Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, July 17, 2008

Khir hanya layak jadi Ketua Pemuda Kampung

Dari blog - raksasabn
Baru-baru ini penulis ada mendengar luahan hati Khir Toyo, di mana beliau akan membawa pembaharuan dalam kancah politik Umno sekiranya beliau memegang jawatan Ketua Pemuda. Bagaimana si Jawa tempe ini hendak membawa pembaharuan sedangkan dia pernah mengalami kekalahan yang besar dan memalukan di Selangor pada PRU yang lalu. Apakah beliau sudah terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa rakyat menolak beliau sebagai Menteri Besar Selangor, inikan pula sebagai Ketua Pemuda Malaysia.

Penulis lebih gemar mengelar Khir Toyo sebagai Si Jawa tempe kerana beliau bukanlah lahir dari golongan bangsawan seperti Datuk Hishammudin, Khairy Jamaludin dan Mukhriz Mahathir. Beliau hanyalah sekadar orang kampung yang sudah lupa pada asal usul silam beliau..

Dahulunya beliau pernah ke sekolah tanpa menggunakan sepatu(kasut) seperti kanak-kanak lain, mengambil upah mengali kubur untuk menyara yuran persekolahnya dan bermacam-macam pekerjaan yang telah dibuatnya sewaktu beliau dalam kesusahan.

Namun, sekarang kehidupan Khir Toyo sudah berubah dan kemewahan kini dikecapi. Dengan kemewahan yan kemampuan yang diperolehinya itulah dia mula mengubah fizikal yang telah sedia ada dianugerahkan oleh Yang Maha Esa.

Biarlah puluhan ribu dihabiskan untuk suntikan botox dan pembedahan plastik, asalkan penampilan yang segak dan kelihatan muda terjamin dan memuaskan hati. Modal kempen KP M'sia berteraskan yang dia bukan bangsawan dan hanya orang kampung. Tetapi hakikatnya kehidupannya ala Hollywood. Bersama kereta kereta mewahnya seperti yang dihadiahkan kepada Ketua Pemuda Taiping Tun Zailani dan sebuah Nissan Murano kepada Ketua Pokok Sena Aris Che Mat. Mana ada orang kampung bagi kereta mewah, kecuali orang kaya raya ala Hollywood. Tertanya lagi, botox dan pembedahan plastik budaya mana? Bukanya Hollywood USA?

Namun, Khir Toyo tetap mahu berdalih dengan mengatakan bahawa rahsia beliau muda tampan itu adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

Salasilah penyalahgunaan penggemar tempe ini bukan sahaja terhadap dirinya sendiri, malah ia juga berkepuk banyaknya semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dulu.

Isu rasuah dan salahguna kuasa Menteri Besar, Khir Toyo

Khir Toyo begitu tamak , apabila terdapat mana-mana kekayaan negeri, misalnya tanah dan projek jalan raya, terus dihumbankan semuanya kepada kroni, demi untuk mengutip kemewahan secepat mungkin. Lihat saja Khir memberikan projek jalan di Sekinchan, yang sepatutnya tidak melebihi RM50 juta tetapi meningkat kepada RM92.5 juta kepada kroni terdekatnya, seorang tauke Cina berumur 27 tahun, bekas tuan rumah sewanya dulu. Khir kemudiannya melantik seorang kenalannya, iaitu seorang ahli farmasi, Ahmad Termizi Teujeurry, sebagai wakilnya dalam Cabaran Wangsa Sdn Bhd, sub-kontraktor yang menjalankan semua kerja pembinaan itu.

Mengapa Khir memberikan tanah seluas 50 ekar yang bernilai tinggi di Kuala Langat kepada budak-budak berumur 20 tahun? Memang mengikut peraturan tidak salah memberikan tanah kepada pemohon yang berusia 18 tahun ke atas, tetapi bukanlah pelik budak-budak semuda itu sudah pandai dalam selok-belok mencari tanah kosong dan mengemukakan permohonan dalam masa cukup singkat, iaitu tidak sampai pun sebulan sebelum Khir meluluskannya. Disyakki mereka hanyalah penama saja dengan diberi sedikit bayaran saguhati, sedangkan keuntungan lumayan dipungut oleh orang-orang yang rapat dengan Khir.

Sewaktu selaku Pengerusi PKNS, Khir mendapat dua kali tawaran tanah PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang mana tanah dengan keluasan lebih 22,000 kaki persegi itu dijual murah kepadanya, dengan potongan 50 peratus. Pengurus Besar PKNS, Harun Salim terpaksa membuat tawaran kepada Khir kerana dalam satu mesyuarat PKNS, yang dipengerusikan Khir sendiri, Khir menyindir dengan pedas sekali pegawai PKNS dengan membangkitkan bahawa semasa beliau belum menjadi MB dahulu, segala permohonannya untuk mendapat tanah dengan PKNS ditolak mentah-mentah, "tapi sekarang bila aku sudah jadi MB ...."

Dalam kes ini, Khir juga telah berbohong di sidang DUN Selangor pada 31 Oktober 2001, apabila beliau menafikan ada menerima dua kali tawaran tanah itu dengan harga berbeza dan sekali lagi beliau berdusta apabila mengatakan beliau tidak mampu untuk membeli tanah berkenaan kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Segala dokumen berkaitan pembayaran yang dibuat oleh Khir kepada PKNS Bangi ada disertakan kepada BPR. Laman web Umno turut melakukan "lawak-jenaka" apabila mendakwa Khir hanya membeli tanah yang tidak laku dijual selepas dibuka kepada umum pada 1998 dulu. Ini kerana harga pasaran untuk tanah tersebut, paling kurang RM30 sekaki persegi, iaitu tiga kali lebih mahal daripada harga yang PKNS tawarkan kepada Khir. Maknanya, kalau Khir menjual kembali tanah itu kepada umum hari ini, dia boleh mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM450,000.

Sumber kewangan Khir semasa membayar semua baki pinjaman perumahannya sebanyak RM150,000 tunai di BBMB Kajang pada bulan Mac 2001, untuk rumah semi-D di No B22, Jalan Jati, Taman Bukit, Kajang turut dipersoalkan. Ini kerana, kalaupun Khir tidak membelanjakan walaupun satu sen elaun MB yang diperolehinya sejak September 2000, beliau tidak akan mampu membayar baki pinjaman itu. Sumber mendakwa aset Khir ketika itu hanya lebih kurang RM300,000 dan bukan semua dari jumlah itu dalam bentuk tunai. Tidak logik, misal kata seseorang yang mempunyai RM200,000 tunai sekalipun, untuk membayar pinjaman RM150,000 yang sebenarnya boleh dilunasi secara berperingkat-peringkat seperti dalam perjanjian asal.

Kelulusan tanah berulang kali kepada kroni yang rapat dengan Setiausaha Politiknya, Dr Karim Mansor juga dipertikai. Lutfi hanya mendapat maklumat daripada dua mesyuarat Exco yang diambil secara rawak. Dibimbangi jika diperiksa keseluruhan mesyuarat Exco yang dipengerusikannya, Khir mungkin telah meluluskan begitu banyak tanah yang bernilai tinggi dengan keluasan yang besar kepada kroninya. Harus diingat, bagi tanah, misalnya di Bukit Cherakah, seseorang yang mendapat satu ekar tanah, walaupun tanpa membangunkannya, iaitu dengan menjual terus kepada pembeli, beliau boleh mendapat keuntungan RM200,000 untuk satu ekar. Bayangkan, kalau 50 ekar, bukankah sudah untung RM10 juta dengan mudah sekali.

Khir juga pada 17-18 April 2001 telah meluluskan permohonan untuk mengusahasil kayu balak di Kompatmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, yang mana pengarahnya adalah Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim An, kroninya yang mendapat projek jalan di Sekinchan bernilai RM92.5 juta. Pua Kim An juga mendapat 100 ekar tanah di Shah Alam.

Timbul beberapa persoalan, mengapa Khir boleh meluluskan kawasan balak seluas lebih 1,200 ekar di kawasan hutan simpan itu, tadahan hujan itu. Dan didapati permohonan Pua Kim Seng hanya memakan masa singkat, lebih kurang tiga bulan sebelum Exco meluluskannya.

Khir bukanlah MB terburuk. Dikalangan pemimpin Umno, beliau juga mengamalkan rasuah, salah guna kuasa bagi mengumpul kekayaan buat diri dan suku-sakat masing-masing. Khir juga di sponsor oleh Tycoon balak yang dimiliki oleh bangsa Cina,Tan Sri Tiong Hiew Kong melalui Ketua Pemuda Kapar Faizal Abdullah.

Hari ini Khir Toyo dan penasihatnya hebat memerangi Tan Sri Mohd Taib yang mengambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor daripada beliau. Jika diukur daripada prestasi kedua mantan Menteri Besar Selangor ini, Tan Sri Mohd Taib adalah lebih baik jika prestasinya ketika memerintah Selangor cuma silapnya Tan Sri Mohd Taib terlibat dengan isu wang yang dibawa ke Australia. Semua manusia ada membuat kesilapan dan beliau telah pun dihukum kerana kesilapan itu. Walau bagaimanapun, prestasi Mohd Taib memajukan Selangor sememangnya tidak boleh dinafikan.

Jalan penyelesaian bagi menyelesaikan dan menutup mulut orang yang mengetahui segala rahsia ini hanyalah berkesan sekiranya beliau mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Dan dengan itu, jawatan Ketua Pemuda Malaysialah yang harus beliau dapatkan pada pemilihan Agung parti Disember ini.

Memang diketahui Khir Toyo tidak boleh duduk semeja dengan Hishamuddin. Akan tetapi Khir Toyo juga tidak sehaluan dengan Khairy Jamaluddin. Malah beliau dikatakan menjadi kuda tunggangan kepada Mukhriz untuk memangkah Khairy.

Hishamuddin sudah menyatakan pengunduran beliau. Khir Toyo dan Mukhriz pula dari awal lagi sudah angkat tangan menawarkan diri. Semakin hampir tarikh mesyuarat akan diumumkan, semakin resah calon yang telah menawarkan diri. Khir kini sudahpun membimbit beg-beg penuh berisi duit ke hulu hilir bersamanya bagi memudahkannya menyelesaikan segala urusan 'sukar'. Malah bukan sahaja beg berisi duit yang dibimbit bersama, dikatakan juga Khir ada membawa bomoh jawa semasa berkempen. Benar atau tidak hanya Allah s.w.t yang mengetahui.

Khairy Jamaluddin pula bila lagi? Mesyuarat cawangan sudah hampir dan hanya menunggu masa untuk diumumkan tarikhnya bermula. Adakah Khairy akan masuk bertanding nanti, ataupun Khairy hanya sekadar mempertahankan jawatan yang disandangnya selama ini? Kenapa Khairy masih belum mengumumkan hasrat beliau? Atau adakah, masih menunggu signal daripada Najib sendiri?

Khir ini memang hanya mahu menang KP M'sia untuk menutup rekod buruknya di Selangor dan laporan terkini, Khir sedang memujuk Mukhriz untuk menarik diri dan bertanding Majlis Tertinggi. Mukhriz pula terkial-kial, kerana sambutan di akar umbi dingin walaupon Pak Lah sudah memberi tarikh pengunduran. Nampaknya, selepas Tun Mahathir keluar UMNO, rating si Mukhriz susut banyak dan sedang berjumpa dengan Sanusi Junid dan Aziz Samsuddin untuk membantunya ke MT ataupon kemana mana sahaja.

Kesimpulannya mahukah pemuda menerima seorang pemimpin yang berfikiran penyapu untuk menerajui sayap UMNO yang mempunyai ahli-ahli yang dinamik ini dan ke manakah arah pemuda yang mahu dibawa oleh Khir Toyo sekiranya beliau berjaya menerajui kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ini.

Anwar bebas jaminan polis pagi ini, kembali ke IPK 18 Ogos

Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair sebentar tadi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi anggota polis selepas membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu malam.
KUALA LUMPUR - Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair sebentar tadi.

Beliau dibebaskan kira-kira 9.40 pagi tadi.

Tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap Anwar.

Pada 18 Ogos ini, Anwar akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau dilihat keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan meninggalkan premis itu dengan kereta yang dinaiki isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuju ke rumahnya di Bukit Segambut.

Anwar dilihat meninggalkan perkarangan IPK KL pada 9.45 pagi melalui pintu pagar belakang yang menghala ke Jalan Hang Tuah dengan menaiki kereta pacuan empat roda warna hitam.

Beliau dilihat melambai tangan dari dalam keretanya ke arah petugas media yang cuba mengejar kenderaan beliau.

Seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa, berkata Anwar ditahan sepanjang malam di dalam lokap kecuali ketika keterangannya diambil.

Sehingga dibebaskan, pihak polis masih terus mengambil keterangan daripada Anwar pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes itu, katanya.

Anwar ditahan pada 1 tengah hari semalam oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, 50 meter dari rumahnya di Segambut.

Bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Turut serta mengiringi Anwar adalah kereta yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Kira-kira 35 minit kemudian, beliau tiba di rumahnya sambil ditemani oleh anak-anak dan isterinya.

Menurut peguamnya, Sankara, Anwar mengadu sakit belakang disebabkan tidur di atas lantai ketika ditahan reman sepanjang malam tadi.

Oleh itu, beliau akan menerima rawatan doktor di rumahnya.

Anwar dijangka akan membuat sidang media pada pukul 2 petang ini di rumahnya.

Difahamkan sebelum Anwar dibebaskan beliau telah diambil keterangan, susulan proses semalam.

Kira-kira 45 minit kemudian, peguamnya, Sivarasa Rasiah tiba di IPK.

Sementara Sankara pula tiba pada pukul 8.50 pagi.

Katanya, salah seorang pegawai penyiasat polis menelefon beliau untuk memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini sejurus selesai memberikan keterangan kepada polis

Pasukan peguam Anwar telah mencuba untuk membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan atas jaminan polis sehingga tengah malam tadi.

Menurut Sankara, pegawai penyiasat itu juga berjanji kepada beliau di mana tahanan reman terhadap Anwar tidak akan dilanjutkan.

Turut serta adalah peguamnya yang ketiga iaitu Saiful Izham.

Pada pukul 9.30 pagi, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPKKL bersama tiga orang anaknya termasuk Nurul Izzah dengan menaiki kereta jenis Honda berwarna hitam.
Click here!

Pemuda UMNO, BN Turun Padang Tangkis Manipulasi Anwar

Oleh : Kazman Kamal
Kuala Lumpur - Pemuda UMNO bersama Pemuda Barisan Nasional (BN) akan bergerak secara bersepadu turun ke bawah untuk menerangkan isu-isu semasa terutama menangkis cubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalihkan isu liwat yang sedang dihadapinya sekarang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tindakan ini perlu bagi menghentikan taktik manipulasi kekeliruan dan simpati orang ramai terhadap isu sebenar.

Justeru beliau memberitahu Pemuda telah buat keputusan akan bekerjasama dengan Ketua-ketua Pemuda UMNO negeri membuat sesi penerangan terhadap isu-isu semasa pada minggu hadapan bermula di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Untuk menjadi penjelasan ini lebih efektif, kita (Pemuda) mesti bersatu padu menjadikannnya agenda lebih penting daripada lain-lain, terutamanya sekarang yang tiba musim pemilihan.

"Ini kerana tidak ada gunanya kita pegang jawatan dalam parti jika parti kita lemah dan tidak dihormati", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kelmarin.
Tambah beliau lagi, Pemuda juga menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang tidak mahu memberi kerjasama dengan pihak polis yang bertindak seolah-olah meletakkan diri melebihi undang-undang berhubung dakwaan liwat oleh pembantunya pada hujung bulan lalu.
"Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pun boleh tampil beri kenyataan, kenapa pula Anwar menolak, apa kelebihan yang dia ada, sedangkan jaminan yang dia sendiri minta pun telah diberikan," tegasnya.
Selain menangkis helah Anwar Ibrahim dalam isu liwat beliau berkata Pemuda juga akan memastikan segala manifesto yang dijanjikan ketika pilihan raya umum lalu akan ditunaikan.

Beliau turut memberitahu penubuhan lima sekretariat yang diumumkan lalu kini sedang giat dilaksanakan dan telah pun mendapat maklum balas bagi mencapai objektif.

Dalam pada itu berkenaan kenyataan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sedia berbincang dan bekerjasama dengan Pas berhubung beberapa kepentingan, beliau berkata Pemuda mengalu-alukannya demi hal-hal yang berhubung kait dengan pendidikan, agama dan agenda Melayu.
"Dalam kementerian Pelajaran juga terdapat sekolah-sekolah agama rakyat yang akan didaftarkan sebagai sekolah bantuan kerajaan (persekutuan) di mana MoU dijadualkan pada 20 Ogos ini, dijangka turut dihadiri Menteri Besar Kelantan", ujarnya.
Mengenai peralihan kuasa, beliau berkata Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional telah membuat ketetapan sebulat suara dan menyokong penuh formula peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang dijangka pada pertengahan tahun 2010 nanti.
"Sehubungan itu, kami akan memberikan segala kerjasama supaya pelan (peralihan kuasa) itu berjalan lancar, sopan dan tertib," katanya.
Pada masa yang sama, Pemuda UMNO kata beliau beranggapan tiada halangan sekiranya ahli parti mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini kerana hak berbuat demikian termaktub dalam perlembagaan parti.

Jelasnya walaupun peralihan kuasan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dimuktamadkan namun ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti.
"Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa dua isu yang berasingan, hak bertanding adalah hak individu", ujarnya.

Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6