
Beliau yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Selayang di sini.
Menurut anaknya, Mohd. Saupi atau lebih dikenali dengan panggilan Opie Zami, bapanya dimasukkan ke hospital awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.
Tambahnya, bapanya memang menghidap penyakit lelah dan kesihatannya bertambah buruk selepas tamat penggambaran filem `Syyh..Dia Datang’ arahan Saiful Apek dua minggu lalu.