Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, February 7, 2009

PR kena akur keputusan Sultan Perak - Malaysiakini

Penyokong PR menghalang kenderaan rasmi yang membawa Raja Dr Nazrin ke Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam.
Pakatan Rakyat diminta akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang memperkenankan pentadbiran kerajaan Perak diambil alih oleh Barisan Nasional (BN), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mustapa Mohamed.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang harus dihormati, justeru pihak pembangkang perlu menerima sebarang keputusan yang telah dibuat.
“Saya harap mereka akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Baginda, kehidupan perlu diteruskan, kita ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Tuanku sudah buat keputusan jadi kita hanya teruskan tanggungjawab dan agenda kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel bertajuk “Priority Agenda For The Future” di Kuala Lumpur, hari ini.
Mustapa berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar serta tidak harus mengambil tindakan untuk menghalang Menteri Besar baru iaitu Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugasnya.


Rakaman demonstrasi penyokong PR - Malaysiakini
Mengulas mengenai sikap penyokong pembangkang yang bertindak di luar batasan sehinggga menyekat kenderaan kerabat diraja menghadiri istiadat angkat sumpah Menteri Besar semalam, Mustapa berkata, ia satu budaya yang tidak patut diamalkan di negara ini.
“Kita sangat dukacita dengan perbuatan demonstrasi jalanan seperti ini. Ini budaya asing dan tidak perlu diamalkan di negara kita, ia bukan budaya Malaysia, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus menentang budaya seperti ini,” katanya.

Apa kaitan antara yahudi dan dewa 19 - Malaysiakini

Anda ingin tahu apa yang tak kena dengan DEWA19 ini? Download file bawah nie..baca dan pikir buat renungan.

-ANTI ISRAEL-

9 ditahan hasut, demonstrasi di Kuala Kangsar - Malaysiakini

Polis menahan sembilan orang kerana menghasut dan menyertai perhimpunan membantah majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata ia berdasarkan maklumat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepadanya mengenai keadaan yang berlaku ketika majlis angkat sumpah itu.