Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, September 8, 2014

BERITA PENUH - Semua mayat mangsa bot pemancing karam telah ditemui.

KUALA SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Selangor hari ini dihentikan setelah ketiga-tiga mayat kejadian kejadian bot pemancing karam itu ditemui.

Dalam operasi yang dijalankan sejak tengahari semalam, pihak penyelamat berjaya menemui 2 mayat mangsa.

Menurut Penguasa Bomba, PgB Jasni Yusof, Ketua Zon 7 Selangor, kedua-dua mayat tersebut dijumpai jam 8 pagi tadi kira-kira 500 meter dari lokasi bot karam manakala jarak antara dua mayat itu dipisahkan 20 meter.

Mayat ketiga pula baru dijumpai pada jam 2 petang tadi setelah pihak penyelamat bertarung dengan arus deras Sungai Selangor.

Semalam, sekumpulan pemancing seramai kirra-kira 29 orang dari Puchong, Selangor telah menyewa 9 buah bot memancing di Jeti Pengkalan Kudud, Tanjung Siam, kampung Kuantan dalam Daerah Kuala Selangor untuk beriadah.

Namun nasib malang menimpa mereka apabila sebuah bot yang dinaiki bersama tiga orang rakan telah terbalik dan mangsa telah dihanyutkan arus deras Sungai Selangor.

Menurut saksi, sejurus mereka melihat kejadian tersebut, mereka terus menghubungi orang kampung berdekatan untuk meminta bantuan namun gagal apabila arus deras terlebih dahulu menghanyutkan mangsa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi dan begegas ke tempat kejadian bersama anggota Polis dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) Kuala Selangor.

SUPT. Mohd Taib Bin Haji Ahmad, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor mengetuai Operasi Mencari dan Menyelamat tersebut bersama Pasukan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

No comments: