Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 31, 2008

Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai esok - Malaysiakini

Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan kali keempat bagi harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Harga minyak turun antara 15-20 sen hari ini? - Malaysiakini

Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat - dijangka di antara 15 dan 20 sen akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Difahamkan jika penurunan diputuskan ia akan berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya mendapat persetujuan daripada kalangan Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini.
"Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya.

"Jadi saya tidak tahu apa keputusannya.

"Memang kerajaan berhasrat menurunkan harga minyak. Tetapi ia (umum) mungkin esok, lusa atau dua minggu lagi," katanya pada pemberita selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasar raya Tesco di Kuala Lumpur semalam.
Kali terakhir kerajaan menurunkan harga minyak adalah pada 15 Oktober lepas dengan harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter sementara harga petrol RON92 diturunkan 10 sen menjadi RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kirakira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Mengenai andaian bahawa harga minyak akan turun mulai esok (Jumaat), Shahrir berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu.

Terdahulu, Shahrir yang dipetik Bernama mengucapkan tahniah kepada pasar raya Tesco kerana turut menjayakan Kempen Penurunan Harga Barang anjuran kementerian. Kempen itu turut disokong oleh pasar raya Mydin dan Carrefour yang masingmasing akan mengadakan potongan harga barangan mulai esok.

Menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan harga minyak, Tesco hari ini memberikan potongan harga selama tiga bulan mulai hari ini bagi 50 produk makanan segar tempatan selain mengadakan promosi barangan keperluan lain dengan potongan harga selama dua minggu.

Ketua Pegawai Operasi Tesco Malaysia, David Hobbs berkata, potongan harga barangan Tesco merupakan komitmen pasar raya itu kepada pengguna untuk jimat berbelanja.
"Pengguna kini menghadapi beban perbelanjaan bahan api dan tenaga elektrik yang tinggi. Mereka kini mengurangkan perbelanjaan makan di luar, membeli barangan bukan makanan dan berhemah dalam perbelanjaan bukan barangan keperluan.

"Meskipun demikian mereka tidak bersedia untuk berkompromi dalam barangan segar.

"Mereka mahukan penurunan harga bagi barangan perlu dan bukan pada barangan yang kurang digunakan. Potongan harga sehingga 47 peratus barangan segar hari ini merupakan satu contoh bagaimana kami mendengar pengguna dan membantu mereka menambah kuasa beli mereka," katanya.

Razak Baginda dibebaskan - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu diperintah membela diri.

Tuesday, October 28, 2008

Ahli Pekida bertindak jika hak Melayu, Islam cuba diganggu - Malaysiakini

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mengingatkan semua pihak supaya menjauhi isu-isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

Pengerusi Majlis Penasihat Ayahanda Pekida Selangor, Azmi Mad Said berkata, perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak keistimewaan Melayu dan agama Islam tidak harus sesekali cuba diubah.

Katanya, ini kerana orang Melayu merupakan kaum asal dan terbesar di negara ini sementara Islam adalah agama mereka yang mesti dihormati oleh semua kaum di negara ini.
''Saya yakin lebih 60,000 ahli Pekida akan bertindak jika perkara berkaitan hak istimewa orang Melayu dan Islam cuba diganggu-gugat," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pekida Selangor di Kuala Lumpur malam semalam.
Hadir sama, Presiden Pekida Malaysia, Jamaluddin Yusoff.

Azmi bagaimanapun berkata, tindakan yang akan diambil oleh Pekida jika hak istimewa orang Melayu dan Islam diganggu-gugat bukannya menjurus kepada perkelahian.

Kata beliau, pihaknya akan bertindak mengikut keperluan seperti menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu serta beberapa cara lain.

Dalam perkembangan lain menurutnya, Pekida membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim supaya sebahagian peruntukan zakat disalurkan kepada masyarakat bukan Islam di Selangor.
''Hanya ada lapan kategori asnaf mengikut Islam tetapi golongan yang bukan daripada agama ini tidak layak menerimanya," tegas beliau.

Pasaraya mula turunkan harga barang - Malaysiakini

Pasaraya-pasaraya utama di negara ini sudah menurunkan harga barangan keperluan mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebagai contoh, katanya pasaraya Giant, antara yang pertama menurunkan harga barang-barang keperluan asas sehingga 30 peratus melibatkan 1,200 barang, dan langkah ini diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain.
“Kita telah berunding dengan wakil semua pasaraya dan mereka sudah bersetuju untuk menurunkan harga barang di pasaraya masing-masing,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang di Kinrara hari ini.
Beliau berkata pemantauan kerajaan terhadap harga barang terhad kepada barang-barang kawalan seperti beras, tepung dan minyak masak sahaja.

Shahrir berkata pihak pembekal dan pengeluar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen itu dengan menurunkan harga hasil keluaran mereka.
“Kita akan panggil persatuan pengguna untuk berbincang dengan persatuan-persatuan pengeluar seperti penternak ayam, dan pengeluar-pengeluar yang lain untuk mendapatkan persetujuan mereka (menurunkan harga),” katanya.

Harga minyak mentah menjunam - Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia menjunam semalam, terentah dalam masa 17 bulan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan permintaan terhadap bahan api itu menurun.

Di New York harga minyak light sweet bagi Disember menjunam 93 sen untuk ditutup kepada AS$63.22 setong.

Pada satu ketika, harga bahan api itu berada pada kedudukan terendah iaitu AS$61.30, paras sama pada Mei 2007.

Di London, minyak mentah Brent North Sea bgi Disember merosot kepada AS$59.02 setong, paras terendah sejak Februari 2007, sebelum ditutup AS$61.41 setong, menurun 64 sen.

Kemerosotan harga minyak itu membawa kesan dramatik kepada penurunan harga saham di Asia semalam, termasuk indeks Nikkei di Tokyo yang menyaksikan penurunan terendah sejak 1982.

Monday, October 27, 2008

RENUNGAN BERSAMA... - Malaysiakini

  1. Sejak kebelakangan ini tepikan slogan membela bangsa kedengaran hebat sekali. Soal warisan bangsa, semangat dulu kala dan cerita datuk nenek lama dibangkitkan semula. Keris yang disimpan mungkin ada yang ingin kembali menciumnya, sirih pinang mungkin ada yang ingin kembali mengunyahnya, zapin dan joget mungkin ada yang ingin kembali ditarikannya.

  2. Terpulanglah, namun apa yang perlu diingat, perjuangan bangsa itu jauh lebih sempit dari perjuangan membela prinsip Islam yang bersifat sejagat lagi adil untuk semua. Tidak salah perjuangan ingin menolang bangsa sendiri. Namun adalah salah jika ia bertukar menjadi semangat perkauman yang boleh membawa kepada dizalimi pihak yang lain.

  3. Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

  4. Namun baginda juga memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

  5. Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.

  6. Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.

  7. Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.

  8. Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukang azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.

  9. Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

  10. Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama.

  11. Umpamanya, perjuangan untuk membela fakir miskin bangsa tertentu tidak dikongsi kebaikannya oleh bangsa yang lain, sekalipun kemiskinan mereka itu sama. Bahkan kadang-kala ia boleh bertukar menjadi perkauman yang amat sempit dan mengorbankan berbagai pihak atas sentimen kepuakan.

  12. Namun jika kemiskinan cuba dilangsaikan atas nama prinsip Islam, sesiapa saja yang miskin ada hak yang boleh diperolehi sedekah Islam –temasuk dari zakat wajib dan wang baitul mal- walau siapapun keturunannya, bahkan walaupun berbeza agama, selagi dia seorang miskin.

  13. Di sudut ikatan nasab pula, seorang cina atau melayu atau india tidak boleh menjadi arab, tetapi mereka boleh menjadi Islam. Apatah lagi, prinsip-prinsip Islam itu mementingkan keadilan tanpa pernah mengenal batasan warna kulit, rupa dan kedudukan.

  14. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

  15. Maka, orang melayu jika mereka hendak mulia, bukanlah dengan inang dan zapin, atau mak yong dan joket, tidak juga institusi raja atau adat, tetapi menegakkan prinsip-prinsip Islam yang tulen.

  16. Bukan bererti saya menyeru agar dihapuskan identiti kaum, adat dan budaya mereka. Tidak! Sama sekali tidak! Jika adat dan budaya tidak bertentangan dengan Islam boleh diteruskan. Namun, kemuliaan insan yang hakiki tidak dapat dicapai hanya di atas semangat puak atau bangsa, sebaliknya dengan menjunjung prinsip-prinsip Islam.

  17. Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

  18. Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih seribu tiga ratus yang lalu kepada orang arab: “Dahulunya bangsa arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rum.

  19. Demi Allah! Tiada di tanahair arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan.

  20. Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang arab!). Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia.

  21. Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmatNya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”. ( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari –tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).

  22. Sebelum itu, saya selalu ulangi apa yang ‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

  23. Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.

  24. Orang lain berpolitik secara seni yang akhir mengaut untung untuk dibahagi sesama mereka. Sementara kita bertarung bermati-matian sesama sendiri sekalipun sehingga tergadai negeri dan kota. Kedengkian sesama sendiri, melebihi cemburu kita kepada ‘orang lain’.

  25. Ada pula yang diberi amanah, negara dijadikan modal untuk kocek sendiri, anak menantu dan juga segala macam kroni. Sementara yang hendak membaiki, ada pula yang sanggup menanggalkan prinsip perjuangan kerana melihat ‘kerusi idaman’.

  26. Begitulah kita seadanya. Silap hari bulan, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Mungkin kita mempunyai kejayaan menjadi bangsa yang memliki ‘penagih dadah yang teramai’, ‘pengidap HIV AIDS yang terbanyak, berjaya memenuhi semua jawatan mat rempit dan mat lepak dan segala macam kedudukan yang bangsa lain dalam negara ini kosongkan agar dapat kita penuhi tanpa persaingan. Itulah realitinya, suka atau tidak!

  27. Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.

  28. Mereka juga kadang-kala yang menindas sesama bangsa kerana kepentingan kocek sendiri, kemudian apabila datang muncul berkempen mereka berlagak menjadi pejuang bangsa, bahkan agama. Siapa yang menjadi “ali baba?”, ”siapa yang menjual tanah melayu?” siapa yang mendiskriminasi sesama melayu? Sebahagiannya, mereka inilah.

  29. Sementara melayu yang menggunakan nama Islam pula, ada yang hanya menjadikannya modal kempen. Hari ini prinsip-prinsipnya pun sudah mula luntur. Dulu ada yang bukan main ekstrim sehingga saya pun diserang dan dituduh longgar. Hari ini ada di kalangan penceramah yang sedemikian yang kelihatan bukan sahaja longgar, tapi mungkin boleh terlondeh. Ada juga di kalangan semua itu yang benar-benar jujur, saya tidak nafikan.

  30. Saya katakan; masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.

  31. Penafsiran terhadap Islam ini hendaklah bebas dari kepentingan kerusi, parti, bangsa, puak, mazhab, aliran dan segalanya. Hanya Islam yang tulen, seperti mana hari ia diturunkan oleh Allah. Itulah penyelamat arab zaman dahulu, dan itulah penyelamat melayu!

  32. Bukan Islam ala melayu yang mewajibkan Marwan bin Ah Seng mengubah nama bapa kerana bapanya cina dan Ah Seng bukan nama arab. Tetapi dapat pula menerima Marwan bin Awang, kerana Awang bangsa melayu sekalipun Awang bukan nama arab.

  33. Bukan yang sibuk dengan orang lain hendak menggunakan nama Allah –pada hal Allah mengizinkan-, tetapi tidak pula sibuk membaiki penerangan akidah. Bukan yang hanya meletakkan nama Islam untuk politik, tetapi gagal mengislamkan lidah ketika berkempen politik. Bukan hanya yang menggunakan nama Islam untuk mengutip zakat, tetapi melupai amanah Islam dalam membahagikan zakat.

  34. Begitulah seterusnya. Islam tulen, seperti zaman salaf dalam akidah dan ibadah, dan melihat keluasan agama dalam urusan umum kehidupan. Islam yang akan menjadikan kita umat dakwah dan pembawa risalah keagungan agama, bukan yang hanya memikir pembinaan bangunan tetapi membiarkan keruntuhan akidah dan akhlak.

  35. Seperti kata al-Nadwi yang selalu saya ulangi: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

  36. Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah.
Sumber artikel dari - Pemuda Umno Taman Ehsan

Sunday, October 26, 2008

Protokol Zionis : Apakah itu FREEMASONRY? - Malaysiakini

" FREEMASONRY, pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, mempunyai sepuluh (10) program antarabangsa. Program ini dalam istilah Freemasonry dinamakan 'HARAR' atau 'SATANIM', berlambangkan kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.

PROGRAM PERTAMA
Program pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan 'TAKKIM' :

PADA ZAMAN NABI ISA A.S. :
Orang orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa A.S. Diantaranya fitnah keji - 'Nabi Isa A.S. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan pada kerajaan Rome. Tetapi Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Isa A.S. dan sebagai gantinya Judas tersalib di Golgota. Maka setelah wafatnya Nabi Isa A.S., Yahudi berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa A.S. yang sudah disebarkan dengan 'TAKKIM' iaitu :

- Merosakkan ajaran Nabi Isa A.S. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas.
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
- Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa A.S.

PADA ZAMAN ISLAM :
- Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri Nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin.
- Melaga-lagakan Ali R.A. dan Muawiyah R.A. sehingga Aisyah R.A. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis-hadis palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya.
- Mendangkalkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan-cendikiawan Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.
- Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Al-Quran dan hadis sesuai dengan alam pemikiran Freemasonry.
- Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
- Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama lain. Diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.

PROGRAM KE-DUA
Program ke-dua dinamakan 'SHADA' - Bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia :

- Salah satunya ialah di India ketika Islam bangkit untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis dan menyerukan 'Jihad Fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dengan Freemasonry menubuhkan gerakan anti-Jihad. Antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dengan ulama menganggotai Freemasonry. Ditunjukkannya seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', dia mendakwa dirinya sebagai Nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya. Rabithah Alam Islami yang bersidang di Makkah 14-18 Rabiul Awal, tahun 1394 memutuskan bahawa ajaran Ahmadiah itu bukan Islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
- Dan kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan program Freemasonry.

PROGRAM KE-TIGA
Program ke-tiga dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan - mengembangkan Freemasonry tempatan (domestik) dalam satu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemasonry.
- Mendukung teori-teori bertentangan.
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba untuk kalah-mengalahkan.

PROGRAM KE-EMPAT
Program ke-empat dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (Atheism dan Freethinker)
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
- Mengembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik. Mendirikan Bait-Satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke-alamnya. Mengorganisasi kaum gay, lesbian, Lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.

PROGRAM KE-LIMA
Program ke-lima dinamakan 'BABILL' - Iaitu memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa dan menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

PROGRAM KE-ENAM
Program ke-enam dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa Goyim (orang selain Yahudi)
- Menggalakkan perempuan-perempuan Yahudi agar menjadi subur (fertile).

PROGRAM KE-TUJUH
Program ke-tujuh dinamakan 'PROTOKOL' - Dalam istilah Freemasonry. Protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam Suhyuniah (Zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol.

Isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia. Diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi. Dengan program protokol ini, bangsa Yahudi dapat menjadi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik (spin-master, dsb) dan penerangan (medium, media) dunia.

PROGRAM KE-LAPAN
Program ke-lapan ini disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”Jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
- Menyebarkan ejen Kasisah, iaitu Intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat.
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.

PROGRAM KE-SEMBILAN
Program ke-sembilan dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam Plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama Plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemasonry.

PROGRAM KE-SEPULUH
Program ke-sepuluh ini dinamakan QORNUN :
- Orang-orang yang terpilih yang disyaki berbahaya kepada Freemasonry diangkat agar menjadi kaya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry.
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama. Memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).
- Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat. Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi. Kemudian pemimpin-pemimpin bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.

Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahawa begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan Allah S.W.T. telah memberi peringatan dalam Al-Quran bahawa mereka (Freemasonry) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lainnya. Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program Tansiq iaitu penyatuan hati umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para Rasul-Rasul seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang Insya-Allah pasti akan menyaingi dan menghancurkan program-program Freemasonry.