Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, November 15, 2011

Angkat sumpah gengster - Pekida nafi terbabit

KUALA LUMPUR: “Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kami terbabit dalam upacara ‘ritual’ khas itu walaupun ada di antara ditahan itu menampal logo Pekida pada kereta mereka.
“Jangan ada pihak cuba mengaitkan kami tanpa bukti kukuh kerana Pekida tidak pernah menjalankan upacara karut seperti tarian ghairah untuk menyambut ahli baru dan kami juga adalah pertubuhan berdaftar,” kata Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan, pertubuhan itu turut terbabit dalam upacara angkat sumpah 307 ahli pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak yang disiarkan di muka depan akhbar ini, semalam.
Selain upacara angkat sumpah itu, semua mereka yang ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu turut dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum ditauliahkan menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.
Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang, Sabtu lalu.
------- LAGI ARTIKEL BERKAITAN -------
[..] Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu tindakan tegas diambil Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pelajar yang terbabit dengan ritual khas pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak, Sabtu lalu.[+]

Saturday, November 5, 2011

Mematikan Fungsi Facebook SMS RM1/Seminggu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyUQ6xbmPXK8k1zQLEu2-ymKO9uuwNsNR-yPRurPNhsNciOdFX-JdnT0qqG6Bpca3YhudENbWvH6L0eggigEYaeYUzmp0RJFtlzy82mut9dBgyqPepmrOumU9H00IyxYY_ja7Ob35vmx4/s400/Facebook-SMS-subscription.jpgRamai pengguna Facebook masa kini yang terpaksa membayar RM1 seminggu kerana mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Tanpa anda sedari Facebook memerolehi RM4 sebulan hasil daripada kesilapan anda sendiri.

Sebenarnya ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan ini tetapi mereka tetap juga di kenakan bayaran RM1 seminggu. Ini kerana kebanyakkan dari kita menggunakan telepon pintar untuk melayari internet dan Facebook. Jadi fungsi Facebook SMS ini tidak lagi releven.

Sebagai pengguna Celcom Prepaid, saya juga tidak terkecuali dari terkena masalah Facebook SMS ini. Tanpa menggunakan perkhidmatan tersebut, bayaran tetap dikenakan RM1 seminggu yang dipotong daripada baki prepaid.

Menjadi masalah bila ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk mematikan fungsi Racebook SMS ini. Setelah beberapa kali cuba dengan pelbagai cara tidak juga berasil untuk mematikan fungsi tersebut.

Setelah beberapa kali mencuba untuk mematikan fungsi tersebut, termasuk mencari maklumat di Internet, akhirnya saya menemui kaedah dibawa :

Hantar STOP FB ke 32665

Setelah mencuba kaedah di atas, akhirnya Facebook SMS telah berjaya dimatikan. Selepas ini saya tidak lagi perlu membayar RM1 seminggu.

Selamat mencuba..

Sunday, October 30, 2011

KEMALANGAN DI SEKINCHAN : Vespa Ranggie Dihimpit Kereta

SEKINCHAN : Sebuah kereta yang membelok secara tiba-tiba apabila ingin memasuki simpang telah henghimpit sebuah motorsikal vespa yang berada disebelah kirinya menyebabkan motosikal tersebut hilang kawalan sebelum tumbang. Walaubagaimanapun penunggang motorsikal terbabit hanya mengalami kecederaan ringan sahaja, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan berkalu di persimpangan perumahan Parit 5, Sekinchan, pada jam 10:00 pagi tadi.

Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam

Oleh: zharifjenn

Apabila disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean.

Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. (Gambar: Watak Hector Barbossa)

Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddinatau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpinDinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.


Pemandangan dari Gibraltar. Sebelah kiri Afrika dan Sepanyol di sebelah kanan.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M.Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.

Raja Ferdinand II Aragon

Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibunuh dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 batang kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificientyang telah berjaya menakluk Byzantium.


Reconquista (790-1300)

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanunBarbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean.

Watak Captain Barbarossa dalam Pirates of the Carribean

Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia dari tangan orang Islam. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan dengan membawa mereka ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia. Sultan Salim pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut penguasa bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj. Aruj menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen tetapi di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam. Pasukannya tewas namun Aruj sempat meloloskan diri disebalik ramai yang tertewas. Namun oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur di medan perjuangan.

Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers

Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa yang di bawah Aruj sebelum ini berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di tengah-tengah lautan. Lalu, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama dari Sepanyol. Akhirnya Hayreddin meminta untuk melalui Algeria supaya penguasa Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki. Mereka pun bersetuju, sehingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari iaitu pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin memimpin, ramai bangsa Moor di Andalusia diselamatkan iaitu dengan 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Hayreddin Barbarossa

Penguasa Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai lautan dengan kehebatan Hayreddin Barbarossa. Pada tahun 1529, di Pulau Penon, ketika azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid. Kejadian ini menjadi punca kepada peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria. Sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.

Hayreddin Barbarossa sedang mengadap Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah

Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulihRepublik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah (perairan Mediterranean). Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini. Untuk memahami simbol yahudi ini, pembaca boleh merujuk Rahsia Bintang Enam Israel.

Bendera kapal perang angkatan laut Hayreddin Barbarossa

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang Tunisia dengan 25,000 lebih kekuatan di dalam 500 buah kapal. Pertempuran tersebut amat dasyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.

Preveza, tempat berlangsungnya perang antara Andrea dan Barbarossa

Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih.

Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan penglibatan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dasyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya meloloskan diri dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit untuk diterima.

Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)

Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah. Barbarossa berangkat keMarseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30,000 tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.

Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara diConstantinople pada tahun 1545. Beliau meninggalkan anaknyaHasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai “Gazavat Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana digunakan untuk armadanya berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat bahawa Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan digeruni musuh dan disenangi kawan.

Friday, October 21, 2011

Maut ketika ingin melihat isteri di hospital kerana kemalangan

Tanjong Karang - Dua buah kereta bertembung menyebabkan seorang pemandu tersepit dan maut di tempat kemalangan, manakala seorang lagi pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Sebelum kemalangan pemandu yang maut itu dipercayai dalam perjalanan untuk melihat isterinya yang berada Hospital Tanjong Karang akibat kemalangan di Parit 7 Sekinchan dan mengalami cedera parah.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Toyota yang dipandu laju dari arah Sekinchan ke Tanjong Karang gagal dikawal oleh pemandunya sehingga memasuki laluan yang bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah Tanjong Karang ke Sekinchan. Kemalangan berlaku di Parit 3 Sungai Burong pada pukul 2:00 petang tadi.

Jentera Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan maut itu sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kemalangan turut menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas hampir 2 kilometer di kedua-dua arah, walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.

Sunday, October 16, 2011

Satu Platun Askar Korea Masuk Islam

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.

Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.

Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!

Posted @ www.isuhangat.net.

Saturday, October 1, 2011

KEMALANGAN DI BATU DUA KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR (29/09/2011 Khamis) - Kemalangan melibatkan dua buah lori menyebabkan pemandu salah sebuah lori terbabit cedera di muka dan tersepit. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuh lori muatan dua tan dari syarikat Ayam Dinding bersasarkan logo pada lori terbabit dari arah Kuala Selangor ke Tanjong karang yang merempuh belakang sebuah lori pasir dari arah yang sama, pemandu lori pasir terbabit dipercayai telah melarikan diri setelah berlaku kemalangan. Walaubagaimanapun punca sebenar kemalangan tidak diketahui.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut telah menghubungi pihak bomba dan ambulan serta memberikan bantuan kepada mangsa yang tersepit sementara menunggu bantuan bomba tiba. Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Selangor yang dikejarkan tiba ke lokasi kejadian telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit itu mengambil masa kira-kira tiga puluh minit.

Kesesakan juga berlaku akibat kemalangan itu, walaubagaimanpun telah berjaya dikawal oleh polis trafik dari IPD Kuala Selangor yang sampai ke lokasi bagi mengawal lalulintas.

Dua buah Ambulan dari Hospital Tanjong Karang dikejarkan hampir satu jam untuk sampai ke lokasi kejadian setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan telah membawa mangsa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

p/s - Agak mengecawakan ambulan dari Hospital Tanjong Karang yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, sedangkan jarak Hospital Tanjong Karang untuk ke lokasi boleh sampai mengambil masa 10 minit ke 15 minit sahaja. Orang-ramai yang berada di lokasi kemalangan juga ramai yang merungut disebabkan kelewatan pihak ambulan yang tiba ke lokasi untuk memberi bantuan. Diharap agar kelewatan seperti ini dapat diatasi pada masa-masa akan datang, kerana ianya melibatkan nyawa pada mangsa yang tercedera.

Monday, September 12, 2011

WARSHIP TOUR IN LUMUT OPEN NOW.!!!

HARGA TIKET :
DEWASA - RM15.00
KANAK-KANAK - RM12.00

Sunday, August 7, 2011

SEKINCHAN - REMAJA MENUNGGANG MOTORSIKAL TANPA LESEN MEMANDU TERBABIT KEMALANGAN

SEKINCHAN – Kemalangan membabitkan dua buah motorsikal di persimpangan Taliair Tujuh Sungai Leman petang semalam menyebabkan seorang penunggang warga emas mengalami cedera parah di kaki kanan, manakala seorang lagi penunggang hanya mengalami cedera ringan.

Menurut orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah motorsikal penunggangnya seorang remaja menunggang secara laju dari Tanjong Karang mengarah ke Sungai Besar gagal mengelak motorsikal warga emas terbabit yang sedang melintas untuk pergi ke masjid. Orang ramai dan penduduk tempatan yang berada di tempat kemalangan juga telah membantu mangsa yang cedera sementara menunggu ambulan tiba. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hopital Tanjong Karang manggunakan ambulan.

Ketika disoal di tempat kejadian, remaja terbabit yang berasal dari kampong Haji Razali Tanjong Karang dalam perjalanan untuk pergi ke rumah saudara di Sungai Besar dan tidak memiliki lesen memandu.

Kemalangan juga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas, namun anggota polis dan polis trafik yang tiba ke tempat kemalangan dapat mengawal keadaan lalulitas lancar semula.

Keadaan kedua-dua motorsikal yang terbabit kemalangan petang semalam.

Keadaan lalulintas ketika di tempat kejadian di Taliair 7 Sungai Leman, Sekinchan.

Keadaan salah seorang penunggang (Warga Emas)yang
terbabit kemalangan parah sebelah kaki kanan sedang
dibantu penduduk sekitar dan orang ramai sementara
meunggu ambulan tiba.

Saturday, July 2, 2011

Umat Islam Mengikut Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani.?

Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

H.R. Muslim

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah saw ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nashrani samaada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkan kami daripada mereka.

Saturday, June 18, 2011

Gempa bumi berukuran 5.1SR di Tarutung Indonesia

INDONESIA - Gempa ( tarutung, sibolga ) kurang lebih pukul 18.58 Wib Tarutung kembali dilanda Gempa dengan kekuatan 5.1 SR. data pusat gempa sebagai berikut yang bersumber dari BMKG : 18-Jun-11 18:58:00 WIB 1.78 LU – 99.14 BT 10 Km tidak berpotensi TSUNAMI Pusat gempa berada pada 31 km Tenggara TARUTUNG-SUMUT , 40 km TimurLaut SIBOLGA-SUMUT , 48 km BaratLaut PDGSIDEMPUAN-SUMUT , 61 km Tenggara BALIGE-SUMUT , 1228 km BaratLaut JAKARTA-INDONESIA ( asn ).

Tuesday, March 8, 2011

2 beradik rentung dalam kemalangan di Tanjong Karang

Keakraban dua beradik bekerja di tempat sama sebagai pegawai pertanian berakhir dengan kematian tragis apabila kedua-duanya rentung selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 57.5, Jalan Klang-Teluk Intan-Tanjung Karang, kira-kira 11 pagi semalam.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Selangor selepas sama-sama menghadiri kursus berkaitan pekerjaan mereka di Tanjung Karang.

Dalam kejadian itu, Mohd Fauzan Mohd Ayob, 20, dan abangnya, Khairul Amri, 26, yang memandu kereta rentung di tempat kejadian selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim, berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit, lelaki berusia 30-an, turut cedera.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Khairul Amri dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang berada di laluan bertentangan gagal mengelak dan merempuh kereta mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

“Kedua-dua beradik itu gagal menyelamatkan diri. Pemandu pacuan empat roda terbabit terselamat selepas dikeluarkan orang ramai di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam. - myMetro

Wednesday, February 16, 2011

AWAS.!!!! Kicap Kipas Udang Tiruan

Jaga-jaga ketika membeli kicap, terutamanya penggemar kicap kipas udang. Kerana setelah pemeriksaan dibuat, banyak peruncit yang menjual kicap kipas udang yang tidak asli.

Banyak produk tiruan sekarang ni dan kalau kita tidak ada sedikit ilmu, sukar untuk mengenalpasti sama ada produk itu asli atau tiruan. Jom kita lihat perbezaan antara yang asli dan tiruan kicap ni...

Jom kita tengok perbezaan tersebut :



















Wednesday, January 19, 2011

Mangsa Kejutan Elektrik Voltan Tinggi Perlukan Bantuan/Sumbangan Bantu Tampung Kos Perubatan

Oleh : Khairul Iqhmal

Bantulah Adik Hairuman

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya a...dalah golongan OKU.

Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.
Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :
162030632448 Maybank

Alamat:
no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,
tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor





Thursday, January 13, 2011

Kemalangan Van Dan Kereta Bertembung Di Parit 3 Sungai Burong.

TANJONG KARANG – Kemalangan van dan kereta bertembung di jalan utama di persimpangan Parit 3 Sungai Burong pada jam 8:30 malam tadi menyebabkan pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit mengalami kecederaan, dua buah jentera Bomba dari Sekinchan dan Tanjong Karang telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan pemandu van yang tersepit dan berjaya dikeluarkan dalam masa beberapa minit sahaja.

Menurut orang ramai yang berada ditempat kejadian, kemalangan yang berlaku disebabkan oleh sebuah kereta jenis Proton Gen2 dari arah Tanjong Karang yang secara tiba-tiba membelok untuk masuk di persimpangan menyebabkan sebuah Proton Wira yang berada dibelakangnya cuba mengelak dan gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah kereta van dari arah bertentangan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang menggunakan Ambulan dan juga kenderaan orang awam yang berada ditempat kejadian bagi menerima rawatan lanjut.

Kemalangan yang berlaku turut menyebabkan berlaku kesesakan trafik hampir satu kilometer di kedua-dua arah Sekinchan dan Tanjong Karang disebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berada di tengah-tengah jalan dan orang ramai yang berada disitu bagi membantu mengeluarkan mangsa yang cedera yang tidak tersepit. Walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.