Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, November 6, 2008

Penunggang Basikal Maut dalam kemalangan - Malaysiakini


Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan penunggang basikal menyebabkan penunggangnya seorang warga emas meninggal dunia ditempat kejadian. [Gambar Atas]
Kemalangan maut di Taliair Tiga Sungai Burong (Jalan Utama Kuala Selangor – Sabak Bernam) membabitkan sebuah kereta dan penunggang basikal . Kejadian berlaku pada pukul 3:30 petang tadi dipercayai apabila pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Tanjong Karang menghala ke Sekinchan gagal mengelak ketika mangsa yang menaiki basikal melantas jalan dan telah menyebabkan mangsa merupakan seorang warga emas meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Kesesakan kecil lalulintas di tempat kejadian juga berlaku seketika, bagaimanapun dapat dikawal semula oleh pihak polis dari Balai Polis Tanjong Karang yang tiba ditempat kejadian tidak lama selepas menerima laporan daripada orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Menurut sumber yang diterima daripada penduduk tempatan mangsa yang dikenali dengan panggilan Pak Ali Misai adalah bapa saudara kepada Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

MEMEY DAN ABBY - Malaysiakini



CUBA TENGOK BETUL-BETUL GAMBAR KAT ATAS TU. MUKA MEMEY SEIRAS MUKA ABBY.

CIDB akan latih 100,000 pekerja tempatan dalam sektor binaan - Malaysiakini

Kementerian Kerja Raya mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysian (CIDB) melatih 100,000 tenaga mahir dalam tempoh setahun selaras usaha mengurangkan buruh asing dalam sektor binaan.

Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata kementerian akan menyediakan peruntukan RM100 juta kepada CIDB untuk tujuan itu.

Lagi gambar hangat Abby dan Norman - Malaysiakini




Menjiwai kehendak remaja kini, saya tahu ramai yang mengikuti kisah rumah tangga Abby dan Norman dari dekat. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua mereka di lokasi pengambaran Gerak Khas beberapa hari lepas untuk tatapan semua. Mari kita doakan masalah kedua mereka dapat mencapai penyelesaian yang baik.

Garis panduan bersumpah cara Islam digubal - Malaysiakini

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan satu garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.
"Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 hari ini.
Soal sumpah menurut hukum Islam menimbulkan kekeliruan apabila bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 16 Ogos bersumpah atas nama alQuran di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun sumpah yang dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri.

Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam dan beranggapan sumpah yang ada dalam Islam ialah hanya li'an membabitkan suami isteri.

Ahmad Zahid berkata, apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas.

Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam.

Terdahulu seramai 139 pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan wang tunai, sijil dan plak daripada Zahid.