Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 29, 2012

Menerjah Dan Membongkar Cerita Sebenar - Bekas Ketua Umno Cawangan Batu 10, keluar dari UMNO sebab kecewa tidak dapat sokongan daripada ahlinya sendiri.

21/04/2012 - Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Batu 10, Tanjung Karang, pada malam ini, dihadiri oleh semua ahli UMNO cawangan termasuk wanita, pemuda dan putri cawangan bagi menunjukkan sokongan padu kepada pengganti ketua UMNO Cawangan yang baru, serta perjuangan parti UMNO dan Barisan Nasional khususnya di UMNO Cawangan Batu 10, Tanjung Karang ini.

Dengan kehadiran lebih 40 ahli pemuda daripada cawangan ini, membuktikan kenyataan Osman Samsudin, bekas ketua UMNO Cawangan yang meletak jawatan dan keluar daripada UMNO sebelum ini adalah amat meleset sekali dan ini menunjukkan ketika beliau menjadi ketua UMNO di cawangan ini tidak mendapat sokongan daripada ahli cawangan sendiri khususnya ahli-ahli pemuda di cawangan tersebut.


Saturday, April 28, 2012

PERHIMPUNAN BERSIH YANG TAK BERSIH

Perhimpunan bertukar menjadi medan para penyokong BERSIH 3.0 merosakkan harta awam termasuk kenderaan pihak polis dan beberapa kenderaan orang awam.
Difahamkan para penyokong menterbalikkan kereta polis sebagai tanda protes dimana kejadian tersebut berlaku di sekitar kompleks beli belah Sogo. Satu paparan video menunjukkan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh para penyokong BERSIH 3.0.
Sehingga kini, tiada pengesahan dari mana-mana pihak mengenai insiden ini.
Selain kereta, motorsikal berkuasa tinggi pihak polis turut dirosakkan termasuklah beberapa kenderaan awam.


Webmaster: Video daripada pihak polis

Kerajaan Negeri Selangor Sudah Gabra

24/04/2012 - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.

Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.

"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.


Sumber - nohomar

Saturday, April 21, 2012

Mahasiswa Jangan Jadi Kuda Tunggangan Pembangkang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini kerana katanya, kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar bagi melaksanakan agenda mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat. Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan, katanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata demikian pada sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara di sini, pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam Rabu.

Beliau juga berkata pelajar tidak perlu melalak dan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN, sebaliknya belajar dengan tekun sehingga memperolehi kepujian kelas pertama sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

"Kalau melalak, berdemo di Dataran Merdeka macam mana nak dapat 'First Class Honours', kelas pun tak pergi sebab berdemo," katanya.

Tambahan pula kata Noh, tidak banyak negara yang memberikan pendidikan percuma dan satu daripadanya ialah Norway, namun rakyat negara itu terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Jika Malaysia memberikan pendidikan tinggi percuma, ini akan meningkatkan beban kerajaan untuk menambahkan subsidi bahan api, makanan dan keperluan asas yang berjumlah RM30 bilion setahun.

Beliau juga berkata pakatan pembangkang juga perlu membuktikan mereka mengamalkan konsep negara berkebajikan dengan memulakan langkah memberi pendidikan percuma kepada pelajar di Universiti Selangor kerana Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan terkaya di Malaysia.

Sumber - nohomar

Isu Jalan di Pasir Penambang-Mereka Boleh Gunakan Jalan LKIM

Tindakan pemaju yang cuba merobohkan sebahagian daripada tokong di Pasir Penambang menarik perhatian Datuk Seri Noh Omar. Beliau akhirnya berjanji akan berunding dengan pemaju supaya menggunakan jalan milik LKIM tanpa perlu merobohkan tokong yang sudah 40 tahun berada disitu.

Blogger Pakatan Jangan Jadi Pembohong - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 21 Apr - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam tindakan blogger pembangkang yang memutarbelitkan fakta mengenai isu perolehan kereta perisai pacuan empat roda dan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Saya mahu mengingatkan blogger pembangkang terutamanya, tolong letakkan agenda keselamatan negara melebihi kepentingan agenda politik sempit anda," katanya.

Beliau mengulas mengenai salah laporan dan fakta beberapa blog pembangkang dalam isu pembelian kereta perisai pacuan empat roda dengan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8.

Zahid Hamidi berkata kerajaan cukup teliti dalam menjalankan kajian terhadap pacuan empat roda (6x6) bagi kegunaan ATM untuk tugasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan. Begitu juga dengan rancangan pembangunan kereta perisai AV8 dengan 12 varian bernilai RM8 bilion adalah keluaran Malaysia adalah untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata mustahil untuk menunggu sehingga terlaksananya projek pembangunan AV8 yang memakan masa 15 tahun sedangkan keperluan ATM untuk tugasan di Lubnan amat penting bagi UNIFIL.

“Pasukan kita di Lubnan sangat memerlukan kereta perisai 6x6 ekoran kereta perisai sedia ada iaitu jenis Condor yang digunakan sejak 1980 tidak lagi sesuai.

Sumber - klpos

X'KLUSIF !! DATO NOH D UGUT BUNUH !! LANUN SAMPAH & LANUN PASIR ISTIHAR PERANG ?!!

Sejak kebelakangan ni, aku banyak memerhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang terutamanya yang sedang bermaharajalela di Selangor.

Seperti yang kita semua tahu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar antara yang paling lantang dalam membongkar kejahatan dan kezaliman Pakatan di Selangor.

Isu-isu yang Noh timbulkan membuatkan Pakatan di Selangor tercirit birit dan senggugut. Pakatan merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor.

Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.

SELCAT yang kononya mahu dipertontonkan Pakatan kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik akhirnya terdedah sebagai hanya sandiwara semasa demi untuk membersihkan pemimpin mereka yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.

Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan macam-macam lagilah yang telah berjaya menjerut kepala tengkorak mereka.

Pakatan Selangor yang banyak bermain wayang kononnya... konon la mereka ni sangat-sangat berkeras ingin menjuarai demokrasi, hak asasi manusia dan pelopor kepada hak kebebasan bersuara sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan apa yang mereka laung-laungkan selama ini.

Malangnya, mereka lebih berusaha untuk menjadi juara spin, fitnah dan provokasi. Mereka yang paling laju untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.

 Jawapan yang dinantikan rakyat tidak juga diberikan, sebaliknya sibuk jaga spender orang lain.

Yang paling ketara mereka ni memang pakar, putarbelit bukan setakat menutup malu dan aib mereka tetapi juga untuk melancarkan aktiviti dan karier mereka menjadi penyamun tarbus dan dracula.

Kes skandal perlombongan haram pasir masih berleluasa hingga unjuran pendapatan yang dijangka, jauh dari pencapaian.

Tidak cukup dengan itu, operasi penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.

Pakatan mendakwa bahawa dibawah pentadbiran BN di Selangor pendapatan pasir sikit. Eh, betul la tu..

Tetapi kenapa Pakatan tak terangkan kepada rakyat adalah, BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.

BN juga tidak pernah BUNUH orang demi ketamakan hasil pasir dan BN juga tak ada la korek pasir ikut nafsu sampai membiarkan satu Pekan Kajang banjir kilat teruk hinggakan buaya pun lepas masuk Pekan Kajang tu.

Dek kerana kelantangan dan keberanian Noh Omar, nampaknya Pakatan Selangor simpan dendam. Ada cubaan untuk bunuh Noh Omar.

Bunuh ?? Maksud aku, karektor Noh Omar yang cuba dibunuh oleh Khalid And Co.. Habis diorang selak celah spender Noh Omar !!

Fitnah terhadap Noh Omar turut dipalitkan kepada keluarga, isteri dan anak-anak. Ingat lagi macam mana pembangkang sebar gambar Noh Omar sedang menari bersama isteri di majlis sambutan harijadinya.

Kononnya nak fitnah Noh bersama ntah mana-mana punya doll la tu bagi mengalih tumpuan kes Anwar dan Chinadoll.

Tapi, itu lah gaya pembangkang kat Malaysia ni. Tak kaji dan selidik terus buat fitnah. Macam mana nak jadi pembangkang, isteri Noh pun diorang boleh fitnah, jadi aku tak yakin diorang ni boleh jadi contoh Islamik yang patut dicontohi.

Fitnah jadi makanan harian mereka, dosa pahala pun diorang dah tak kenal.

Ok, berbalik kepada isu..

Baru-baru ini, usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj dan PBT diarah oleh Pakatan untuk kacau projek tersebut. 70 orang Gangster dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka, jika tidak kuil mereka akan dirobohkan.

Propaganda dan fitnah terbaru ni pula memang tak boleh blah la, kononnya UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik kerajaan negeri dan tersebar di media mereka.

Persoalan aku nak bangkitkan sini, apa masalahnya kalau orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

Sakit celah mana pulak Pakatan ni ???

Sama seperti individu dan pertubuhan lain, UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang betul sepertimana yang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah.

Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti yang didakwa dan dituduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Jadi, dimanakah proceeding yang telah dilanggar ??? Dimana kesalahan mengikut undang-undang ???

Di Kota Baru pun, Nik Aziz tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.

Apa yang aku nampak, ni cuma permainan politik kotor dan sempit puak Pakatan di Selangor. Maklum lah, diorang dah tak ada kerja dan tak ada isu memandangkan PRU-13 just around the corner.

Yang pelik pula terutama di Selangor, puak lebai kera PAS ni sibuk-sibuk memBODOHkan diri mereka demi melunaskan dendam Khalid Jamban, Teng Chiam Kim, Anwar Chinadoll, Ronnie Liu dan lain-lain pencacai Pakatan Selangor.

Bukankah lebih baik PAS berusaha membela nasib rakyat Selangor yang ditindas oleh rakan sepakatan mereka. Sekurang-kurangnya, PAS akan dilihat seperti juara antara Pakatan. Senang sikit nak kuburkan PKR dan DAP dan bolehlah PAS berpeluang ambil jawatan MB atau PM kalau nak takluk Putrajaya !

Maklum je la, PAS pun dah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Di Selangor pun PAS cuma layak untuk jaga Adat dan Sukan je pun. Nak pegang portfolio Agama Islam pun tak layak der...!

Kalau benar-benar PAS nak perjuangkan Negara Berkebajikan, sila siasat apa yang jadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK, Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk muncul.

Tunjukkan yang PAS benar-benar membela rakyat dan perjuangkan Negara Berkebajikan memandangkan Negara Islam dah tak ada dalam perjuangan PAS.

Jangan sekadar jadi barua dan balaci melunaskan dendam rakan Pakatan yang nak membunuh Noh Omar !
Sumber : AAKJ

Thursday, April 19, 2012

VIDEO.!!! - PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA TANJUNG KARANG

Lebih 5000 orang yang datang dari 33 PDM Parlimen Tanjung Karang, 16 daripada DUN Sungai Burong dan 17 DUN Permatang termasuk orang ramai hadir ke Pelancaran Jentera Pilihanraya Tanjung Karang bertempat di Dataran Astaka Dewan Dato' Hormat, Tanjung Karang Pada 13/04/2012.

Pelancaran Jentera Pilihanraya Tanjung Karang telah disempurnakan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional turut sama Datuk Seri Hj. Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani selaku Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Dato' Hj. Samsudin Hj. Lias, ADUN Sungai Burong dan YB Hj. Sulaiman Razak, ADUN Permatang serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti dan sayap parti Barisan Nasional Parlimen Tanjung Karang.













Politik Dendam Kerajaan DAP Selangor Memakan Diri Khalid Ibrahim

Tidak dapat disangkal bahawa mutakhir ini Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Dato Noh Omar agak lantang dan kerap menimbulkan isu-isu yang mengganggu gugat kerajaan negeri Selangor.

Kritikan Noh Omar telah menjadikan SELCAT — yang mahu dipersembahkan kerajaan negeri kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik — terdedah sebagai hanya wayang kulit atau mesin basuh baju untuk bersihkan pemimpin dan kakitangan pro PR yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.

Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan banyak lagi yang lain-lain.

Sebagai kerajaan negeri yang mengaku diri mereka sebagai juara demokrasi sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan semangat demokrasi. Setiap isu seharusnya dikaji dan jika sahih, ianya diperbetulkan.

Ini tidak.

Mereka lebih berusaha untuk cepat dan segera untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan. Kadang kala, putarbelit bukan setakat menutup malu tetapi untuk membolehkan program menyamun diteruskan.

Masaalah perlonbongan haram pasir masih berleluasan hingga unjuran pendapatan yang dijangka jauh dari pencapaian. Bersama penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.

Mereka ungkit kata bawah BN pendapatan pasir sikit. Betul tetapi yang tidak diberitahu adalah BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.

Terima kasih tidak diharap dari kerajaan yang terbangun dari budaya demostrasi, semangaat anti establishment, penentang institusi kenagaraan dan politik jalanan yang tidak beradab, bersopan dan bertamadun.

Namun begitu, akibat kelantangan Noh Omar, nampaknya satu sikap berdendam pula yang dilihat datang dari pihak kerjaan negeri.

Peribadi dan kekeluargaan Noh Omar dicungkil. Gambar Noh dan anak-anak bersama disatu Majlis untuk bersantai disebarkan seolah-olah Noh sedang bersama gundik atau call girl.

Usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj. PBT diarah kacau projek tersebut. Gangster seramai 70 dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka dengan cara mahu diroboh kuil mereka.

Kini keluar pula fitnah bahawa UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik kerajaan negeri di media mereka. Apa masalahnya sini untuk sesuatu orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang sama seperti orang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah. Tak tahu bab UMNO TG Karang jual tanah tersebut tetapi kalau ianya boleh dilakukan atas apa sebab dan keperluan Bahagian parti politik itu, apa salahnya.

Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti dikatakan penuduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Adakah ada undang-undang yang dilanggar? Di Kota Baru pun, Nik Aziz tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.

Ini semua mungkin hanya permainan silap mata politik yang dibuat untuk membina persepsi buruk terhadap BN sebelum pilihanraya. Tuduhan yang belum pasti salah betulnya dijaja sana sini. Lepas pilihanraya, boleh dijangka ianya akan senyap dan sunyi begitu saja. Malahan laporan SPRM pun tiada dibuat.

Dari PAS sibuk membantu propaganda bodoh PKR dan menyampaikan dendam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pencacainya seperti Dato Teng Chiam Kim dan Ronnie Liu, lebih elok PAS siasat isu-isu tanah yang lebih melibatkan rakyat.

Oleh kerana PAS sudah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan hanya layak pada kacamata DAP dan PKR untuk jaga adat dan sukan, eloklah mereka siasat apa rakan mereka lakukan dalam kerajaan.

Siasat apa terjadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK, Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi menunggu masa untuk muncul. Ini lebih melibatkan rakyat.

Kata PAS tu parti kebajikan dan percaya kuasa rakyat. Kotakanlah kata-kata tu dan jangan jadi ejen dendam seorang yang susah nak bercakap dengan sempurna.

Sumber - sel13

Lengahkan p'raya kerana Pakatan belum tunaikan janji

KUALA LUMPUR - Keputusan Pakatan Rakyat yang mahu kerajaan negeri Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak mengejutkan kerana banyak janji-janji yang ditabur belum ditunaikan, kata beberapa ahli parlimen Barisan Nasional.

Bagi ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pertimbangan politik yang tersendiri berikutan pada masa ini, penduduk, khususnya di Selangor lebih menyakini kepimpinan BN yang lebih mengutamakan agenda rakyat berbanding agenda peribadi pemimpin Pakatan.

“Kalau Pakatan ingin melengahkan pilihan raya di Selangor itu menunjukkan mereka mempunyai agenda yang belum selesai, janji mereka yang tidak tercapai dan bagaimana usaha mereka perlu dibuat lagi untuk mengukuhkan jentera mereka yang agak kucar-kacir sekarang ini, prestasi yang begitu buruk oleh kerajaan di Selangor.

“Jadi banyak isu yang belum selesai itu antara sebab saya kira kenapa mereka mahu melengahkan pilihan raya di Selangor kerana itu menunjukkan bahawa kalau dibuat dalam masa terdekat parlimen, mereka (pembangkang) akan kalah di Selangor kerana seperti yang kita tahu rakyat Selangor sedang menunjukkan keyakinan dan menunjukkan pola sokongan kepada Barisan Nasional,” katanya.

Anwar hari ini selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen mahu DUN Selangor tidak dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat atas alasan kononnya daftar pemilih perlu benar-benar bersih.

Bagi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, Anwar terdesak membuat arahan itu kerana tidak yakin Pakatan mampu mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

“Dulu semasa Pakatan Rakyat menang di Selangor, saya kira berdasarkan pada senarai pilihan raya yang disediakan oleh SPR dan tidak ada timbul soal bersih ke atau tidak bersih, mereka sudah menang, jadi barangkali masa itu kita anggap bersihlah bila sudah menang.

“Jadi saya kira ini hanyalah gimik politik sahaja jadi mereka melambat-lambatkan pilihan raya negeri supaya mereka terus mahu memegang dan menerajui negeri,” katanya ketika ditemui di parlimen tadi.

Awang Adek selain itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya turut akan menambahkan kos perbelanjaan kerana negara terpaksa mengadakan dua kali pilihan raya bagi menentukan pucuk pimpinan pentadbiran negara.

“Saya rasa rakyat akan melihat ini sebagai satu usaha yang merugikan kewangan negara sampai perlu adakah pilihan raya dua kali yang mana sebenarnya boleh dilakukan sekali sahaja.

“Jadi saya rasa rakyat boleh memikirkan dan kira akhirnya rakyat akan menghukum dan buat masa ini percakapan atau perkiraan politik tidak penting kerana apa yang pentingnya ialah rakyat akan membuat penilaian dan membuat keputusan dalam pilihan raya,” katanya.

Malah menurut beliau tidak menghairankan atau mengejutkan pada saat-saat akhir sekiranya Pakatan membuat keputusan menarik semula hasrat mereka yang mahu menangguhkan pilihan raya.

“Jadi kalau hendak tunggu tiga bulan ke atau empat bulan ke tiada bezanya. Jadi saya rasa bagi saya ini adalah gimik politik sahaja dan kerana akhirnya mereka akan terus mengadakan pilihan raya pada masa yang sama kononnya mereka akan mengatakan mereka berbincang semula dan bersetuju kerana kesan negatif adalah lebih besar sekiranya kerajaan Pakatan di Selangor ini mengadkan pilihanraya yang berlainan,” katanya.

Sumber - AntaraPos

Wednesday, April 18, 2012

Peserta Ladang Nenas Akan Dibantu Selepas Tanah Dirampas Kerajaan Selangor

Kementerian Pertanian akan membantu peserta ladang nenas yang tanah mereka telah dirampas oleh kerajaan negeri Selangor dengan syarat tanah tersebut dipulangkan kembali supaya peserta dapat meneruskan penanaman mereka semula.


Monday, April 16, 2012

VIDEO!!! - Konvoi 'Gelombang Biru Anak Muda Kelab Warisan Tanjung Karang'.

13/04/2012 - Konvoi bermotor Kelab Warisan Tanjung Karang yang disertai seramai lebih 500 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda mengiringi YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO & Barisan Nasional dan Datuk Seri Hj. Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta selaku Ahli Parlimen Tanjung Karang bagi menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihanraya Tanjung Karang, di Dataran Astaka, Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang.



Sunday, April 15, 2012

Orang muda kini bersama BN

KLANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat BN membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.

"Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?" katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi Kampung Jalan Kebun di sini, malam tadi.

Beliau berkata perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

"Angin kencang akan meranapkan sesiapa cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor, yang ingin kembalikan BN di Selangor," katanya.

Pengerusi BN itu berkata tidak kira sama ada tua atau muda yang berhimpun beramai-ramai pada hari ini, yang penting adalah telah tersemat di hati masing-masing untuk memilih BN sebagai parti memerintah.

Sambil meminta mereka membuat perubahan itu pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada pilihan raya 2008.

Menurutnya antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri BN menghulurkan bantuan kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga yang pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Hanya BN yang boleh menjamin masa depan negara ini dan para pemimpin kami bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah negara yang lebih baik dan makmur menerusi ekonomi yang berkembang dengan begitu memberangsangkan, selain kekayaan baru dapat dijana dan dipacu.

"Negara lebih maju, rakyatnya lebih sejahtera kerana rakyat ada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi yang kita laksanakan. Lebih 300,000 (peluang pekerjaan) telah dan akan di disediakan," katanya.

Najib berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat ke hadapan satu era baru menerusi transformasi bukannya reformasi kerana transformasi adalah lebih baik daripada reformasi.

"Kalau tidak percaya, tanya Senator Ezam Mohd Noor (penaung Waris Malaya). Dia sudah tinggalkan reformasi kerana dia tak percayakan reformasi.

"Reformasi berakhir dengan baling kerusi, reformasi bersiri dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0 , Bersih 3.0. Transformasi (BN) membawa kepada perubahan kepada rakyat, kita lebihkan pekerjaan, kita berikan BR1M kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata gerakan reformasi hanya mengumpulkan orang di jalanan kerana ada yang kononnya hendak menjadi juara tetapi sebenarnya hanya menyusahkan rakyat.

"Tidak perlu demonstrasi jalanan tetapi berkumpullah secara aman tetapi yang penting mesti ada rasa tanggungjawab kerana bumi ini adalah bumi yang bertuah dan perlu dipertahankan," katanya.

Najib berkata berkata BN mampu membawa perubahan besar kepada Selangor jika ia kembali menerajui negeri ini.

Beliau menarik perhatian kepada pelbagai masalah yang berlaku di Selangor sekarang termasuk isu air bersih berikutan kegagalan kerajaan PKR menanganinya.

"Selangor tidak boleh dipisahkan daripada perubahan besar... susah jika Selangor dipegang oleh orang lain. Susah nak dapat kelulusan tanah, susah nak dapat bekalan air.

"Krisis air akan berlaku tidak lama lagi kerana ia (kerajaan negeri) menghalang Projek Langat 2. Kita (kerajaan Pusat) nak laksanakan tapi ia tak diberi development order (perintah pembangunan), ini akan menimbulkan krisis air," katanya.

Najib berkata para pelabur mula bimbang kerana sukar menambah kilang yang dapat memberikan peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor berikutan keengganan kerajaan Selangor meluluskan pelaksanaan projek itu, yang akan menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.

"Akan berlaku satu musibah yang berat kepada rakyat Selangor jika bekalan air tidak mencukupi. Perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perundingan tetapi jika tidak boleh, nampaknya ia perlu diselesaikan menerusi pilihan raya dengan memilih BN," katanya.

Pada majlis itu, Najib juga berterima kasih kepada konvoi belia bermotosikal yang mengiringinya semasa membonceng sebuah motosikal dari Tol KESAS Bukit Kemuning ke Kampung Jalan Kebun, di mana acara itu diadakan.

"Terima kasih kerana memberi saya pengalaman yang manis. Saya dapat pengalaman... seronok," katanya.

Pada majlis itu, Presiden Waris Malaya Sheikh Whessal Sheikh Ahmad berkata pertubuhan bukan kerajaan itu bermatlamat menjadi benteng dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengkhianat negara yang menjadi alat kepada kuasa asing.

Waris Malaya atau Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor ditubuhkan pada Disember tahun lepas.

Selangor rampas 25 tapak kekal pengeluaran makanan

TANJUNG KARANG (14/04/2012) -  Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan drakula, kerana sanggup 'menghisap darah' rakyat sendiri demi menjaga kepentingan politik.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan kerajaan negeri yang sanggup merampas tanah Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) milik 25 peserta di Taman Agroteknologi Bestari Jaya yang turut menyumbang kepada isu kekurangan bekalan air dinegeri itu.

"Kezaliman mereka terbukti. Tanah TKPM yang telah dibangunkan sejak 12 tahun lalu dengan hampir RM25 juta hasil pertanian dikeluarkan di sini, tetapi hari ini senang-senang dia keluarkan notis nak halau semua peserta.

"Kita sedar, tanah itu tanah kerajaan negeri, tetapi pembangunannya di kawasan tersebut melibatkan kementerian pertanian dan kita pun ada MoU (memorandum persefahaman).

Mengapa sekarang hendak dirampas? Sebagai Menteri pertanian, saya telah arahkan Jabatan Pertanian untuk mempertahankan TKPM ini daripada dirampas kerajaan negeri," katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Tanjung Karang, semalam.

Mengulas isu bekalan air yang gagal disediakan secukupnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sehingga menyebabkan hampir 129 projek yang diluluskan tidak dapat dilaksanakan, Noh berkata hal tersebut sebenarnya berpunca daripada kerajaan negeri sendiri.

Tambah beliau lagi, projek-projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan SYABAS berikutan bekalan air yang tidak mencukupi, yang mana rizab air syarikat konsesi tersebut dianggarkan 2.47%, berbanding anggaran secukupnya perlu mencecah 20%.

"Sebelum Barisan Nasional kalah (dalam PRU 12),kita sudah ada perjanjian dengan kerajaan negeri ketika itu (BN) bahawa kerajaan persekutuan akan membangunkan loji Langat 2 yang bernilai RM 3.6 billion. Tapi sehingga kini masih tak dapat dilaksanakan kerana kerajaan negeri kini (pakatan rakyat) masih belum sediakan tapaknya.

"Jadi, walaupun kerajaan persekutuan boleh bagi peruntukan tapi projek ini tak boleh nak dimulakan sebab belum ada arahan dari kerajaan negeri. Bahkan, kerajaan persekutuan terpaksa memperuntukkan hampir RM 600 juta untuk menaiktaraf beberapa loji tertentu untuk membekalkan air bersih di Lembah Kelang," terang beliau.

Berikutan itu, menurut beliau, hampir 12 ribu peluang pekerjaan yang sepatutnya disediakan daripada 129 projek perkilangan tersebut tidak dapat dilaksanakan bertitik tolak daripada permasalahan ini.

"Dapat dilihat Selangor sedang menuju kehancuran dan kemunduran apabila projek perumahan tak boleh mula, projek kilang tak boleh mula disebabkan masalah air," kata beliau.

Sumber - AntaraPos

Friday, April 13, 2012

Jentera pilihan raya perlu jadi cermin parti - Tengku Adnan

TANJUNG KARANG - Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diseluruh Selangor bertanggungjawab mengatur gerak kerja meyakinkan rakyat agar mereka kembali memberi mandat kepada parti itu untuk mengemudi negeri itu.

Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu jentera pilihan raya ini juga harus menjadi cermin kepada rakyat bertapa kerajaan BN hari ini jauh lebih sensitif terhadap masalah yang membelit mereka.

Beliau kemudiannya menambah, jika jentera pilihan raya itu agresif menjayakan apa jua trasformasi yang direncanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu kembali berada dihati rakyat.

"Pasti ada puncanya. Barangkali kita telah menjadi kerajaan terlalu lama, barangkali kita lupa diri, barangkali kita lupakan rakyat, barangkali kita rakus, barangkali kita lakukan perkara-perkara yang menyinggung hati rakyat.

"Namun, dengan adanya Perdana Menteri kita sekarang yang ingin terus merubah nasib dan pemikiran rakyat, dan kalau kita akur dengan saranan beliau, Insya-Allah Barisan nasional mampu menawan kembali kerusi-kerusi yang kalah," tegas beliau.

Tengku Adnan kemudiannya menggesa kesemua jentera pilihan raya samaada di kawasan DUN atau Parlimen menjadikan Parlimen Tangjung Karang sebagai contoh terbaik dalam usaha mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang? Tiap-tiap yang berlaku pasti ada sebabnya.Saya berharap agar kawasan-kawasan yang lain ikutlah cara Tanjung Karang agar menang dan mampu menawan kembali Selangor.

"Panggillah kawan-kawan kita dari 19 kawasan ini (naungan pembangkang) datang dan belajar dari Tanjung Karang bagaimana kita boleh rampas kembali kerusi-kerusi yang telah kita kalah," katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu, Tengku Adnan mengesahkan menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara
berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya lagi.

PEMAJU ROBOHKAN TOKONG DI KUALA SELANGOR! KERAJAAN SELANGOR TENGOK JER..???

Kekecohan yang berlaku petang tadi di Kampung Pasir Penambang, Kuala Selangor adalah berpunca dari pemaju di kawasan terbabit yang berkeras mahu merobohkan sebahagian bangunan milik Tokong Cina berdekatan.

Menurut penduduk tempatan, bangunan yang mahu dirobohkan amat penting bagi komuniti Tokong berkenaan.

Beberapa perbincangan telah dibuat dan telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak berkaitan penempatan semula dan pampasan tetapi setelah pembinaan bermula atas tanah berkenaan, janji-janji tersebut telah dimungkiri.

Lanjutan itu, penduduk tempatan dan komuniti tokong telah menentang pemaju yang mahu merobohkan rumah ibadat mereka.

Kekecohan bermula apabila pihak pemaju membawa lebih 70 orang samseng bagi menakutkan penduduk.

Kejadian berjaya dikawal oleh pihak polis dan Pasukan Simpana Persekutuan (FRU) dan sehinga petang tadi mereka yang terlibat berjaya disuraikan.

Wakil dari kerajaan Barisan Nasional, YB Tuan Hj. Sulaiman Bin Abdul Razak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang turut hadir bagi mendengar permasalahan yang berlaku.

Dimana wakil Kerajaan Negeri Berkebajikan dan kaitan mereka dalam kejadian ini akan saya bawakan dalam laporan selanjutnya... Tungguuuu....

PEMIMPIN CINA PENANG DEDAH GUAN ENG HASUT BUDAK SEKOLAH BENCI ORANG MELAYU???

Pegawai Penyelidik Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang David Yim Boon Leong menyelar tindakan Lim Guan Eng yang mengamalkan budaya Rasis malah seumpama Penjajah British menerusi Ucapan Ketua Menteri DAP itu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri tersebut.

Guan Eng dakwa beliau telah menghasut para pelajar sekolah agar tidak membaca akhbar berbahasa Melayu di Negara ini.

“Dia memang ada membuat ucapan sedemikian rupa apabila berkata dia tidak akan mengeluarkan peruntukan kepada sekolah yang mahu melanggan akhbar Berita Harian dan juga Utusan, melainkan Sinar Harian sahaja.

“Walaupun nampak kecil, sebenarnya ia sesuatu yang berunsurkan perpecahan. Hanya pada zaman British sahaja mereka mengasingkan kaum Cina, India dan Melayu.

“Tetapi pada zaman kini, kita tidak boleh lagi berbuat sedemikian seperti British, ia bukanlah perpaduan sebaliknya hanya pengasingan dan perpecahan,” katanya dalam laporan akhbar2 tempatan.

Yim berkata, seharusnya sebagai ketua menteri, yang juga pemimpin utama di negeri itu perlu mempromosikan perpaduan antara kaum.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia diumumkan secara terus terang kepada pelajar dan ibu bapa serta guru.

“Memang dalam ucapannya, nada Guan Eng seperti membuat lawak, tetapi bagi kami kenyataanya itu seperti satu ugutan apabila mereka (sekolah) hendak beli akhbar berkenaan tetapi dia tidak akan diberikan peruntukan,” katanya.

Bravo David Yim Boon Leong. Jika kesemua Pemimpin mengamalkan prinsip sebegini, percayalah, Malaysia bakal dijulang dunia sebagai sebuah Negara paling maju menghidupkan Perpaduan Kaum yang utuh.

Sumber - Gelombang Rakyat

Thursday, April 12, 2012

Jangan percaya dan diperdaya tiga janji palsu pembangkang

Rakyat dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan tiga janji palsu yang ditaburkan pembangkang dalam usaha mengejar angan-angan memerintah negara.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tiga janji berkenaan iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pasti tidak ditunaikan sekiranya pembangkang berkuasa.

Menurutnya, pembangkang seharusnya mendapatkan pandangan pakar-pakar ekonomi yang berwibawa sebelum melontarkan ketiga-tiga janji kosong itu kepada rakyat.

"Malah pembangkang sepatutnya menunaikan segala janji di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan terlebih dahulu.

"Saya percaya sebahagian besar rakyat semakin bosan dengan sikap pembangkang yang suka berdolak-dalik apabila gagal memenuhi janji di empat negeri tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.-Utusan Malaysia

Usahlah mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu pembangkang. Pembangkang sudah tidak mempunyai modal untuk menjadikan isu untuk PRU-13 yang semakin dekat. Lantaran itu, pelbagai strategi janji palsu yang ditabur bagi memancing undi sedangkan rakyat boleh menilai sendiri adalah sesuatu yang tidak masuk akal ketiga-tiga janji tersebut. Lihatlah sekarang, banyak janji yang ditabur dulu yang tidak dilaksanakan. Bagi rakyat bijak anda boleh menilai sendiri.

HOT NEWS !!! Amaran tsunami di Malaysia ditarik balik jam 10 malam ini

Indonesia menarik balik amaran tsunami kira-kira enam jam selepas gempa bumi kuat melanda bahagian utara Sumatera petang tadi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada negara-negara Lautan Hindi termasuk Malaysia.


VIDEO - GEMPA BUMI DI ACHEH