Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, August 3, 2008

Kemaruk kafe siber

Angkara ketagih permainan komputer, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tergamak mengugut untuk menikam dan menetak ibu bapanya dengan pisau dan parang lebih 10 kali hanya kerana dia tidak diberi wang RM5.

Murid darjah enam itu juga bertindak ‘ala gangster’ apabila sanggup mencuri wang dari kedai runcit dan memeras ugut ra kan sebaya untuk melayani ketagihannya terhadap permainan komputer di kafe siber yang dikenalinya awal tahun lalu.

Sejak ‘terpikat’ dengan permainan ‘berhantu’ itu, kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Azli itu kerap ponteng sekolah, merokok dan akhirnya berhenti sekolah, sekali gus tidak menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.

Tidak setakat itu saja, selepas berhenti sekolah, kafe siber menjadi rumah keduanya, malah dia sanggup ‘bertapa’ 12 jam sehari hanya untuk bermain permainan komputer diminati.

Ikuti pengakuan Azli yang kini mendapatkan rawatan pemulihan di sebuah rumah kebajikan apabila ibu bapanya tidak lagi mampu mengawal sikapnya yang panas baran dan ganas hasil ‘didikan’ kafe siber seperti diceritakan kepada Wartawan Metro Ahad, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN. -->>lanjut