Live Blog Berita & Informasi Terkini
Friday, June 27, 2008
Pesawat Ringan Terhempas Depan Rumah

Labels:
informasi
Kapal selam diguna seludup kokain

Rakyat Colombia yang menyangka sudah menyaksikan semua taktik diguna pengedar dadah terkejut dengan penemuan baru itu iaitu penyeludupan kokain menggunakan kapal selam.
Labels:
seludup
KES BUNUH WANITA MONGOLIA
PAK LAH: NAJIB DAN ISTERI TIDAK TERLIBAT
Tindakan akan diambil terhadap blogger Raja Petra
Tindakan akan diambil terhadap blogger Raja Petra

Beliau berkata tindakan akan dikenakan ke atas blogger dan pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang membuat dakwaan itu melalui satu akuan berkanun.
"Saya tidak percaya bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam kes ini," kata Datuk Seri Abdullah kepada pemberita.Raja Petra telah menandatangani satu akuan berkanun awal bulan ini, mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Datin Rosmah turut memainkan peranan dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu, 28 tahun.
"Peguam Negara telah memberitahu saya bahawa satu siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap dia," kata Datuk Abdullah, merujuk kepada Raja Petra.
Sebelum ini, beliau menghadapi tuduhan menghasut kerana mengaitkan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan itu.
Seorang pengamat politik, Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Datuk Seri Najib, sedang dibicarakan atas dakwaan bersubahat dalam pembunuhan mendiang Altantuya. Dua pegawai polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, yang pernah bertugas sebagai pengawal peribadi Datuk Abdullah dan Datuk Seri Najib, menghadapi tuduhan membunuh mendiang.
Datuk Seri Najib telah berulang kali menafikan sebarang pelibatan dalam pembunuhan mendiang, yang mayatnya telah diletupkan dengan alat letupan.
Datuk Seri Abdullah berkata tindakan Raja Petra 'tidak dapat diterima', dan menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau pernah melihat satu laporan risikan tentera berhubung pembunuhan itu.
"Tidak, saya tidak ingat ada menerima apa-apa. Dia boleh kata apa saja tapi saya tidak melihatnya," kata Datuk Seri Abdullah.
Labels:
Altantuya
Subscribe to:
Posts (Atom)