Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, February 24, 2009

Cabutan nombor calon Umno bertanding ditentukan hari ini - Malaysiakini

Proses cabutan nombor calon yang bertanding pada pemilihan Umno Mac ini, diadakan di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 3 petang tadi.

Cabutan nombor dimulakan bagi calon Pergerakan Puteri diikuti Pemuda untuk jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan Ahli Jawatankuasa.

Proses cabutan dikendalikan Setiausaha Kerja Umno, Jen (B) Datuk Husainay Hashim.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH - Malaysiakini

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.’ (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL < http://qs.al/ > Muddatsir:30).Ibnu Mas’ud berkata: ‘Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.’
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.’
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Anda ada dua pilihan sama ada:

1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, ’siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada….’

Sumber: Dyn.M/azmail

Bahaya selagi orang melayu tidak pandai pilih pemimpin - Malaysiakini

‘Pemimpin yang pernah dipimpin mudah menjadi pemimpin terbaik’

Akhirnya baguslah bila ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dapat duduk dalam satu forum membincangkan hala tuju negara yang lebih dilihat sebagai satu forum di mana percanggahan minda berlangsung di kaca TV9 pada 17 Februari lalu untuk menilai minda masing-masing.

Soalnya forum ini bukan dilihat untuk mencari siapa layak jadi pemimpin pemuda tetapi lebih kepada memberi peluang kepada calon menunjukkan aksi masing-masing berhujjah terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pengerusi penal, Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sedangkan banyak lagi isu kalau mahu dibentangkan.

Oleh kerana forum ini mempunyai waktu tertentu dan terhad, memang wajarlah ia disentuh sikit sahaja dan tidak banyak menyentuh apa sebenarnya calon faham tentang peranan mereka apabila antara mereka terpilih menjadi ketua pergerakan itu bulan Mac nanti.

Kerana itulah ada calon yang mengambil peluang secara tidak langsung membidas kerajaan sepertimana yang diajukan oleh Datuk Seri Mohd Khir Toyo mempersoalkan kenapa tidak ambil tindakan cepat tehadap Pengerusi DAP, Karpal Singh tetelah lebih 100 laporan polis dibuat. Masakan Khir tidak tahu, dalam tindakan, kita kena jadi macam tukang jahit – ukur banyak kali tetapi potong hanya sekali. Fahamanilah ungkapan emas ini.

Mereka ada yang masih mengatakan pucuk kepimpinan harus ditukar sebagai salah satu jalan untuk mendapat pandangan baik terhadap UMNO khususnya sedangkan Datuk Mukhriz sedar ia sudah pun berlaku dan akan diendos tidak lama lagi. Malahan dalam UMNO, semua orang sudah memandang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika ini. Untuk mendesak dan mengulangi tuntutan perubahan adalah satu perkara yang outdated untuk diperkatakan.

Semuanya sudah nyata apabila Najib jadi presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri dan juga ahli majlis tertingginya berubah.

Cuma perubahan pada presiden sudah jelas, tetapi di peringkat lain belum lagi terpilih. Pemilihan inilah yang menentukan nasib untung negara. Tidak ada gunanya juga kalau presiden berubah dan perubahan di peringkat lain membariskan orang-orang yang tidak berkualiti untuk membantu Najib.

Kalau orang UMNO memilih antah untuk ditanakkan nasi, kita makan antahlah untuk sekian lama lagi. Ciri-ciri untuk memilih kretiria memilih pemimpin di semua peringkat pula bukan boleh kita selaraskan seperti mengisi borang mohon pekerjaan pula.

Dan tidak pula bila Najib ada kuasa atau menggunakan kuasa vito untuk memaksa ahli UMNO membuat pilihan sesuka hatinya. Kalau boleh begitu, Ramai dah tahu siapa akan Najib pilih dan siapa akan Najib tolak. Oleh kerana kita mengamalkan demokrasi, maka kita tiada pilihan lain lagi selain daripada menyerahkan kepada perwakilan yang mewakili siapa yang mereka fikir layak.

Malangnya, ada perwakilan yang memandang pada berapa banyak dia dapat dari calon, bagaimana calon layan mereka, berapa kerap calon menghubungi dia, ada yang menguji calon dengan membekalkan masalah peribadi. Kalau tidak dapat diselesaikan, calon itu tidak bergunalah pada mereka.

Ada juga perwakilan yang menyokong calon kerana telah termakan budi. Ada juga yang telah dihasuk dengan cerita-cerita buruk tanpa bukti tentang calon lawan. Semua ini menyumbang kepada pemilihan yang tidak adil dan tidak seimbang.

Nampaknya, selain daripada Najib, calon lain hanya bergantung pada nasib semata-mata. Tidak bergantung pada ciri-ciri tertentu seperti tahap pemikiran, pengalaman, keberanian lojik (bukan berani tidak tentu kalu), penampilan diri yang mesra dan berwatak baik pada zahir sahaja sedangkan di dalam penuh dengan hasat dengki, berjiwa perjuang kental untuk bangsa, negara dan agama dan banyak lagi yang perlu diteliti secara halus.

Dalam pemilihan kali ini bukan satu pemilihan yang boleh kita ambil mudah. Seseorang yang hendak dipilih itu semestinya telah melalui satu penafsiran cukup teliti dan perwakilan hendaklah membuat kerja rumah sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana elemen yang boleh memesongkan pemilihan seseorang.

Bagaimana misalnya kalau perwakilan sentiasa mengekori calon ke mana pergi dan berkempen bersama, tidak baca akhbar, tidak mencari sumber maklumat dalam internet (yang tidak semestinya betul) untuk dibuat penilaian seseoang calon itu.

Adalah malang sekali ada perwakilan pun tidak tahu umur calon. Mereka tidak tahupun bila calon itu menyertai UMNO. Malah ada yang tidak tahu calon itu pernah pegang jawatan apa pun. Ertinya perwakilan tidak mempunyai maklumat mengenai calon yang mereka akan pilih. Mereka terpaksa menggunakan telinga sahaja.

Yang dilihat malang lagi ialah perwakilan kebanyakannya tidak benar-benar membawa suara dari bawah. Mereka tidak pun berbincang dengan ahli-ahli lain untuk mengutip maklumat tambahan untuk dibuat kira-kira siapa patut mereka pilih. Kebanyakannya bergantung pada siapa bercakap pada waktu bila sahaja. Kerana itulah dalam forum di TV 9 lalu, ramai juga yang berkata Khir pandai bercakap. Tetapi ikhlas mana, betul mana faktor yang dicakapkan, orang kurang peduli.

Khir terpaksa membuat perbandingan dengan cerita orang kalah sebelumnya seperti disebut Tun Mahathir pernah kalah, Pak Lah pernah kalah kerana Khir sendiri adalah dari kalangan orang yang kalah. Tapi kekalahan Mahathir dan Pak Lah itu amat berbeza dengan kemenagan beliau di DUN tetapi mengalahkan seluruh Negeri Selangor.

Kedudukan antara negeri pula tidak sama antara satu sama lain. Selangor ialah negeri yang boleh dikatakan yang termoden, terkaya atas usaha Barisan Nasional. Tiba-tiba oleh kerana sikap dan kesilapan peribadi Khir, ia telah jatuh kepada tangan pembangkang.

Begitu juga pilihan raya tahun 2004 dan 2008 adalah dua zaman yang amat berbeza kerana dalam tempoh antara 2004 dan 2008 itu, kerajaan pimpinan Pak Lah menghadapi tekanan dari bekas perdana menteri yang masih mencari pengaruh yang mungkin mahu menguji apakah beliau masih ada pengikut untuk mengketarakan kehebatan peribadi beliau.

Dalam pada itu pula Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Pak Lah benar-benar berada dalam satu situasi yang berlainan sebelum Mahathir. Zaman Mahathir dunia cyber masih sunyi. Zaman Pak Lah, dunia cyber sudah memberi peluang kepada rakyat yang selama ini memendam rasa terhadap apa yang mereka mahu luahkan terhadap kerajaan.

Kerana itulah keterbukaan zaman Pak Lah ini sebenarnya telah memberikan peluang kepada kerajaan mahupun UMNO untuk mengetahui apa yang rakyat mahu. Dari keterbukaan inilah juga kita tahu siapa pembohong dan siapa berjiwa kominis. Dan tentunya juga kerajaan boleh mengenalpasti permasalahan rakyat dengan wakil-wakil mereka.

Ertinya di zaman keterbukaan bebas yang Pak Lah buka ini adalah satu rahmat bahawa pemimpin yang menyeleweng, pemimpin yang tidak bermoral mudah terdedah dan mudah untuk rakyat mahu kerajaan membuat penilaian dan siasatan kesahihannya.

Kerana itulah zaman Pak Lah yang pasti rasanya akan diteruskan oleh Najib untuk memperkukuhkan penentangan gejala rasuah dan memperkukuhkan institusi kehakiman yang benar-benar boleh mengembalikan martapat corak pemerintahan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

Apa pun tanggapan kita terhadap parti, UMNO perlu diperkukuhkan. Orang Melayu yang tidak menganggotai UMNO pun kena sedar bahawa kita kena bersatu dalam perjuangan untuk bangsa kita, negara kita dan agama kita yang menjadi teras paling abdal untuk kita pertahan dan perjuangkan hingga ke akhir zaman.

Zaman ini kita kena pilih orang cerdik, orang benar-benar berwibawa, orang yang bermoral tinggi, orang yang berpengalaman terutama dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin terutamanya untuk memegang jawatan menjalankan amanah yang diberikan. Pincang sedikit, cepat-cepat ditegur.

Kita kena didik generasi muda untuk menghormati pemimpin sebagai ketuanya dalam banyak cara atau menegur dengan cara yang betul. Hentikan cabar mencabar yang tidak membawa faedah kepada sesiapa. Ukur baju di badan sebelum cuba menyarungnya. Dan yang paling penting, ialah belajar dipimpin terlebih dahulu sebelum meletakkan diri sebagai pemimpin. - KPMU

Gambar ’super impose’ Elizabeth Wong di Internet - Malaysiakini

Belum pun reda dengan isu gambar kontroversi anggota exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, kini gambar ’super impose’ wanita itu pula tersebar di internet.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata polis mengesan beberapa keping gambar palsu Wong disebarkan oleh individu yang sengaja mengambil kesempatan ketika isu gambar beliau sedang hangat diperkatakan.
“Saya mengingatkan kepada mereka bahawa tindakan akan dikenakan sekiranya siasatan kita melalui internet mendapati mereka sengaja menyalurkan dan menyebarkan gambar palsu,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata buat masa ini hanya ada dua keping gambar kontroversi Wong yang disiasat, tetapi mereka mengesan beberapa lagi gambar ’super impose’ Wong disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu yang bertugas di lapangan media bagi membantu siasatan tersebut.

Menyentuh mengenai suspek yang merakamkan gambar Wong, Sabtu berkata pihaknya masih gagal menghubungi Hilmi Malek, bekas teman lelaki ahli politik PKR itu, yang disyaki merakamkan gambar kontroversi itu, yang dipercayai bersembunyi di Indonesia.

Wong yang mendapati gambar separuh bogelnya tersebar di internet telah membuat laporan di Balai Polis Damansara kira-kira pukul 11.05 malam pada 18 Feb lepas.

ADUN Batang Ai, Dublin meninggal dunia - Malaysiakini

Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak.

ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.

Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperoleh maklumat mengenai perkembangan terbaru ini. - mStar