Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, March 31, 2012

TERKINI.!!! - Rafizi Ramli Langgar Akta Bank & Institusi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah melanggar Akta Bank dan Insititusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) apabila beliau dengan secara tidak sah menyebarkan dokumen-dokumen peribadi dan sulit kepada media bagi tujuan disiarkan kepada awam dan penyiaran pada 7 Mac.

Menurut National Feedlot Corporation (NFCorp), sebagai seorang akauntan dan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales, dan juga ahli Insitutut Akauntan Malaysia (MIA), beliau sepatutnya tahu bahawa undang-undang melarang penyebaran dokumen-dokumen akaun bank peribadi dan sulit kepada awam.

Oleh yang demikian, NFCorp berkata tindakan Rafizi, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar secara kolektif mengadakan sidang media di mana dokumen sulit dan peribadi berhubung akaun serta pengadaran kredit didedahkan secara terbuka, perlu disiasat, dan sehubungan itu mereka wajib didakwa kerana melanggar BAFIA.


Bahagian XIII BAFIA menggariskan:

MAKLUMAT DAN PERAHSIAAN

Sekatan menyiasat secara khusus hal-ehwal pelanggan tertentu.

96. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 43 (2), dan tanpa menjejaskan kuasa-kuasa penyelidikan, pemeriksaan, penyiasatan atau siasatan yang diberi kepada Bank atau kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, tiada apa -apa jua dalam Akta ini boleh :-

(a) membenarkan Menteri untuk mengarahkan Bank; atau

(b) membenarkan Bank, supaya menyiasat secara khusus hal-ehwal mana-mana pelanggan individu mana-mana institusi berlesen.

Perahsiaan. 97. (1) Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, atau mana-mana biro luaran yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk mengusahakan mana-mana bahagian perniagaannya sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa jua pun rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, menzahirkan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan tersebut. Akta A954.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan tertentu institusi berlesen itu.

(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.


Pada sidang media tersebut, maklumat berserta dokumen-dokumen yang bukan hanya mengenai akaun bank NFCorp, tetapi juga akaun bank syarikat-syarikat berkaitan, termasuk mengenai akuan-akaun bank pengarah-pengarah syarikat telah diedarkan kepada wartawan.

Di bawah Jadual Empat, Seksyen 103, kesalahan melanggar Seksyen 97 (1) dan (3) membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

NFCorp juga berkata pihak bank juga perlu disiasat bersabit melanggar BAFIA kerana menyampaikan maklumat sulit pelanggan kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan. - klpos

P/S - Cukup mustahil Akauntan Bertauliah yang mendapat kelulusan dari ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales) dan ahli MIA (Malaysian Institute of Accountants) langsung tidak pernah belajar undang-undang berkaitan dengan BAFIA Act 1989, Akta Syarikat 1965.

Walhal subjek ini adalah mandatori dalam silibus para akauntan yang mahu mendapatkan tauliah dari ICAEW dan MACPA (Malaysian Association Of Certified Public Accountants)!

Ada dua kesilapan paling besar dilakukan Rafizi Ramli dalam kes ini:

1) Sabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan denda RM3 juta.

2) Lesen perbankan bank-bank berkenaan boleh ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia.


Rasanya Rafizi Ramli tidak mempunyai masalah untuk dipenjara dan membayar denda RM 3 juta ... namun bagaimana pula kepada nasib pekerja dan pelanggan bank jika sekiranya lesen perbankan ini ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia?

Rafizi Ramli belum tentu memikirkan sebab dan akibat (repercussion) tindakan yang beliau lakukan.

Eloklah jika sekiranya para pekerja bank yang terpaksa menganggur sementara akibat lesen perbankan bank berkenaan di tarik balik cari Rafizi Ramli ...

Sekolahkan budak Rafizi ni cukup-cukup.

Belum tentu seorang yang mempunyai kelayakan bertauliah sebagai akauntan pandai dan bijak ...

Friday, March 30, 2012

VIDEO!!! - Insiden remaja lelaki dipukul oleh penyokong pakatan rakyat di Karnival Terima Kasih Rakyat Kerajaan Negeri Selangor


Di atas adalah video yang menunjukkan penyokong pakatan rakyat yang didakwa telah memukul seorang remaja lelaki di Stadium Kuala Selangor. Pakatan rakyat dan mereka yang hadir begitu cepat menunding jari kepada UMNO/BN kononnya menghantar samseng upahan.

Cubaan Fitnah Datuk Seri Noh Omar...BLOGGERS PAKATAN RAKYAT GAGAL LAGI

Dato seri bersama keluarga tercinta dan BERTAUBATLAH kepada mereka-mereka yang memfitnah keluarga ini.

ADUN Sungai Burong gotong-royong baiki rumah uzur

TANJUNG KARANG 26 Mac - Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias terhadap penduduk yang kurang bernasib memberi harapan baru kepada sebuah keluarga di Kampung Kunci Air Buang di sini, untuk memiliki sebuah rumah yang lebih sempurna.

Seorang tukang kebun, Alias Azmi, 37, tidak menyangka rumah pusaka yang usang tempat dia sekeluarga berteduh akhirnya diperbaiki hasil gotong-royong penduduk kampung yang digerakkan oleh Mohd. Shamsuddin.

Menurut Mohd. Shamsuddin, beliau bersama skuad yang ditubuhkannya melibatkan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan anggota sayap parti Barisan Nasional (BN) berjaya mengenal pasti kesusahan keluarga itu ketika melawat kampung tersebut minggu lalu.

Hari ini, beliau bersama kira-kira 40 orang penduduk kampung bertungkus-lumus memperbaiki rumah Alias agar lebih selesa untuk didiami bersama keluarganya.

"Rumah ini terlalu usang dan orang ramai pasti terkejut apabila mengetahui keluarga Alias selama ini hidup berlantaikan tanah manakala keadaan dinding dan bumbung rumah juga hampir roboh.

"Insya-Allah dalam tempoh seminggu, kita akan simen lantai bahagian ruang tamu dan dapur rumah keluarga ini melalui gotong-royong serta khidmat tukang rumah yang kita lantik," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada program gotong-royong itu, Mohd. Shamsuddin turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM500 dan barangan keperluan harian.

Mohd. Shamsuddin berkata, program membaiki rumah usang tersebut merupakan antara aktiviti mendekati rakyat yang digerakkan beliau sejak mewakili DUN tersebut pada 2004.

"Kes keluarga Alias agak istimewa kerana kerana kami memperuntukkan sebanyak RM10,000 bagi memperbaiki rumah mereka berbanding peruntukan biasa iaitu maksimum RM5,000.

"Ini kerana saya lihat rumah keluarga ini terlalu usang dan memerlukan banyak kerja baik pulih," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsuddin berkata, melalui program mendekati rakyat, pihaknya telah berjaya membaik pulih lebih 300 buah rumah usang di kawasan DUN tersebut sejak 2004.

Selain itu katanya, setiap hujung minggu, beliau bersama anggota skuad khas mengadakan lawatan ke rumah- rumah penduduk dan menziarahi mereka yang sakit bagi memastikan golongan tersebut mendapat bantuan sewajarnya.

"Biasanya kalau kita dapat mengenal pasti penduduk yang patut diberikan bantuan, saya akan buat laporan bagi membolehkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat turun padang seberapa segera," katanya.

Penunggang cedera motosikal rempuh Myvi membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Myvi dari arah yang sama membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan motosikal yang ditunggangi mangsa bersama rakannya gagal mengelak dan merempuh kereta terbabit.

Mangsa yang cedera telah dibantu dan dibawa ke hospital Tanjung Karang oleh ramai yang berada di lokasi kejadian. Manakala pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan berlaku berhadapan persimpangan masuk Setesen Bas Jalan Sungai Kajang, Tanjung Karang pada pukul 9:00 malam tadi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

Skandal Noh Omar Antara Fitnah Dan Realiti

INILAH GAMBAR YANG CUBA DIFITNAH OLEH BLOGGER PEMBANGKANG. PEMBANGKANG DI SELANGOR SEMAKIN PANAS DENGAN PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN YANG DI BUAT OLEH NOH OMAR SELAKU TIMBALAN PENGERUSI BN SELANGOR.

Pembangkang cuba mengalihkan segala masalah dan penyelewengan PR di Selangor, dengan pembongkaran gambar ini pembangkang cuba mengunci mulut Noh Omar.

Pembangkang sekali lagi tersilap dan sekali lagi fitnah pembangkang terhadap Noh Omar didedahkan.

Gambar berdansa diatas adalah gambar Noh Omar bersama ISTERINYA dan bukan gambar skandal Noh Omar!!

Wednesday, March 28, 2012

Kantoi habis...bila rahsia bocor

Kata orang pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Dari segi prinsip semua Speaker baik Parlimen maupun Dewan Undangan Negeri kena bersikap adil semasa mengendalikan sidang masing-masing.

Namun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Kim kantoi habis Selasa gara-gara beliau tersilap semasa menghantar mesej sulit menerusi telefon Blackberry kepada semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat semasa sidang sedang berlangsung.

Dalam mesej sulit itu beliau meminta semua Exco mempromosi kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Teng buat silap besar dan rahsia tindakannya yang menyalahi etika sidang itu bocor kerana beliau turut hantar mesej berkenaan kepada ADUN Bebas Gombak Setia,Datuk Dr Hasan Ali kerana terlupa beliau bukan lagi Exco.

Makanya mesej sulit itu terus diketahui oleh semua ADUN BN yang sedang hadiri sidang. Akibatnya mereka bertindak memprotes kerana Teng telah langgar prinsip Speaker mesti bebas dan adil. Mereka menuntut Teng minta maaf tetapi beliau enggan.

Ekoran itu tujuh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai tanda protes. Ada yang kedengaran menyindir inilah contoh keadilan dan kebebasan yang dilaungkan oleh PR.

Tuesday, March 27, 2012

SUDUT INFO UMNO TANJUNG KARANG JADI TUMPUAN ORANG RAMAI


Orang ramai sedang membaca SUDUT INFO di Pejabat UMNO Bahagian Tanjung Karang yang menjadi salah satu alternatif sebaran maklumat aktiviti dan program Parlimen Tanjung Karang kepada orang ramai terutamanya pengudi di Parlimen Tanjung Karang.

Sebelum ini cadangan meletakkan papan info telah disuarakan oleh salah seorang ahli rangkaian sosial FB Parlimen Tg. Karang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Mahasiswa Kebanggaan Malaysia Mampu Cipta Pesawat MIG-29


Terbaik..!!! Baru je jumpa video ni. Bangga betul, dengan adanya projek2 mcm ni lah akan terjadinya satu impian untuk Malaysia punyai jet sendiri di masa akan datang yang 100% Buatan Malaysia setanding dengan pembuat2 Jet Yang hebat di dunia.

Monday, March 26, 2012

Tanah Tapak Kekal Pengeluaran Makanan TKPM Bestari Jaya Dirampas


KUALA SELANGOR 24 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta 25 peserta Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Taman Agroteknologi Bestari Jaya di sini supaya bertahan dan tidak mengosongkan tanah pertanian tersebut seperti diarahkan oleh kerajaan negeri.

Ini kerana, pihak kementerian akan menyediakan khidmat guaman bagi membela nasib mereka yang telah dianiaya selepas diberi notis untuk mengosongkan tanah pertanian itu bermula 14 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya akan membela nasib para peserta TKPM kerana mereka tertakluk kepada perjanjian persefahaman yang dibuat antara Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri pada 2000.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, mereka juga perlu mendapat pembelaan kerana telah membuat pelaburan besar untuk mengusahakan tanah seluas 141.6 hektar tersebut sejak 12 tahun lalu dan perlu melunaskan pinjaman bank.

"Sejak 2000, kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri telah membantu 25 peserta ini sehingga berjaya mengeluarkan hasil berjumlah RM25.3 juta dan mereka juga merupakan antara pembekal bahan pertanian di Lembah Klang.

"Tetapi apabila kerajaan negeri bertukar pemerintah, mereka sewenang-wenangnya mahu merampas tanah tersebut sedangkan ia telah diusahakan dengan susah payah.

"Kita akui tanah itu milik kerajaan negeri, tetapi kenapa bertindak kejam dan tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh pemerintah terdahulu semata-mata untuk kepentingan politik. Dahulu mereka kata kita lintah, tapi mereka dah macam drakula," katanya dengan nada sinis.

Noh berharap, kerajaan negeri mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan peserta TKPM sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sementara itu, saya minta semua peserta agar bertahan dan jangan kosongkan tanah dahulu," katanya.

Hari ini, seramai 25 peserta TKPM di Taman Agroteknologi Bestari Jaya membantah hasrat kerajaan negeri untuk merampas tanah yang pertanian yang diusahakan mereka sejak 12 tahun lalu.

Bagi menyuarakan bantahan tersebut, lebih 100 orang termasuk peserta TKPM, keluarga dan pekerja mereka mengadakan demonstrasi aman selama sejam di laluan masuk ke kawasan berkenaan bermula pukul 10.30 pagi.

Sunday, March 25, 2012

Sokongan Rakyat Di Selangor Terhadap BN Semakin Memuncak - Najib

HULU LANGAT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...?

"Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?...semua belum (ditunaikan) lagi.

"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 orang pada majlis bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan.

"Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta kepada 3,578 mangsa banjir di Parlimen Hulu Langat dan Ampang.

Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.

Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.

Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.

Isu Jeti Haram- LKIM Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Tindakan Undang-Undang akan diambil oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia terhadap akhbar rasmi kerajaan Selangor iaitu Selangorkini atas dakwaan mengeluarkan dakwaan bahawa satu jeti haram dibina di Tanjung Karang Selangor.

Perkara tersebut dinyatakan oleh DS Noh Omar ketika berucap di Majlis Penyampain Elaun Bulanan kepada nelayan Kuala Selangor.

Friday, March 23, 2012

DAH DEN KOBARKAN BAB MENDAFTAR MADANG YO LUPO

Mak oii.!!! kenapo ramai sangat tak daftar sebagai pengundi? Jumlah 3.7 juta bolum daftar sebagai pemilih satu angka yang cukup bosar tu. Den bukannya apo kadang polik tengok perangai sesetongah dari kita to ni. Kalau bercakap pasal politik sampaikan tal ingat dunia. Tapi dalam bab-bab mendaftar sebagai pemilih jatuh dalam fikiran kelas ketigo.

Apo susah sangatkah nak mendaftar ni? Yolah sesotongahnya bilo cakap berdogar-dogar soal pembangunan termasuk kutuk pemimpin macam-macam tapi dalam bab-bab mendaftar jatuh nombor corot. Kadang-kadang Den ni dah malas nak bercakap pasal daftar pengundi ni sebab hari-hari televisyen cakap perkaro ni.

Memang selalu juga Den bising dengan anak-anak buah meniago kek mana pun jangan lupo mendaftar. Kadang bilo Den ke pokan Sekinchan dan singgah jap di Tanjong Karang siap tinggal posan kepada anak-anak buah jangan lupo poi ke kaunter pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar. Ni... berceramah poi sana sini tapi dalam bab mendaftar madang yo lupo. Kalau duit tak lupo pulak?

Den ni kalau mau berkato-kato dalam blog ini sukalah ambil posanan orang-orang tua dulu katonya, bakato paliharo lidah, bajalan paliharo kaki, lidah tataruang ameh padanannyo, kaki tataruang inai padanannyo, mangango mangko mangecek, malangkah mangko bajalan. Apo.?? Tak faham bahaso Den? Kalau tak faham poi bukak kamus bahaso Minangkabau. Yolah... dah bosar godang pun Den masih lai nak ingatkan pasal daftar pemilih ni.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

Hassan Ali Bidas MB Selangor Isu Murtad


21/3/2012 - Wakil rakyat bebas, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mempertikaikan penjelasan kerajaan negeri yang disifatkan tidak serius dalam menangani gelaja murtad di kalangan umat Islam di Selangor.

Beliau berkata, sikap itu dilihat menerusi penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang mana menyatakan akan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menangani masalah itu kepada keluarga dan rakyat.

Katanya, langkah meletakkan penyelesaian masalah itu kepada keluarga dan rakyat bukanlah satu pendekatan yang baik kerana kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan gejala itu daripada terus berleluasa.

"Saya merasakan tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar (Abdul Khalid) selaku Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam negeri meletakkan kepada keluarga dan rakyat untuk menangani masalah murtad.

"Bagaimana dengan tangungjawab kerajaan negeri. Kerajaan negeri ada kuasa untuk tangani gejala ini, sepatutnya mereka perkasakan juga agensi penguatkuasa agama Islam dengan menambah bilangan anggota.

"Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah unit khas bagi menangani gejala murtad seperti mana yang dilakukan dalam penguatkuasakan gejala zina, arak dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 21, 2012

Menjawab Isu Umno Tanjung karang Jual Tanah - Mohd Kifli (Aboy)

Inilah tanah yang saya nak bangunkan hotel dan komersial, tapi tak diluluskan oleh ahli majlis yang bernama Haji Misran, hasil penjualan tanah ini dah pun umno beli 2 buah rumah kedai serta sudah menikmati pulangan sewa dan fix deposit untuk faedah ahli-ahli umno sampailah bila-bila...tetapi saya yg membeli tanah ini telah mengalami kerugian selama 6 tahun berjumlah hampir rm500 ribu jika dikira faedahnya 8% setahun.

Tujuan saya beli tanah ni dahulu hanyalah untuk menbangun dan menggiatkan ekonomi di kampung kita ini dimana idea utk membangunkan tanah ini adalah dari Datuk Seri Hj Noh Omar bersama saya pada tahun 2005 dan pembeliannya dilaksanakan pada tahun 2007.

Di sinilah tercetusnya idea untuk membina hotel, tetapi pihak institusi kewangan sukar untuk membiayai jika semata-mata membina hotel kerana kadar pulangannya adalah berdasarkan kpd (occupancy rates) dan pulangan break even mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun. Oleh itu seseorang harus menjadi pelabur utuk membangunkan ekonomi di kampung kita, (tetapi siapa yg berani melabur?) sebagai ahli perniagaan yang dah lama berkecimpung dalam bidang hartanah selama 17 tahun saya menyedari risiko yang akan saya hadapi tetapi, kalau melayu tak berani sampi bila melayu nak maju, saya nak buktikan bahawa anak melayu berani mati dan kerana itu saya mengambil keputusn utk membeli tanah ini.

Dengan membangunkan tanah ini akan mengujudkan peluang pekerjaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan dalam bidang elektrikal, landskap, cat, pembersihan, maintenance, house keeping, banquet dan lain-lain. Manakala tingkat atas hotel akan dibuat konsep rooftop dimana peniaga boleh berniaga di atas selain daripada coffee house.

Rakan-rakan sekelian, saya bukannya dapat projek tetapi keluar modal pula semata-mata kerana bangsa agama dan negara, fikir-fikirkanlah dimanakah letaknya kecerdikan dan kurangnya pengetahuan Haji Misran ini yang mana akan menampakkan kelemahan diri sendiri yang tidak tahu bezakan antara politik, perniagaan dan keutamaan bangsa dan masyarakat di kampungnya sendiri, beliau gagal mengenepikan nafsu busuk hati dia itu kerana tewasnya dia kepada syaitan. Biarlah kampung kau tak maju janji dia puas hati dengan kepentingan politik dirinya dan bertindak tanpa ikut akal fikiran yang rasional..

Begitulah luahan hati sdr Mohd Kifli bin Abu Samah yg lebih dikenali sbg Aboy.

MESTI TONTON.!!! Skandal Pasir Selangor ibarat 'ketawa hari ini, menangis esok hari' - Satim Diman

Betulkah BN boleh rampas balik negeri-negeri dikuasai pembangkang??

Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh untuk yakin bahawa Barisan Nasional mampu menguasai semula negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut penganalisis politik.

Mereka melihat momentum sokongan rakyat yang kian menebal kepada BN setelah Perdana Menteri melaksanakan pelan transformasi negara bukan sahaja dibuat dengan bersungguh-sungguh tetapi juga jelas telah memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Faktor itu, kata mereka, berperanan sangat penting untuk mengubah gelombang sokongan rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi rakyat kini berasa mempunyai hubungan yang 'dekat' dengan Perdana Menteri dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saban minggu turun ke padang untuk meninjau dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

"Saya melihat sokongan rakyat kepada BN semakin pulih kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah menyeluruh dan adil kepada semua termasuk kaum-kaum minoriti," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia.

Bernama melaporkan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu berkata amalan bersemuka dengan rakyat telah membuahkan hasil di mana setiap kali pemimpin BN turun padang ada sahaja peruntukan yang diumumkan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Prof Ahmad Atory berkata kenyataan Najib pada Ahad lepas mengenai keyakinan BN untuk kembali memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada PRU ke-13, adalah satu kenyataan yang berasas.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri tidak akan bercakap kosong sebaliknya ia bersandarkan kepada maklumat yang diterimanya daripada pelbagai pihak selain angin perubahan yang boleh dirasainya sendiri semasa program turun padang dan beramah mesra dengan rakyat.

Menurut beliau, Perdana Menteri berani berkata demikian kerana dasar transformasi yang dilakukan kerajaan semakin diterima rakyat dan ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menarik minat rakyat.

Bantuan langsung lain termasuklah RM100 untuk setiap murid sekolah, RM200 baucer buku bagi pelajar institusi pengajian tinggi hingga ke bantuan pukat dan bot serta rumah untuk nelayan.

"Saya pun yakin BN mampu menguasai negeri-negeri ini," kata Prof Ahmad Atory.

Keyakinan serupa turut dilahirkan Mohamed Hafez Hamid, 29, seorang anggota akar umbi Umno di Shah Alam, berdasarkan kepada apa yang dilihatnya sebagai perubahan positif generasi muda yang tidak lagi segan menghadiri majlis-majlis BN.

Melalui pemerhatiannya, BN turun padang dengan keikhlasan untuk menyelami sendiri kehendak dan hasrat rakyat, menyelesaikan masalah setempat dan berkongsi idea serta perancangan pembangunan untuk masa depan negara dan generasi akan datang yang lebih cemerlang.

"Bagi orang muda seperti saya, cerita mengenai masa depan negara kita yang lebih baik, itulah yang ingin saya dengar dan hayati. Programnya mesti konkrit. Retorik dan fitnah atau tuduhan melulu dah tak main dah," katanya.

Beliau setuju dengan pandangan Prof Ahmad Atory bahawa pemberian terus bantuan kepada rakyat terbukti satu bentuk usaha memenuhi hasrat rakyat, yang disambut baik hatta oleh penyokong pembangkang sekalipun.

Prof Ahmad Atory berkata pemberian langsung ini dapat dilakukan kerana kerajaan BN memang berkemampuan hasil kebijaksanaan menguruskan wang negara.

"Keikhlasan Perdana Menteri dan kerajaan BN pula terbukti apabila belum pun berkuasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, BN sudah pun beri bantuan. Kalau dah berkuasa nanti, bermacam-macam lagi bantuan yang BN boleh berikan. Ini adalah ciri kerajaan yang adil dan prihatin.

"Sedangkan kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang, apa yang rakyat boleh dapat? Hanya mendengar maki hamun?" katanya.

Prof Ahmad Atory juga optimis BN mampu memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat berdasarkan sokongan yang semakin memuncak kepada BN.

Prof Dr Jayum Jawan, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, pula berkata kenyataan Najib mengenai keyakinan menang di negeri-negeri pembangkang itu adalah langkah awal serangan yang sudah cukup untuk melemahkan pembangkang kerana selama ini pembangkanglah yang sering menyerang BN bertubi-tubi.

Katanya Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN mahu melihat semua pemimpin dan anggota parti juga bertindak berani menampilkan keyakinan yang seterusnya boleh meningkatkan pula keyakinan pengundi kepada BN serta tidak lagi membiarkan pembangkang terus menerus menyerang BN.

Apakah kesannya keyakinan Najib itu terhadap parti lawan?

"Saya melihat pembangkang mula gelabah dan mula melancarkan perang psikologi dengan memasang bendera parti seolah-olah esok dah nak pilihan raya. Sebenarnya rakyat semakin menjauhi pembangkang," kata Prof Ahmad Atory.

Tuesday, March 20, 2012

Kelab Putera 1Malaysia Bantu Mangsa Banjir

Banjir yang melanda kawasan Lembah Jaya Utara atau Bukit Belacan beberapa minggu lalu adalah yang paling teruk.

Banyak rumah dan harta benda penduduk musnah.

Atas keperihatinan itu, Kelab Putera 1Malaysia, KP1M dan Barisan Nasional Parlimen Ampang mengadakan gotong-royong membantu mangsa banjir di kawasan terbabit.

KP1M juga menyerahkan 700 biji tilam kepada 350 keluarga terbabit.

Tilam-tilam itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Projek ini diselia dan diketuai oleh Ketua Seketariat KP1M, Farid Hassan.

Najib Terus Berahsia Bila Pilihan Raya Umum Ke-13

KL - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Perdana Menteri berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini Isnin malam.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Monday, March 19, 2012

Beri tumpuan pengundi atas pagar

KL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat dengan memberi tumpuan terhadap kumpulan pengundi yang berada ‘di atas pagar’

Beliau berkata, kumpulan pengundi tersebut tidak harus diabaikan kerana sebahagian besar daripada mereka kini sedang membuat penilaian terhadap parti kerajaan dan pembangkang.

‘‘Walaupun kita tahu di mana kita boleh dapat sokongan dan kita tahu di mana pembangkang hendak dapat sokongan tetapi kita perlu ingat ada sebahagian besar yang belum membuat keputusan.’’

‘‘Mereka sedang menilai kelebihan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan tetapi jangan kita abaikan peranan mereka, jadi usaha kita ialah turun padang dan pergi menemui mereka,’’ katanya dalam ucapan perasmian Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Muhyiddin berkata, usaha menemui kumpulan atas pagar perlu dilakukan segera kerana tempoh masa yang sudah terbatas.

‘‘Tempoh masa yang ada di hadapan kita tidak lama, apa pun keadaan kita tidak mempunyai banyak masa dan dalam tempoh terbatas ini banyak kerja yang kena kita buat,’’ katanya.

Kempen Asalkan Bukan Umno aka ABU Ditentang Blogger KerajaanRakyat Pro-Pembangkang

Asal Bukan Umno (ABU): Kempen songsang berniat jahat terhadap Bangsa Melayu!

Sejak kempen Asal Bukan Umno (ABU) dimulakan, kegilaan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan pentadbiran kerajaan Malaysia seolah berpesta meraikannya. Hampir kesemua blog dan media pro Pakatan Rakyat menjulang kempen tersebut seolah mereka merayakan kejayaan besar bagi negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apa yang lebih mendukacitakan dan jelas kesongsangannya adalah rata-rata masyarakat Melayulah yang begitu ghairah mendendangkan slogan atau kempen tersebut. Samada di Blog atau di Facebook, kalangan Melayu yang kononnya bersemangat untuk melihat perubahan pentadbiran negara ke arah yang lebih telus, berwawasan, jujur dan cekap telah mempromosikan slogan / kempen Asal Bukan Umno (ABU) tanpa menyelidik agenda jahat disebalik kempen tersebut.

Kerajaan Rakyat akan dedahkan agenda jahat yang telah berjaya disemai olih kelompok manusia songsang ke dalam kotak minda mereka yang menjaja kempen Asal Bukan Umno (ABU) ini. Amat malang Melayu terlalu mudah terpengaruh dengan kempen-kempen songsang seumpama ini! Apa yang jelas, matlamat akhir kempen Asal Bukan Umno (ABU) adalah menjurus ke arah menjahanamkan Bangsa Melayu dan menghakis kefahaman masyarakat terhadap kesucian agama Islam.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Rakyat tidak sama sekali menafikan bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah parti yang diterajui olih pemimpin Melayu yang membudayakan rasuah, penyelewengan kuasa, pendustaan, pengkhianatan sserta perkosaan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Nusa tercinta.

Pendedahan agenda songsang pencipta kempen Asal Bukan Umno (ABU) akan didedahkan di sini dalam sedikit masa lagi.

Salaam Perjuangan
Blog - kerajaanrakyat

Apa cerita pertemuan PM dengan Wanita UMNO Jumaat ini ??

Pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wakil Pergerakan Wanita UMNO dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Jumaat ini dijangka akan dapat meleraikan beberapa isu mengenai kedudukan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terus menerus cuba dijolok oleh pembangkang.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO Isnin untuk mengumumkan mengenai pertemuan penting itu,Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menegaskan pergerakan itu tetap utuh dan mantap sekalipun berdepan dengan serangan itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar dan sebilangan Exco pergerakan itu.

Katanya tindak tanduk itu tidak menghairankan kerana pembangkang sangat berhajat untuk melemahkan pergerakan itu melalui apa cara sekalipun.

Menurut Tengku Adnan pembangkang kini cuba sedaya upaya cuba mengambarkan apa saja salah UMNO sedangkan mereka sendiri ‘ hampas’.

Beliau menjelaskan semasa pertemuan di Dewan Merdeka PWTC nanti Perdana Menteri bukan sahaja dijangka menyentuh isu Shahrizat tetapi juga memberi penerangan mengenai pelbagai isu politik semasa.

Ditanya mengenai adanya satu dua suara dikalangan ahli pergerakan Wanita sendiri yang dilaporkan meminta Shahrizat letak jawatan Ketua Wanita UMNO,Tengku Adnan kata mereka tidak wajar menari ikut rentak pembangkang.

Beliau meminta seluruh ahli UMNO berpadu dalam hal ini dan tidak ‘bercakap di luar’.

Setiausaha Agung UMNO itu mengingatkan pada hakikat bahawa Shahrizat cuma isteri kepada Pengerusi NFC sahaja.

Lagipun, Ketua Wanita adalah jawatan yang dipilih menerusi pemilihan dan ini berbeza dengan jawatan menteri dimana beliau dilantik.

Pemandu sebabkan kematian Rafizi dihadap ke mahkamah

KL - Pemandu yang menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah II dekat Taman Melawati pagi semalam dijangka dituduh di mahkamah hari ini jika Tim. Pendakwaraya menerima kertas siasatan yang telah dilengkapkan.

Ketua Polis Derah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pemuda berusia 20 tahun yang telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bakal dituduh kerana menyebabkan kematian Rafizi Hamdan, 37, di tempat kejadian pada pukul 7.50 pagi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Muhyiddin Mahu Jentera Sokong Siapa Saja Calon BN

KUALA LUMPUR (18/3/2012) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan padu kepada siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya ini kerana kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan amat bergantung kepada sokongan jentera parti dan apa yang penting ialah kemenangan parti, bukannya calon yang bertanding.

"Bila sampai masanya pucuk pimpinan membuat keputusan siapa calon yang akan diletakkan di kawasan kita, tentulah keputusan itu tidak dibuat dengan terburu-buru dan pastinya ia pilihan yang terbaik.

"Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan UMNO, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN," katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan (WP), berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihan raya Wilayah Persekutuan di sini.

Berucap di hadapan lebih 3,000 anggota UMNO WP, Muhyiddin berkata memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan dalam waktu terdekat, jentera parti WP juga perlu menggiatkan usaha untuk menemui seberapa ramai pengundi bagi mendapatkan sokongan mereka.

"Yang penting dalam pilihan raya adalah pengundi, pengundi itu adalah raja, pengundi yang menentukan nasib kita. Kekalahan kita yang lalu adalah mungkin kerana pengundi melihat kita tidak berusaha dan tidak mengambil langkah proaktif untuk membela mereka," katanya.

Beliau juga percaya senario politik pada masa ini lebih menyebelahi BN hasil program transformasi yang diperkenalkan kerajaan yang banyak membantu mengurangkan beban rakyat.

"Saya yakin di Wilayah Persekutuan, bukan saja beberapa kerusi yang kita berikan tumpuan boleh menang, tidak mustahil untuk kita memenangi kawasan-kawasan yang dikatakan hitam...tapi dengan syarat kita bekerja lebih bersungguh-sungguh," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata anggota UMNO WP perlu memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk memastikan kemenangan BN.

"Kalau ada masalah, kita harus akui ada masalah dan mesti ambil langkah segera untuk membetulkan kelemahan dan mengenepikan segala perselisihan faham yang wujud antara kita," katanya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Muhyiddin berkata beliau sudah selesai membuat lawatan ke setiap negeri bagi mengetahui kedudukan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menghadapi pilihan raya.

"Kami telah diberikan laporan lengkap mengenai perkara itu dan pada umumnya persiapan di peringkat negeri dan bahagian sudah pun ada.

"Cuma yang saya nak tegaskan dalam tempoh beberapa bulan ini kita nak perkemaskan lagi terutama di kawasan tumpuan yang kita fikir kita akan mendapat kemenangan tapi memerlukan tumpuan yang agak khusus," katanya.

Ditanya mengenai prestasi pihak pembangkang yang hampir empat tahun mentadbir negeri Selangor, Muhyiddin berkata daripada tinjauan dan laporan yang beliau terima, rakyat di negeri itu berdepan dengan banyak masalah.

Beliau berkata pembangkang lebih mementingkan politik daripada pentadbiran selain membuat perubahan dasar yang menyulitkan rakyat negeri itu.

"Segala usaha yang dibuat BN menerusi kerajaan pusat juga mereka anggap tidak memberi faedah kepada rakyat Selangor, contohnya saya telah dimaklumkan oleh pengarah bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran bahawa pembangkang tak mahu melepaskan tanah-tanah untuk kita majukan bagi tujuan sekolah, mereka kata tanah itu adalah rizab kerajaan negeri," katanya.

Pondan Ini Sanggup Bogel Di Jalanraya??

KUALA LUMPUR (18/3/2012) - “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.

Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.

“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.

“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.

Mudahkan Dasar Transformasi, PM Mahu Negeri PR Ditawan Semula

SHAH ALAM, (18/3/2012) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu merampas kembali kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar dasar transformasi yang mahu dilakukan di negara tercapai.

Menurutnya, adalah penting negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat itu kembali dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) supaya semua program transformasi tiu dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.

"Yang penting bahawa dasar dan transformasi negara kita ni yang kita nak lakukan dan perjuangkan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri ini (negeri PR) akan ditadbir BN." ujarnya.

Najib menambah, jika ada penyertaan dari semua negeri di negara ini, secara tidak langsung pelaksanaan dasar dan transformasi itu akan menjadi lebih mudah dan memberikan kesan kepada pembangunan di negara ini..

"Tsunami politik, 5 negeri kalah termasuk yang saya rasa amat terkilan dan terkedu, negeri Selangor ni kalah. Bukan saya nak perkecil negeri lain, tetapi dari sudut kekayaan dan strategiknya, Selangorlah yang merupakan negeri yang amat strategik, sebab itulah walau macam mana sekali pun kita mesti kembalikan Selangor ini ke pangkuan BN." katanya lagi.

Justeru itu beliau meminta bekas pegawai kerajaan dan pesara yang hadir untuk membantu BN dalam mengembalikan Selangor.

"Tolong cakap baik pasal kerajaan, ini cara kita untuk tolong kerajaan. Bila kita berkumpul dalam majlis seperti ini, cuba kita pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi juru cakap dan pembela kita (BN)."

Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1000 bekas pegawai kerajaan dan pesara dalam majlis sepetang bersama perdana menteri di Hotel D' Palma Shah Alam, di sini, hari ini

Jelasnya terlalu banyak sebab mengapa BN mahu mendapatkan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat yang diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Mereka (Pakatan Rakyat) cakap tentang keadilan tapi mereka tak lakukan keadilan. Mereka cakap tentang bersih, bersih sangatkan ke mereka itu? Mereka cakap tentang moral, (tapi isu) jam Omega masih tak jawab.", katanya lagi

Najib turut berkata secara beseloroh sejak mengambil alih tugas daripada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar di mana mahu membawa Malaysia untuk mencapai negara maju.

Ujarnya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada April 2009 lalu, terdapat dua cabaran yang mendepani tugasnya iaitu dalam bidang ekonomi dan politik.

Sunday, March 18, 2012

Bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan maut dalam kemalangan langgar lari.

KUALA LUMPUR - Bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang D, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Abang ipar Rafizi, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan arwah.

"Tidak sangka aktiviti hujung minggu arwah beriadah bersama rakannya bertukar tragedi," katanya.

Katanya, arwah telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua.

Rafizi juga merupakan penaja kelab basikal Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri.

"Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu," katanya.

Amiruddin berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan polis," kata beliau.

BN Digesa Kaji Semula Formula Agihan Kerusi Di Kalangan Parti Komponen

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula formula agihan kerusi di kalangan parti komponennya pada pilihan raya umum, kata Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose.

Beliau berkata BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.

"Amalan ini lebih banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan ini, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak

"Ini akan menyebabkan parti berkenaan berasa selesa kerana mereka tahu sama ada bekerja keras atau tidak, kerusi itu masih milik mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Ambrose berkata perkara ini akan melemahkan semangat parti komponen lain, terutama anggotanya, yang bekerja keras di sesuatu kawasan seumur hidup mereka, "namun masih tidak diberi peluang untuk bertanding".

Penganalisis - Calon muda senjata PRU13 BN

Siapa dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘calon winnable’? Itulah kata popular yang berlegar sejak setahun lalu dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Kalau ikut terjemahan literal - ia bermaksud calon berpotensi menang.

Persoalannya, atas faktor apa? Apakah ciri-ciri yang membina karakter dan aura ‘boleh menang’ pada seseorang jika terpilih sebagai calon? Pastinya yang terpilih merasakan diri sendiri mempunyai ciri-ciri itu apatah lagi selepas mampu mengekalkan kerusi ditandingi untuk tempoh yang lama.

Namun, landskap politik selepas ‘tsunami 2008’ diyakini telah merubah persepsi itu. Yang disebut kini ialah penonjolan barisan wajah muda berketerampilan, sebagai senjata baru BN khususnya di Selangor untuk mencipta kejutan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mungkin tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Faktor persona muda ini jugalah selari dengan cita rasa pengundi semasa dan barangkali ciri sebenar ‘calon winnable’ ini.

Kalau itulah indikatornya, sejauh mana aura anak muda dalam BN ini boleh diangkat sebagai wakil parti berkhidmat untuk rakyat? Adakah BN bersedia dengan strategi ini?

Dan, adakah kebolehan calon muda BN ini nanti mampu menenggelamkan kebolehan dan populariti pemimpin seusia mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menjawab soalan itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata,BN tidak pernah kekurangan pemimpin muda malah peluang untuk bertapak kukuh dan meningkat naik ke tahap lebih tinggi dalam parti sentiasa terbuka.

“Pemimpin muda BN ada, cuma sejauh manakah pendedahan yang telah diberikan dan adakah mereka sudah mendekati pengundi? Sudah pasti dalam percaturan BN ialah menampilkan calon muda kerana itulah senjata yang boleh digunakan untuk menang di beberapa kawasan tertentu.

“Peluang juga ada. Sekiranya dapat diminimumkan isu dalaman seperti pemilihan calon yang betul, aura dengan rakyat bagus, maka penampilan tidak akan menjadi satu masalah. Barulah ia akan menyokong jentera pergerakan, sekali gus akan memberikan satu pengukuhan ke atas parti itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pe­mimpin muda PR hari ini, muncul selepas PRU12 lalu, yang mana pada ketika itu calon bukanlah faktor keme­nangan PR.

Bagaimanapun kali ini, calon menjadi faktor penting dan apa yang pasti, BN serta parti komponennya harus melakukan sesuatu bagi menampilkan calon berkelayakan.

Sivamurugan berkata, pemimpin muda BN memerlukan pendedahan meluas dan penampilan mereka digarap dengan lebih mantap, agar dilihat mempunyai nilai yang boleh menyumbang kepada parti terutamanya dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kepada pemimpin muda sendiri, mereka perlu mengambil peluang tersebut dengan menampakkan sesuatu yang luar biasa di dalam diri mereka.

“Kini ramai bercakap tentang ke­pen­tingan pengundi muda, jadi sudah pasti pengundi mahu pemimpin mereka dari generasi sama iaitu seorang pemimpin yang boleh men­­jiwai watak, karakter golongan muda.

“Pemimpin muda itu sendiri harus keluar dari kepompong yang menyekat mereka untuk me­nunjukkan mereka juga boleh tampil sebagai pemimpin bagi generasi ini dan juga generasi lepas,” katanya.

Namun, beliau tidak menafikan ramai pemimpin muda kurang mendapat perhatian disebabkan ada kekangan dan keterbatasan tertentu yang memungkinkan mereka tidak mendapat pendedahan sebagaimana pemimpin muda yang sudah menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata, sebelum PRU12 ramai tidak mengenali Nik Nazmi Nik Ahmad, Jenice Lee, Hannah Yeoh, namun mereka menyerlah kerana sudah mula bekerja bersama dengan pemimpin akar umbi sehingga membolehkan mereka mempunyai pengikut sendiri.

“Mungkin dalam pilihan raya akan datang, calon dan pemimpin muda dalam BN berpeluang men­da­pat perhatian sama atau lebih daripada apa yang diperoleh pemimpin muda PR. Ini memerlukan kerja keras dari parti dan mungkin sokongan dari segi liputan media,” katanya.

BN dan PR jauh berbeza

BN adalah sebuah organisasi matang yang berpengalaman luas dalam dunia politik malah sudah mengalami be­be­rapa peringkat pertumbuhan dan kini dalam proses meremajakan se­mula organisasi itu.

Dalam usaha itu, parti komponen BN seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, IPF mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan, ber­pe­ngalaman dan berketerampilan de­ngan pembentukan organisasi par­ti yang lebih berstruktur.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata, keadaan ini membezakan BN dengan PR yang dianggap sebuah parti yang baru dalam peringkat pertumbuhan dari segi organisasi.

“Mereka ‘pick and pluck’ mana-ma­­na individu yang mereka ma­hukan untuk dijadikan calon pada pilihan raya umum 2008 lalu. Suasana itu membezakannya, mereka senang naik walaupun tiada pengalaman sebab tiada senior dalam parti itu.

“Tidak adil untuk mem­ban­ding­kan BN dengan PR kerana kita boleh lihat sendiri bagaimana kelam kabut PR memilih calon, main tang­kap muat sahaja. Mereka tidak mela­lui proses seperti BN, belajar dari bawah, peringkat demi peringkat seperti YB Shukor (Adun Kuang), YB Johan (Adun Semenyih), YB Isa (Adun Batang Kali),” katanya.

Budiman berkata, kehebatan pemimpin muda dalam BN masih relevan kerana proses generalisasi dalam parti sentiasa berterusan di mana setiap pemimpin datang dan pergi apabila tiba masanya.

Beliau berkata, setiap pemimpin akan melalui proses berkenaan ke­rana mereka tidak akan selamanya berada di atas, tiba masa pemimpin senior kena tarik ‘handbrake’ dan peluang mesti diberikan kepada pemimpin muda untuk meneruskan perjuangan BN.

Katanya, sejak dahulu lagi, BN tidak pernah ketandusan barisan kepimpinan bawah 40 tahun malah proses memberi peluang kepada orang muda dalam BN adalah proses berterusan.

“Apa yang penting, bagaimana pemimpin muda ini hendak me­nempatkan diri sebab peluang sudah ada, mereka perlu menunjukkan usaha dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Mungkin juga dari segi liputan media yang kurang mengejar mereka, apabila kurang seolah-olah mereka tidak ditonjolkan. Sepatutnya media perlu memainkan peranan mem­be­rikan ruang dan tempat kepada pe­mimpin muda dalam BN,” katanya.

Dengan ruang yang ada, beliau dan pemimpin muda yang lain perlu berusaha lebih gigih menzahirkan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar itu juga berkata, pemimpin muda seperti beliau perlu lebih fokus untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menyerahkan kepada umum untuk menilai.

“Kita tidak boleh menilai diri sendiri sama ada bagus atau tidak kerana ramai yang akan melihat dan menilai diri kita seperti rakyat, masya­rakat, pemimpin di peringkat ter­tinggi juga menilai.

“Kerja parti memerlukan ko­mit­men amat tinggi, tidak boleh ada ‘hidden agenda’. Jikalau ada ‘hidden agenda’, pemimpin itu akan ber­masalah dan tertekan. Kalau pemim­pin itu buat sesuatu dengan amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab, sudah tentu tiada masalah,” katanya.

Guna saluran betul kritik Umno

KEPALA BATAS (17/3/2012) - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan veteran Umno menggunakan saluran betul mengkritik parti daripada membuatnya secara terbuka demi menjaga imej parti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata tindakan segelintir veteran parti mengkritik Umno secara terbuka perlu segera dihentikan kerana ia akan menimbulkan perbalahan antara anggota parti.

"Tidak salah jika veteran Umno mahu memberi pendapat terhadap pimpinan tertinggi atau parti namun ia haruslah dibuat dengan niat mahu memberi kebaikan dan bukannya merosakkan imej parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir vateran Umno yang dilihat lantang mengkritik parti secara terbuka.

Katanya, sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain dalam Umno perlu dielakkan kerana boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat.

"Kalau ada pandangan beritahu kepada pemimpin Umno dalam majlis-majlis parti atau bawa kepada jawatankuasa parti sama ada di peringkat bahagian atau cawangan atau tulis surat kepada majlis tertinggi. Jangan menghina dan mengkritik parti kita (Umno) kerana kita mahu Umno menang dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli sendiri memburukkan parti ia boleh merosakkan imej Umno," katanya.

Abdullah berkata, pimpinan Umno boleh bertemu dan berbincang dengan golongan veteran parti bagi mendengar sendiri masalah dan pandangan golongan tersebut terhadap parti.

"Tidak salah kalau pemimpin Umno juga turun padang dan mendengar sendiri pendapat golongan veteran ini kerana kadangkala pandangan mereka boleh digunakan oleh parti," katanya.

Ketika mengulas konsep negara kebajikan sebagaimana diamalkan di negara maju yang memberi bantuan sepenuhnya kepada golongan tidak berkemampuan dan kurang upaya, Abdullah berkata Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri dalam merencana pembangunan dan kebajikan rakyatnya.

Katanya, konsep kebajikan produktif yang dibuat kerajaan ketika ini dengan memberi bantuan kepada rakyat sebagai galakan untuk mereka menambah nilai dan pendapatan hasil bantuan yang diberikan kerajaan, dilihat lebih membantu rakyat berdikari memajukan diri.

"Saya yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pendekatan tersendiri menghadapi masalah berkaitan kebajikan. Kerajaan kita sentiasa berusaha menambah program yang dirancangkan," katanya.

Terdahulu, Abdullah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) SPU, dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan RM12 juta menyalurkan kepada 4,768 penerima bantuan JKM di daerah itu tahun ini.

ADA PENYELEWENGAN PEMBERIAN KONTRAK SAMPAH DI SELANGOR.??

SUBANG JAYA, 17 Mac - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Jacob George mendedahkan dokumen yang didakwa sebagai berlakunya penyelewengan dalam pemberian kontrak sisa pepejal di Selangor.

Beliau berkata dokumen ini datangnya dari pemberi maklumat melibatkan "kawan-kawan dan kroni" 30 syarikat "mencurigakan" yang terlibat dalam proses tender dalam pemberian kontrak kutipan sampah yang turut membongkar satu watak utama misteri yang dikenali sebagai "Mok".

"Kita lihat bahawa banyak syarikat-syarikat ini menggunakan pemampat sampah dan lori yang sama. Apakah ukuran atau barometer yang digunakan untuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat ini?

"Kebiasaannya kontrak diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai infrastruktur, pengalaman dan harga tender yang baik. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Mengapa syarikat sub-kontrak kerja-kerja mereka kepada orang lain dan menggunakan trak orang lain? Tidakkah ini menunjukkan terdapat percanggahan kepentingan?

"Kami juga dapati bahawa dakwaan wujud dua syarikat menawarkan harga yang begitu hampir dengan harga anggaran yang hanya boleh membawa satu kemungkinan besar, terdapat unsur campurtangan dari dalam yang memberikan maklumat-maklumat kepada kontraktor ini mengenai butiran tender," kata George.

"Ada sesuatu yang tidak kena. Saya hanya mengetengahkan aduan daripada rakyat. Mengapa tanggungjawab CASSA untuk membuktikan semua unsur-unsur rasuah? Itu tugas SPRM. Mengapa kerajaan negeri menolak semua beban kepada kami dan tidak terkehadapan dan secara terbuka menjelaskan segala-galanya?, " soal beliau.

Jacob George berkata sepatutnya kerajaan negeri harus telus cukup untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai dokumen tender dan membiarkan orang ramai yang tahu proses sebenar.

"Jika anda benar-benar mahu memberikan projek-projek ini kepada kenalan anda, mengapa tidak hanya mengadakan tender tertutup? Apa perlu dikatakan sebagai tender terbuka" katanya.

Jacob George turut menunjukkan dokumen yang didakwa ditulis oleh seorang kontraktor yang hilang dalam proses tender akibat mereka bukan dari kalangan kroni. "Surat ini merujuk kepada nama 'Mok', satu nama yang saya telah mendengar daripada sumber-sumber saya yang lain juga. Dia seolah-olah menjadi fasilitator yang menjaga keseluruhan proses tender.

"Keseluruhan proses pemberian tender ini seperti operasi Ali Baba di mana syarikat-syarikat Bumiputera digunakan sebagai penghias muka hadapan majalah manakala orang lain mengawal selia proksi', "katanya.

Jacob George turut mengumumkan bahawa CASSA dengan sekurang-kurangnya 16 NGO lain telah meneruskan dengan rancangan untuk mengadakan beberapa siri ceramah dan penerangan ke seluruh negara mengenai perkara ini.

Kita mahu bercakap mengenai tadbir urus yang baik dan rasuah. Bukan sahaja melibatkan isu tender sampah, malah melibatkan isu pasir, pembelian dan perolehan. Kami mahu pengundi untuk berfikir dan mengundi dengan betul, katanya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Pegawai Eksekutifnya, Mohd Mustaffa Hamzah, sebuah organisasi yang disokong CASSA, akan turut sama dipanggil untuk mengambil tindakan drastik ke atas kerajaan negeri Selangor.

"Kami menggesa semua NGO yang lain untuk membuat pendirian yang sama untuk menyokong ketelusan dan anti-rasuah, dan menghentikan pertumbuhan rasuah di Malaysia. Sekarang ini kita melihat pemimpin kerajaan negeri yang tidak realistik. Mereka bercakap tentang ketelusan dan rasuah tetapi apabila melibatkan rakan-rakan mereka, mereka berdiam diri. Yang ini tidak betul, "kata Mustaffa.

"Ada sesuatu yang betul-betul tidak kena di sini. Dan apa yang kita saksikan kini hanyalah kualiti kejatuhan pungutan sampah secara drastik. Ini adalah bom jangka yang berdetik, "kata George. - klpos

Penulis blog disaran terap rasa cinta kepada negara

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pengamal media baharu termasuk penulis blog disaran menerapkan rasa cinta kepada negara serta sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu harus bijak memilih sama ada mahu menjadi seorang penulis blog biasa atau seorang aktivis sosial.

Katanya, seorang blogger biasa mempunyai niat untuk menyakiti perasaan orang lain manakala seorang aktivis sosial pula menulis untuk membina sebuah dunia yang lebih baik.

"Kita mahu melihat Malaysia yang lebih baik berteraskan toleransi penduduk berbilang kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

"Ini kerana, penulisan blog melalui media sosial akan melahirkan satu kehidupan baru meskipun ada pihak mengatakan kumpulan itu memainkan peranan negatif.

"Tetapi kita perlu lihat dari sudut yang positif kerana ia dalam kata lain dapat membentuk negara bangsa yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Penulis Blog dan Media Sosial 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Anugerah tersebut mempertandingkan 30 kategori termasuk Blog Politik Terbaik yang dimenangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Ikon Media Sosial Tahunan pula dimenangi artis popular, Aznil Nawawi.

Saturday, March 17, 2012

TERKINI.!!! - PRU 13 akan diadakan pada 3 Jun ??

16/3/2012 - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Kisah Amir Mendapat Perhatian


KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.

Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.

Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.

“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, semalam.

Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.

Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.

Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.

Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya.

Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.

“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.

Thursday, March 15, 2012

Lawatan kerja sehari PM ke Selangor Ahad ini

SHAH ALAM  — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program ‘Nurani Rakyat’ di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong.

Kordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, lawatan kerja Najib bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

Pada lawatan kerja itu, Najib antara lain akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen – Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat, katanya.

Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR.

Mohd. Zin berkata, menerusi lawatan itu, selaku Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Najib mahu memastikan apa jua usaha beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut kerap turun padang di negeri ini, menepati kehendak masyarakat setempat dan dilaksanakan mengikut jadual.

Perdana Menteri mahu menyediakan lebih banyak ruang untuk mendekati denyutan nadi rakyat di Selangor yang sudah mula menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah bersedia untuk memilih semula BN supaya kembali mentadbir negeri ini dengan lebih cekap, katanya.

“Gerak kerja di bawah program ‘Nurani Rakyat’ dengan tema ‘Sayangi Selangor Yakin BN’ mendapat sambutan baik dan masyarakat di semua pelosok negeri berlumba-lumba menjemput dua pemimpin tertinggi negara itu datang ke tempat mereka,” kata Mohd. Zin yang juga Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN Negeri.

Tanda-tanda PRU ke 13 semakin hampir.!!!

Bulan Mac sudahpun hampir masuk minggu ke ketiga. Sekaligus melesetkan peramal-peramal politik sebelum ini kononnya PRU ke 13, pada penghujung bulan ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membubarkan Parlimen.

Kini jangkaan terbaru ibu segala pilihan raya itu adalah akhir Mei atau awal Jun.

Ada juga meramalkan hujung tahun ini selepas Najib membentangkan Bajet 2013. Kononnya banyak lagi ‘durian runtuh’ untuk dinikmati rakyat selepas macam-macam pemberian bantuan serta kenaikan gaji penjawat awam.

Selagi Najib membisu pasal tarikh pilihan raya itu, spekulasi mengenai tarikh bagi rakyat memilih kerajaan terus jadi buah mulut.

Namun, disudut pembangkang, serangan demi serangan khususnya kepada Najib membayangkan seolah-olah PRU ke 13 sudah terlalu hampir.

Serangan peribadi terhadap Najib sudah sampai kemuncak apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menuduh pejabat Perdana Menteri membiayai perbelanjaan pertunangan anaknya di sebuah hotel terkemuka.

Selepas penafian oleh pejabat Perdana Menteri, Rafizi masih menekan Najib menjawab lapan perkara termauk mengemukakan dokumen rasmi bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. itu tidak dibayar oleh rakyat.

Jelas ini semua hanya mainan pembangkang yang yakin PRU ke 13 sudah hampir dan serangan terhadap Najib adalah kemuncak selepas serangan terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam isu NFC dilihat sesetengah pihak seolah-olah menyebelahi mereka.

Pembangkang tahu, untuk menumpaskan kerajaan BN, selain Perdana Menteri, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO perlu ‘diserang’ sama bagi melemahkan parti dan BN.

Khairy Jamaluddin nampaknya tidak berapa terkesan dengan tohmahan atau serangan pembangkang.

Selain PKR, PAS juga melakukan serangan terhadap Najib apabila Dewan Muslimat pada Sabtui mempertikaikan wang dana yang digunakan Najib bagi mengadakan lawatannya ke seluruh negara.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.

"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden UMNO. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media Sabtu.

"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk UMNO.

Nampak sangat Mariah hanya bercakap tanpa melihat tindak tanduk Ketua Menteri Pulau Pinang, MB Kelantan dan MB Kedah yang ke sana kononnya atas urusan kerajaan negeri tetapi turut bercakap soal politik dan berkempen.

Kenapa baru sekarang Mariah mempersoal Najib yang menjalankan tugas bertemu rakyat bagi menerangkan soal-soal pembangunan dan mempertahankan usaha-usaha kerajaan yang sentiasa dihentam pembangkang?

Jawapannya kerana pembangkang merasakan PRU ke 13 semakin hampir.

Najib adalah kubu terakhir yang perlu dilemahkan jika tidak dapat ditumbangkan.

Namun Najib bukan sahaja gagal dilemahkan atau ditumbangkan, tetapi kajian Merdeka Centre for Opinion Research melaporkan rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.

Inilah menyebabkan pembangkang semakin meroyan dan menyerang Najib adalah peluang terbaik mereka sebelum impian menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri terkubur.

Noh saman ADUN Sekinchan, kerajaan Selangor RM10 juta

Pembangkang jangan fikir nak ambil jalan mudah ke Putrajaya dengan fitnah pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana silap haribulan atau silap mulut badan boleh binasa.

Taktik lama tabur fitnah dan tuduh macam-macam terhadap pemimpin BN berulang bila tiba nak pilihan raya dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar juga tak terlepas jadi sasaran mereka.

Cuma mereka silap orang kerana ahli parlimen Tanjung Karang itu bukan sahaja berani caka macam-macam tentang helah pembangkang malah beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.

Ini gara-gara kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya, SelangorKini dalam keluaran 25 November sehingga 2 Disember 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah Noh.

Antara lain tajuk artikel itui: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".

"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Rbu.

Beliau berkata, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,Selangor pada 9 Mac lalu melalui peguam beliau, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh menegaskan, penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen, menteri dan juga Timbalan Pengerusi BN Selangor.

Katanya, inilah taktik selalu pembangkang guna bila nak pilihan raya dengan buat macam-macam fitnah bagi mempengaruhi rakyat Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes.

Dewan 'kecoh' dua hari berturut-turut

14/3/2012 - Perdebatan panas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jalamudin berkenaan sokongan Anwar kepada Israel semalam rupa-rupanya tidak berakhir lagi.
Pagi Rabu, Dewan Rakyat yang bersidang bermula 'panas' sebaik Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mula menjawab soalan nombor satu.

Semuanya bermula apabila Anifah menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang mahu tahu sumbangan yang telah diusahakan kerajaan Malaysia terhadap Palestin selama ini.

Anifah dalam jawapannya mengaitkan dengan kenyataan Anwar berhubung sokongannya terhadap keselamatan Israel dalam Wall Street Journal yang disiarkan Januari lalu.

Suasana dingin dewan bertukar panas secara tiba-tiba apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang bertindak bangun dan membantah kenyataan itu yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Dimulai oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mendakwa Anifah cuba mengelirukan Dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk menghina dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

Turut bangun adalah Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Azmin Ali (PKR-Gombak), dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) yang sama-sama meminta Anifah agar membaca keseluruhan kenyataan Anwar agar tidak terus mengelirukan Dewan.

Nurul Izzah turut meminta agar Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya beliau enggan menarik semula kenyataannya itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya, biar saya buat keputusan sendiri. Jangan desak saya."

Kekecohan yang berlangsung hampir setengah jam itu yang turut disertai Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatanagan) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) akhirnya reda apabila Wan Junaidi tidak membenarkan sebarang soalan tambahan dibangkitkan.

Walaupun pembangkang cuba buat bising, tapi Anifah menjawab dengan tenang dan tidak mempedulikan asakan demi asakan mereka.

Dalam jawapannya, Anifah menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu.

Menurutnya, Malaysia juga secara konsisten menyatakan kebimbangan serta mengutuk serangan dan pencerobohan Israel di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain penempatan haram mereka di Tebing Barat.

"Sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin. Ini termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan menerusi bantuan pembangunan semula di Gaza dan Tebing Barat.

Khairy kilas Anwar mengenai isu keselamatan Israel di Dewan Rakyat

13/3/2012 - Suasana Dewan Rakyat petang Selasa gamat seketika bila Khairy Jamaluddin berentap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu keselamatan Israel dalam interbiunya dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.

Pertikaman lidah berlaku semasa Ahli Parlimen Rembau itu mencelah ucapan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika membahas titah Diraja.

Ini gara-gara Anwar membangkitkan isu itu dalam perbahasannya dan dilihat cuba membersihkan dirinya dengan mendakwa kenyataan sebenarnya di akhbar itu diputarbelit oleh media tempatan.

Anwar mengulangi kenyataanya sebelum ini bahawa perkataan 'contingent' yakni bersyarat yang disebutnya bagi jaminan keselamatan Israel itu tidak diberi perhatian dalam laporan media.

Namun Anwar terbelit dengan penjelasannya itu bila Khairy sebaliknya menyifatkan beliau sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada jaminan keselamatan rejim zionis berdasarkan kenyataannya.

Khairy kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Anwar kelihatan begitu emosi bila dipersoalkan begitu hingga kedengaran membebel hal-hal menyentuh peribadi Khairy yang tidak relevan dengan perbahasan mengenai isu itu.

Ramai pemerhati yang melihat perbahasan itu menerusi CCTV di luar dewan tertawa melihat gelagat Anwar seperti orang tenggelam punca.

Usaha Khairy untuk bangun lagi mencelah berbahas dengannya selepas itu langsung ditolaknya.

Wednesday, March 14, 2012

PANAS...satu pendedahan yang 'sukar dinafikan' PKR .?

13/3//2012 - Dakwaan mengenai dana asing dan PKR sudah sinonim dalam politik Malaysia.Ia bukan cerita baru, tapi sebelum ini cerita tersebut hanya tersebar dari blog ke blog atau mulut ke mulut.

Namum Selasa, Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zain Mohamed mendedahkan buat kali pertama secara terbuka sesuatu yang agak mengemparkan berdasarkan sumber dalaman PKR sendiri.

Katanya pendedahan ini 'sukar dinafikan' PKR.

Pendedahan yang disokong berbagai dokumen itu antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Menurut Mohd Zain, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).

"KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.

"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.

"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).

"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.

“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,"ujarnya.

Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.

Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), the Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).

"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.

Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.

"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.

"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.

"Menggunakan sentimen agama dan wujudkan kebencian dalam kalangan rakyat bagi rampas kerajaan adalah kaedah paling primitif dan tidak bertamadun.

"UMNO dan seluruh rakyat Malaysia yang berfikiran matang pastinya tidak dapat menerima penjajahan kuasa asing melalui kaedah ini," ujarnya.