Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, December 28, 2012

PENGUMUMAN.!!! Permohonan rebet telefon pintar mulai Selasa ini

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.

Sekitar Program Perkasa PDM BN Bahagian Tanjung Karang

Taklimat penstrukturan dan analisa pemilih oleh KDM, Timbalan, SuPDM, JR Unit IT serta Jentera PDM Pekan Tg Karang KDM Tuan Haji Azimi Samsuddin, KDM Sg. Kajang Tuan Hj Kamaruzaman, KDM Btg. Berjuntai Tuan Hj Yeop Sanip, KDM Pasir Penanambang En Ng Cheng Guan dan KDM Btg Berjuntai Utara En Logarajan.
Taklimat Keseluruhan Parlimen oleh Datuk Habibah ketua wanita BN

Sunday, December 23, 2012

VIDEO.!!! DS NOH OMAR BERSAMA PESAWAH DI MAJLIS KESYUKURAN PENINGKATAN HASIL PADI PARLIMEN TANJONG KARANG - CERAMAH USTAZ FATHUL BARI

TANJONG KARANG - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh Omar, bersama lebih seribu pesawah sekitar parlimen ini yang hadir di Majlis Kesyukuran Peningkatan Hasil Padi Parlimen Tanjong Karang 2012 yang diadakan di Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini, pada 14 Disember 2012 yang lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut ADUN Sungai Burong, Datuk Haji Samsudi Lias, ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan kesemua barisan kepimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang serta kimponen parti Barisan Nasional Tanjong Karang.

Pada majlis yang berlangsung, Datuk Seri Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang telah menyampaikan anugerah kepada pesawah yang berjaya mendapat hasil padi tertinggi.

Sebelum itu, para tetamu turut berpeluang beramah mesra dan mendengar ceramah oleh penceramah jemputan, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UFB).
>>> GALERI GAMBAR <<<

Saturday, December 22, 2012

Pasang Sistem Pengesan Vesel - NOH OMAR

KUALA SELANGOR, 14 DIS - Kerajaan merancang untuk mewajibkan semua nelayan Zon B di seluruh negara memasang Sistem Pengesan Vesel (VTS) pada tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu adalah salah satu usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan zon tersebut ke kawasan tangkapan nelayan Zon A iaitu melibatkan perairan kurang lima batu nautika dari pantai.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada nelayan Zon A di seluruh negara mengenai masalah tersebut kerana pencerobohan nelayan Zon B boleh menjejaskan pendapatan nelayan terbabit.

''Pencerobohan nelayan Zon B turut menyalahi peraturan selain syarat-syarat lesen yang ditetapkan iaitu nelayan bagi zon berkenaan harus menjalankan aktiviti mereka di perairan melebihi lima batu nautika dari pantai.

''Buat masa ini, kita dalam peringkat kajian mendalam untuk mewajibkan pemasangan sistem ini kepada nelayan Zon B," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Agro-Tourism LKIM dan Pasar Nelayan di Kampung Sungai Yu membabitkan kos pembinaan keseluruhan hampir RM1 juta di sini hari ini.

Noh berkata, sebelum ini penguatkuasaan untuk menangani masalah pencerobohan tersebut dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) namun kegiatan tersebut masih berlaku.

''Sebab itu kita merangka untuk mewajibkan sistem pengesan kepada nelayan Zon B. Pada masa sama, kementerian berusaha mendapatkan peruntukan dan kita jangka akan laksanakan sistem itu tahun depan, " katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Ali Parlimen Tanjong Karang turut menyampaikan bantuan sara hidup kepada 1,010 orang nelayan di kawasan Kuala Selangor sebanyak RM200 setiap seorang.

Beliau berkata, tahun ini kementerian telah menerima tambahan peruntukan khas sebanyak RM36.5 juta bagi membina 193 buah jeti dan 112 pelantar nelayan di seluruh negara.

Katanya, tambahan peruntukan itu adalah yang kedua diberikan Kerajaan Pusat untuk membantu nelayan di negara ini selepas peruntukan pertama sebanyak RM50 juta disalurkan bagi tujuan yang sama pada 2010.

''Peruntukan ini adalah usaha Kerajaan Pusat untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada golongan nelayan selain meningkatkan hasil pendapatan mereka termasuklah industri perikanan negara," katanya.

Monday, December 10, 2012

Noh dakwa kerajaan Selangor tidak beri kerjasama

Beliau merujuk kepada satu program di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor di Banting pada September lalu yang didakwa bermotif politik sehingga mendapat halangan daripada pihak penguatkuasa.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor didakwa bersikap berat sebelah apabila tidak memberi kerjasama kepada kerajaan Persekutuan yang mengadakan pelbagai program di negeri itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuat dakwaan itu berhubung satu program Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berada di bawah kemnenteriannya September lalu.

Beliau berkata program tersebut mendapat halangan daripada pihak penguatkuasa.

Katanya walaupun program tersebut diadakan di tanah persendirian namun ia mendapat halangan sehingga wujud kehadiran 20 lori dari pihak penguatkuasa pada ketika itu.

“Kita tutup (program) sebab penguatkuasa ramai. Bila malam nak buat kugiran oleh pihak TEKUN ia dihalang sedangkan ia diadakan di tanah persendirian. Jelas wujud berat sebelah sebab PKR takut dengan bayang-bayang. Bila dia (kerajaan Selangor) buat program di tanah persendirian semua boleh.

“Saya difahamkan program tersebut dihalang kerana bertujuan politik, kerana PKR adakan taklimat tentang isu Talam di Banting,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor yang mengadakan Selangor Agro Fest 2012 dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 16 Disember sedangkan kementerian pertanian dan industri asas tani turut mengadakan pelbagai program seumpama itu.

Peruntukan persekutuan lebih banyak

Dalam perkembangan berkaitan, Noh berkata kerajaan persekutuan memperuntukan sehingga RM 5.5 bilion (2011 hingga 2012) kepada rakyat Selangor membabitkan pelbagai projek pembangunan.

Menurut Noh, peruntukan kerajaan persekutuan ini lebih tinggi berbanding kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Bilangan projek adalah 439 dengan 280 projek adalah projek baru dengan peruntukan (RM2.8 bilion) manakala projek sambungan 159 projek (RM2.85 bilion).

“Selain itu kita ada projek di bawah peruntukan JAKIM iaitu sebanyak RM32 juta merangkumi pelbagai elaun kepada imam, kelas agama dan fardu ain (KAFA), guru takmir dan lain-lain. Melalui program pembasmian kemiskinan peruntukan diberi adalah sebanyak RM5 juta yang membabitkan program Bantuan Rumah, Kementerian Kemajuan Luar Bandan dan Wilayah.

“Pelaksanaan peruntukan Khas tahun 2012 di bawah peruntukan Perdana Menteri juga adalah sebanyak RM56 juta dengan 308 projek.

“Manakala di bawah peruntukan timbalan perdana menteri diberi peruntukan sehingga RM7 juta dengan 90 projek,” jelas beliau yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Thursday, December 6, 2012

SAKSIKAN VIDEO.!!! PERGADUHAN PEMUDA UMNO GOMBAK Vs SAMSENG PAKATAN RAKYAT

GOMBAK, 4 NOV - Puak gerombolan samseng upahan Pakatan Rakyat pasti tidak menduga begitu ramai anak muda jati Gombak yang terdiri dari Pemuda UMNO Gombak yang turun menyambut mereka di Bt. 8 Gombak sewaktu Program Ceramah Anwar malam tadi. Anwar yg hadir lewat sudah pasti telah dimaklumkan dengan kehadiran ratusan Pemuda UMNO Gombak yang keluar menyuarakan bantahan dan penolakkan mereka kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Pihak pencacai terpaksa mengerah askar upahan dari luar untuk datang ke Gombak untuk menyekat semangat Pemuda UMNO Gombak. Namun begitu Pemuda UMNO Gombak yang berhimpun dengan aman menyuarakan bantahan telah di provoke oleh bacul-bacul upahan yang hanya berani menyorok dibelakang Pak Aji dan Mak Aji serta wanita dengan membaling baldi dan periuk ke arah Pemuda UMNO Gombak. Saksikan bukti rakaman video ini siapa yang mula membaling dan mencetuskan pergaduhan?

Sumber - GombakGempur

Wednesday, December 5, 2012

Adun Permatang kecam premium tanah kediaman

SHAH ALAM, 30 NOV - Tindakan kerajaan Selangor mengenakan kadar premium tanah kediaman yang tinggi kepada rakyat di negeri itu disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak dari Barisan Nasional (BN) berkata, ini kerana kerajaan negeri cuba mengaut keuntungan apabila memperkenal sistem premium mengikut nilai pasaran sehingga mencecah ratusan ribu ringgit, sekaligus membebankan rakyat berpendapatan rendah.

"Saya sendiri menerima berpuluh-puluh aduan daripada penduduk yang tidak mampu membayar premium tanah kerana harga yang dikenakan sangat tinggi. Sebagai contoh, ada pemilik tanah di kawasan Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang yang terpaksa membayar premium mencecah hampir RM230,000 untuk tanah seluas 0.7 hektar.

"Keadaan ini ternyata berbeza ketika pentadbiran BN yang mengenakan premium tanah beberapa ribu ringgit saja (untuk keluasan sama). Adalah sesuatu yang menyedihkan kerana rakyat terpaksa membayar premium tanah yang sama mahal dengan harga hartanah semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Sulaiman berkata, kegagalan kerajaan negeri memahami kepentingan kemudahan asas ini, selain mengambil kesempatan mencari untung besar dengan mengenakan premium tanah yang tinggi, turut dikesali pemaju projek pembangunan.

Mengulas dakwaan Adun Sekinchan Ng Suee Lim bahawa terdapat 'projek sapu tanah' oleh BN Selangor membabitkan 24 lot tanah seluas 13.56 hektar yang dijual kepada parti komponen di negeri itu, beliau berkata Ng cuba memanipulasi isu itu demi meraih keuntungan politik.

"Saya ingin bertanya apa salahnya jika ada orang BN memiliki tanah, dan ia tidak salah di sisi undang-undang.

"Mereka ini membeli tanah dengan prosedur yang betul... bukan mengambil tanah orang," katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman memberi jaminan kepada rakyat Selangor bahawa kadar premium tanah akan kembali seperti dahulu jika BN kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Sumber - UmnoSelangor

Tuesday, December 4, 2012

Noh cabar pembangkang debat menyebabkan rambut MB Khalid semakin kusut, Ng Suee Lim hilang telur..

KUALA LUMPUR, 2 DIS - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mencabar pembangkang berdebat dengan beliau berhubung isu tender agihan kuota benih padi sah yang kini dijadikan modal politik pembangkang.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dengan wakil pembangkang bagi menjawab isu itu dengan adil dan bermaruah.

"Ini isu lapuk yang sengaja diulang pembangkang dengan harapan rakyat akan percaya. Oleh kerana kes ini di bawah kementerian dan saya anak jati Selangor, saya mencabar Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk berhadapan.

"Jangan hanya berani berkokok di gelanggang sendiri, saya akan datang ke Selangor di mana-mana juga. Menteri Besar tetapkan tarikh di bulan Januari, tempat dan masa, insya-Allah saya akan datang dan jangan lari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 serta Hari Penternak, Peladang, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi dan membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Menurut Noh, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak sepatutnya mempolitikkan isu tender agihan kuota benih padi sah di negeri itu kerana sudah diperjelaskan secara terperinci dalam sidang Dewan Rakyat Oktober lalu.

Tambah beliau, tindakan pembangkang membangkitkan semula isu itu juga hanya bertujuan mencemar imej beliau dan memburuk-burukkan BN menerusi fitnah tidak berasas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noh berkata, pihaknya turut bercadang meningkatkan had pinjaman mikro kredit di bawah kementeriannya iaitu daripada maksimum RM50,000 kepada sebanyak RM100,000.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan had pinjaman untuk peniaga kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan jumlah sama.

"Had pinjaman mikro kredit itu adalah pinjaman melibatkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Agrobank," katanya.

Monday, December 3, 2012

JANJI DITEPATI - Penderitaan Rohaya dapat perhatian

TANJONG KARANG - Penderitaan suri rumah, Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang mempunyai benjolan menyamai ketumbuhan kronik atau dikenali sebagai lipoma di perut, belakang bahu kanan dan bawah paha kanan seberat hampir 60 kilogram sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian Pejabat Parlimen Tanjung Karang yang menghulurkan bantuan pada Khamis lepas (29 November 2012).

Bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian itu disampaikan Datuk Mohd Shafie Asnawi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berkunjung ke rumah ibu dua anak itu di Kampung Parit Empat, Ban 2, Sekincan, di sini.

Mohd Shafie berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib Rohaya dan memantau keadaannya dari masa ke semasa memandangkan kes ini sudah dibawa ke pengetahuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Saya difahamkan LZS akan menanggung keseluruhan kos pembedahan. Walaupun kunjungan ini hanya membawa sumbangan keperluan harian dan wang tunai, namun saya akan pastikan kunjungan kali kedua bersama Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang dibuat dalam masa terdekat.

Sunday, December 2, 2012

VIDEO.!!! BN Selangor Tidak Gentar Pilihan Raya Mac Depan, Rakyat Pun Tak Sabar – Noh

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.

“Saya nak tegaskan kita tidak takut ….bila dia buat pun kita akan bersedia…. Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya. Insyaallah…Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.

“Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata…teori politik dengan praktikal tidak sama….dulu mereka tidak dirikan kerajaan, cakap macam-macam. Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.

“Banyak berpolitik…..Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian. Satu kerajaan pusat, satu kerajaan PKR. BN dengan PKR. Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.

“Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan ‘federal’ ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti. Dia baru 4 tahun memerintah. Apa kajian yang dia buat. Dia hanya cakap dan tidak buat.

“Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka. Macam air di Selangor, apabila air tidak ada, siapa yang rugi…sebab peluang pekerjaan tertutup. Harga rumah akan naik abapila rumah tidak boleh buat. Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih. Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air. Jadi dia tidak tahu yang mana ‘priority’,” katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.

Sumber - MediaUMNO

Adun Sungai Burong selar DAP bangkitkan isu tender benih padi

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lepas.

"Kenapa perlu dibangkitkan lagi di sidang dewan ini, sedangkan Menteri Pertanian telah memberi penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi.

"Mengapa pada waktu itu, wakil Anggota Parlimen daripada Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberi penjelasan berhubung isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN, Jumaat lepas.

Pada persidangan itu, Ng mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni dalam proses pemberian tender agihan benih padi.

Ng kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Mohd Shamsudin berkata dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan ia hanya muslihat politik kerajaan Selangor semata-mata.

"Jangan sensasikan isu ini...pihak Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani," tegas Mohd Shamsudin.

Pada 17 Okt lepas, Noh yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya, berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya.

Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup, namun untuk mengelakkan monopoli, kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu, kata Noh.

Ng Sue Lim DAP kecut telur - Noh Omar sedia beri penjelasan isu tender benih padi

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia menjawab kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mendakwa kononnya tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi oleh kementeriannya.

Noh berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan tulis surat. Esok saya akan masuk pejabat, saya akan tulis immediately...mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua Adun di Selangor," kataNYA Kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya itu.

"Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri hanya mendiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak jawatan," katanya juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Baru-baru ini Adun Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan di dalam akhbar.

Beliau berkata setiap permohonan dinilai oleh tiga jawatankuasa kementerian bagi memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender.