Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, August 12, 2009

6 orang maut terhidu gas amonia di Tg. Karang

ANGGOTA bomba dan penyelamat menjalankan operasi ekoran kematian enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh setelah terhidu gas dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di Kampung Bagan Pasir, Tanjong Karang semalam.
Enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh maut setelah terhidu gas dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di Kampung Bagan Pasir, di sini semalam.

Empat rakyat tempatan yang mati dikenal pasti sebagai Lim Kean Chui, 35; Lim Kim Son, 54; Sia Liang Huat, 33, dan Gan Guo Yong, 27, manakala dua warga Bangladesh itu dikenali sebagai Sakender Ali Salam, 36, dan Mumin Mia, 20.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Zulkifli Joned berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dua pekerja Bangladesh itu memunggah ikan daripada sebuah dari empat kolah menyimpan ikan untuk diproses menjadi baja.

Semasa sedang memunggah ikan kedua-dua pekerja itu tiba-tiba rebah ke dalam kolah setinggi 2.43 meter itu, dipercayai kerana terhidu gas ammonia yang bocor dari sistem penyejukannya, katanya kepada pemberita.

Zulkifli berkata Kean Chui, adik kepada pemilik bangsal memproses baja itu bersama tiga jirannya iaitu Lim, Sia dan Gan bekejar untuk mengeluarkan kedua-dua rakyat Bangladesh itu tetapi mereka turut pengsan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Setibanya kami di tempat kejadian, didapati enam orang pengsan manakala lima lagi mengalami sesak nafas.

"Mengesyaki berlaku kebocoran gas ammonia, kami menjirus air ke kolah yang terbabit bagi melarutkan gas yang bocor," kata Soiman.

Beliau berkata, bomba juga mengarahkan 15 keluarga yang tinggal kira-kira 100 meter dari bangsal berkenaan supaya beredar dari kawasan itu buat sementara sehingga keadaan selamat.

Bomba dan pasukan Hazmat kini menyiasat punca kebocoran gas ammonia itu, katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan lima yang lain sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.

Mereka ialah tiga pekerja Bangladesh, Abdul Rashid, 32, Wadud, 36, dan Samsul Hud, 40, serta dua rakyat tempatan iaitu Yeon Kok Teng, 43, dan Teh Ah Low, 54.

Sementara itu kakak Gan Guo Yong, Gan Poh Teng, 34, berkata adiknya itu cuma hendak menolong jirannya, tetapi dia turut terhidu gas sehingga turut terkorban dalam kejadian itu.

Gan meninggalkan seorang isteri Chen Po Chien, 24, dan tiga anak berusia antara setahun dan lima tahun.

Sepupu Mumin, Kamal Mirda, 21, yang berkerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Kuala Selangor berkata Mumin yang berasal dari Dhaka telah bekerja selama tujuh bulan di Kampung Bagan Pasir.

Kamal berhasrat menghantar pulang jenazah Mumin ke Dhaka untuk dikebumikan. - BERNAMA

Ubat dari sumber babi di pasaran Malaysia

Oleh: asshafiee

"Pemberitahuan kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia
  • Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
  • Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
  • Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
  • Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine.
Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia

03-79573611

Rujukan dari http://www.asshafiee.blogspot.com"

Tuesday, August 11, 2009

FOREX - Marketiva Selangkah demi selangkah jana pendapatan lumayan..

Memperkenalkan sebuah perniagaan perdagangan mata wang asing atau yang lebih dikenal dengan Foreign Exchange (FOREX). MARKETIVA adalah urusniaga antarabangsa, profesional dan legal yang berkedudukan di Switzerland, urusniaga ini telah mendapatkan kelulusan antarabangsa dengan no. IBC CAP.291 REG.NO. 646819.
Kini melalui MARKETIVA anda tidak lagi perlu mempunyai wang dengan jumlah yang banyak untuk menceburi pelaburan dalam perdagangan mata wang asing, tapi cukup RM3.75, atau terpulang mengikut kesesuaian dengan keinginan dan kemampuan kewangan/modal anda. Malah ianya lebih menarik kerana anda boleh terus memulakan pelaburan ini tanpa wang sesen pun, karana apabila anda selesai mendaftar anda akan diberikan hadiah sebanyak US$ 5 sebagai modal awal.

menarik bukan..? kenapa anda tidak mencubanya sekarang..! semuanya MENARIK

Program pelaburan ini tidak hanya sesuai untuk golongan kaya atau atasan sahaja, tapi sangat sesuai untuk pelabur menengah ke bawah. seperti Karyawan, Peniaga kecil, Individu, bahkan untuk Mahasiswa/pelajar.
Klik banner di bawah ini untuk terus daftar di Marketiva

Pendaftaran ini tidak akan dikenakan sebarang caj, MENARIK bukan.? Anda hanya dibenar untuk membuka satu akaun sahaja, untuk menghidari pembuatan account ganda anda diminta untuk upload 2 buah ID anda (I/C, Lesen Memandu, atau Bil.), setelah itu anda akan mendapatkan 5$ setelah account anda di terima. Ketika melakukan pendaftaran anda akan diminta sebuah coupon untuk verivikasi affilate, kami telah menyediakannya untuk anda dibawah ini. Sila salah satu coupon yang disediakan (kalau tak boleh try yang lain sampai boleh).
COUPON PENGESAHAN
Q3UXEAEZA2, YDLZD9U7AN, 76P2Z4ESJC, XH1V9S3JJC, UANQK805N3, 9795N7QHV9, SIZ4M92VSH, 2K76HWRH43, E83SPK7ZM9, WQ0TOM8XAC, 463RD1SCPS, TWIK6G9O0J, YEMX8NT0P9, 2BVSO87Q52, W8YE7X5BTM, TWUEHT1C1P, 0XTXOKV0KA, JN8QY04V37

Sunday, August 2, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

Sumber - sabahdaily