Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, January 7, 2009

Pemuda Ajak Rakyat Malaysia Bersama Dalam Satu Gerakan Kecam Kekejaman Israel - Malaysiakini

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan mewujudkan satu gerakan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan dan keganasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Beliau yakin seluruh rakyat Malaysia akan bangkit ke arah menjayakan usaha itu seperti mana kejayaan inisiatif bersama lebih 1,000 NGO di bawah Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN Malaysia) ketika Tentera Amerika Syarikat mengebom dan menceroboh Iraq pada Mac 2002.

Justeru beliau menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), segenap lapisan rakyat untuk bersatu dan bergerak secara bersama menentang keganasan Rejim Israel ini.
"Kita akan melibatkan semua pihak, termasuk setiap sekolah dan golongan masyarakat bagi menjayakan inisiatif keamanan ini dengan berkesan sehingga kezaliman ini dihentikan.

"Kesibukan parti-parti politik yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu kini, sepatutnya tidak sedikit pun mengabaikan keprihatinan dan usaha kita mendesak Rejim Israel mengganyang kanak-kanak dan orang awam Palestin dengan peluru dan bom besar.

"Kita akan sama-sama mengadakan beberapa siri bantahan besar-besaran, seminar, persidangan dan perhimpunan yang bersepadu dengan semua bentuk bantahan semasa, tindakan boikot produk dan tabung kemanusiaan", katanya, hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu satu persidangan antarabangsa mengenai belia dan keganasan akan diadakan di Kuala Lumpur, pada Februari 2009 selaras dengan gerakan keamanan rakyat Malaysia ini.

Tegasnya keangkuhan dan kezaliman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kini menuntut seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, kaum dan agama untuk sama-sama berganding bahu menggerakkan tentangan besar-besaran.Sebagai sebahagian warga dunia kata beliau lagi sudah banyak dilakukan untuk menghentikan kekejaman Rejim Zionis di Gaza seperti bantahan, memorandum, demonstrasi, pengecualian cukai terhadap sumbangan kemanusiaan, cadangan penubuhan pakatan tentera Asia Barat dan boikot produk namun Israel terus biadap dan tidak mengendahkan sedikit pun kecaman masyarakat antarabangsa.

Malah tambahnya serangan yang dilakukan semakin meningkat dan pencerobohan tentera mereka semakin berleluasa.
"Cukuplah kini kita saksikan pelbagai episod ganas Israel dan jenayah tidak berperikemanusiaan yang semakin mencengkam dan melupuskan etnik di bumi Palestin.

"Tibalah masanya seluruh rakyat Malaysia, tua muda, pelajar dan profesional, tidak kira latar belakang kaum dan agama, sekali lagi kita bergerak bersama-sama atas nama kemanusiaan untuk mendesak kuasa-kuasa besar dunia memainkan peranan mereka bagi menghentikan kezaliman Rejim Zionis di Palestin", ujarnya.

Pasukan perubatan PBSM ke Kaherah - Malaysiakini

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan menghantar pasukan perubatan ke Kaherah, Mesir, Jumaat ini, bagi menyokong Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan Israel di Genting Gaza.

Pasukan terbut, terdiri daripada tiga doktor yang diketuai Dr. Yahya Abd. Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang pegawai bantuan dan logistik, akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada malam Jumaat ini.

Pengerusi PBSM, Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman berkata, pasukan itu akan berada di Rafah selama dua minggu sementara pasukan seterusnya akan dihantar jika diperlukan.
“Dari Kaherah, mereka akan menggunakan pengangkutan darat ke Rafah (laluan sempadan Mesir-Gaza) di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tabung Bantuan Antarabangsa PBSM hari ini.
Tunku Shahriman berkata, PBSM telah menderma AS$10,000 (RM34,635) kepada akaun khas PRCS bagi menyahut rayuan kecemasan bernilai AS$6.8 juta (RM23.5 juta) bagi menangani penderitaan rakyat Palestin berikutan kekejaman Israel yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 660 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 2,950 orang.

Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA” - Malaysiakini

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
  • Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  • Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  • Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza. - Malaysiakini

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.


Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006. - Palestinkini

Sidang khas Parlimen Isnin ini menbincangkan konflik Israel-Palestin - Malaysiakini

mStar | Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk mengadakan sidang khas Parlimen, yang akan diadakan Isnin depan bagi membincangkan situasi di Gaza.

Di Kuala Terengganu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanya sama akan meminta lagi kerajaan supaya diadakan sidang khas Parlimen, berkata:
"Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."
Sebelum ini, kata beliau, pembangkang ada meminta diadakan sidang khas Parlimen.

Elak ceramah di tepi jalan, tempat awam - Malaysiakini

Polis menasihatkan parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak mengadakan ceramah di tempat yang boleh menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata mereka perlu mengelak daripada mengadakan ceramah di kawasan berhampiran jalan utama, simpang jalan, berdekatan lampu isyarat, sekolah serta rumah ibadat.
"Seboleh-bolehnya, kita harap pihak-pihak berkenaan mengelak daripada mengadakan ceramah di tempat-tempat itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Kuala Terengganu, hari ini.
Mohd Shukri berkata setakat ini, polis menerima enam permohonan permit mengadakan ceramah dan kesemuanya diluluskan iaitu empat dikeluarkan semalam iaitu masing-masing dua kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas manakala dua lagi malam ini iaitu masing-masing satu untuk BN dan Pas.

Mohd Shukri berkata pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah membuat pemantauan di 19 markas BN dan Pas semalam dan sebanyak 36 bendera diturunkan di kedua-dua tempat berkenaan kerana diletakkan di tempat yang tidak sesuai.

Beliau juga menasihatkan petugas parti supaya menjalankan tanggungjawab dengan berhemah ketika menampal poster atau menaikkan bendera bagi mengelak suasana tegang di kalangan penyokong parti politik.

Larian Amal 'UNTUKMU PALESTIN' - Malaysiakini

sumber dari - Untukmu Palestin

Sekolah UNRWA diserang. 135 orang terbunuh ! - Malaysiakini

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera.

Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.

Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.

Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya. - Palestinkini

Zionis Israel guna fosforus putih yang diharamkan. - Malaysiakini

Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam.

Dalam cetakan isunya pada hari Isnin, Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”.

Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza , satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera. - Palestinkini

MEMBANTU UMAT ISLAM DI PALESTIN - Malaysiakini

Usaha untuk membantu rakyat dan umat Islam di Palestin adalah FARDHU AIN ke atas semua individu Muslim. Apa jua usaha yang mampu kita lakukan walau sebesar kuman pun mesti dilakukan sekarang juga.

Yang mampu beri penerangan memberi penerangan.Yang mampu menderma terus menderma.Yang mampu ke Palestin terus ke Palestin.Yang mampu menggugat ekonomi Israel dan sekutunya mesti menggugat.Yang mampu berhujah terus memberikan hujah. Satu yang pasti, KITA SEMUA paling kurang pun MAMPU BERDOA. Banyakkan doa sekarang juga.

"Bismillahirrahmanirrahim.Ya Allah, Engkau patah-balikkanlah segala rancangan jahat mereka dan sekutu mereka kepada diri mereka sendiri dengan segera.Datangkanlah tentera-tenteraMu ya Allah, yang pernah memusnahkan tentera bergajah Abrahah, yang pernah membakar dan mengambus kaum Lut, yang pernah menenggelamkan Firaun di Laut Merah, yang pernah mematahkan semangat musyrikin Quraisy dalam Perang Khandak, yang pernah melenyapkan kaum Nuh.Datangkanlah segera ya Allah ke atas kaum Zionis dan sekutu-sekutu mereka. Amin ya Allah.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

SPR edar 1,035 kertas undi pos Sabtu ini - Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengedar kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk 1,035 pengundi berkenaan mulai Sabtu ini.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Mohd Noor Daud, berkata daripada jumlah itu, seramai 1,001 pengundi adalah anggota polis, 27 anggota tentera dan selebihnya pelajar yang menuntut di luar negara.
“Untuk proses pengundian, kita tidak terbabit kerana pegawai pilihan raya, polis dan tentera sendiri yang akan menentukan tarikhnya. Apa yang kami mahu, semua kertas undi pos berkenaan perlu kembali semula kepada SPR sebelum 5 petang 17 Januari ini,” katanya.

Kejam! Kejam! Kejam! - Malaysiakini

MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza,
Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

Coca-cola apabila diterbalikkan - Malaysiakini

"LU FIKIR LA SENDIRI"

sumber dari - isuhangat