Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 30, 2012

Dua parah dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Batu Lima Sungai Tunggul, Tanjong Karang.

TANJONG KARANG, 30 Okt - Dua cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan, kereta Produa Kancil, sebuah lori kecil dan Toyota Hilux. Kemalangan berlaku ketika hujan lebat di Batu Lima Sungai Tunggul, Tanjong Karang, jalan  Teluk Intan - Klang, pada jam 4 petang tadi.

Mangsa yang parah adalah pemandu kereta Produa Kancil yang tersepit dan seorang lagi mangsa adalah kelendan lori.

Mangsa yang tersepit iaitu pemandu Produa Kancil yang berasal dari Kampung Tengah Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang, telah berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Tanjong Karang yang tiba di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan lanjut. Manakala pemandu lori dan Toyota Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kejadian tidak diketahui.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan trafik hampir satu kilometer dari kedua-dua arah. Walaubagaimanapun trafik bergerak lancar semula, apabila berjaya dikawal oleh Poils Trafik yang tiba di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas.

Jawab apa pun DAP tetap serang saya - Noh Omar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam menjelaskan kontroversi di sebalik isu perbekalan benih padi.

Katanya, walaupun apa yang dijelaskannya, DAP akan tetap mengadakan demonstrasi terhadapnya.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor juga mempersoalkan desakan supaya beliau berundur sedangkan demonstrasi berhubung isu itu pagi semalam hanya dihadiri 35 orang.

Beliau memberitahu parlimen, walau apa pun jawapan beliau, DAP tetap akan memutarnya.

ISU BENIH PADI - YB DAP Sekinchan Cuba Kelirukan Petani Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Sekumpulan petani yang diketuai oleh YB DAP Sekinchan, Ng Suee Lim mengadakan demonstrasi membantah pengeluaran benih padi yang dikatakan tidak berkualiti oleh MOA yang diadakan berdekatan Kilang Benih Padi di Parit 2 Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kumpulan seramai lebih kurang 30 orang itu kebanyakannya dibawa khas dari Sekinchan dan bukannya penduduk tempatan Tanjong Karang.

Berucap ketika demonstrasi itu, Ng Suee Lim mendakwa semua padi yang hendak dijadikan benih dihantar ke kilang syarikat HMN dan syarikat Seri Merbok yang dikatakan oleh beliau sebagai syarikat kroni Noh Omar.

Untuk makluman, Ng Suee sebenarnya nak suruh para petani dan syarikat BERNAS supaya menghantar padi kepada syarikat kroninya iaitu syarikat Beras Jati di Sekinchan.

Mengapa tindakan beliau ini seolah-olah cuba mendesak dan menghalang petani daripada menghantar benih padi kepada dua syarikat yang dikatakan kroni Noh Omar tersebut? Sebab dua syarikat itu adalah syarikat milik Bumiputra. Manakala syarikat Beras Jati adalah milik rakan karibnya.

Fikirkan dengan teliti permainan puak DAP ini untuk menjatuhkan perusahaan Melayu. Dan yang lebih hairan ada juga beberapa orang Melayu yang suka melihat perniagaan Melayu sendiri jatuh demi untuk menyokong perniagaan bangsa lain yang belum tentu membantu mereka ketika susah. Renungkan...

ISU PKNS - MB Khalid perlu buat kenyataan rasmi

TANJONG KARANG, 28 Okt - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa membuat kenyataan rasmi berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu yang berjumlah RM321 juta.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hanya pengakuan atau penafian rasmi daripada Menteri Besar mengenai perkara itu ditunggu oleh seluruh rakyat Selangor.

Beliau berkata, kenyataan konkrit daripada Abdul Khalid yang mewakili kerajaan negeri amat penting kerana ia mampu menjelaskan semua kontroversi yang melanda negeri Selangor ketika ini.

"Saya bukannya mahu tuduh, sebab itu saya mahu Menteri Besar tampil memberikan penjelasan... Saya nak maklumkan saya mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, sebab itu saya berani membangkitkan perkara ini.

"Sekarang ini saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat apa reaksi Menteri Besar... Sebaik sahaja beliau membuat kenyataan rasmi, saya akan memberikan komen... Namun apa yang diperhatikan Menteri Besar seolah-olah takut untuk berdepan dengan rakyat," katanya kepada wakil media di sini hari ini.

Terdahulu Noh menghadiri majlis Korban Perdana Parlimen Tanjung Karang yang diadakan berhampiran Padang Astaka, Tanjung Karang di sini.

Pada majlis tersebut sebanyak 30 ekor lembu dikorbankan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Mengulas isu yang sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Menteri Besar perlu memberi kata putus mengenai perkara tersebut memandangkan ia akan menentukan nasib para usahawan dan peniaga-peniaga Melayu di Selangor.

"Jika pertukaran pengurusan berlaku, ia sememangnya akan menyulitkan para peniaga yang beroperasi di sana terutamanya mengenai sewa premis dan juga krisis pengurusan pada masa depan," katanya.

Selain itu katanya, sebagai Menteri Besar cemerlang seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pakatan pembangkang, Abdul Khalid perlu berani untuk berdepan situasi ini, selain menjawab mengenai isu Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel).

"Kali pertama saya cabar beliau berhubung isu Yayasan Selangor dan kedua pula berkaitan Unisel.

"ini merupakan cabaran ketiga dan saya sangat menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid memandangkan sebelum ini beliau sering mengatakan PKNS aset penting," katanya.

MENTERI PERTANIAN MELAPAH DAGING LEMBU KORBAN DI PROGRAM KORBAN PERDANA PARLIMEN TANJONG KARANG 2012

TANJONG KARANG, 28 Okt - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar membantu penduduk kampung melapah daging lembu korban semasa hadir pada Majlis Korban Perdana Parlimen Tanjong Karang berhampiran padang Astaka di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut sebanyak 30 ekor lembu dikorbankan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Noh Omar Makan Kenduri Di Parit 2 Sungai Burong

SUNGAI BURONG, 28 okt - Berjiwa rakyat dan sentiasa mendekati rakyatnya... itulah yang dapat digambarkan kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, ketika beliau berkunjung ke rumah kenduri Tn Hj Hasim di Parit 2 Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, malam tadi.