Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, March 13, 2009

Gereja berusaha melepasi "firewall" ummah Islam di Malaysia. - Malaysiakini

Oleh warrior

"Pengharaman penggunaan Allah didalam publikasi kristian itu merupakan satu kelebihan dipihak muslimin di Malaysia. Kita sepatutnya berterimakasih kepada orang yang mula-mula menjadikan ini sebagai sebahagian daripada undang-undang Malaysia. Ia ibarat "firewall" yang terus-menerus menyekat fahaman kristian daripada mengalir deras kedalam masyarat Islam Malaysia.

Disebalik setiap terminologi ada kefahaman yang terkumpul didalamnya. Contohnya, perkataan "terrorist." Apa yang timbul secara tiba-tiba di gambaran anda apabila melihat atau mendengar perkataan "terrorist"? Erti disebalik perkataan juga berubah dari zaman ke zaman. Erti terrorist 30 tahun dahulu mungkin bermakna "mafia", "nazi","komunis" atau "jepun." Tetapi, pada hari ia telah berubah menjadi "muslim." Kenapa? Siapa yang merubah makna-makna perkataan ini? Apakah cara yang mereka gunakan?

Selamat datang ke perang terminologi! Yang merubah makna ini ialah media. Media elektronik, cetak dan lain-lain. Setiap hari konotasi baru ditempelkan kepada terminologi-terminologi tertentu, sehingga terminologi itu telah mengambil "baju" atau makna baru. Penulis-penulis atau jurucakap-jurucakap didalam media ini sentiasa meletakkan makna-makna yang baru kepada terminologi tertentu, tanpa sedar atau dengan secara sedar, dan sengaja demi kepentingan tertentu.

Peperangan terminologi telah lama berlangsung didalam sejarah. Orang-orang Yahudi mengetahui perkara ini, sebagaimana yang diceritakan didalam AlQuran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." - Albaqarah:104

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - AlBaqarah:42
Saya ulangi, pengharaman penggunaan Allah didalam publikasi kristian itu adalah satu kelebihan dipihak muslimin di Malaysia. Orang-orang kristian berusaha untuk mengubah, menempel makna-makna baru kepada perkataan Allah. Dengan undang-undang itu, setakat ini ada pemisahan jelas, Allah dan Tuhan. kerana Allah mengandungi pengertian yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung didalam perkataan Tuhan. Allah adalah Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu, tuhan yang satu-satunya layak disembah. Mungkin ada banyak yang dijadikan tuhan oleh agama-agama atau cara-cara hidup yang lain, tetapi tuhan-tuhan ini bukan sebagaimana tuhan yang diertikan didalam Islam.

Bagaimana mungkin Tuhan didalam agama Kristian yang bermakna "tuhan yang tiga" boleh disamakan dengan Tuhan didalam agama Islam yang bermakna "tuhan yang satu"? Kenapa orang-orang Kristian gatal ingin menggunakan perkataan Allah didalam publikasi mereka, padahal mereka sudah ada perkataan mereka sendiri. Siapakah target pembaca kitab injil atau publikasi-publikasi yang lain, yang menggunakan perkataan Allah yang ingin mereka tujukan? Apakah kita ini terlalu bodoh untuk mengerti tujuan daripada penggunaan Allah didalam publikasi-publikasi ini. Sudah tentu "target reader" nya ialah orang-orang Islam.

Dalam hal ini, ummah Islam mesti bersatu agar "firewall" itu tidak terganggu gugat. Tidak kiralah dia dari badan kerajaan atau mana-mana parti politik. Kita semua menganut agama yang satu, yakni Islam. Oleh itu kita mesti berpegang tangan untuk menjaga aqidah anutan kita.

Nota: Bagi yang tidak mengerti perkataan "firewall", sila tanyakan kepada orang IT atau keselamatan...secara umumnya, "firewall" ialah suatu batasan yang dibuat untuk melindungi sesuatu daripada serangan luar.

Wasalam.

Kisah Asal Usul Hajar Aswad - Malaysiakini

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Sumber:Shotus Syabab e-Groups/azmail