjaman juga sudah tiada. Dulu kita bagi. Ini lari daripada matlamat yayasan. Kita tubuh Unisel, kita lihat sekarang Unisel terus bermasalah,” tegas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Menurutnya lagi, sehingga kini beliau masih lagi menunggu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janjinya untuk mendedahkan maklumat akaun Unisel.

Khalid sebelum ini berjanji untuk mendedahkannya pada bulan Ogos.

“Unisel contohnya, pendapatan sewaktu mereka memerintah kos pengurusan cukup banyak, pendapatan kurang, itu sebab Unisel bermasalah. Kemudian sudahlah yayasan dia tak pandai urus, Unisel kelam kabut, UiTM cawangan Selangor yang mahu dibuat di Serendah juga ditolak.

“Jadi apa sumbangan kerajaan PKR dalam pendidikan untuk memajukan anak Selangor?” soal beliau.

Situasi yang menyelebungi kerajaan negeri Selangor ketika ini disifatkan Noh ‘ibarat tikus membaiki labu’ dan hanya merugikan rakyat di negeri itu.

“Jadi mereka ini ibarat tikus membaiki labu. Kita sudah bagi, dia ubah sana-sini yang akhirnya merosakkan.

“Kesannya kita lihat menyebabkan apa yang BN buat dahulu tiada kesinambungan dan merugikan rakyat Selangor,” ujar beliau. - Antarapos

VIDEO.!!! NOH OMAR TURUN KE LAUT JADI NELAYAN KHALID PERNAH TAK ?

Walaupun baru beberapa hari menyambut kemeriahan Aidilfitri Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang sempat turun padang ke kawasan nelayan di Pasir Penambang bagi merasai dan melihat sendiri bagaimana perit jerih menjadi sebagai seorang nelayan menangkap ikan serta mendengar keluhan mereka.

Tahniah pemimpin yang memahami denyutan nadi rakyat,berjiwa rakyat dan membela rakyat bukan macam pembangkang asyik menyalahkan sahaja kerajaan lebih banyak cakap dari membela rakyat.

NOH OMAR TUNJAL MUKA NG SUE LIM!!!

Isu kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian, Noh Omar yang dibangkitkan oleh Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan sebenarnya kurang mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai Pakatan Rakyat yang menulis dalam Bahasa Melayu tetapi dalam Facebook yang berbahasa Cina serta beberapa buah forum seperti Low Yat, sambutan daripada kaum yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan dan berbahasa Inggeris tunggang langgang, cukup hangat. Segala macam tohmahan diberikan kepada Noh Omar dan menjadikan Ng Sue Lim sebagai hero yang cukup hebat kerana berjaya mendedahkan satu lagi skandal dan penyelewengan kuasa.

Kalau ada sesiapa yang masih ingat, Ng Sue Lim adalah lelaki Cina yang telah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga pelajar Melayu tersebut hampir koma dan dia pula memandu dalam keadaan mabuk!

Sebelum ini juga, dialah orangnya yang menuduh bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo sebagai seorang penyeleweng yang telah mendapatkan sebuah banglo agam berharga RM24 juta dengan menggunakan kuasanya. Namun apabila perbicaraan dilakukan, nilai rumah agam berkenaan tidak lebih daripada RM6 juta, jauh tersasar berbanding tohmahan dan fitnah yang dilemparkannya.

Dan yang lebih penting, rumah tersebut dibeli dengan menggunakan pinjaman bank setelah mendapat harga penilaian daripada Jurunilai Bertauliah berstatus antarabangsa!

Sekarang, Ng Sue Lim cuba 'mengusik' Noh Omar pula dengan status tanah yang telah diperolehi pada 8 Mac 1995 iaitu sebelum Noh Omar menjadi wakil rakyat Tanjong Karang pada April 1995 lagi.

Projek udang yang dipertikaikan oleh Ng Sue Lim telah dimulakan pada tahun 1996 apabila tanah berkenaan disewakan kepada Syarikat Seri FUMA Sdn. Bhd tetapi tergendala kerana masalah tertentu. Hanya pada 5 Januari 2011, Syarikat Pristine Agrofood telah mengambilalih sewaan tanah tersebut dan dengan nilai sewaan RM25,200.00 setahun selama 10 tahun.

Ng Sue Lim dalam hal ini kelihatan amat sembrono dan kelihatan amat terdesak selepas skandal penyelewengan projek kondominium Sekinchan yang dibina tidak mengikut spesifikasi Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam didedahkan. Bahkan untuk membalas dendam kerana saman fitnah RM10 juta oleh Noh Omar kepadanya kerana menfitnah, menambahkan lagi hangit dan hangatnya jubor Ng Sue Lim.

Sudahlah terdesak dek Khir Toyo, nampaknya Ng Sue Lim terdesak pula oleh Noh Omar. Kedua-dua pemimpin UMNO yang seringkali dikhabarkan oleh DAP, tidak sebulu dan sependapat bahkan saling bertentangan antara satu sama lain, nampaknya 'bekerjasama' mengenakannya sedangkan para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat Selangor yang lain, kelihatan meminggirkan diri daripada Ng Sue Lim agar mereka tidak sama terkena getahnya.

Rakyat Berbilang Kaum Serbu Rumah Terbuka Aidilfitri DS Noh Omar

TANJUNG KARANG, 26 OGOS - Orang ramai khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Tanjung Karang dianggarkan lebih 15 ribu orang telah yang berkunjung ke Majlis Sabutan Aidilfitri Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan In dustri Asas Tani, yang diadakan di Padang Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang disini.

Pada majlis tersebut para tetamu telah berpeluang beramah mesra dan melihat sendiri dari dekat Datuk Seri Hj Noh ditemubual secara langsung oleh Radio SelangorFM yang turut bersiaran langsung di majlis itu, semalam.

Berkonsepkan gerai makanan, pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan untuk menjamu orang ramai dan penduduk setempat yang terdiri berbilang kaum dan peringkat.

Datuk Seri Hj Noh yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbukanya kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, ia jelas membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni hasil daripada usaha mengeratkan hubungan antara kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Sambutan ini juga membuktikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional masih padu dan saya berharap mereka akan terus bersatu padu,” katanya.

Turut hadir bagi memeriahkan lagii majlis, ADUN Permatang, YB Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak, ADUN Sungai Burung, YB Dato Haji Shamsudin bin Haji Lias, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Khir bin Haji Ramli, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Pn. Salbiah Shaari serta pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

>>>LAGI KOLEKSI GAMBAR<<<

Friday, August 24, 2012

ADUN DAP SEKINCHAN KEHABISAN MODAL UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI

Sesuatu yang amat memalukan sebagai ADUN apabila apa yang diperkatakannya tidak mencerminkan beliau seorang yang cerdik. Malahan apa yang diperkatakan oleh ADUN Sekinchan ini seperti seorang yang sedang mabuk, sebagaimana beliau mabuk sewaktu beliau melanggar seorang mahasiswa Melayu UiTM di Shah Alam. Apakah nasib mahasiswa tersebut yang telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan sewaktu beliau dalam keadaan mabuk? Kenyataan beliau sewaktu mengetuai demonstrasi membantah kolam udang milik YB Datuk seri Noh b. Haji Omar betul-betul memang macam orang mabuk dan tidak mencerminkan sebagai wakil rakyat malahan apa yang diperkatakan amat cetek sekali pemikirannya.

Sebenarnya tanah tersebut telah diperolehi pada 8 Mac 1995, sebelum Noh menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang pada April 1995. Walaupun tanah udang tersebut diperolehi pada 8 Mac 1995,tetapi geran hakmilik sementara dikeluarkan pada 21 Februari 2001 dan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.

Pada tahun 1996, tanah udang tersebut disewakan kepada Syarikat Seri FUMA Sdn. Bhd. Tetapi tergendala. Pada 05 Januari 2011, Syarikat Pristine Agrofood telah mengambil alih projek tersebut dari Seri FUMA Sdn. Bhd. dan membaharui perjanjian sewa tanah tersebut dengan nilai sewaan RM25,200.00 setahun selama 10 tahun. Syarikat Pristine Agrofood memasuki kaveat melalui surat akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011.

Jelas menunjukkan kolam udang yang telah beroperasi sejak 16 tahun dahulu sebelum Noh menjadi Menteri Pertanian sengaja dijadikan isu politik murahan DAP yang telah kehabisan modal dan mengajak pengikut-pengikut mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menutup isu kondominium Sekinchan dan penjualan Pangsapuri Damai yang mendapat bantahan rakyat Sekinchan. [BACA SELANJUTNYA..]

Sumber - naditgkarang

Saturday, August 18, 2012

32 Rumah Terbuka Aidilfitri Di Tanjung Karang

TANJONG KARANG, 17 OGOS - Kesemua 32 kampung di Parlimen Tanjong Karang di sini akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri secara serentak pada 30 0gos ini sekali gus merangkap sambutan detik ulang tahun kemerdekaan negara ke-55.

Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Kita mahu penduduk kampung berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan hari raya, seterusnya dapat meneruskan budaya pemimpin mendekati masyarakat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang di Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, berkata rumah terbuka itu dapat memupuk semangat gotong-royong menganjurkan kenduri yang menjadi amalan masyarakat kampung.

Beliau berkata tujuan kenduri itu juga bagi meraikan mereka yang tidak dapat menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Tanjong Karang yang dijadualkan pada 25 Ogos ini.

Terdahulu, Noh berkata seramai 13,000 rumah di Tanjong Karang menerima bantuan berupa barangan seperti beras, gula, minyak, dua ekor ayam dan sekilogram daging sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka Ahad ini.

Selain itu, beliau berkata lebih 7,000 sejadah diedarkan kepada penduduk kawasan berkenaan manakala warga emas menerima tongkat sumbangan Radio Malaysia Selangor.

Seramai 800 anggota UMNO dan BN Tanjong Karang terlibat membantu mengedarkan bantuan yang bermula sejak pagi tadi hingga lewat petang ini.

Bersempena program bantuan itu, beberapa aktiviti seperti pertandingan mengacau dodol dan hiasan lampu pelita diadakan serta majlis berbuka puasa.- Bernama

MENJELANG AIDILFITRI - DS NOH OMAR TERUS BANTU RAKYAT KHALID SUSAHKAN RAKYAT

TANJUNG KARANG, 17 OGOS - YB Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang, memberi bantuan kira-kira seramai 13,000 rumah di Tanjong Karang menerima bantuan berupa barangan seperti beras, gula, minyak, dua ekor ayam dan sekilogram daging sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka Ahad ini.

Selain itu, beliau berkata lebih 7,000 sejadah diedarkan kepada penduduk kawasan berkenaan manakala warga emas menerima tongkat sumbangan Radio SelangorFM.

Seramai 800 anggota UMNO dan BN Tanjong Karang terlibat membantu mengedarkan bantuan yang bermula sejak pagi tadi hingga lewat petang ini.

Bersempena program bantuan itu, beberapa aktiviti seperti pertandingan mengacau dodol dan hiasan lampu pelita diadakan serta majlis berbuka puasa. - DURHAKA DERKHALA

>>>LAGI KOLEKSI GAMBAR<<< 

Thursday, August 16, 2012

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Kerajaan Daerah Kuala Selangor Bersama YB Datuk Seri Haji Noh

TANJUNG KARANG, 15 OGOS - Pelbagai hidangan juadah berbuka puasa yang disediakan kepada tetamu yang hadir ketika Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Kerajaan Daerah Kuala Selangor Bersama YB Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, yang berlangsung di Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang disini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung, YB Dato Haji Shamsudin bin Haji Lias, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Khir bin Haji Ramli, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Pn. Salbiah Shaari.

SIRI KEMBARA PROGRAM SEMARAK RAMADAN BH 2012 MELABUKAN TIRAINYA DI BAZAR RAMADAN TANJUNG KARANG

Pelbagai acara meriahkan program tahun keempat

Tanjong Karang, 14 OGOS - Program Semarak Ramadan BH 2012, melabuhkan tirainya di kawasan Parlimen Tanjong Karang, di sini.

Lokasi keenam ini yang melengkapkan siri kembara di seluruh negara, dimeriahkan dengan penyertaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Program meriahkan acara

Turut memeriahkan program ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mengadakan Program Rembang Syawal. Acara yang masuk tahun keempat ini bermula dengan penyerahan apron Adabi Consumer dan cenderamata Semarak Ramadan BH, FAMA serta wakil penaja kepada lebih 200 peniaga Bazar Ramadan Jalan Kilang Padi.

Program diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan hari raya seperti beras, kurma, baju dan duit raya kepada ibu tunggal, anak yatim serta orang kelainan upaya (OKU) tajaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Mohamed Meera Sahib (M) Sdn Bhd.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Burung, Datuk Mohd Shamsuddin Lias; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarah FAMA Selangor, Mansor Omar dan Eksekutif Pemasaran Adabi, Norol Liza Zainal Abidin.

Semarak Ramadan BH sebelum ini singgah di Langkawi, Kedah; Pengkalan Pegoh, Perak; Dungun, Terengganu; Mersing, Johor dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program kukuh hubungan

Ia mendapat pujian Noh yang mahu penyertaan sektor swasta bekerjasama dengan kerajaan dalam menyemarakkan Ramadan dipertingkatkan dalam usaha mengukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat.

“Penyertaan sektor swasta terutama BH yang aktif dalam program tanggungjawab sosial adalah langkah terpuji. Kita sentiasa menggalakkan sektor swasta bekerjasama dengan kerajaan dalam program sebegini,” katanya.

Mansor pula menjelaskan, FAMA turut mengambil kesempatan daripada acara ini bagi menjalankan Program Rembang Syawal dengan menyediakan ruang perniagaan tambahan untuk aktiviti jualan keperluan menyambut Aidilfitri.

Pada majlis itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) turut mengambil kesempatan menyalurkan pelbagai bantuan kepada penduduk Parlimen Tanjung Karang.

>>>LAGI KOLEKSI GAMBAR<<<

Tuesday, August 14, 2012

VIDEO.!!! Pelajar Unisel Terabai : Mana Pejuang Mahasiswa, Mana Adam Adli & Khalid Ismath? - Budiman

Kemelut terkini yang berlaku Unisel baru-baru ini yang menyebab pelajar tidak dibenarkan menduduki asrama sehinggakan segelintir pelajar terpaksa menjadikan ruang kaki lima Dewan Biru bersebelahan pejabat Jana Niaga Sdn Bhd dan surau asrama sebagai tempat berteduh sebagai satu yang amat memeranjatkan dan tidak wajar berlaku.

Pengerusi Sekretariat Anak Muda Negeri Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi berkata, kita melihat kebajikan dan keselamatan pelajar tidak diutamakan pihak pengurusan Universiti, bagaimana sebahagiannya terpaksa pulang dan sebahagiannya terpaksa dihalau balik disebabkan ruang penginapan yang tidak dapat dimasuki.

"Persoalan kepada perkara ini, mana perginya pejuang-pejuang mahasiswa yang mereka nobatkan seperti Khalid Ismath, seperti Adam Adli yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu yang berkaitan mahasiswa.

Kenapa bila isu yang berkaitan dengan isu Unisel, mereka diam dan jadi bisu. Ini yang kita lihat bagaimana sebahagian mahasiswa ini menjadi alat kepada pihak pembangkang secara membuta-tuli memperjuangkan isu-isu mahasiswa tanpa mereka sedari sebenarnya dalam masa yang sama mereka tidak memperjuangkan isu mahasiswa itu sendiri," ujarnya mengulas sikap mendiam diri sesetengah 'hero mahasiswa' yang sebelum ini hebat memperjuangkan isu pendidikan seperti kempen mansuhkan PTPTN dan kempen pendidikan tinggi percuma yang pernah diterajui Adam Adli satu ketika dulu.

Tambahnya, kita minta kerajaan negeri Selangor pimpinan kerajaan pakatan berhenti dari memperalatkan mahasiswa.

"kita tidak mahu kalau kena pada mereka masalah itu, mereka pendam dan tidak memperjuangkan isu mahasiswa," ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Konsep pengurusan padi diperluas - Noh Omar

TANJONG KARANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merancang untuk memperluas konsep pengurusan padi secara ladang atau berpusat kepada semua pesawah di Selangor secara berperingkat, bermula November ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata melalui konsep itu, Pertubuhan Peladang Kawasan atau koperasi peladang akan menguruskan sawah, dan pemilik atau pengusaha akan mendapat bayaran awal RM2,000 bagi setiap hektar.

"Pada masa ini, pesawah uruskan sawah mereka secara individu, dan pendapatan mereka terhad... ada pesawah yang hanya mendapat kurang lima tan sehektar padi semusim.

"Jadi, kita buat pendekatan baru... kita urus sawah, tetapi segala hasil tani mereka kita akan pastikan tidak akan kurang, dan mereka dapat keuntungan lebih daripada yang mereka peroleh sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan Insentif Peningkatan Hasil Padi Kawasan Sungai Burong semalam.

Beliau berkata melalui konsep ini, pengeluaran padi boleh dipertingkat pada tahap maksimum sehingga 10 tan sehektar bagi setiap pesawah.

"Pada ketika ini, negara kurang pengusaha sawah ekoran anak muda tidak lagi berminat untuk mengusahakan sawah yang ada... atas sebab itu, hasil beras kurang dan negara tidak mampu untuk menampung keperluan beras kepada negara sehingga terpaksa mengimport 30 peratus beras dari negara luar," katanya.

Noh berkata kementerian berhasrat meningkatkan pendapatan pesawah demi mencapai 80 peratus pengeluaran padi dalam negara menjelang 2020.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 300 pesawah terlibat dalam konsep itu, yang membabitkan 370 hektar tanah di tiga kawasan iaitu Sungai Besar, Sungai Nibong dan Sawah Sempadan.

Selain itu, pelbagai bantuan disediakan bagi membantu pesawah termasuk menyediakan input pertanian seperti racun dan baja bagi meningkatkan pengeluaran padi.

"Pesawah yang mengalami kekangan kewangan boleh mendapatkan pembiayaan melalui Agrobank, dan kerajaan telah menyediakan semua kemudahan bagi membantu kumpulan pesawah," katanya.

KERAJAAN LUNAS INSENTIF PENINGKATAN HASIL (IPH) KEPADA PESAWAH DI KAWASAN SUNGAI BURONG, SELANGOR.

SUNGAI BURONG, 13 OGOS - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani pada hari ini melunaskan pembayaran Insentif Peningkatan hasil (IPH) sebanyak RM1,073,434.04 kepada 405 orang pesawah layak di Kawasan Sungai Burong, Sekinchan, Pasir Panjang dan Sungai Leman, Selangor.

Majlis Penyerahan diadakan di Masjid Ar-Rahman, Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor, yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

Bagi tempoh pembayaran IPH dari tahun 2007 hingga bulan Julai 2012 untuk negeri Selangor sahaja, kerajaan telah membayar sebanyak RM34.3 juta kepada seramai 35,977 pesawah di negeri ini.

Insentif Peningkatan Hasil ialah salah satu daripada langkah kerajaan bagi menggalakkan meningkatan hasil pengeluaran pada daripada pesawah yang diperkenalkan pada November 2006. Antara objektif pemberian insentif ini ialah bagi mencapai hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar tahap sara diri (SSL) iaitu 90 peratus dari keperluan beras negara.

Bagi perlaksanaan program ini, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi pengurusan pemberian wang insentif bagi pihak kerajaan.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM457 juta untuk tujuan pembayaran IPH dari tahun 2007 hingga 2011. Sehingga Julai 2012, pihak kerajaan melalui BERNAS telah membuat pembayaran kepada 343,791 pesawah yang layak dengan jumlah keseluruhan insentif yang dibayar bernilai kira-kira RM351.5 juta untuk sepanjang tahun 2007 sehingga 2011 di seluruh negara.

Bagi negeri Selangor pula berdasarkan rekod pengeluaran padi, sejak perlaksanaan IPH, pengeluaran hasil padi di negeri Selangor telah menampakkan peningkatan dari 84,000 tan metrik pada musim 1/2007 kepada 101,000 tan metrik pada musim 2/2011.

Peningkatan hasil pada di negeri Selangor ialah hasil daripada impak positif IPH dalam mencapai objektif yang disasarkan oleh kerajaan iaitu dalam meningkatkan hasil pengeluarran padi negara.

Monday, August 13, 2012

VIDEO.!!! MB Selangor dicabar tunai apa dikata - Noh

HULU LANGAT, 12 OGOS - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu segera menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak termasuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar melaksanakan apa yang dikatakannya termasuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam tempoh dua bulan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid perlu buktikan kenyataan dikeluarkan sebelum ini yang mana berubah kepada pengambilalihan sebelum September apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan tiada halangan kerana itu antara Kerajaan Negeri dan Syabas.

Menurutnya, Abdul Khalid juga menyatakan ingin memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syabas.

“Kita pegang kepada tiga kenyataan ini dan sebagai seorang tokoh korporat dia perlu laksana apa dikatakan dan kalau tidak boleh tunai maka dia seorang hipokrit serta tidak layak menjadi Menteri Besar.

“Kita tunggu sehingga September, jika dia tidak boleh tunai salah satu bermakna dia perlu letak jawatan demi kebaikan dan kepentingan rakyat Selangor kerana hanya pandai mengeluarkan kenyataan dan menyusahkan rakyat Selangor,” katanya selepas melawat tapak terowong Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) di sini, semalam.

Turut serta, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHa), Datuk Noriah Kasnon; Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Ab Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dusun Tua, Ismail Sani.

Noh berkata, bagi menyelesaikan masalah air di Selangor, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu ambil semula Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata, penstrukturan semula Syabas untuk mengambil alih pengurusan air dan masalah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) adalah dua isu berbeza.

Menurutnya, Kerajaan persekutuan memutuskan bahawa projek Langat 2 akan diteruskan dan tender akan dibuat secara terbuka.

"Sebelum ini Kerajaan Negeri dakwa pelaksanaan projek hanya untuk kroni namun kini isu itu tidak timbul.

“Namun Kerajaan Negeri tetap pertahan dan tidak bersetuju untuk bina Langat 2 dan kita persoalkan, apa asas mereka untuk tolak projek ini? malah mereka sendiri tidak pernah turun padang untuk melihat pelaksanaan projek ini,” katanya Noh berkata, PPAMPS adalah untuk untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1,890 Juta Liter Sehari (JLH) dari Pahang ke Selangor yang akan melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air di mana terowong sepanjang 44.6 kilometer itu nanti, apabila siap akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia.

“Projek ini dilaksanakan dan sudah 30 kilometer siap dan kerajaan pusat membelanjakan RM2.4 bilion, malah pekerja yang buat terowong bekerja 24 jam untuk menyiapkannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila terowong itu siap, air dari Pahang perlu ada loji penerima di mana tanah untuk tapak loji diuruskan dan Kerajaan Persekutuan membayar pampasan RM200 juta kepada pemilik tanah individu dan pengambilan tanah tersebut selesai sebelum 2008.

“Masalah Langat 2 selesai namun apa yang menjadi halangan untuk mula kerja apabila tidak mendapat Development Order (DO) daripada Kerajaan Negeri apabila permohonan untuk mendapatkannya ditangguhkan tanpa tarikh.

Saturday, August 11, 2012

NOH OMAR - Negeri Selangor boleh hancur bawah Pakatan

TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata negeri ini boleh 'hancur' akibat pentadbiran kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas tidak tersusun dan pelbagai isu yang timbul.

"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak tahu apa yang berlaku di bawah," katanya ketika ditemui selepas melawat pesakit di Hospital Tanjong Karang, semalam.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, selepas satu persatu transaksi pengambilan hutang Talam Corporation dibangkitkan Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu.

Selain itu, beliau mendakwa audit ke atas akaun Universiti Selangor mendapati ia mengalami kerugian sedangkan antara 2005 dan 2008, tidak berlaku masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran.

Mungkin semasa mereka mengambil alih pentadbiran Unisel, peruntukan yang ditinggalkan Barisan Nasional masih banyak namun kini dana berkurangan dan wujud ketidakcekapan mereka mengurus mengakibatkan masalah kepada Unisel, katanya.

Noh berkata, Selangor juga berlaku tidak adil kepada mereka yang ingin menegakkan kebenaran serta keadilan apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dianggap hero dan kos guamannya ditanggung kerajaan negeri.

Beliau turut mempersoal nasib dua pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dibuang kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri itu kerana mendedahkan kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor.

Katanya, pakatan pembangkang sanggup menggunakan wang rakyat bagi membela pemimpin mereka seperti Mohd Rafizi, yang didakwa kerana melanggar undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Noh berharap pembinaan hospital baru Tanjong Karang di tapak yang diluluskan kerajaan di Sungai Terap dapat disegerakan memandangkan hospital sedia ada kecil.

Jangan asyik salahkan Umno, Noh ingatkan PR

KUALA LUMPUR, 10 OGOS - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas tindakan pembangkang yang berterusan menyalahkan Umno dan BN atas setiap kesalahan yang mereka lakukan.

Katanya tindakan tersebut dilihat tidak lebih sebagai untuk menjaga hubungan antara tiga parti - PKR, DAP dan Pas.

"Inilah perangai (sebenar) PKR yang selalu hendak mencari salah orang lain tetapi salah sendiri dibutakan. Ibarat pepatah Melayu,'Gajah di depan mata mereka tak nampak, tapi kuman di seberang laut nampak'," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini. Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Noh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengulas kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno kini memulakan kempen pelampau agama.

Laporan itu disiarkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Akhbar itu memetik pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang dilapor berkata adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Abdullah berkata umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Dalam pada itu, Noh berkata Anwar kelihatan seperti takut untuk menegur pengerusi DAP, Karpal Singh yang lantang menentang pelaksanaan hukum hudud yang dihasratkan oleh Pas jika berjaya menawan Putrajaya.

DS NOH OMAR LAWAT PESAKIT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA DI HOSPITAL TANJUNG KARANG

TANJUNG KARANG, 10 OGOS - Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pesakit-pesakit dan kakitangan di Hospital Tanjung Karang. Turut bersama isteri beliau Prof Dr Datin Seri Aishah Salleh.

Beliau dan isteri turut melawat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anggota Polis dan Bomba di Balai Polis dan Balai Bomba Tanjung Karang disini, hari ini.

VIDEO.!!! Demo pekerja JNSB tuntut hutang RM15 juta

BESTARI JAYA, 10 OGOS - Lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) berhimpun di hadapan Universiti Selangor (Unisel) hari ini menuntut hutang yang didakwa sebanyak RM15 juta daripada kerajaan negeri Selangor.

Kesemua pekerja tersebut mendakwa JNSB gagal membayar gaji mereka apabila Unisel yang berada di bawah pimpinan kerajaan negeri itu tidak menjelaskan apa-apa bayaran sejak November tahun lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sebelum ini mengakui bahawa Unisel berhutang dengan JNSB berjumlah hampir RM15 juta termasuk gagal menjelaskan bil penyelenggaraan asrama sejak 17 bulan lalu.

Khalid berkata, pendapatan Unisel ketika ini hanya cukup membayar gaji profesor dan guru, selain kos pentadbiran dan penjagaan asrama.

"Memang pelajar ada bayar yuran penginapan, tetapi ia tidak mampu menanggung kos. Ini kerana walaupun ketika pelajar bercuti, Unisel tetap perlu membayar kepada pihak yang menguruskan asrama ini.

"Kerajaan negeri mengarahkan pihak audit untuk menyiapkan laporan kewangan Unisel dan akan membentangkan laporan pihak akauntan yang sudah disemak," kata Khalid.

Ketua Eksekutif Pengurusan JNSB Hayati Mustafa berkata, konflik pembayaran gaji sudah bermula sejak November tahun lalu malah mereka pernah dibayar gaji secara mingguan.

"Unisel dapat bonus dan imbuhan tetapi JNSB tiada gaji. Masalah tuntutan dan 'over time'' bermula sejak Mac.

"Kami pernah dibayar gaji secara mingguan sebanyak RM200, setiap minggu. Ini tidak adil. Masalah gaji sudah bermula sejak November tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, suasana menjadi sedikit gamat apabila Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang turut berada di situ bertindak mengunci pagar di kedua-dua laluan utama kampus tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan Unisel yang tidak mahu keluar untuk menerima memorandum yang mahu diserahkan.

Ia juga menyebabkan lebih 10 buah kenderaan terkandas di dalam universiti itu selama kira-kira satu jam.

Bagaimanapun, kedua-dua pintu pagar itu dibuka kembali selepas dinasihati pasukan polis yang tiba bagi mengawal keadaan.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Shohaimi Shahadan yang melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Selangor.

"Kami rasa terpanggil dan rasa perihatin dengan nasib kakitangan JNSB yang jadi mangsa kezaliman. Selama ini dia (MB) menafikan Unisel diambang kerugian dan hari ini terbukti kakitangan sebagai saksi. Unisel perlu selesai gaji sebelum sambutan hari raya," kata beliau.

Sementara itu, seorang pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohamad Julis, berkata beliau terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung kehidupan keluarganya.

Beliau yang sudah tiga tahun bekerja di bahagian pembersihan berasa amat kecewa dengan pengurusan Unisel yang langsung tidak peka dengan golongan sepertinya.

Friday, August 10, 2012

TERBONGKAR.!!! NAK JADI EXCO DAP, NOH OMAR KENA FITNAH

ADUN SEKINCHAN OTAK UDANG DIKATAKAN MENGFITNAH NOH OMAR GARA-GARA MAHU "MEMANCING" JAWATAN EXCO DAP.. DESPERADO BETUL MANGKUK HAYUN SEKOR NI.. MEMANG DASAR KEPALA HOTAK KOMUNIS..
Memancing Jawatan Exco. Itu yang sedang diusahakan ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim yang kini sedang 'berusaha keras' mencipta isu menyerang Pemimpin BN Selangor.

Apa yang diharapkan 'kecemerlangan' dia dalam menanam persepsi baru terhadap rakyat Negeri tersebut mampu diberi ganjaran Exco di masa akan datang.

Akan tetapi, tuduhan dan serangan secara terus terhadap Noh Omar benar2 tidak mengikut 'kronologi' sepatutnya.

Menggunakan tiket 'Projek Udang', nampak gayanya serangan beliau membuktikan perang psywar yang digunakan bakal membunuh dirinya sendiri.

Mungkin akal tidak diguna. Otak dia agak kecil laksana Udang.

Mungkin dengan cara ini Ng bakal dilihat berpotensi merampas jawatan Exco yang dipegang Ronnie Liu setelah ada usaha dari pihak DAP Negeri pimpinan Teresa Kok mahu mencantas Ronnie dari Negeri tersebut.

Noh Omar menjawab tuduhan tersebut mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP.

Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu.

"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi. Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata beliau kepada media pada satu Majlis malam semalam.

"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata2 'hint' Noh Omar buat Ng meronta2 minta tolong Anwar.

Rumah Rakyat - Bezakan Yang Mana Berkebajikan

Sifat Berkebajikan Pakatan Rakyat Boneka DAP di Selangor...
Rakyat miskin kena tunggu PKNS buat untung dulu...baru diorang boleh bagi..walhal hari tu Khalid punyalah bangga kerajaan Negeri ada simpanan tunai sampai Rm1.9 billion.. apasal tak disubsidikan untuk rumah rakyat??

Kalau mereka bangga dengan perumahan di Bukit Botak...itu bukan inisiatif Pakatan, itu projek lama!

Kenapa projek-projek di bawah ini yang naik? Yang mana untuk rakyat miskin dan sederhana Selangor?
Bezakan dengan Barisan Nasional...
Ada PM kata nak dapat untung dari rakyat? Ada PM kata kena ikut harga pasaran? Ada PM kata Syarikat Perumahan Negara Berhad kena bersaing untuk dapatkan pembeli macam PKNS sekarang?

Kalau nak tengok balik..jom kita tengok apa misi PKNS sebenar..
Tapi itu cerita lama..sekarang hasil "kepandaian" Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, iaitu Anwar Ibrahim PKNS sudah tukar..baca kat bawah...
Cuba tengok vision and mission....Mana menghilang AGENDA BUMIPUTERA?? Kenapa ubah? Dan PKNS juga kini digunakan untuk beli hutang Talam...NEGERI BERKEBAJIKAN???

Sumber  : Ikrar Pemuda