Menurut orang ramai yang berada ditempat kejadian, kemalangan yang berlaku disebabkan oleh sebuah kereta jenis Proton Gen2 dari arah Tanjong Karang yang secara tiba-tiba membelok untuk masuk di persimpangan menyebabkan sebuah Proton Wira yang berada dibelakangnya cuba mengelak dan gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah kereta van dari arah bertentangan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang menggunakan Ambulan dan juga kenderaan orang awam yang berada ditempat kejadian bagi menerima rawatan lanjut.
Kemalangan yang berlaku turut menyebabkan berlaku kesesakan trafik hampir satu kilometer di kedua-dua arah Sekinchan dan Tanjong Karang disebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berada di tengah-tengah jalan dan orang ramai yang berada disitu bagi membantu mengeluarkan mangsa yang cedera yang tidak tersepit. Walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.