Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, May 24, 2008

Lucutkan jawatan Mukhriz dalam Umno

Dari blog - raksasabn
Datuk Mokhzani Mahathir yang secara rasminya menyatakan bahawa beliau turut menjejaki saranan bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohammed untuk keluar daripada parti UMNO cukup menjelaskan bahawa keluarga ini benar-benar sudah lupa daratan dan tiada semangat perjuangan.

Sungguhpun Mukhriz masih lagi bersama dengan UMNO, namun kewujudan beliau bukanlah mahu memberikan khidmat yang jujur demi perjuangan parti, tetapi punya agenda yang tersendiri demi diri sendiri dan ahli keluarganya sahaja. -->>lanjut
UMNO tidak memerlukan pemimpin sebegini, jika UMNO masih memelihara tikus tanpa disekat kemaraannya, maka tidak mustahil padi akan rosak seluruhnya.Kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan UMNO. Pecat sahaja Mukhriz daripada UMNO!

Umno Jerlun bergolak?

mukhriz mahathir and umno pemudaMalaysiakini - Kini dipercayai wujud dua puak dalam Umno bahagian Jerlun - satu menyokong ahli Parlimennya, Datuk Mukhriz Mahathir manakala satu lagi puak menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Puak yang menyokong Abdullah sebagai perdana menteri serta presiden Umno, diketuai oleh ketua bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

Manakala puak yang menyokong Mukhriz pula terdiri daripada barisan kepimpinan Pemuda bahagian. -->>lanjut

Kerajaan belum menaikkan harga minyak walaupun Indonesia naikkan harga 30 peratus

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak petrol atau diesel di peringkat runcit pada masa ini walaupun negara jiran Indonesia menaikan harga minyak sebanyak 30 peratus bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah menguruskan sistem subsidi untuk mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.

"Buat masa ini tak ada pertimbangan soal kenaikan harga minyak petrol dan diesel, kita sedar akan impak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ini.

"Kita lihat pada masa ini bagaimana sistem subsidi (minyak) itu terurus supaya digalakkan penjimatan dan tidak ada kesan sampingan buruk yang lain,”

Nawaitu Tun Razak dan Tun Mahathir berbeza

Dari blog - KPMU

Sdr Pengarang saya amat tertarik dan terpanggil untuk mengulas: Keyataan Tun

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

Perbezaan Tun dan Allahyarham Tun Razak . Tun Abdul Razak mengkritik Dato' Onn tidak keterlaluan sehingga melibatkan perpecahan dalam UMNO tanpa melibatkan kesetabilan UMNO. Tun juga tidak membabitkan keseluruhan keluarga Dato' Onn dan tidak pula meminta Dato' onn melepaskan jawatan. Nawaitu Tun Razak dan Tun adalah berbeza kerana nawaitu Tun adalah demi parti dan nawaitu Tun jelas kerana bencikan Pak Lah.

Bermulanya kritikan Tun adalah ketika Pak Lah membatalkan dua projek besar , 1> Jambatan bengkok 2) Rail berkembar yang mana kedua-dua ini melibatkan kroni Tu Syed Mokhtar yang merupakan antara orang terkaya di Malaysia.

Dato' Jaafar keluar parti tanpa menyeru semua ahli keluar dari parti dan tidak menyeru agar semua Ahli Parlimen untuk lompat parti, Ini bukan kerana sayangkan UMNO. Ini mahu menghancurkan terus UMNO yang sudah punah sejak era Mahathirisma. UMNO berpecah dua ketika tertubuhnya semangat 46 , UMNO berpecah lagi ketika tertubuhnya semangat 46 dan UMNO berpecah lagi setelah Tun bersara. Apa yang tinggal mahu dikeluarkan semua. Inikah dikatakan sayangkan UMNO.

Nasib baik ahli UMNO tidak sebodoh dan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Tun , jika tidak apa yang tinggal dalam UMNO. Habis diratah oleh Tun, Hancur UMNO dicincang oleh Tun. Juak - juak Tun kini sudah kemaluan dan menuduh ahli UMNO , ketua cawangan dan ahli parlimen sudah dibeli , sedangkan Mukhriz dan mereka ini sendiri tidak mahu keluar dari UMNO.Siapa pula yang beli mereka ini.

Jawatankuasa Pengurusan UMNO dapatkan laporan dari Mukhriz

Jawatankuasa Pengurusan UMNO akan mendapatkan laporan daripada Pemuda UMNO berhubung kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dikatakan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan selagi tidak menerima laporan itu.

K'jaan perincikan semula subsidi minyak

Malaysiakini - Kerajaan akan mengkaji semula dan membincangkan dengan terperinci skim subsidi minyak ekoran kenaikan mendadak harga komoditi bahan itu di pasaran dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi Selasa depan yang akan dipengerusikannya berikutan ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di luar negara untuk tugasan rasmi.

"Bila harga minyak naik begitu tinggi sekali, kita mahu tidak mahu, kita tidak ada pilihan melainkan untuk melihat pada skim subsidi itu dikaji semula.

"Ini supaya beban subsidi itu dapat dikurangkan kerana kita sudah sampai pada keadaan di mana jumlah subsidi tiap-tiap tahun untuk bahan minyak, gas dan keperluan lain sudah pun melebihi jumlah yang kita belanja untuk pembangunan
setiap tahun," -->>lanjut

Batu Puteh: Persatuan nelayan 'terkilan'

Malaysiakini - Persatuan Nelayan Pengerang 'sedikit terkilan' tetapi akur dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antabangsa (ICJ) bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.

Kira-kira 1,500 nelayan menangkap ikan berdekatan pulau tersebut sebelum pertikaian ke atas haknya bermula 28 tahun lalu.

Apabila pertikaian itu bermula, nelayan tidak lagi dibenarkan oleh pihak berkuasa Singapura menangkap ikan di situ. -->>lanjut

Putera : Mukhriz Perlu Hentikan Desakan Minta PM Berundur

mukhriz mahathirPutera Umno hari ini merayu anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir agar menghentikan segala desakan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata anggota Parlimen Jerlun itu seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai wakil rakyat, selain berusaha membantu memulihkan keadaan dalam parti.

"Ini bukan kali pertama Mukhriz bagi kenyataan (sedemikian). Jadi kita (Putera) merayu beliau menghentikannya kerana banyak lagi yang perlu kita (Umno) lakukan," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan majlis mesyuarat Putera Umno di sini malam ini, yang antara lain membincangkan mengenai hala tujunya.

abdul azeez abdul rahim putera umno chiefAbdul Azeez berkata anggota Umno perlu terus bergerak ke hadapan dan menerima kenyataan mengenai kemenangan tipis parti itu pada pilihan raya umum pada 8 Mac.

"Kita tak perlu nak tuding jari siapa yang salah terutamanya (terhadap) Presiden. Tidak ada gunanya mengkritik. Apa yang penting kita pandang ke hadapan dan teruskan apa yang diagendakan," katanya.

Dr Mahathir tiada hak kritik Umno

Dari blog Shahrir-Umno
Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkannya pernah menjadi 'duri dalam daging' Umno ketika bertanding calon Bebas satu ketika dulu, Shahrir berkata ada perbezaan antara beliau dengan Dr Mahathir dalam soal tidak menjadi ahli parti.

"Saya sebenarnya tidak pernah meninggalkan Umno, tetapi cuma tidak dibenarkan menyertai semula Umno Baru ketika ia ditubuhkan pada 1988. Mungkin saya (menjadi duri dalam daging) kerana saya tidak dapat menyertai semula parti.

"Kerana itu, saya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan pada pilihan raya kecil berikutnya, saya menang atas tiket Bebas mengalahkan calon Umno. Kemenangan itu akhirnya menjadi asas untuk Umno membuka keahlian kepada semua orang Melayu dan saya akhirnya menjadi ahli Umno setahun kemudian. -->>lanjut

Ezam – senjata baru UMNO

Dari blog UMNO-REFORM
Ezam telah dipanggil menyertai UMNO? Ezam dikatakan bersetuju mengambil misi baru untuk bagi menyanggah kebangkitan Anwar Ibrahim dalam membawa Pakatan Rakyat menuju puncak. Adakah benar spekulasi – spekulasi yang di terbitkan oleh STAR?

Turut dimaklumkan dalam langkah Ezam menyertai UMNO, NGO yang tertakluk di bawahnya GERAK telah diserahkan kepada Nazree Mohd Yunus. Nazree Yunus yang sebelum ini bernaung di bawah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan kini dilantik menjadi Pengerusi Gerak.

Ezam dijangka akan menjadi saingan kepada Anwar Ibrahim dan akan menjadi senjata baru UMNO dalam melumpuhkan agenda Pakatan Rakyat khususnya yang tidak menunjukkan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu.

Adakah Ezam Mohd Nor mampu bertindak untuk menghalang perkembangan Anwar Ibrahim dan mampu menjadi senjata baru UMNO. Dan satu persoalan lain – dalam UMNO siapa penaung Ezam Mohd Nor

Gambar Terumbu Karang Tengah

IKHLASKAH EZAM ATAU ADA AGENDA DISEBALIKNYA?

Berita akan kemasukan orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor kembali kepada UMNO amat menggemparkan dunia politik negara ini.

Dalam suasana politik negara yang diwarnai cerita lompat parti dan perang saraf dari pihak pembangkang yang kuat mengatakan bahawa mereka akan menubuhkan kerajaan baru, timbul pula spekulasi baru yang bertentangan daripada rencana pembangkang ini.

Bagi UMNO, keputusan Ezam untuk kembali kepada UMNO disambut baik dan dialu-alukan. Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang bimbang sekiranya Ezam punya agenda disebalik kehadirannya kembali kepada UMNO.
Adakah Ezam akan menjadi gunting dalam lipatan yang akan mempergunakan kedudukannya dalam UMNO untuk digalang-ganti dengan PKR atau Ezam benar-benar ikhlas mahu sama-sama berjuang bersama ahli UMNO yang lain menyatukan bangsa Melayu?
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut berasa pelik dengan keputusan Ezam untuk sertai semula UMNO kerana berpendapat Ezam adalah orang yang sama-sama bertanggungjawab menubuhkan PKR serta pernah masuk penjara kerana perjuangannya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengulas tentang spekulasi Ezam ini menyatakan bahawa beliau yakin dengan keihlasan Ezam sekiranya beliau mahu kembali kepangkuan UMNO.

Segalanya masih menjadi tanda tanya dan keputusan daripada pihak Ezam sendiri masih lagi tidak rasmi. Miskipun ada pihak yang bakal kecewa sekiranya keputusan memihak kepada UMNO, mereka harus menerima hakikat bahawa mereka(pembangkang) yang mulakan kisah lompat parti ini dan spekulasi awal siapa yang lompat parti adalah daripada pihak mereka itu sendiri.

Penyu menangis pun Mahathir tahu

Oleh : Kickdefella
Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO tidak ada bezanya dengan keputusan-keputusan yang diambilnya selama ini sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai negarawan. Lantaran seperti keputusan-keputusan Tun sebelum ini, ianya sukar difahami dan sukar diterima di dalam masa yang singkat.

Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO adalah hampir sama dengan keputusan yang diambilnya pada tahun 1998 iaitu keputusan mengikat ringgit dengan Dollar Amerika dan mengadakan sekatan modal. Ianya sukar diterima oleh mereka yang memahami ekonomi sama seperti mereka yang memahami politik hari ini dan ia ditolak mentah-mentah oleh penyokong setia Anwar Ibrahim, seperti mana mereka mempersendakan keputusan terkini Tun.

Keputusan Mukhriz Mahathir untuk kekal di dalam UMNO pula dijadikan lawak jenaka untuk memperkecilkan usaha Tun tetapi sebenar-benarnya, tindakan Mukhriz itu adalah didalam sedar atau tidak, adalah sebahagian dari perancangan besar Tun untuk menggugat pentadbiran Abdullah.

Tun sudah pasti yakin bahawa Mukhriz tidak akan keluar dari UMNO sebagaimana yang diserunya. Bahkan, beradanya Mukhriz didalam UMNO akan lebih mengancam masa depan pemerintahan Abdullah dan ini adalah yang dikehendakinya.

Tindakan Mukhriz, mendesak Abdullah meletakkan jawatan segera sewaktu mengumumkan untuk terus bersama UMNO merupakan satu percaturan hebat politik yang hanya Mahathir miliki. Abdullah lebih tertekan dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO lebih tertekan dengan adanya Mukhriz di dalam UMNO.

Kalau diambil kira pengamatan Musa Hitam bahawa keluarnya Mahathir bererti keluarnya duri dari dalam daging, maka Musa silap, kerana Mahathir masih meninggalkan duri yang besar di dalam UMNO menerusi Mukhriz.

Mahathir tidak menggesa Mukhriz untuk kekal di dalam UMNO sebagai sebahagian dari strateginya, sebaliknya Mahathir mempergunakan kesetiaan anaknya di dalam UMNO untuk menjayakan strateginya.

Apakah strategi Mahathir?

Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.

Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.

Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.

Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO.

Mahathir tahu itu semua. Siapa yang lebih tahu tentang tradisi UMNO jika bukan Mahathir? Tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah satu lawak jenaka dan tindakan Mukhriz kekal didalam UMNO bukanlah satu penderhakaan terhadap ayahnya. Mereka yang mempersendakan insiden ini sebenarnya mereka yang daif dalam politik Malaysia.

Tetapi ada sesuatu yang Mahathir tahu, namun ramai antara kita tidak tahu.

Dari sebelum menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi, Mahathir mempunyai satu sentimen unik terhadap PAS. PAS bagi Mahathir adalah satu institusi penting bagi UMNO dan PAS adalah satu elemen utama didalam penyeimbangan kuasa di Malaysia.

Mahathir sering melihat kepentingan PAS dan yakin bahawa PAS perlu ada di luar Barisan Nasional. Bahkan, Mahathir membuktikan pemahamannya itu dengan menjadi tonggak instrumental didalam menyingkirkan PAS keluar dari Barisan Nasional selepas pilihanraya 1974.

Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional melainkan Mahathir, kata-kata seorang tokoh PAS Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu kemelut itu selepas Pilihanraya 1974 masih tergiang-ngiang ditelinga saya.

Masih juga terngiang-ngiang ditelinga saya, jawapan Tuan Guru Nik Aziz didalam sidang media pada 8 Mac 2008 sewaktu mengulas kemenangan besar PAS, Nik Aziz berkata, dia tidak rela melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.

Mahathir juga tentu berkongsi intipati pengakuan Nik Aziz itu. Mahathir juga tentu tidak ingin melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional. Apatah lagi di dalam keadaan sekarang, kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional bererti hanya satu, iaitu Abdullah akan terus berada di dalam tampuk kuasa untuk masa yang lama.

Apakah Mahathir tahu dan kita sebenarnya tidak tahu bahawa ada usaha diperingkat tertinggi untuk membawa PAS kembali ke dalam Barisan Nasional? Usaha yang sebenarnya ditentang hebat diperingkat akar umbi PAS dan usaha yang sebenarnya akan mengkianati perjuangan rakyat?

Mahathir tentu terpanggil untuk memastikan usaha itu akan tidak menjadi kenyataan jika maklumat perisikan membisikkan ke telinganya bahawa usaha-usaha tersebut sedang diperingkat akhir.

Mahathir yakin ada segelintir didalam PAS yang melihat jika PAS kembali ke Barisan Nasional, PAS akan menjadi parti kedua terkuat mengikut jumlah wakil rakyat di Parlimen. PAS mempunyai 22 kerusi berbanding MCA hanya 15, PBB 14 kerusi, PRS 6 kerusi, SUPP 6 Kerusi dan lain lain komponen memiliki 4 kerusi atau kurang.

Sebaliknya di dalam Pakatan Rakyat, PAS pada waktu ini adalah Parti paling kecil dengan memiliki hanya 22 kerusi berbanding 28 kerusi untuk DAP dan 31 Kerusi untuk PKR. PAS juga adalah minoriti di Perak dan di Selangor dan tidak diiktiraf di Pulau Pinang.

Kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional akan menumbangkan kerajaan negeri Perak dan mengembalikan Kedah dan Kelantan ke dalam Barisan Nasional. Ini adalah kemenangan moral dan coup de tat terhebat buat Abdullah. Jika ini berlaku, harapan Mahathir melihat Abdullah tumbang tidak akan berlaku.

Mahathir juga tahu, jika PAS kembali ke dalam Barisan Nasional, sudah tentu akan mengakibatkan porak peranda di dalam PAS. Di dalam keadaan semangat bencikan Barisan Nasional begitu meluat-luat, PAS berharapan besar untuk musnah lantas akan melemahkan peranan PAS sebagai penyeimbangan kuasa di dalam politik Melayu.

Tentu sekali bila Nik Aziz menyambut keluarnya Mahathir dari UMNO sebagai sesuatu yang paling menggembirakannya, adalah kerana Nik Aziz juga tidak mahu PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.

Apakah keputusan Mahathir keluar dari UMNO adalah sebahagian dari usaha Mahathir untuk menggagalkan kembalinya PAS ke dalam BN? Sudah pasti jika ada usaha-usaha itu ia pastinya ia akan tergendala buat sementara waktu.

Keluarnya Mahathir dari UMNO akan menyentap sebarang perundingan yang sedang berlaku secara rahsia, jika rundingan itu benar-benar sedang berlangsung, dan sudah tentu akan membantutkan usaha itu jika ada pihak sedang mengusahakannya.

Sebagai seorang yang negarawan, tindakan Mahathir meninggalkan UMNO juga amat sesuai dengan statusnya itu. Mahathir bukan milik UMNO dan perjuangan Mahathir sebagai negarawan tidak sepatutnya untuk UMNO tetapi untuk Malaysia.

Pemilihan detik pengumuman tindakan kontroversinya itu juga berkait rapat dengan khabar-khabar angin bahawa kerajaan pemerintahan Abdullah sudah hampir tumbang pada minggu lepas. Khabar-khabar angin itu juga mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sudah memiliki lebih 40 ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional yang bersedia untuk menyertai penubuhan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, tindakan keluarnya Mahathir juga mungkin adalah satu sabotaj terhadap usaha itu. Mahathir menyeru supaya ahli Dewan rakyat dari UMNO keluar dari kerajaan sekarang dan menjadi ahli Bebas. Apakah ini isyarat Mahathir kepada lebih 40 ahli Dewan rakyat tersebut?

Atau mungkinkah setelah berkali-kali usaha dilakukan oleh pihak Anwar untuk menemui Mahathir menemui jalan buntu, keluarnya Mahathir adalah sebagai memberi isyarat bahawa kini dia sudah boleh bertemu dengan bekas Timbalannya itu.

Apapun, hanya Mahathir yang lebih tahu dan yang pastinya, tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah sesuatu yang sejelas-jelasnya. Mahathir tidak akan melakukan sesuatu hanya untuk satu sebab sahaja. Mesti ada banyak sebab dan banyak yang sedang dipercaturkannya yang menyebabkan dia perlu keluar dari UMNO.

Seperti biasa, hanya masa yang akan dapat menyelongkar segala yang sedang dipercaturkan oleh Mahathir. Tetapi, adakah masa berada dipihak Mahathir?

Pemindahan dana Balkis tak dituntut

Utusan - Bagi tahun lepas, Balkis mengeluarkan RM100,000 bagi menganjurkan kegiatan sukan, program amal sempena Deepavali (RM200,000), program amal sempena Hari Raya (RM250,000), pakaian program amal (RM100,000), makanan semasa sukan (30,000) dan cenderahati orang kenamaan (RM36,000)

Selain itu, beliau juga mendedahkan perbelanjaan sebanyak RM158,000 untuk pakaian sukan anggota Balkis dan RM121,000 bagi baju batik untuk pasangan anggota Balkis sempena sukan pertubuhan itu.

Beliau berkata, Balkis memperoleh sumbangan sebanyak RM590,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan (RM670,000) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (RM5.2 juta).
-->>lanjut

Tipisnya iman kenegaraan kita

ImageOleh : Mohd Sayuti Omar
Mungkin tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.

Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).

Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?

Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.

Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.

Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?

Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga. Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.

Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.

Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku hari ini.

Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda. Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.

Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang? Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?

Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih. Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.

Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!