Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 25, 2008

MIC pula digesa dekati blog

Malaysiakini - Selepas semakin ramai tokoh politik BN menyertai arus berblog sejak pilihanraya umum Mac lalu, kini MIC pula menggesa barisan pemimpinnya, termasuk di peringkat cawangan, memantau blog.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan pemimpin mendekatkan diri dengan laman blog dan melayari Internet setiap hari bagi memantau suara-suara tidak puas hati dan memberi maklum balas sewajarnya terhadap luahan perasaan itu. -->>lanjut
"Kalau perlu, mereka sendiri perlu menjadi penulis blog,"

Umno Kubang pasu sayang Tun tapi sokong kepimpinan Abdullah

bharian - Johari, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata walaupun Umno Bahagian Kubang Pasu patuh kepada Dr Mahathir, namum pada masa ini bahagian itu tetap menyokong penuh pucuk pimpinan parti.

Dr Mahathir adalah bekas ketua bahagian itu serta menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu dari 1974 hingga 2004. -->>lanjut
“Memang kita sayang Tun, tapi itu keputusan dia (Dr Mahathir), yang penting sekarang Umno.

“Ini bukan kali pertama Umno dilanda krisis, buat keputusan yang rasional dan berpegang teguh kepada prinsip sedia ada, Umno pasti akan pulih,”

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi dijangka berterusan hingga lewat petang Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Ahad keadaan cuaca yang sama dijangka turut berlaku di Perlis dan Kedah. - Bernama
Amaran.!
Jangan main hujan nanti demam... kalau kene sambar petir lagi haru... sebab nak kene jemput ahli kariah buat kenduri tahlil..

KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH

Kerangka Minda Di sebalik Tuntutannya
Oleh : Ruhanie Ahmad (blog kudakepang)
Sejarah membuktikan Pulau Batu Putih – biar hanya sebesar padang bola - adalah milik Kesultanan Johor. Pulau ini adalah warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Malangnya, pada 23 Mei 2008, kedaulatan pulau ini telah dengan rasminya dirampas daripada Malaysia dan diserahkan kepada Singapura berasaskan pelbagai fakta bukan sejarah.

Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut citarasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.

Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.
Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.

Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai. -->>lanjut

UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.
2. UMNO ditubuhkan di atas ass perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).

a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yaani Pertubuhn Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-

i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.
Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.
4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

Komen Pak Lah bila DR. M keluar UMNO

Siapa antara mereka yang popular Rafidah, Sharizat, Azalina dan Halimah ?

azalina.jpgtepakbersulam - Tentu ada yang bertanya kenapa saya memainkan kembali isu Ketua Wanita yang mana isu ini pernah hangat di perkatakan apabila Ketua UMNO bahagian Cheras menyuarakan akan mencalonkan Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO. Dalam erti kata lain Syed Ali Al Habshee mahukan Azalina menentang Rafidah sebagai Ketua Wanita. -->>lanjut

Dunia glamour punya cerita

Nilai sendiri!
hmetro - Dulu gambar lucahnya disebarkan di Internet tetapi dia tidak mengaku, alasan kononnya gambar itu dibuat secara ‘super imposed.’

Beberapa keping lagi yang dirakam selepas kejadian tidak senonoh dulu, kini menjadi tatapan pelayar Internet.

Inilah dunia artis, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hidup artis Malaysia!

Selanjutnya cerita berkaitan dari blog lain.....
Artikel [www.alalalan.com]
20/5/2008

Dulu dia penah buat hal pasal gambar lucah dia bersama seorang lelaki .Sekarang ada gambar dia muncul lagi di kaca skrin komputer anda.Betul ke dia tuh?menurut maklumat yang boleh dipercayai gambar ini diambil masa party kat pd tiesto kot?
http://farm4.static.flickr.com/3143/2496894786_d6d581ea53.jpg?v=0The image “http://farm3.static.flickr.com/2113/2496890412_e98be433e3.jpg?v=0” cannot be displayed, because it contains errors.http://farm3.static.flickr.com/2045/2496890414_b47045ba33.jpg?v=0
yang nih fazura.. pelakon gol n gincu

Mukhriz pertahan desakan, Pemuda Perak mahu dipecat

mStar - Pemuda Umno Perak meminta Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno memecat Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir kerana meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pemimpin Umno bahagian atau cawangan yang menyokong tindakan Mukhriz itu juga mesti keluar daripada parti.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pasir Salak berkata, mengkritik presiden parti secara terbuka adalah tindakan biadap dan cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.


"Parti ada dasar dan peraturan kerana walaupun ada yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan di peringkat cawangan atau bahagian, mereka mesti menerima keputusan yang dibuat secara bersama.

"Kalau Mukhriz mempunyai prasangka buruk terhadap presiden, tidak ada gunanya beliau kekal dalam parti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas dengan 16 Ketua Pemuda Bahagian Perak di sini, hari ini. -->>lanjut

Ini politik…saya semua tak boleh campur…

Agendadaily - Sultan Pahang telah merasmikan kompleks ibupejabat polis Raub Sabtu.Selepas majlis itu baginda hadir dalam sidang akhbar.Ini memberi kesempatan bagi para wartawan bertanya baginda mengenainya.

“ Ini politik…saya semua tak boleh campur,”titah baginda.

Menurut Sultan Pahang Raja-raja Melayu tidak boleh ambil sebarang tindakan atau bersuara sehinggalah para ahli politik sendiri datang temui mereka. "Nak telan pahit..nak dibuang sayang,” titah baginda.Apapun bagida berharap kemelut ini dapat selesai dengan baik dan tidak berlaku sesuatu yang tak elok.

Dalam pada itu baginda berpendapat dalam apa jua situasi akan ada cooling off period .”Mari tunggu…InsyaAllah dengan izin Allah Taala,” titah baginda. -->>lanjut

Jangan terlalu ghairah - Rafidah

Utusan - Ahli-ahli Puteri UMNO yang menyertai Wanita UMNO dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk bertanding jawatan tertinggi di bahagian-bahagian khususnya jawatan Ketua Wanita.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz sebaliknya menyarankan mereka bertanding di peringkat ahli jawatankuasa terlebih dahulu. -->>lanjut
''Kalau nak bertanding pun, bertandinglah untuk ahli jawatankuasa kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.

''Malah, bagi ketua-ketua Wanita UMNO bahagian pula, ambil ahli-ahli Puteri yang menyertai Wanita ini sebagai jawatankuasa tambahan supaya sekurang-kurangnya kita akan mendapat input daripada anak-anak muda ini,"
Berita lain
UMNO masih mampu perjuangkan hak Melayu
Belum tetapkan tarikh jumpa Dr. M
'Saya kena bersuara demi UMNO'
Hishammuddin ada 3 soalan untuk Ezam
Ambil tindakan terhadap Ahli Parlimen tentang kerajaan

Kemasukan Ezam Hanya Akan Terus Memecahkan UMNO

Oleh : Ulek
Apa perlunya digembar gemburkan kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO? Apa hebatnya Ezam yang bukan sahaja sudah hilang kekuatan dan pengaruh tetapi juga tiada sokongan akar umbi. Jika Ezam mahu masuk UMNO, masuklah. Apa perlu diriuh dan dihebohkan?

Hina sangatkah jasa pemimpin UMNO lain terutama di peringkat cawangan dan bahagian sehingga jasa mereka selama 10tahun menentang usaha Ezam menjatuhkan UMNO dilupakan? UMNO jangan jadi keparat sehingga yang berjasa dilupakan tetapi pengkhianat parti di bawa balik dan di beri hamparan karpet merah.

Seorang Ketua Cawangan Subang semalam secara terus terang mendakwa ini merupakan agenda Khairy Jamaluddin dan Norza Zakaria untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Mungkin benarlah apa yang dikatakan sesetangah pihak, cara terbaik untuk mendapat tempat dalam parti ialah dengan masuk parti lawan apabila ada konflik dan tunggu saat sesuai untuk kembali dengan tuntutan dan tawaran yang menarik.

Khabarnya Ezam akan ditawarkan jawatan senator. Tahniah kepada Ezam. Ini juga pengajaran kepada ahli UMNO di bawah.

Sambutan Hari Belia Negara 2008


DBKL - antara undang-undang dan kuasa

ImageHanya kerana mahu mempertahankan lebih kurang lapan buah premis yang melanggar undang-undang dan dirobohkan oleh pihak penguatkuasa DBKL, sekumpulan pembangkang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bertindak mengumpul sebahagian penyokong dengan menyediakan dua buah bas untuk menyerang ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta memaki hamun Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk V. Saravanan dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup.

Image

Serangan tersebut disifatkan sebagai melambangkan betapa tidak bertamadun, jumud, biadap, kurang ajar dan buta undang-undang PBT di kalangan ahli-ahli parlimen pembangkang malah sikap mereka juga seperti mahu menjadikan DBKL sebagai sebuah organisasi yang tidak bermaruah serta mahu ditadbir mengkuit kemahuan peribadi mereka dan pengikut-pengikut yang mereka peralatkan.

Namun yang paling mengecewakan adalah atas alasan apa Gobalakrisnan ( MP Padang Serai), Zuraidah ( MP Ampang), Tan Kok Wai ( MP Cheras), Tan Seng Giaw ( MP Kepong). MP Segambut, MP Kelana Jaya dan MP Bukit Bintang turut serta dalam isu yang membabitkan pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh segelintir peniaga Wangsa Maju sedangkan kesemua Ahli-ahli Parlimen ini datang daripada luar kawasan Parlimen Wangsa Maju serta tiada kaitan langsung dengan masalah berbangkit.

Dan kalaulah mereka ini telah ketandusan publisiti, DBKL bukan tempat mereka untuk mencari publisiti murahan dan sikap mereka tidak ubah seperti mahu menangguk di ar keruh ataupun mereka diajak bersama untuk menghuru harakan keadaan. Jelasnya mahu mengambil kesempatan bagi kepentingan politik peribadi. Seolah-olah mahu menjadikan Kuala Lumpur ini milik kumpulan pembangkang sahaja tanpa mempdulikan kesejahteran penduduk terbanyak.

Adakah sekadar mahu menunjukkan mereka sudah kuat, hebat kerana menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan sehinggakan mereka boleh menyerbu dan memaki hamun pegawai-pegawai kerajaan yang diberikan tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang. Dan wajah sebenar kumpulan pembangkang terserlah dengan jelas ekoran kejadian di ibu pejabt DBKL itu.

Ataupun mereka ini mahu menyalakan api permusuhan antara pegawai-pegawai kerajaan dengan pemimpin pembangkang dan adakah mereka ini menganggap Wilayah Persekutuan ini adalah harta mereka yang mereka boleh perlakukan sewenang-wenangnya sehingga sanggup melanggar undang-undang.

Lebih malang lagi, wakil rakyat yang sepatutnya membantu menguatkuasa undang-undang turut bersubahat dengan seklompok manusia yang tanpa segan silu melanggar undang-undang dan dalam masa yang sama mencipta undang-undang sendiri dan apakah jenis wakil rakyat seandainya mereka menggunakan tanggungjawab dan amanah yang ada untuk melanggar undang-undang yang telah dipersetujui serta termaktub sekian lama.

Melihat kepada apa yang berlaku di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, jelas ahli-ahli parlimen pembangkang seolah-olah berniat jahat dan mengendong agenda tersendiri. Mereka mahu menjuarai masalah rakyat yang sedikit dengan mengenepikan kehendak ramai. Malang sungguh negera kerana mempunyai kelompok pemimpin yang bersifat seperti haiwan ini.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar, Ketua Pengarah serta semua pegawai yang terbabit diminta tidak tunduk kepada sebarang tekanan, desakan dan kepentingan politik sempit pembangkang sekiranya DBKL ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan benar-benar mahu menjadikan Kuala Lumpur, bandaraya bertaraf dunia.

Penguatkuasaan undang-undang harus dilakukan sepanjang masa tanpa mengenal batas sempadan seandainya pegawai-pegawai DBKL mahu dilihat berani dan tidak bacul dalam berhadapan dengan tindakan provokasi daripada pembangkang yang semakain liarserta tidak bertamadun hari ini.

Pembangkang yang selama ini membesar dari sistem politik jalanan yang kusut masai dan bukan sesuatu yang baru apabila mereka menggunakan pendekatan hukum rimba bagi menangani masalah yang timbul ataupun mereka sekadar mahu mengambil hati rakyat yang buta mengundi mereka selama ini. Walaupun mereka tahu ada kesalahan yang dilakukan oleh pemilik lapan premis perniagaan itu tetapi mereka sangup menjadi alat kepada pihak yang enggan tunduk kepada peraturan dan undang-unang.

Bayangkan seandainya mereka ini dberi peluang menjadi kerajaan? Bayangkan sekiranya mereka ini diangkat menjadi Menteri atau sebagainya? Adakah mereka ini mampu menguruskan sebuah kerajaan yang baik sedangkan untuk mengurus satu kawasan parlimen pun, mereka sudah jadi haru biru dan menghalalkan segala tindakan yang songsang.

Oleh itu, kita peringatkan sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menguruskan Kuala Lumpur, jangan jadi bacul serta barua kepada pemimpin pembangkang yang sedang mabuk kuasa ketika ini. Peringatkan kepada mereka, kemenangan mereka dalam pilihanraya lalu bukan tiket untuk mereka melanggar undang-undang. Kemenangan mereka dalam plihanraya lalu bukan jambatan untuk memusnahkan sitem yang telah sekian lama terbina. Lagak dan keras perwatakan bukan budya yang kita perlu suburkan kalau kita sendiri tdak mahu negara ini menjadi sebuah negara republik yang menghalalkan segala tindakan.

Peringatkan kepada mereka, DBKL bukan pasar malam yang mereka boleh serbu bila-bila masa dan beritahu kepada mereka, pegaweai DBKL ada maruah dan tanggungjawab lain kepada seluruh penduduk Kuala Lumpur dan bukannya kepada sebilangan kecil peniaga di Wangsa Maju sahaja ataupun melayani karnah pembangkang semata-mata. Ingat Kuala Lumpur milik semua rakyat dan untuk menjadi rakyat yang baik, kita kena menghormati dan mengharagi apa yang telah kita persetujui sekian lama.