Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, August 11, 2008

Bush tunjuk aksi nakal di Beijing


GEORGE W. Bush menepuk belakang Misty May-Treanor kelmarin.

Kosmo - KETIKA Amerika Syarikat (AS) dilanda krisis ekonomi dan perang di Iraq, Presiden George W. Bush tampil ceria ketika beramah mesra dengan atlet-atlet negara berkenaan di Beijing, lapor sebuah akhbar semalam.

Bush yang tiba di ibu negara China itu pada minggu lalu sempat meluangkan masa untuk melawat pasukan bola tampar pantai wanita AS di Taman Chaoyang, Beijing setelah menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik.

Sebagai ketua negara kuasa besar dunia, banyak perkara bermain difikirannya tetapi kemesraan yang ditonjolkan atlet-atlet wanita itu berjaya menceriakan beliau.

Walaupun baru sahaja berkenalan, personaliti menawan dua pemain bola tampar wanita AS, Misty May-Treanor dan Kerri Walsh menjadikan Bush tidak kekok berkenalan dengan mereka.

Misty, yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu sempat berjenaka dan sambil ketawa, dia menawarkan Presiden AS itu peluang menepuk punggungnya. -->>lanjut

GEORGE W. Bush (tengah) bergambar bersama
Misty May-Treanor (kiri)dan Kerri Walsh
di Beijing kelmarin.


GEORGE W. Bush cuba mengimbang bola tampar
di Beijing kelmarin.


GEORGE W. Bush meletakkan tangannya
di belakang
Kerri Walsh.

Kementerian Penerangan lancar blog rasmi

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek melancarkan blog rasmi Kementerian Penerangan (myblog.gov.my) pada perhimpunan bulanan di kementerian itu pada Khamis lepas.

Menurut Shabery, Kementerian Penerangan adalah kementerian yang pertama mempunyai blognya sendiri.

Beliau berharap orang ramai akan melayari Myblog untuk memberikan komen sebagai maklum balas kepada kerajaan berhubung dasar, program dan isu-isu semasa.

Menurut risalah mengenai Myblog, ia adalah saluran komunikasi di antara rakyat dan kerajaan sejajar dengan dasar telus dan keterbukaan kerajaan.

Orang ramai boleh mengutarakan apa jua pandangan dan setiap komen akan dijadikan maklum balas kepada pihak kerajaan untuk membuat dasar dan mengambil tindakan yang tepat dan betul bagi kepentingan rakyat dan negara.

Pada setiap minggu, Myblog menyiarkan soalan khusus bagi mendapatkan komen orang ramai mengenai sesuatu perkara untuk dijadikan maklum balas kepada kerajaan.

Pada minggu ini, soalan yang ditanya ialah ``Apa yang anda harapkan dalam Bajet 2009.''

SPR pantau kempen laman blog

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan polis bagi memantau calon dan parti politik yang menggunakan laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berkempen sepanjang 10 hari tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, bermula 16 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata langkah itu bagi memastikan semua pihak yang terbabit berkempen secara berhemah supaya tidak menjejaskan peluang bertanding dan proses pengundian ditetapkan 26 Ogos ini.
"SPR akan serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyalahgunakan laman web, blog atau SMS untuk berkempen secara keterlaluan hingga melanggar Akta Hasutan.

"Ketika ini, SPR belum mempunyai undang-undang yang membolehkan Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya kami bertindak terhadap calon dan parti politik yang tidak mematuhi peraturan berkempen," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, SPR bercadang meluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), berbanding hanya tertumpu kepada kaedah konvensional seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media.

Kajian meluaskan bidang kuasa itu perlu berikutan semakin ramai calon dan banyak parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum lalu menggunakan kaedah berkenaan untuk berkempen.

Langkah itu juga sejajar usaha suruhanjaya itu memastikan peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 lebih lengkap dan menyeluruh, selain menjamin kewibawaannya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengendali pilihan raya.
JanaWangRapid.com

New Proton MPV?

Dari sumber yang diterima, baru-baru ini proton mpv prototype di jumpai di tangkak!!! Tapi sejauh manakah kebenarannya setakat ini masih tidak dapat dipastikan. TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA.
This is not the actual would be model but just an artistic impression of the new proton mpv by Mr. Maru from Paultan forum
Click here!

Sukarelawan Pengerang Sedia Gempur Permatang Pauh

Air Tawar 5 - Semua anggota sukarelawan Parlimen Pengerang bersedia mengempur parlimen Permatang Pauh bagi membantu menguatkan jentera pilihanraya Barisan Nasional sekaligus memastikan kemenangan kerusi yang akan di tandingi oleh Anwar Ibrahim itu.

Salah seorang anggota sukarelawan Azmee Khan Amzah, 42 (gambar) yang di temui berkata mereka telah bersedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu arahan dari YB Ahli Parlimen.
“Semua anggota sukarelawan Pengerang telah bersedia dari segi fizikal dan mental bagi membantu pilihanraya kecil itu sekiranya di arahkan” katanya.

“Walaupun Pematang Pauh merupakan kubu kuat Keadilan, namun tidak mustahil dengan perancangan yang rapi Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi tersebut” katanya lagi.
Pihak kami di maklumkan semua anggota sukarelawan parlimen Pengerang adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam menghadapi piliharaya. Ini kerana mereka pernah terlibat secara langsung di dalam pilihanraya umum yang lalu dan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Penubuhan Sukarelawan Parlimen Pengerang adalah merupakan cetusan idea YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang 2 tahun yang lalu bagi memantapkan lagi perkhidmatan beliau selaku wakil rakyat di kawasan Pengerang.

Antara tugas mereka selaku sukarelawan adalah menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada Azalina dalam mengerakkan pelbagai program di parlimen Pengerang. Mereka juga adalah merupakan tenaga pengerak dalam memastikan semua aktiviti yang di atur berjalan dengan lancar

Pihak kami di maklumkan sehingga kini, Parlimen Pengerang mempunyai kira-kira 230 ahli berdaftar dan pernah mengikuti pelbagai program dan kursus sebelum ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datin Seri Wan Azizah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya bertanding di kawasan tersebut.

Tarikh mengundi seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah pada 26 Ogos depan, manakala tarikh penamaan calon pada 16 Ogos. Tempoh 10 hari berkempen yang di berikan oleh SPR seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh jentera BN dalam menambat hati pengundi.

Permatang Pauh yang merupakan satu daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, memang ‘panas’ sejak kawasan itu diambil alih oleh PKR daripada BN pada 1999.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan Parlimen Permatang Pauh dengan memperoleh 30,338 undi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail (BN) yang mengutip 16,950 undi dengan majoriti 13,388 undi.

Debat - Sesi 'panas badan' bermula

Menjelang program Siri Debat Agendadaily yang dirancang antara dua orang kuat Pulau Pinang, 'sesi panas badan' antara satu sama lain kelihatan semakin rancak.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah pun menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saling berbalas kenyataan yang berhubung kait dengan debat tersebut.

Secara dasarnya kedua-dua mereka telah menyatakan persetujuan untuk berdebat dan kini kedua-dua pihak sedang mempertimbangkan tajuk debat yang dicadangkan.

Guan Eng yang memberikan indikasi positif untuk menyertai debat, membuat kenyataan akan mendedahkan satu lagi penyelewengan berkaitan tanah yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Serentak dengan itu beliau menyatakan telah menerima surat rasmi daripada Agendadaily untuk menyertai debat itu dan menyambut baik penganjuran debat itu sekiranya ia berhasrat membincangkan mengenai isu tanah tersebut, dan tanpa sebarang syarat.

Manakala lawan debatnya, bekas Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada debat itu pula menyelar Guan Eng kerana enggan membenarkannya merujuk fail dan dokumen melibatkan isu tanah bagi mendapatkan fakta yang tepat untuk program debat antara kedua mereka.

Katanya, perbuatan itu jelas menunjukkan Guan Eng cuba menafikan haknya untuk mendapatkan fakta dan maklumat membabitkan isu tanah itu sebagai persediaan untuk perdebatan itu.

``Selaku bekas Ketua Menteri saya perlu merujuk kepada fail dan dokumen yang relevan bagi mendapatkan maklumat supaya saya dapat memberikan fakta yang betul mengenai kes itu,'' katanya dalam kenyataan akhbar hari Jumaat.

Sekiranya, kedua-dua pihak mencapai persetujuan dengan beberapa perkara teknikal, debat berkenaan akan berlangsung pada 20 Ogos 2008 dan dikendalikan oleh moderatornya, Datuk Johan Jaaffar.

Kaji semula harga kontrak

RASMI: Najib sambil disaksikan Rahim memasukkan plak perasmian Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 di Kuala Lumpur, semalam.
Bantu tampung kesan kenaikan ketara kos bahan binaan : Najib

Oleh : Abdul Halim Yusoff
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan menyemak semula harga kontrak projek pembangunan yang sudah dimeterai dengan kontraktor pembinaan bagi membantu mereka menampung kesan kenaikan ketara kos bahan binaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan bahawa kontrak tertentu yang telah dimeterai dengan syarikat pembinaan akan diberi variasi harga berdasarkan kepada kenaikan luar biasa harga bahan pembinaan terutama keluli serta simen.
"Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling dan arahan lengkap tidak lama lagi berhubung kontrak yang terbabit dengan variasi harga itu," katanya selepas merasmikan Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 di sini, semalam.
Pemeran dan Konvensyen dua hari berakhir hari ini, dianjurkan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), diadakan bagi membuka peluang kepada syarikat dan usahawan Bumiputera membabitkan diri secara aktif dalam bidang hartanah dan pembinaan.

Hadir sama Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Pengarah Eksekutif Gabem yang juga pengarah pameran dan konvensyen, Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff.

Najib mengulas mengenai masalah syarikat pembinaan yang sedang menanggung kerugian kerana kos meningkat tinggi daripada harga asal kontrak yang dimeterai sebelum ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, variasi harga itu bukanlah jaminan bantuan kerajaan kepada kontraktor supaya projek tidak terbengkalai, kerana adalah tidak wajar kerajaan memberi jaminan kepada syarikat pembinaan untuk menyiapkan projek mereka.
"Kita faham masalah mereka dan ini adalah antara bantuan kita dengan mengkaji semula kos kontrak. Sepatutnya bila sudah dimeterai kontrak kita tak boleh kaji semula, tapi oleh kerana keadaan luar biasa ini kita kaji semula," katanya.
Memberi contoh, Najib berkata, Felda tidak menanggung kenaikan kos pembinaan bangunan Menara Felda walaupun ketika perjanjian pembelian bangunan 50 tingkat di persimpangan Jalan Stonor dan Lorong Kuda itu dimeterai, kos pembinaan ialah RM640.77 juta dan kini ia dikatakan meningkat 30 peratus.

Baru-baru ini, Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, dilaporkan berkata kerajaan menambah 11 perkara baru bagi Pengiraan Perubahan Harga (VOP) dalam kontrak kerja bagi meringankan beban kontraktor berikutan kenaikan kos bahan binaan.

Sebelas perkara itu ialah besi bulat, bitumen, bahan api, konkrit, pasir, batu baur, besi penghadang, jaring pengukuh, diesel, paip air dan paip pembetung. Dalam pengiraan VOP sebelum itu, 15 perkara yang diambil kira termasuk besi keluli dan simen.

Kerajaan juga menghapuskan harga siling besi sejak 12 Mei lalu bagi memastikan projek pembinaan dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, orang Melayu perlu mengubah anjakan minda dan berfikir secara strategik dengan melabur dalam bidang hartanah produktif yang dapat menjana kekayaan dan tidak lagi hanya mementingkan keluasan aset.
"Kalau kita dapat berfikir secara strategik, kekayaan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang hartanah boleh dilonjakkan.

"Tanah yang luas berpuluh ekar di luar bandar yang ditanam kelapa umpamanya, belum tentu dapat memberi pulangan yang sama seperti memiliki seunit kondominium mewah di tengah pusat bandar Kuala Lumpur," katanya.
Najib berkata, pemilikan premis dan tanah orang Melayu dan Bumiputera masih jauh lebih kecil iaitu kira-kira 15 peratus.
"Itu kita lihat daripada segi peratusannya. Kalau kita lihat daripada segi nilainya, mungkin jauh lebih rendah," katanya.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata, Gabem perlu memainkan peranan menyemarakkan pemilikan hartanah Bumiputera dengan merumus pelan tindakan strategik dan menyampaikannya kepada kerajaan untuk dilaksanakan.
"Kita tidak perlu agensi baru lagi, sebaliknya Gabem boleh membantu memberi nafas baru dan membaiki kelemahan yang mungkin ada pada agensi sedia ada untuk kekal komited dengan mandat penubuhan mereka," katanya.
JanaWangRapid.com

BN cari formula kes saudara baru

Oleh : Nurhayati Abllah
TAIPING - Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pernah membincangkan secara terperinci isu memeluk Islam sebelum ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah memberi jaminan mencari formula terbaik bagi menyelesaikannya.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Abdullah berjanji akan mencari penyelesaian tanpa menyinggung masyarakat Islam atau bukan Islam dan boleh diterima ahli komponen BN.
“Semua pemimpin tertinggi parti komponen BN sudah berbincang isu itu dengan Perdana Menteri dan saya sendiri pernah membangkitkan perkara itu ketika menjadi menteri dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri bengkel penjenamaan semula MIC di di sini, semalam.
Seramai 165 ketua cawangan MIC dari seluruh Pulau Pinang, Taiping, Larut dan Parit Buntar mengambil bahagian dalam bengkel sehari itu.

Samy Vellu berkata demikian mengulas tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur, kelmarin, walaupun mendapat bantahan keras daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Beliau berkata, banyak pendekatan yang lebih baik boleh digunakan bagi menyelesaikan isu itu dan tidak setuju ia dibahaskan secara terbuka.
“Saya rasa ia tidak sepatutnya dibuat. Sesetengah isu boleh dibincangkan secara tertutup antara Muslim dan bukan Muslim supaya mereka bebas meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing,” katanya.
Pada majlis sama, Samy Vellu berkata, 72 bengkel penjenamaan akan diadakan di 18 kawasan seluruh negara bagi memastikan ketua cawangan MIC lebih mesra masyarakat dan cekap mengenal pasti masalah penduduk.
Click here!

'Umno dalam zon bahaya'

BINCANG - Muhyiddin (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md Noor selepas taklimat tata etika pemilihan parti kepada pemimpin Umno negeri di Kota Bharu, semalam.
Rasuah politik boleh hakis keyakinan rakyat, akar umbi : Muhyiddin

Oleh : Wan Faizal Ismayatim
KOTA BHARU - Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan amalan rasuah politik pada pemilihan peringkat cawangan yang berlangsung sejak 17 Julai lalu, menyebabkan Umno kini dalam zon bahaya kerana ia menghakis boleh keyakinan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno, berkata jika amalan itu tidak dibendung, persepsi rakyat terhadap Umno akan menjadi buruk, sekali gus menyebabkan parti berdepan kesukaran menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kalau begini selama-lamanya, tak lama lagilah (sokongan rakyat terhadap Umno terhakis)... saya antara paling lantang bercakap, bukan nak menyalahkan sesiapa, tetapi ini (rasuah politik) perlu dipandang serius.

"Saya anggap kita berada dalam zon bahaya dan kalau perlakuan ini tidak diperbetulkan, bagaimana nak menghadapi rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya selepas menyampaikan taklimat tata etika pemilihan parti kepada pemimpin Umno negeri, di sini semalam.
Muhyiddin berkata, berbanding pemilihan sebelum ini yang aduan salah laku dilaporkan ke Lembaga Disiplin selepas pemilihan, keadaan sekarang serius apabila banyak aduan dibuat ketika pemilihan peringkat cawangan masih berlangsung.
"Masalahnya, isu ini bukan hanya dilihat oleh ahli parti, malah oleh orang di luar Umno, khususnya rakyat dan menjadi perkara yang tidak baik kalau pada pandangan masyarakat bahawa rasuah politik sinonim dengan Umno.

"Bila wujud persepsi sebegini, pandangan masyarakat terhadap Umno dan kepemimpinan semakin menurun dan akhirnya apabila berdepan dengan rakyat pada pilihan raya akan datang, mereka tidak lagi menyokong kita," katanya.
Beliau menyarankan, ahli Umno peringkat bawah atau pemimpin tertinggi diterapkan dengan sahsiah diri yang tinggi, prihatin serta melihat rasuah politik sebagai amalan jijik dan bertentangan undang-undang serta agama.
"Kalau ikut laporan tak rasmi, nampaknya memang begitu (rasuah politik semakin berleluasa), lebih-lebih lagi di negeri yang kalah (pilihan raya umum lalu), perebutan nampaknya sengit dan saya dengar beberapa amalan bercanggah dengan peraturan dilakukan," katanya.
Beliau mengakui, keupayaan Lembaga Disiplin Umno menangani semua aduan peringkat cawangan sehingga kini terbatas, khususnya aspek pemantauan dan penyiasatan yang pastinya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Sehubungan itu, istilah politik wang yang digunakan sebelum ini digantikan rasuah politik bagi membolehkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil tindakan terhadap salah laku yang berkaitan dengan Akta Pencegahan Rasuah.
"Kalau ada perilaku yang boleh dikaitkan dengan Akta Pencegahan Rasuah walaupun dalam urusan parti, BPR boleh mengambil tindakan dan ini mungkin tidak disenangi beberapa pihak, tetapi bagaimana kita nak bendung masalah ini.

"Lembaga Disiplin boleh mengambil tindakan, tetapi keupayaannya terbatas. Bagaimana proses penilaian dan penyiasatan yang tentu ambil masa lama. Sebab itu masalah ini perlu dibendung secara bersama," katanya.