Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, December 8, 2008

Operasi kesan 1 lagi mangsa tragedi tanah runtuh diterus - Malaysiakini

Pusat pendaftaran sementara masuk keluar yang disediakan di kawasan tragedi ketika usaha digerakkan untuk memindahkan penduduk kawasan sekitar.

Laluan sementara yang disediakan oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Seorang warga Sri Lanka, yang merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr N Yogeswari, dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang kenalan Dr Yogeswari pada malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang diberhentikan pada pukul 6.30 petang semalam dimulakan semula pada 9.30 malam tadi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

BN jangka menang besar di Kuala Terengganu pada 17 Januari - Malaysiakini

Oleh : Ismail Hassan
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari 2009 dan hari penamaan calon pula pada 6 Januari. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi Jumaat.


Ini bermakna tempoh kempen pilihanraya kecil yang kali kedua diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ialah selama 11 hari. Pilihanraya kecil ini akan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat dijangka antara UMNO dan PAS. UMNO akan mempertahankan kerusi ini yang mana pilihanraya ini akan menyaksikan sokongan yang sama berat dan UMNO pasti mahu mempertahankan kerusi ini. Tidak seperti di Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim, kali ini pembangkang akan menghadapi jalan yang sukar untuk memenangi kerusi ini. Jentera UMNO dan BN telah bersedia untuk mengempur Kuala Terangganu dan memastikan satu kemenanagan yang bermakna khususnya yang akan menjadi satu penghormatan oleh rakyat di Kuala Terengganu kepada Allahyarham DatukRazali. BN dijangka akan mendapat kemenanagan yang lebih besar kali ini.