Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, February 11, 2009

TV3 Mempromosi Transeksual - Malaysiakini

Program NONA pada 8hb baru-baru ini telah memaparkan satu segmen berkaitan dengan evolusi tarian. Pada mulanya segmen tersebut memaparkan tarian makyong yang menunjukan para penari perempuan yang berlenggang lenggok. Penulis tidak berhajat untuk mengulas tarian makyong, para pembaca boleh merujuk tentang ’MakYong’ di http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong.

Setelah itu paparan evolusi tersebut diteruskan dengan satu tarian terkini yang dipanggil ‘Paper Doll Dance’. Menurut pengacara jemputan tersebut, tarian ini bermula pada tahun 70an lagi dan berkembang pesat pada akhir 90an. Sedutan persembahan tarian tersebut diambil dari satu majlis hari jadi seorang anak kenamaan yang beragama Islam ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16. Apa yang mengejutkan, penari-penari tarian ini terdiri daripada golongan transeksual (tukar jantina) dan mereka ini beragama Islam.
Gambar: Tarian ala ‘tiger show’

Golongan ini berpakaian seksi dan membuat persembahan tarian yang tidak sopan dan menghairahkan. Semasa diwawancara, salah seorang daripada penari tersebut menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah banyak membuat persembahan di luar negara, seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Eropah. Penari itu menyatakan bahawa, tarian ini tidak salah dan tidak boleh dianggap tidak bermoral kerana tarian ini hanyalah sekadar hiburan. Malah mereka juga sedih kerana telah terlalu lama mereka didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka berharap dengan tarian ini dapat membuka peluang mereka untuk bersama-sama berada di dalam masyarakat tanpa disisihkan.

Apa yang menyedihkan, pengacara Nona tersebut telah membuat kesimpulan bahawa tarian ini hanyalah sekadar untuk memeriahkan seni tarian agar lebih berwarna warni. Beliau juga menyarankan kepada penonton agar jangan takut untuk mencuba dan anggaplah ianya sebagai hiburan semata-masa. Setelah menyaksikan segmen tersebut ianya amat mengecewakan kerana rancangan NONA yang telah bersekongkol mempromosikan golongan transeksual, walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam dan tatasusila masyarakat Malaysia.

Bertahun gerakan Freemason bertapak di bumi Malaysia tiada siapa yang peduli - Malaysiakini

pewarismalaysia | Artikel ini ditulis bagi mendesak pihak kerajaan membuat penilaian dan mengkaji semula kebenaran pergerakan Freemason di Malaysia dan juga jika perlu Majlis Fatwa Kebangsaan menyeluarkan fatwa menyenai penyertaan kaum muslim terutamanya bangsa Melayu di Malaysia menyertai pergerakan ini.

Sejarah awal Freemason dan matlamat pergerakan Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyahya.com/globalfreemasonry_introduction.php (buku boleh juga di download di link ini).

Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem. [...baca selanjutnya]


Link Video Dari -
harimau-menaip.blogspot.com

[...]Adakah pergerakan ini mengamal ritual-ritual sulit yang bertentang dengan agama Islam, maupun agama lain (ini kerana sejak dari dahulu, pihak Gereja Kristian juga amat menentang pergerakan ini)? Walau apapun berdasarkan maklumat yang ada, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Agama Islam Malaysia hendaklah menjalankan risikan dan siasatan terperinci tentang aktiviti mereka ini, bukan sahaja dari segi ritual tetapi lebih penting matlamat pergerakan ini. [...baca selanjutnya]