Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 18, 2008

Ajaran Sesat - 'Rasul Melayu'

hmetro - Bukan sengaja menghilangkan diri, tapi sama dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang bersembunyi di Gua Hira’ apabila diburu golongan musyrikin Makkah.

Itulah kenyataan karut Zul Helmi Abdul Kahar, anak sulung Abdul Kahar Ahmad yang menyebarkan ajaran sesat dengan menggelar dirinya ‘Rasul Melayu’, mengenai kegagalan ayahnya hadir di mahkamah untuk dibicarakan, kali terakhir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, 23 April lalu.

Zul Helmi, 33, berkata demikian kepada Metro Ahad (MA) melalui perbualan di ruang sembang Internet. Metro Ahad sebelum itu berusaha mengatur pertemuan dengan Zul Helmi dalam usaha mendapat komennya mengenai kehilangan Abdul Kahar.

Beliau setuju diwawancara tapi hanya melalui Internet dan tidak mahu bersemuka dengan alasan bimbang kehadiran pihak berkuasa. Berikut sedutan wawancara itu. -->>lanjut

Dunia glamour

"lihat lah dunia....gua artis Malaysia"

Artis Malaysia dah memang berani. Acting dah kalahkan Bollywood, Mollywood dan Tigerwood. Macamana tak berani ? Sebab tak der siapa yang berani pada diorang .... Finas sendiri pun kecut teloq nak tegur .... Prosidur entah kemana, undang undang dah bersepah. Mungkin diorang terfikir, benda syiiiiiokkk, buat per tegur .....

Dulu ada jugak artis yang sombong cam ni. Bila dah accident teruk, baru nak berubah. Masa tu la baru sedar, cantik itu bonus yang Tuhan bagi. Kalau Tuhan nak tarik balik bonus tu ............ Sepetik jari aje. Pada yang tengok tu, jangan nyumpah, doakan mangkuk ni biar berubah. Takut kena pulak batang idung. Anak makin lama makin membesar. Naluri nak jadi artis membuak buak. Nak ikut style mat salleh. Kalau tak cam tu, orang kata tak moden. Kalau pakai baju kurung .... bukan lah 'Melayu Boleh' sebab peminat tak toleh....Bila peminat terpusing kepala .... baru lah "Melayu boleh".

email oleh - "alrid"