Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, March 4, 2009

Istana setuju terima memo anti-PPSMI - Malaysiakini

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda. [..selanjutnya]

Calon Puteri Umno diminta bertanding secara sihat - Malaysiakini

Semua calon yang akan bertanding pelbagai jawatan dalam Pergerakan Puteri Umno dinasihati mengutamakan soal pengukuhan dan penyatuan serta bertanding secara sihat, kata Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad.

Calon-calon Puteri Umno juga diminta supaya tidak melanggar peraturan, tidak terbabit dalam gejala politik wang, tidak menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada lawan masing-masing serta menyerang peribadi pesaing dengan pelbagai cara termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), kata beliau.
"Mereka juga harus memelihara tatasusila dan budaya Melayu, menumpukan perhatian untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada perwakilan dan menerangkan manifesto dan perjuangan masing-masing untuk masa depan Puteri Umno dan bukannya menyerang peribadi calon-calon yang bertanding," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia meminta semua anggota Puteri termasuk calon-calon dalam pertandingan itu melaporkan terus kepada ibu pejabat Umno atau Lembaga Disiplin ibu pejabat Umno Malaysia sekiranya wujud perbuatan kempen melanggar peraturan atau gejala politik wang.

Noraini menegaskan bahawa beliau tidak memihak kepada manamana calon yang bertanding dan bersikap berkecuali sepenuhnya kerana semua yang bertanding adalah rakanr-akan dan 'adik-adiknya' dalam Puteri Umno.

Beliau yakin perwakilan akan memilih calon yang terbaik untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Puteri Umno demi kepentingan orang Melayu dan generasi muda di Malaysia. - mStar

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai serentak 7 April - Malaysiakini

SERENTAK TAN SRI Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan pilihan raya kecil Batang Ai iaitu 7 April ini.
Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

GAMBAR TERKINI KRISIS POLITIK DI PERAK (Edisi 4) - Malaysiakini

Lagi isu tangguh AGM Umno - Malaysiakini

Dua ahli Umno yang menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga kes politik wang dalam parti diselesaikan sebelum 25 Mac ini tidak ada hak untuk memberi tekanan sedemikian kepada parti utama Barisan Nasional (BN) itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan UMNO yang mengatakan Perhimpunan Agung Umno tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang telah selesai.
"Saya telah menyebut sekiranya ada laporan yang telah dihantar yang menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

"Jika ada sebarang penyelewengan berlaku, tidak semestinya Perhimpunan Agung UMNO dibatalkan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan laman web Umno.
Semalam, Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun menggesa perhimpunan agung parti yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini ditangguh supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan. - [..selanjutnya]

Tangguh perhimpunan Umno bertentangan perlembagan parti - Malaysiakini

Secara teknikal Perhimpunan Agung Umno dan pemilihan hujung bulan ini tidak boleh ditangguhkan walaupun ada pihak mahu parti berbuat demikian atas alasan kes politik wang belum selesai disiasat.

Ini kerana Perlembagaan Umno menetapkan perhimpunan mesti diadakan tidak lewat daripada 18 bulan daripada tarikh perhimpunan yang lalu.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, jika ditangguh ia akan mengundang implikasi kerana bercanggah dengan perlembagaan parti.
"Perhimpunan Agung tidak boleh lewat daripada 18 bulan daripada perhimpunan sebelum ini.

"Mac ini adalah bulan yang sudah suntuk untuk ia diadakan. Jika ditangguh lagi, ia akan bercanggah dengan perlembagaan parti," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. - [..selanjutnya]